Sunday, 20 March 2011

LIBYA LUMPUH:112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya




Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.


Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.


Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.


Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.


Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.


Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permu
laan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'.


Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gadhafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang.

Sementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.

Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.

Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Kadhafi.

Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.


Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.

Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.


Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.


"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.


Sumber : Malaysiakini


P/S = Ramalanku Benar Belaka( memang ini yang AS tunggu selama ini).

12 comments:

  1. Assalamualaikum,

    AS sukati dia je nak bertindak....sapepun dia tak peduli!

    ReplyDelete
  2. suka campurtangan & menangguk di air keruh..

    ReplyDelete
  3. mengapa keganasan perlu di balas dengan keganasan?

    ReplyDelete
  4. sama je dgn pemimpin AS yg lain si obama ni...memang ini yg ditunggu

    ReplyDelete
  5. cikgu Ahmad Humairi.
    Jika sekadar Muammar Ghadafi yg terbunuh tak kisahlah. Ini tak, rakyat tak berdosa akan jadi mangsa. masjid2 juga turut musnah. islam akan dipijak2 oleh sik uffar AS

    ReplyDelete
  6. intan maisarah.
    Kalau setakat nak bunuh muammar ghadaffi saya sokong, tapi natijahnya seluruh libya akan musnah

    ReplyDelete
  7. Pendragon.
    Mmg mcm tu caranya AS mencari ruang dan peluang utk meluaskan pengaruhnya.

    ReplyDelete
  8. Yana.
    Semua pemimpin S adalah boneka Yahudi sbb mereka ditentukan oleh pelobi2 yahudi

    ReplyDelete
  9. akufobia.
    Ghadafi mmg keji, tapi obama lagi keji. keji dari segi akidah dan agama

    ReplyDelete
  10. tak faham kenapa kegasan perlu di balas dengan keganasan..sampai bila pun x akan aman

    ReplyDelete
  11. mmg tunggu masa aje utk ambil kesempatan campur tangan..

    ReplyDelete