Setelah terbaca sebuah pendedahan daripada Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam rencananya dalam Majalah al-Islam, dapatlah saya rumuskan betapa jauhnya jarak yang terbina antara bangsa Cina di Malaysia dengan agama islam. Mungkin sejauh timur dari barat dan mungkin juga sejauh langit dari bumi. Rencana tersebut memaparkan betapa kecilnya peratus bangsa Cina di Malaysia yang memeluk agama islam, iaitu hanya 1 % atau sekitar 60 ribu orang sahaja daripada 6.5 juta masyarakat Cina di Malaysia.
Apatah lagi, fakta telah membuktikan betapa dekatnya jarak orang Cina dengan islam. Lihat sahaja pada ungkapan “Tuntulah Ilmu walaupun ke negara China” ( sengaja saya tidak menggunakan istilah hadis, kerana ramai ulama hadis mengatakan ia adalah hadis dhaif Jiddan, malah terdapat juga ulama hadis yang mengatakannya sebagai hadis Maudhu’ atau palsu). Di samping itu, sejarah juga telah menjilidkan tentang terdapatnya sebuah teori yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia , iaitu teori islam didatangkan dari China ke Asia Tenggara
Apatah lagi, fakta telah membuktikan betapa dekatnya jarak orang Cina dengan islam. Lihat sahaja pada ungkapan “Tuntulah Ilmu walaupun ke negara China” ( sengaja saya tidak menggunakan istilah hadis, kerana ramai ulama hadis mengatakan ia adalah hadis dhaif Jiddan, malah terdapat juga ulama hadis yang mengatakannya sebagai hadis Maudhu’ atau palsu). Di samping itu, sejarah juga telah menjilidkan tentang terdapatnya sebuah teori yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia , iaitu teori islam didatangkan dari China ke Asia Tenggara
Masyarakat China Muslim sesudah menunaikan
solat)
solat)
Penghujung tahun lepas, saya berkesempatan ke Expo Cheng Ho 2010 yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan. Exco ini banyak memaparkan perihal Laksamana Cheng Ho dan islam di China. Bermula dari sini saya mula berminat untuk mengetahui perihal islam di China dengan lebih dekat. Sebelum ini, saya mengetahui serba sedikit tentang islam di China menerusi rencana-rencana yang ditulis oleh Ann Wan Seng. Tapi sayang seribu kali sayang, expo yang sarat dan padat dengan pengisian yang bermanfaat ini tidak mendapat liputan dari media arus perdana, malah pameran keranda dan hantu yang lebih diutamakan kerana ia dianggap pelaris untuk ‘membeli’ minat pembaca dan penonton.
( Peniaga muslim etnik Uighur yang berasal dari wilayah Xianjiang.
Yang tengah tu Pak cik Ali dari Kelantan)
Yang tengah tu Pak cik Ali dari Kelantan)
Penghujung tahun 2010 juga, saya berkesempatan ke China ( Beijing dan Tianjin). Di sana, tidak sekadar berkunjung ke Great Wall (Tembok Besar China), Forbidden City (Kota Larangan), Tiananmen Square, dan Summer Palace, tapi sedaya yang boleh saya cuba mengintai ruang dan mencari peluang untuk menyelongkar sejarah Islam di bumi China, namun fokusnya hanya di Beijing dan Tianjin. Tentang cerita saya di China tempoh hari, telah saya paparkan di SINI..
Bicara saya kali ini adalah khas untuk membicarakan perihal islam di China. Walaubagaimanapun ia hanya berfokuskan sekitar Beijing dan Tianjin sahaja. Ia berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang berada di sana, juga melalui pengetahuan yang saya perolehi melalui pembacaan.
Jumlah umat islam di China sebenarnya agak ramai. Maaf, saya tiada jumlah yang tepat, cuma saya difahamkan, jumlahnya dianggarkan hampir 200 juta orang, Malah di wilayah Xinjiang sahaja, terdapat 11 juta umat islam ( rujuk al-islam September 2009, ms 22). Etnik-etnik utama yang menganut agama islam seperti yang dinyatakan oleh Ann Wan Seng (rujuk majalah I, Jun 2006, ms 61) ialah Uighur, Tajik, Uzbek, Salar, Dongxiang, Khirgiz, Kazakh dan Hui.
Jumlah umat islam di China sebenarnya agak ramai. Maaf, saya tiada jumlah yang tepat, cuma saya difahamkan, jumlahnya dianggarkan hampir 200 juta orang, Malah di wilayah Xinjiang sahaja, terdapat 11 juta umat islam ( rujuk al-islam September 2009, ms 22). Etnik-etnik utama yang menganut agama islam seperti yang dinyatakan oleh Ann Wan Seng (rujuk majalah I, Jun 2006, ms 61) ialah Uighur, Tajik, Uzbek, Salar, Dongxiang, Khirgiz, Kazakh dan Hui.
