Ini adalah sambungan entry lepas: > lihat SINI
Anggaplah ini sebagai entry mengulit kenangan. Sejujurnya ada segugus kenangan yang tercipta dalam hidup saya di Negeri Jelapang Padi. Masih ternampak-nampak setiap jejak yang pernah saya atur di bumi Kedah. Masih teringat-ingat segenap ruang yang pernah saya singgahi dan kunjungi di negeri yang terkenal dengan mitos Raja Bersiong itu. Cuma, untuk entry ini, saya ingin hadkan kepada nostalgia sekitar pendaerahan Baling, termasuklah nostalgia Aidiladha di sana.
Ada beberapa sebab mengapa Kedah begitu dekat di hati saya. Antaranya kerana jarak USM, lokasi saya mengemis ilmu yang begitu dekat dengan Kedah, lantas saya akrab dengan beberapa tempat di Kedah. Tapi faktor utama ialah kerana faktor melayu dan kemelayuan serta islam dan keislaman. Maksud saya, Kedah merupakan negeri yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama islam.
Tidak sekadar terkenal dengan sawah padi yang terbentang luas, kedah juga terkenal dengan tokoh-tokoh agama atau ulamanya. Tika itu antara tokoh agama atau ulama yang saya kagumi ialah Almarhum Ustaz Niamat bin Yusuf yang amat sinonim dengan Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Faktor inilah yang mendorong saya untuk menjadikan Kedah sebagai pilihan pertama untuk penempatan(posting)sebagai seorang guru. Tapi, takdir menetapkan Sabah sebagai lokasi pertama untuk saya menabur bakti.
(Memali- ada kenangan juga di sini)
Ingin juga saya khabarkan kepada sahabat, hanya negeri kedah sahaja yang mempunyai persatuan ulama tersendiri, iaitu Persatuan Ulama Kedah(PUK), manakala negeri-negeri lain hanyalah cawangan kepada Persatuan Ulama Malaysia(PUM), antaranya Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Kelantan, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan lain-lain lagi cawangan Persatuan Ulama Malaysia peringkat negeri. Malah dari segi usia PUK jauh lebih dewasa berbanding PUM, ini kerana PUK ditubuhkan pada bulan januari tahun 1946 di Alor Setar, manakala PUM pula ditubuhkan di Kolej Islam Klang, Selangor pada tahun 1974.
Baling (atau lebih tepat lagi Kampung Teluk Rambong, Batu 8, Mukim Siong) saya kunjungi buat pertama kalinya ketika saya bergelar pelajar di USM. Berkunjung kerana mengikut sahabat sekampus (orang kampung tersebut) yang pulang bercuti ke kampungnya untuk menyambut Aidiladha. Dan kunjungan saya semakin kerap ke Baling apabila saya menjalani Latihan Mengajar di SMK Tanjung Puteri Kuala Ketil Kedah. Kebetulan pula, sahabat saya itu turut berpraktikal di Kuala Ketil iaitu di SMK Kuala Ketil. Pada masa yang sama, ramai juga sahabat sekampus yang menjalani Latihan Mengajar sekitar Sungai Petani. Jadi dengan ini, Sungai Petani termasuklah Pantai Merdeka, turut menjadi lokasi lepak kami ketika itu.
Kampung Teluk Rambong, lokasinya agak jauh dari USM. Lebih jauh dari Memali, jadi sempat juga saya singgah di Memali untuk menziarahi keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Libya. Istimewanya kampung ini ialah suasana kampungnya yang masih menebal. Majoriti penghuni kampung tersebut ialah petani. Mereka tidak bersawah padi tapi berkebun pisang. Pisang-pisang ini akan diproses untuk dijadikan kerepek dan kemudiannya dijual kepada pihak-pihak tertentu terutamanya pembekal. Selain pisang, kebanyakkan penduduk di kampung ini juga menanam pokok kopi untuk keperluan harian dan untuk jualan. Jujur! Saya amat tertarik dengan kaedah tradisional yang digunakan oleh penduduk kampung ini untuk memproses serbuk kopi.
