Wednesday 4 January 2012

ADAM ADLI PEJUANG ATAU PETUALANG.

(Adam Adli)


Adam Adli Abdul Halim mungkin dianggap pejuang oleh sesetengah pihak terutamanya dalam kalangan aktivis mahasiswa. Namun, dia juga mungkin dianggap sebagai petualang oleh pihak yang lain terutamanya dalam kalangan penyokong UMNO/BN. Apa yang pasti, Adam Adli adalah anak muda yang berani. Keberaniannya wajar dikagumi walaupun tindakannya mungkin tidak wajar dicontohi.







Tindakkan Adam Adli menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak semasa mengadakan demontrasi aman telah mengemparkan Negara. Istilah biadap dan kurang ajar dilontarkan kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menerima ugutan bunuh, malah anggota polis sendiri( bernama Roslan Mokhtar) juga mengancam untuk menumbuknya. Pemuda UMNO turut mengamuk sana- sini mendesak agar UPSI menyingkirkan Adam Adli.

Biadapkah perbuatan Adam Adli yang menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak?

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang untuk memfatwakan perbuatannya sebagai biadap?

Satu persoalan lagi, apakah kayu ukur yang digunakan untuk menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap? Sebenarnya, medialah yang membesarkan isu ini dan media jugalah yang menjadi hakim dalam isu ini. Sejujurnya dalam apa jua isu termasuk isu agama, medialah yang menjadi Ketua Mufti dan bukan lagi Majlis Fatwa kebangsaan.


(kek berbentuk tahi untuk Lim Guan Eng)


Media jualah yang memutuskan Adam Adli sebagai biadap dan petualang. Tapi amat malang, kerana media, segelintir anak melayu termasuk anggota polis menjadi begitu bahlul dan tolol hingga mengancam keselamatan Adam Adli.

Sekitar tahun 2011, segelintir manusia yang tolol dan bahlul telah menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Perbuatan mereka ini disiarkan di dalam media arus perdana.Dengan bantuan media, golongan tolol dan bahlul ini dianggap sebagai wira.

Terbaru, kumpulan yang sama yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman telah menghadiahkan kek berbentuk tahi manusia kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Aksi mereka dirakam dan disiarkan oleh media arus perdana. Malah ketua golongan bahlul dan tolol ini siap menari-nari lagi sambil membawa kek di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Media pula mengistiharkan golongan yang tolol dan bahlul ini sebagai pejuang agama dan bangsa. Malah, media telah menyalahkan Lim Guan Eng kerana tidak sudi menerima kek berbentuk tahi itu.

Persoalannya mana yang lebih biadap, Antara menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita serta kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng atau menurunkan gambar Dato Seri’ Najib.

Sunday 25 December 2011

TOLONG DOAKAN.

Buat para sahabat blogger dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog ni,saya mohon jasa baik agar mendoakan kesejahteraan ayah saya, Tuan Ismail bin Tuan Mat.

Ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)pada 13.12.2011, kerana masalah buah pinggang dan kencing manis. Keadaannya agak kritikal dan hampir 10 hari beliau tidak sedarkan diri.Di kesempatan ini saya mohon,tolong doakan agar ayah saya kembali sembuh.

Tuesday 6 December 2011

TIPS MEMBELASAH PERAGUT.




Tiga hari lepas, seorang ibu muda di kampung saya meninggal dunia kerana di ragut. Kes sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja.

Saya bukannya ingin mengajar anda supaya menjadi manusia yang ganas. Tetapi berpandukan akal yang waras, amat mustahil untuk kita mengejar dan menangkap si peragut dan kemudiannya kita tanya biodatanya, lepas tu kita bagi dia makan atau minum atau berikan sedikit motivasi sambil menunggu kedatangan pihak polis. Mahu tidak mahu, penumbuk dan penendang akan singgah pada jasad si peragut itu.

Tindakan membelasah itu mungkin zalim. Ya ia sangat zalim, tapi cuba bayangkan pula jika anda yang berada pada situasi yang sama. Maksud saya, ibu, anak atau isteri anda terkorban gara-gara si peragut. Bolehkah anda berdiam diri dan pergi berkenalan dengan peragut tersebut dan berikan dia sedikit motivasi sambil menunggu kedatangan pihak polis.