Bandaraya Beijing, tidak susah sebenarnya untuk menemui umat islam di kota ini. Lihat sahaja pada kewujudan restoran-restoran halal milik warga tempatan ( Cina Islam) dan masjid-masjid, itu bukti yang kukuh betapa mudahnya mencari islam di Kota Beijing. Peniaga-peniaga islam juga ramai yang menjual makanan, terutamanya berhampiran masjid dan kaki lima. Pada gerai bergerak yang mereka gunakan (kebanyakannya menggunakan basikal), tertera kalimah-kalimah Berbahasa Arab yang melambangkan islam, antaranya kalimah Assalamualaikum, Dua Kalimah Syahadah, Bismillah ir-Rahman ir-Rahim dan Halal.
Malah, saya sendiri pernah mencuba masakan Uighur ( etnik beragama islam dari Xinjiang) ketika meronda-ronda menikmati keindahan Beijing pada waktu malam di musim sejuk. Jujur dan ikhlas, meskipun negara China ini beridealogi Komunis, namun amat mudah untuk mencari islam dan jatidiri islam di sini, jauh berbeza dengan Vietnam, yang agak sukar untuk menemui masjid dan restoran makanan halal(seeloknya layari internet terlebih dahulu untuk mengenalpasti restoran makanan halal dan lokasi masjid di Vietnam). Berdasarkan pengalaman saya di Ho Chi Minh Vietnam, makanan halal agak susah diketemui dan harganya juga sangat mahal. Untuk sepinggan nasi goreng biasa dengan segelas milo aispun harganya mencecah RM40. Saya paparkan pengalaman di Vietnam kat SINI .
sesudah solat)
Islam di China, Beijing khasnya dapat dilihat menerusi kewujudan banyak masjid. Di Beijing sebenarnya terdapat beberapa buah masjid yang terkenal. Antaranya Masjid Nan Douya, Masjid Ma Dian dan Masjid Nuijie.
Saya berkesempatan bersolat di Masjid Nan Douya. Dari luar ia kelihatan teramat kecil , tapi bila memasukinya ternyata ia agak besar dan membanggakan. Ruang solatnya juga cukup mengujakan. Walaupun begitu, masjid ini tidaklah sehebat Masjid Niujie dari segi sejarah dan seni ukirnya
Saya berkesempatan bersolat di Masjid Nan Douya. Dari luar ia kelihatan teramat kecil , tapi bila memasukinya ternyata ia agak besar dan membanggakan. Ruang solatnya juga cukup mengujakan. Walaupun begitu, masjid ini tidaklah sehebat Masjid Niujie dari segi sejarah dan seni ukirnya
Maaf aku lupa namanya)
Masjid Niujie merupakan masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 Masihi dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722). Niujie terletak dalam daerah Xuanwu dan ia merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing
Luas masjid itu kira-kira 6,000 ( ada juga sumber yang mencatatkan 10 ribu) meter persegi, dan ruang solatnya 600 meter persegi, boleh menampung seribu jemaah menunaikan solat. Gaya seni bina dan reka bentuknya menggabungkan seni bina istana China dengan bangunan Arab. Struktur kayu masjid itu mempunyai hiasan bercorak Arab.
Ketika saya ke masjid ini, aktiviti keagamaan(kursus haji) sedang dijalankan. Selain bersolat, sempat juga saya dan rakan-rakan beramah mesra dengan beberapa orang warga islam tempatan yang usai bersolat ( tak mesra mana sebenarnya kerana masalah bahasa).
Sebelum meninggalkan masjid ini, tangan kami hulur dan kami bersalam erat dengan seorang penduduk islam tempatan, tanda eratnya ukhwah antara anak Melayu Kelantan dengan warga China. Erat kerana kami seakidah meskipun tidak sebangsa. Dan, Cina Muslim ini ( saya kira beliau adalah Imam masjid ini- kerana beliau paling akhir meninggalkan masjid sesudah solat asar berjemaah) telah memberikan kami pamphlet yang menerangkan secara ringkas sejarah masjid Nuijie.
Sebelum meninggalkan masjid ini, tangan kami hulur dan kami bersalam erat dengan seorang penduduk islam tempatan, tanda eratnya ukhwah antara anak Melayu Kelantan dengan warga China. Erat kerana kami seakidah meskipun tidak sebangsa. Dan, Cina Muslim ini ( saya kira beliau adalah Imam masjid ini- kerana beliau paling akhir meninggalkan masjid sesudah solat asar berjemaah) telah memberikan kami pamphlet yang menerangkan secara ringkas sejarah masjid Nuijie.