Bekalan air di kampung ini pula diperolehi dari kawasan bukit berhampiran dan ia disalurkan ke setiap rumah- menerusi saluran paip dengan sedikit bayaran. Sejuk dan dinginnya air tersebut memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Namun, untuk mandi manda saya dan sahabat saya itu akan ke sungai yang letaknya tidak jauh dari rumahnya. Sungai yang sangat indah. Jujur dan ikhlas sungai yang sebegitu indah hanya saya ketemui buat kali kedua setelah saya berkunjung ke Kampung Paturidong di Kiulu, Tamparuli Sabah. Selain itu,di sini ( pada waktu itu), siaran TV yang mampu ditonton hanyalah TV1 dan TV2 sahaja.
Di kampung ini , surat kepada penduduk kampung pula, posmen akan hantar ke kedai kopi. Dan disebabkan itu jualah, sahabat saya ini terlewat mendaftar diri ke USM. Tapi saya yakin, kini semuanya telah berubah.
Kejutan pertama sewaktu saya menjejak kaki di kampung ini ialah berkisar persoalan bahasa. Sejujurnya, saya sudah biasa mendengar dan sekali gus dapat memahami dengan baik bahasa atau loghat Kedah (atau loghat utara). Ini kerana sepanjang tiga tahun menjadi penghuni USM Penang, saya sudah terbiasa dengan loghat Kedah. Apatah lagi ramai juga kenalan sekampus yang akrab dan rapat dengan saya terdiri daripada anak-anak Kedah. Lagi pula loghat Kedah ini turut digunapakai dengan meluas dari Utara Perak( Bagan Serai dan Parit Buntar) hinggalah ke Perlis. Jika kedapatan perbezaan sekalipun, mungkin hanya sedikit sahaja.
Tapi di Kampung Teluk Rambong serta lain-lain tempat di sekitar Baling, bahasa yang mereka guna pakai amat berbeza dengan mana-mana bahasa yang dipertuturkan oleh lain-lain tempat di Kedah. Itulah buat pertama kali dalam hidup saya mendengar bahasa yang begitu asing. Seisi keluarga sahabat saya dan seantero kampung tersebut bertutur menggunakan bahasa tersebut. Ada beberapa patah perkataan yang masih saya ingat sampai sekarang. Antaranya ialah tak tu deh( yang bermaksud tak tahu- sila perbetulkan jika saya silap) dan Kok kok la ( maksudnya, tunggu sekejap- sila perbetulkan jika saya silap).
Langsung bercerita perihal sambutan Aidiladha di kampung Teluk Rambong. Pada mulanya saya agak terkejut juga sebab solat sunat Aidiladha dan ibadat korban diadakan agak lewat kat kampung ini. Namun sambutan Aidiladha tetap meriah, meskipun tidak semeriah Aidilfitri. Meriah sebab ia tidak hanya melibatkan majlis korban sahaja, malah amalan kunjung mengunjungi juga turut diamalkan. Lemang(terutamanya lemang daripada tepung gandum) serta juadah-juadah lain yang sinonim dengan perayaan turut disediakan.
Mengenai ibadat korban, boleh dikatakan seisi kampung seakan-akan terlibat dalam menjayakan ibadat korban. Tua, muda,lelaki dan perempuan semuanya memainkan peranan. Lelaki melapah dan perempuan pula memasak. Sebahagian diagih-agihkan dan sebahagiannya pula dimasak, lantas dimakan bersama. Sungguh meriah dan kerjasama sebegini dapat memastikan ukhwah yang terbina akan sentiasa utuh serta terpelihara.