Telah ramai peragut yang terbunuh kerana dibelasah oleh orang ramai, namun lagi ramai mangsa ragut yang terbunuh gara-gara kerakusan si peragut. Jadi di sini, ingin saya kongsi tips membelasah peragut yang paling selamat dan bersifat mesra alam.
Pertama sekali, jangan tumbuk bertubi-tubi di bahagian muka. Cukuplah sekadar ringan-ringan sahaja. Pastikan tidak memukul bahagian kepala(termasuk leher) si peragut kerana ia boleh membawa maut.

Jangan sesekali memijak atau menghempap dengan objek berat seperti tong gas atau motorsikal ke atas dada(sebenarnya bermula dari pusat hingga ke kepala) si peragut. Ia kerana pada bahagian itu berhimpunnya segala organ-organ penting seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.

Jadi bahagian paling selamat dan mesra alam untuk dibelasah habis-habisan ialah pada bahagian tangan(lengan hingga ke jari) dan kaki(dari paha hingga ke jari). Bahagian inilah yang perlu dijadikan sasaran untuk melepaskan geram setelah sebijik dua( jika perlu maka lebihkan mengikut rasa sebab si peragut yang telan pil kuda tidak akan rebah dengan sebjik dua) penumbuk kita anugerahkan ke muka peragut. Saya difahamkan kecederaan pada tangan dan kaki tidak membawa maut tapi sekadar mencacatkan di peragut. Tapi berpada-padalah sebab jika berlebihan ia tetap boleh membawa maut.

AWAS, jangan sesekali merakam gambar atau video ketika aktiviti membelasah sedang dilakukan. Sebab kesannya amat buruk apabila gambar dan video itu di upload kat Facebook dan Youtube. Pastikan segala kamera(termasuk HP) yang disyaki merakam aktiviti membelasah tersebut turut dirampas dan didelate segala gambar dan video berkenaan .

p/s = jangan membelasah peragut secara sendirian sebab mereka mungkin mempunyai senjata tajam. Lagi pun peragut yang menelan pil kuda mempunyai kekuatan dan keberanian yang amat luar biasa.


Thursday 24 November 2011

Sang Pencerah: Filem Yang Harus Ditonton Oleh Pencinta Agama



Ini adalah sambungan dari entry lepas :.-- > lihat SINI







Sang Pencerah merupakan kisah benar tentang perjuangan Kiai Haji Ahmad Dahlan(nama sebenarnya ialah Muhammad Darwisy), seorang tokoh agama dan juga pengasas Muhammadiyah. Beliau berjuang memurnikan agama islam dari unsur-unsur bid’ah, tahyul dan khurafat. Ketiga-tiga elemen ini(bid’ah, tahyul dan khurafat) amat menebal di Yogjakarta Indonesia pada ketika itu. Sebenarnya, sedari kecil lagi Muhammad Darwisy tidak menyenangi amalan-amalan penduduk kampung Kauman Yogjakarta yang jauh tersasar dari landasan agama. Amalan-amalan tersebut bukan sahaja tidak menepati kehendak al-Qur’an dan sunnah tetapi telah berkembang biak dengan suburnya.

Kesempatan mendalami ilmu agama di Kota Suci Makkah telah mematangkannya dalam persoalan agama dan keagamaan, Dan sekembalinya dari Makkah, Muhammad Darwisy telah mengubah namanya kepada Ahmad Dahlan. Lantas , tanpa bertangguh beliau langsung mencari ruang dan mengintai peluang untuk mengembalikan warga Yogjakarta, terutamanya penduduk kampung Kauman ke pangkuan islam yang sebenar.

Walau bagaimanapun usaha murninya itu menerima penentangan yang hebat dari warga Kauman, termasuklah dari tokoh-tokoh agama(Kiai) ketika itu. Antara usaha murninya ialah membetulkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman dengan menggunakan kompas. Ternyata teknologi itu menunjukkan arah kiblat yang diyakini oleh warga Kauman selama ini adalah silap dan tidak menghadap ke arah Kaabah di Makkah, tetapi sebaliknya menghadap ke Afrika. Namun usahanya itu ditentang hebat oleh tokoh-tokoh agama tempatan dengan alasan kompas itu dicipta oleh orang-orang kafir.

