Thursday 24 November 2011

Sang Pencerah: Filem Yang Harus Ditonton Oleh Pencinta Agama



Ini adalah sambungan dari entry lepas :.-- > lihat SINI







Sang Pencerah merupakan kisah benar tentang perjuangan Kiai Haji Ahmad Dahlan(nama sebenarnya ialah Muhammad Darwisy), seorang tokoh agama dan juga pengasas Muhammadiyah. Beliau berjuang memurnikan agama islam dari unsur-unsur bid’ah, tahyul dan khurafat. Ketiga-tiga elemen ini(bid’ah, tahyul dan khurafat) amat menebal di Yogjakarta Indonesia pada ketika itu. Sebenarnya, sedari kecil lagi Muhammad Darwisy tidak menyenangi amalan-amalan penduduk kampung Kauman Yogjakarta yang jauh tersasar dari landasan agama. Amalan-amalan tersebut bukan sahaja tidak menepati kehendak al-Qur’an dan sunnah tetapi telah berkembang biak dengan suburnya.

Kesempatan mendalami ilmu agama di Kota Suci Makkah telah mematangkannya dalam persoalan agama dan keagamaan, Dan sekembalinya dari Makkah, Muhammad Darwisy telah mengubah namanya kepada Ahmad Dahlan. Lantas , tanpa bertangguh beliau langsung mencari ruang dan mengintai peluang untuk mengembalikan warga Yogjakarta, terutamanya penduduk kampung Kauman ke pangkuan islam yang sebenar.

Walau bagaimanapun usaha murninya itu menerima penentangan yang hebat dari warga Kauman, termasuklah dari tokoh-tokoh agama(Kiai) ketika itu. Antara usaha murninya ialah membetulkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman dengan menggunakan kompas. Ternyata teknologi itu menunjukkan arah kiblat yang diyakini oleh warga Kauman selama ini adalah silap dan tidak menghadap ke arah Kaabah di Makkah, tetapi sebaliknya menghadap ke Afrika. Namun usahanya itu ditentang hebat oleh tokoh-tokoh agama tempatan dengan alasan kompas itu dicipta oleh orang-orang kafir.

Beliau juga turut dikafirkan gara-gara menubuhkan sebuah sekolah yang menggunakan kerusi dan meja untuk kemudahan pelajar-pelajarnya. Ini kerana, sekolah begitu adalah mirip kepada sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh Belanda. Ia juga dianggap bertentangan dengan amalan di pesantren(pondok) zaman berzaman, di mana pelajar mesti duduk bersila sambil menadah kitab. Begitu juga dengan tindakannya mengajar pendidikan Islam di sekolah anak-anak golongan bangsawan/elit di Yogjakarta

Kemuncaknya, sekolah yang didirikannya telah dimusnahkan . Namun beliau tidak mematikan langkah, apatah lagi mematikan cita-cita dakwahnya. Akhirnya pada 18 Novemver 1912, tertubuhlah sebuah organisasi islam bernama Muhammadiyah. Dan hari ini dakwah Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh pelusuk Indonesia.

Filem hebat ini dibarisi oelh pelakon-pelakon handalan Indonesia seperti Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan ,Zaskia Adya Mecca sebagai Siti Walidah, Slamet Rahardjo sebagai Kyai Penghulu Kamaludiningrat,Giring Ganesha sebagai Sudja.

Selamat menonton dan semoga filem ini akan menjadikan kita lebih akrab dengan Allah dan Rasul-Nya, Muhammad SAW serta akan lebih mesra dengan kitab suci Al-Quran. Sekali gus menjauhkan kita dari sebarang bentuk khurafat dan tahyul.

Info Tambahan :
Menurut Abdul Shukur Haron (harakah edisi 23-26 Ogos 2010, halaman F8) --Pada masa kepimpinan Kiai Ahmad Dahlan(1912-1923), pengaruh Muhammadiyah hanya terbatas di Yogjakarta, Suarakarta, Pekalongan dan Pekajangan. Dan pada tahun1925, Abdul Karim Amrullah(ayahanda Buya Hamka) telah membawa Muhammadiyah ke Sumatera Barat. Kemudiannya Muhammadiyah berkembang ke seluruh Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan.
Pada tahun 1938, Muhammadiyah telah tersebar ke seluruh Indonesia.

Hari ini Muhammadiyah dipimpin oleh Prof. Dr. Muhammad Sirajuddin Syamsuddin( atau lebih dikenali sebagai Din Syamsudin

Renungan Bersama :
Salah faham terhadap tasyabbuh(menyerupai) sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” .



Dalam filem Sang Pencerah, penggunaan kerusi dan meja di sekolah agama tidak dapat diterima oleh para kiai tradisional, dengan alasan ia menyerupai sekolah-sekolah kaum kafir(belanda).