Semua ini telah jadi sejarah dan tersimpan rapi dalam arkib kenangan. Hasrat dan impian saya untuk memulakan kerjaya dalam profesion keguruan di bumi Kedah juga tidak makbul, malah saya ‘dihantar’ oleh Tuhan untuk memulakan kerjaya di bumi Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Setelah meninggalkan kampus USM atau lebih tepat lagi setelah menamatkan pengajian dan memulakan kerjaya di Sabah, saya tidak lagi menjengah pendaerahan Baling termasuklah Kampung Teluk Rambong( Batu 8, Mukim Siong). Saya benar-benar terputus hubungan dengan kampung tersebut, termasuklah dengan sahabat itu. Dan saya amat yakin, segala-galanya telah berubah, sebab ini adalah nostalgia tahun 2001- tiba-tiba saya menjadi seorang perindu terhadap kenangan itu.
tp sejarah memali tu mmg org tak tau sgt...
ReplyDeleteABAH ana tau la pasal peristiwa memali ni rasenye sbb mcm abah pnh cite dulu..
ReplyDeleteluv,
cik ana
najihatussolehah.
ReplyDeletebenar kata awak. ramai yg tak tahu ttg kisah Memali. Dan sengaja juga tidak saya ceritakan kisah itu di sini sebab ia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. sejujurnya, ada beberapa keping gambar saya bersama anak2 As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Tapi tidak saya uploadkan atas sebab2 tertentu.
cuba cikgu pergi ke muzium ketamadunan Islam di kota kinabalu. ada satu seksyen tentang ajaran sesat. depa masukkan memali sekali.
ReplyDeleteentah apakejadah kaitan tamadun Islam dgn ajaran sesat.
ada gambar lukis khalifah Islam sekali.
saya ada buat entry pasal benda ni dalam blog saya dulu, buat tatapan mufti dan pemuda pas. tapi mana mungkin depa membaca blog saya.
This post has been removed by the author.
ReplyDeleteCikli.
ReplyDeletegeng2 tu sesedap hati jer label org2 lain sebagai sesat. Tapi mereka buta mata hati sbb tak pula wartakan SIS sebagai sesat sedangkan SIS penyebar ajaran islam liberal di Malaysia. Kassim Ahmad yg anti-hadis dan menolak kefardhuan solat 5 waktu( kassim ahmad kata solat hanya 3 waktu jer) pun tak dihukum sebagai sesat sebab dia tak ancam keselamatan penguasa putrajaya.
Salam...
ReplyDeletecg.Shameel, datanglah semula ke Kedah...
Tinjau kenangan... Cipta kenangan
Jujurnya, walaupun saya org Kedah, saya belum pernah ke Baling... "tak tu deh"
Memali, sehingga kini saya mengharapkan pihak berkaitan mengaku kesilapan/ dosa mereka terhadap 'keluarga memali"
Kebetulan ya shameel, tadi baru berbicara dengan mak sedara ni, dia dulu belajar di UUM, diceritakan mengenai ayah seorang sahabat beliau yang juga terlibat dalam peristiwa mamali tu, katanya ayah dia menangis sebab nyawanya tidak diambil waktu tu.
ReplyDeleteshameel... walaupun saya tak pernah menetap di kedah, rasanya hati saya amat dekat dengan kedah, cheewahh... Suka dengar loghat depa.
sy pun dh lama lost contact dgn kwn asal dr baling...
ReplyDeletecikgu shameel, saya yang bertahun dok kedah mengemis ilmu pun, tak jauh berjalan kat kedah ni.. rasa rugi pulak.. sungai petani pun sekali jer sampai, dalam tempoh 6 tahun dok sana..
ReplyDeletetime cuti, mak tak bagi jenjalan, mak suh balik..
Hanya mereka yg melaui peristiwa memali tahu apa kejadian sebenarnya...
ReplyDeleteInsyaAllah kalau Allah izinkan pasti kamu akan dapat menabur bakti di bumi Kedah....
arwah moyang selalu cerita pada saya tentang peristiwa memali ni,
ReplyDeletehm..sayu.