Melalui pembacaan, saya dapati Kerajaan China yang berideologi Komunis turut membiayai beberapa projek pemulihan masjid Nuijie sejak 1949. Pada tahun 2005 contohnya, kerajaan menyumbangkan 25 juta Yuan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan pembesaran Masjid Niujie — projek terbesar seumpamanya setakat ini — termasuk membina semula Dewan Wanita.
Di Nujiie juga, terdapat Muslim Supermarket. Memandangkan Nuijie merupakan petempatan terbesar yang didiami oleh umat islam di ibu negara China ini, maka kewujudan supermarket ini adalah wajar sekali. Ia memudahkan warga islam tempatan sekitar Beijing mendapatkan bekalan makanan halal.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk memperolehi bekalan makanan halal di mana-mana kawasan sekitar Beijing ( ini berdasarkan penjelasan seorang rakan blogger yang sedang melanjutkan pelajaran di Beijing, China) .
Pekerja-pekerja di supermarket ini juga ramah sekali. Setelah mengetahui saya ini saudara seagama dari Malaysia, maka dengan penuh hormat saya dipersilakan untuk merakam gambar di dalam supermarket itu.
Di Beijing juga terdapat hotel-hotel yang memahami kehendak dan keperluan umat islam. Mungkin ia berpunca daripada kebanjiran pelancong-pelancong islam ke sini. Terdapat beberapa buah hotel di sini (termasuklah hotel yang saya diami di Beijing dan Tianjin ) yang memaparkan arah kiblat untuk memudahkan penghuni islam bersolat. Ia merupakan dasar dan polisi yang perlu kita banggakan.
Ia juga satu petunjuk yang jelas, islam kian diterima oleh masyarakat China. Ini juga membuktikan penduduk China sedang beransur-ansur berarak menuju islam.. Ini semua wajar dibanggakan kerana berdasarkan pengalaman saya ketika menetap di Sabah(hamper enam tahun lamanya), terdapat beberapa buah hotel sekitar Kota Kinabalu yang tidak memaparkan arah kibat, terpingga-pingga saya ketika ingin bersolat.
yang menjual kambing panggang)
Sama-samalah kita mendoakan agar islam terus subur dan mekar di bumi China. Bumi Komunis yang pada dasarnya anti mana-mana agama. Allah Maha Besar. Memuja-Nya Begitu Indah. Dan keindahan itu sedang dirasai di China.
InsyaAllah Shameel...moga cahaya Islam semakin menyinar di mana-mana.
ReplyDeletesemalam ada terbaca kisah mayat wanita Islam Cina yang berusia 700 tahun, yang tidak reput..lupa dah kat mana saya membacanya. Disertakan gambar sekali. Allahuakbar, memang nampak sekujur mayat wanita tersebut...
Walaupun masjid di sana tu pelbagai bentuk, tetapi ianya kelihatan unik.
ReplyDeletebayangkan china antara tamadun terawal dunia...tentunya Islamnya lebih realistik dr kita yg byk plastik ni. menarik...mmg terhingin gak nak ke sana
ReplyDeleteIslam dah lama bertapak di China..
ReplyDeleteMoyang saya berasal dr Yunan..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKengkawan saya berbangsa Cina pulak selalu aje mencabar saya masa kat sekolah dulu..
Afida.
ReplyDeleteKat mana terbaca berita mayat 700 tahun tu. apapun itulah kehebatan Allah. mcm yg berlaku kat Algeria sekitar tahun 1990, mayat pejuang islam menentang Perancis masih lagi terkukujur kaku sambil memegang pisau. Malah dikatakan darahnya juga masih mengalir.
Norgadis.
ReplyDeleteKepelbagaian bentuk itu membuktkan islam dapat menerima pelbagai budaya. Syukur kpd Allah, sbb bentuk2 masjid China ini telah diimport ke surabaya(masjid haji chneg ho) dan ke kelantan(masjid beijing)
Nahmy.
ReplyDeletesaya bersetuju sekali dengan sahabat. dlm byk2 perkara kita yang lebih plastik dari mereka.
Cik Shinju.
ReplyDeleteMemanb benar, islam dah lama bertapak di China. Tapi sayang orang cina di malaysia terlalu jauh dari islam. Mungkin kerana silap dan salah kita org melayu juga.
Patutnlah kat entry cik shinju tu, rupa mak saudara shinju mirip orang cina, rupa-rupanya berdarah Yunan.
Cikgu Ahmad Humairi.
ReplyDeleteApa yg dicabar tu. Kalau dicabar berhujah, ok juga. setidak-tidaknya boleh kita tanamkan jarum keislaman dlm jasadmereka. tapi kita kena betul2 bersedia
Alhamdulillah, islam agamaku.. Harap2 lebih ramai lagi yang terbuka hatinya untuk menerima islam di mana2.. Pengalaman yg menarik di China tu yer.. Kalau ada rezeki teringin juga utk ke sana..