Sebenarnya di Malaysia juga pernah berlaku perkara yang hampir sama, iaitu larangan ke atas umat islam daripada memakai tali leher(neck tie) dan blazer kerana ia dianggap pakaian yang mewakili golongan kafir(British). Malah sampai sekarang, pemakaian cap masih lagi ditegah di sesetengah tempat dengan alasan cap itu pakaian orang-orang kafir. Tapi dalam masa yang sama, amalan bersanding dan renjis-merenjis pengantin diizinkan pula. Sedangkan itu adalah amalan yang berasaskan agama hindu. Di sini seolah-olah kafir itu merujuk kepada barat sedangkan amalan berasaskan agama hindu tidak pula dikafirkan.

Sebenarnya, Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri-ciri khusus sesuatu pihak. Bila mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk.

Menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu termasuklah memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Dalam perkara ini kita perlu menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu juga dengan makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

Hadis di bawah perlu dihayati dengan teliti:
Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).

Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus untuk agama mereka. Lebih lanjut tentang ini -- : > klik DrMAZA

38 comments:

  1. itu lah shameel, jangan kita buat Islam tu nampak seolah agama yang 'tertutup'. Macam mana orang bukan islam nak dekat iyer dak?

    PS: kat mana nak download cerita ni eh?

    ReplyDelete
  2. indonesia produktif dalam cerita-cerita begini

    ReplyDelete
  3. Tapi kat Msia kurang cerita berkenaan indahnya ISLAM ni cikgu...cerita yg khurafat banyaklah perkembangannya Syeikh...habis cerita cinta keluar khurafat...mentaliti anak2 habis deserapkan dengan perkara duniawi semata2...itu pandangan saje Syeikh, jnghe marah...

    ReplyDelete
  4. alangkah indah kalau orang indon tak memusuhi saudaranya yang ada kat sini kalau mereka benar-benar mengikut ajaran islam...

    ReplyDelete
  5. Afida Anuar.
    Terbuka dan tertutup ada hadnya dalaam islam. kalau terlalu tertutup, itu ortodoks atau konservatif namanya. Dan kalau terlalu terbuka, akan menjadi liberal pulak. Apa yg penting, tahap keterbukaan itu hendaklah setakat yg diizinkan oleh syarak.

    Setakat ini belum ada lagi VCD Filem ini kat Malaysia. Jadi terpaksa tgk kat internet.

    ReplyDelete
  6. Cikli.
    Benar tu cikli. Begitu juga dgn filem kiamat sudah dekat, Ketika Cinta Bertasbih, Kun Fayakun dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  7. TaTJ.
    Pengarah dan penerbit kat Malaysia ni lebih sukakan filem2 tahyul dan khurafat.

    p/s= kalau buat filem atau drama berunsurkan agama pun tak menjadi, sebaliknya semakin menambahkan salah faham terhadap islam. lihat sahaja telefilem Tahajud Cinta.

    ReplyDelete
  8. cemomoi .
    Sebenarnya hanya segelintir sahaja rakyat Indoesia yang anti-Malaysia.Berdasarkan pengalaman saya ketika berkunjung di beberapa tempat di Indonesia, ternyata masih ramai rakyat indonesia yg sayangkan saudara serumpun di Malaysia.

    Jakarta sahaja mempunyai 20 juta penduduk. Sedangkan yang terlibat dalam demontrasi anti-Malaysia paling ramai pun sekitar 2 ribu orang. Malah yang demontasi isu kalimantan pula sekitar 6 ratus orang. Jadi jumlah itu terlalu sedikit. Bayangkan 6 ratus: 20 juta.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum shameel..muga setiap hari kamu diberkati dn dirahmati Allah..

    akak memang suka menonton cerita2 keagamaan begini begitu juga novel2 karya penulis Indonesia.

    cerita ni ada tayang kat panggung ke...

    ReplyDelete
  10. nyanyisunyi.
    kak filem ni belum lagi ditayangkan di Malaysia. dalam saluran astro indopek pun belum disiarkan.

    Harap2 ia disiarkan sedikit masa lagi.

    ReplyDelete
  11. dah tengok!
    dekat laptop cousin,sungguh terharu,dan rasa bersemangat nak berjuang utk agama.
    budak2 muda yang bersemangat boleh selalu tonton ini cerita ya :)
    yoha!

    ReplyDelete
  12. Kat youtube ade ker?
    tingin nak tengok..

    ReplyDelete
  13. Cite ni sgt best!
    Best untuk ditonton pada semua para dai'e.