Beliau juga turut dikafirkan gara-gara menubuhkan sebuah sekolah yang menggunakan kerusi dan meja untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Ini kerana, sekolah begitu adalah mirip kepada sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh Belanda. Ia juga dianggap bertentangan dengan amalan di pesantren(pondok) zaman berzaman, di mana pelajar mesti duduk bersila sambil menadah kitab. Begitu juga dengan tindakannya mengajar pendidikan Islam di sekolah anak-anak golongan bangsawan/elit di Yogjakarta

Kemuncaknya, sekolah yang didirikannya telah dimusnahkan . Namun beliau tidak mematikan langkah, apatah lagi mematikan cita-cita dakwahnya. Akhirnya pada 18 Novemver 1912, tertubuhlah sebuah organisasi islam bernama Muhammadiyah. Dan hari ini dakwah Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh pelusuk Indonesia.

Filem hebat ini dibarisi oelh pelakon-pelakon handalan Indonesia seperti Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan ,Zaskia Adya Mecca sebagai Siti Walidah, Slamet Rahardjo sebagai Kyai Penghulu Kamaludiningrat,Giring Ganesha sebagai Sudja.

Selamat menonton dan semoga filem ini akan menjadikan kita lebih akrab dengan Allah dan Rasul-Nya, Muhammad SAW serta akan lebih mesra dengan kitab suci Al-Quran. Sekali gus menjauhkan kita dari sebarang bentuk khurafat dan tahyul.

Info Tambahan :
Menurut Abdul Shukur Haron (harakah edisi 23-26 Ogos 2010, halaman F8) --Pada masa kepimpinan Kiai Ahmad Dahlan(1912-1923), pengaruh Muhammadiyah hanya terbatas di Yogjakarta, Suarakarta, Pekalongan dan Pekajangan. Dan pada tahun1925, Abdul Karim Amrullah(ayahanda Buya Hamka) telah membawa Muhammadiyah ke Sumatera Barat. Kemudiannya Muhammadiyah berkembang ke seluruh Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan.
Pada tahun 1938, Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh Indonesia.

Hari ini Muhammadiyah dipimpin oleh Prof. Dr. Muhammad Sirajuddin Syamsuddin( atau lebih dikenali sebagai Din Syamsudin

Renungan Bersama :
Salah faham terhadap tasyabbuh(menyerupai) sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” .



Dalam filem Sang Pencerah, penggunaan kerusi dan meja di sekolah agama tidak dapat diterima oleh para kiai tradisional, dengan alasan ia menyerupai sekolah-sekolah kaum kafir(belanda).

Sebenarnya di Malaysia juga pernah berlaku perkara yang hampir sama, iaitu larangan ke atas umat islam daripada memakai tali leher(neck tie) dan blazer kerana ia dianggap pakaian yang mewakili golongan kafir(British). Malah sampai sekarang, pemakaian cap masih lagi ditegah di sesetengah tempat dengan alasan cap itu pakaian orang-orang kafir. Tapi dalam masa yang sama, amalan bersanding dan renjis-merenjis pengantin diizinkan pula. Sedangkan itu adalah amalan yang berasaskan agama hindu. Di sini seolah-olah kafir itu merujuk kepada barat sedangkan amalan berasaskan agama hindu tidak pula dikafirkan.

Sebenarnya, Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri-ciri khusus sesuatu pihak. Bila mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk.

Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu termasuklah memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Dalam perkara ini kita perlu menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu juga dengan makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

Hadis di bawah perlu dihayati dengan teliti:
Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).

Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus untuk agama mereka. Lebih lanjut tentang ini -- : > klik DrMAZA

Tuesday 22 November 2011

#14 Wordless Wednesday: Segar Dan Bugar.

MENCARI TUHAN





Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan telah memberikan pedoman melalui Rasul-NYA dan juga melalui kitab-NYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

p/s= entry ini sekadar copy & paste dari seorang rakan facebook. Saya sekadar sebarluaskan untuk manfaat bersama.

Monday 21 November 2011

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011




Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta benar-benar bergelora untuk merebut ibu segala pingat. Terdahulu, Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima. Namun, Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Pertarungan sengit ini terpaksa diakhiri dengan penentuan penalti. Akhirnya sepakan dari Baddrol Bakhtiar telah menjadi mimpi ngeri buat skuad Garuda.

KEPUTUSAN RASMI:
MALAYSIA:( 4 ) INDONESIA :(3)

Syabas dan tahniah kepada Harimau Muda. Tahniah ONG KIM SWEE dan seluruh warga Malaysia.