ReplyDeletedah sampai china dah en.shameel ni..
ReplyDeleteakak nora sempat makan nasi goreng cina aje lah kat kedai mak cik nun..
KLIK2 ya
thanks :) besz entri ni. memang Cina di Malaysia kurang beragama Islam, sebaliknya ramai beralih ke Kristian. Good Work :)
ReplyDeleteumat islam kat china lagi ramai kan?
ReplyDeletepernah solat di Masjid Beijing (rantau panjang je...)hu hu...
ReplyDeleteHanis Azla.
ReplyDeletesama2 mendoakan agar lebih ramai umat manusia terbuka hati utk memeluk islam
Nora Shahaira.
ReplyDeleteHari tu gi china kebetulan tiket murah
Pezaxqol DD
ReplyDeleteTrima kasih atas komentar. Itulah yg perlu kita adakan post mortem. kenapa org cina malaysia lebih mudah menerima kristian berbanding islam
Sham.
ReplyDeleteMasjid beijing kat rantau panjang tu unik sekali rekabentuknya. hahah
Mentadak mentadu.
ReplyDeleteumat islam kat china dianggarkan 200 juta, sdgkn rakyat malaysia pula(campur semua agama dan bangsa) hanya 27 juta jer.
Tapi kat indonesia, umat islam paliong ramai di dunia.
assalamualaikum sdra...
ReplyDeletesuke tgk keunikan semua masjid disana..sangat berlainan dari kita ..sungguh bertuah sdra sudah sampai disana
selamat siang sahabat. terimakasih sudah singgah ke blog saya :)
ReplyDeletecerita sahabat tentang umat islam di china sungguh menrik. Foto-fotonya juga bagus.
bertuah dapat pi ke beijing dan jalan2 tgk budaya dan kehidupan bangsa lain ni, menimba pengalaman yang tak ternilai harganya
ReplyDeletebest ehh dapat tgk masjid unik di china....untung awk dah dapat peluang ke sana...turn saya bila laah pulakkk erk....
ReplyDeleteteringin juga nak jalan2 ke china
ReplyDeletetapi tak tau la bila ada kesempatan
best tgk negara org..dpt mcm2 ilmu n pengalaman
ReplyDeleteseronoknya..
ReplyDeletesambil berjalan2, leh paham budaya dan sejarah tmpt orang..
TK lum pnh smpai sana lg..
shahromnasrudin.
ReplyDeleteTrima kasih atas komen. mmg unik masjid di sana, dan itu semua sebagai tanda islam itu tidak memaksa penganutnya menukar budaya seagi tidak bertentangan dgn islam.
nuriz.
ReplyDeleteBetu ltu, kata org tua "jauh berjalan byk pengalaman"
Ra-Kun.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan sahabat dari seberang. Saya sekadar memaparkan kisah umat islam di China untuk berkongsi kisah. insha Allah, saya akan selalu berkunjung ke blog sahabat. moga-moga blogger dari malaysia dan Indonesia akan menjadi duta ke arah perpaduan dua negara
Tehr.
ReplyDeleteInsha Allah ,ada kesempatan nnt bolehlh Tehr ke china.
Cuba selalu2 ke web site air asia. adakalanya harga g=flight ke sana hnya rm400 pergi dan balik
Rush D.
ReplyDeletetrima kasih sahabat ats kunjungan. Benar sekali kita akan dapat memungut pengalaman dan meluaskan pandnagan bila ita berjalan2 ke tempat orang.
toyolkiut.
ReplyDeletebila lihat sendiri kehidupn umat islam di Chna, saya rasa betapa bertuahnya menjadi umat islam di malaysia yg byk memperolehi kistimewaan dri kerajaan.
0ooo
ReplyDeletenak tanya...u tinggal kat hotel mana ya kat beijing?..kita org nak pegi sana early april ni..
ReplyDeletenak tanya...u tinggal kat hotel mana ya kat beijing?..kita org nak pegi sana early april ni..
ReplyDeleteAnom - sy tinggal kt hotel jin ma kt beijing tu
ReplyDeletesaya baru balik dari negara china tinggal dihotel bfsu untuk meraikan konvo anak buah,sempat ke masjid nuijie dan bersolat ...
ReplyDeletekami tiga beradik berkunjung ke beijing..kami dilayani oleh student dari malaysia yang belajar bahasa mandarin di sana.sempat pergi stadium bird nest.
ReplyDeletebasikal adalah transport yang paling mudah untuk bergerak... bayaran melalui handphone hanya 1 yuan untuk 1 jam kita boleh mengayuh mengikut distinasi
ReplyDeletekebanyakan student bermotosikal menggunakan bateri pergi kuliah
ReplyDelete