    Bagaimana susah payah perjuangan itu, bagaimana terlihat kekuatan sang isteri di belakang suami, dan lain-lain.

    Cerita ni banyak benda yg boleh diambil pengajarannya, bagi mereka yang mencari (=

    ReplyDelete
  14. wah..bagus la citer ni shameel.
    nak cari la..

    thanks sgt share. susah nak jumpa cerita yg baik gini.

    ReplyDelete
  15. memang besar dugaan dalam berdakwah.. tadi dengan kat radio, ustaz kata skang ni nak berdakwah ngan orang islam sendiri lagi susah dari berdakwah ngan orang bukan islam.

    ReplyDelete
  16. Cik SHiNJU.
    kat youtube mmg ada dan saya pun nonton dari youtube

    ReplyDelete
  17. sesegar.
    tahniah sebab anda dah nonton filem ni. Bagus kan.

    ReplyDelete
  18. Izzati Hashim .
    para dai'e dan pencinta islam perlu menonton filem ni.

    Benar sekali sokongan dari isterinya menyebabkan Kiai Ahmad Dahlan tidak mudah mengaku kalah meskipun dia hampir rebah kerana diasak oleh mehnah dan tribulasi.

    ReplyDelete
  19. Ujie .
    selamat menonton. Saya juga masih menunggu VCDnya kalau ada dipasaran.Silap jua kerana saya tidak mencari di toko-toko sekitar jakarta dan bandung, padahal saya ke sana baru-baru ni

    ReplyDelete
  20. choki tak tengok lagi pom . :)

    thanks ya for sharing :)

    ReplyDelete
  21. filem baru rupanya
    ada peluang aku akan tengok nanti
    filem tahyul memang aku tak minat

    ReplyDelete
  22. ini belog saya . cinta hati saya::.
    insha-Allah ada masa tgklh nnt. bagus sgt filem ni

    ReplyDelete
  23. gnesop.com.
    kena tonton tu sop. selamat menonton.

    ReplyDelete
  24. tehr.
    bagus tehr. segala bentu tahyul dan khurafat trmasuk dlm btk filem mesti dijauhi.

    ReplyDelete
  25. Salam cg.Shameel,

    semasa cg.Shameel mention pasal tengah menonton Sang Pencerah, saya ada cuba cari VCD ni kat Alor Setar, bila ditanya penjual mereka tak tahu...
    patutlah, belum ada di Malaysia

    nak tengok juga nanti...

    ReplyDelete
  26. NaeBlog .
    Filem ni belum masuk pasaran Malaysia lagi.Terpaksa tgk kat internet. Insha-Allah akan ada nanti.

    ReplyDelete
  27. saya nak tengok lah mlm ni, kebetulan saya free.terima kasih perkenalkan.

    haram kan kalau seseorg muslim itu memakai kostum ala santa klaus? kerana saya tengok ramai muslim yg bekerja di supermaket tertentu memakai kostum tu.

    ReplyDelete
  28. semoga dengan menonton yang satu ini bisa menjadikan kita pribadi yang lebih baik lagi ya :) very recommended sepertinya :)

    ReplyDelete
  29. ya saya sudah menontonnya. luar biasa. benar2 mencerahkan. saya suka

    ReplyDelete
  30. indonesia mmg pandai buat cite2 jenis berunsurkan islam...xmenghampakan...suke lakonan zaskia mecca..mule minat tgk dia dlm cite kiamat sudah dekat the series dulu...

    ReplyDelete
  31. indonesia lagi, Malaysia bila nak tonjolkan cerita2 macam nie.. Indah betul Islam..selalu buat cerita dunia je..sesekali buat lah berkenaan Islam..nak try tgk la cerita nie :)

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum.. sudah lama mencari cerita seperti ini..tp saya tak nampak vcd ini di kedai dekat2 sini..saya teringat drama bersiri "Kiamat Sudah Dekat" yang ditayang di tv suatu masa dulu. Kalau Indon membikin filem bercorak keagamaan, selalunya tidak mengecewakan.

    Cuba lihat filem kita[bukan semua tapi kebanyakan].. selalu sgt cuba menggambarkan yg negatif tentang golongan agama.. yg bertudung kasar sifatnya..yang berserban terlalu ekstrem kononnya.. sebab itu, saya enggan menonton drama melayu..

    ReplyDelete
  33. bile la agknye boleh tengokkkk....

    hye shameel lame x kesini~~ ^___^

    ReplyDelete
  34. ni cerita banyak ilmunya kan? ilmu makrifat juga, harus dapatkan ...

    ReplyDelete
  35. film ini sangat bagus dan banyak pelajaran yang dapat dipetik darinya. terimakasih sudah membagi pemahamanmu, saudaraku :)

    ReplyDelete