Wednesday 4 January 2012

ADAM ADLI PEJUANG ATAU PETUALANG.

(Adam Adli)


Adam Adli Abdul Halim mungkin dianggap pejuang oleh sesetengah pihak terutamanya dalam kalangan aktivis mahasiswa. Namun, dia juga mungkin dianggap sebagai petualang oleh pihak yang lain terutamanya dalam kalangan penyokong UMNO/BN. Apa yang pasti, Adam Adli adalah anak muda yang berani. Keberaniannya wajar dikagumi walaupun tindakannya mungkin tidak wajar dicontohi.







Tindakkan Adam Adli menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak semasa mengadakan demontrasi aman telah mengemparkan Negara. Istilah biadap dan kurang ajar dilontarkan kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menerima ugutan bunuh, malah anggota polis sendiri( bernama Roslan Mokhtar) juga mengancam untuk menumbuknya. Pemuda UMNO turut mengamuk sana- sini mendesak agar UPSI menyingkirkan Adam Adli.

Biadapkah perbuatan Adam Adli yang menurunkan bendera bergambar Dato’ Seri Najib Razak?

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang untuk memfatwakan perbuatannya sebagai biadap?

Satu persoalan lagi, apakah kayu ukur yang digunakan untuk menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap? Sebenarnya, medialah yang membesarkan isu ini dan media jugalah yang menjadi hakim dalam isu ini. Sejujurnya dalam apa jua isu termasuk isu agama, medialah yang menjadi Ketua Mufti dan bukan lagi Majlis Fatwa kebangsaan.


(kek berbentuk tahi untuk Lim Guan Eng)


Media jualah yang memutuskan Adam Adli sebagai biadap dan petualang. Tapi amat malang, kerana media, segelintir anak melayu termasuk anggota polis menjadi begitu bahlul dan tolol hingga mengancam keselamatan Adam Adli.

Sekitar tahun 2011, segelintir manusia yang tolol dan bahlul telah menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Perbuatan mereka ini disiarkan di dalam media arus perdana.Dengan bantuan media, golongan tolol dan bahlul ini dianggap sebagai wira.

Terbaru, kumpulan yang sama yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman telah menghadiahkan kek berbentuk tahi manusia kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Aksi mereka dirakam dan disiarkan oleh media arus perdana. Malah ketua golongan bahlul dan tolol ini siap menari-nari lagi sambil membawa kek di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Media pula mengistiharkan golongan yang tolol dan bahlul ini sebagai pejuang agama dan bangsa. Malah, media telah menyalahkan Lim Guan Eng kerana tidak sudi menerima kek berbentuk tahi itu.

Persoalannya mana yang lebih biadap, Antara menghadiahkan seluar dalam dan baju dalam wanita serta kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng atau menurunkan gambar Dato Seri’ Najib.