Tuesday, 15 November 2011

Orang Bukan Islam Tak Semestinya Masuk Neraka



Ini adalah sambungan dari tajuk lepas : > lihat
SINI



Beberapa tahun dahulu, saya juga ragu-ragu juga tentang isu ini. Lalu saya mengajukan tanya epada beberapa orang tokoh agama untuk merungkaikannya. Antaranya ialah Prof Madya Dr Johari Mat, Prof Madya Dr Radhi Othman , Maulana Asri Yusof, Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi( bekas Ketua dewan Ulama PAS Pusat) serta Haji Muhammad Yunus(bekas Mufti Melaka). Mereka ini saya hubungi(telefon) untuk meleraikan kekusutan yang membelit akal saya ketika itu.

Dan syukur kepada Allah SWT, sebab sebulan yang lepas, saya menemui kupasan yang menarik(youtube) tentang isu ini daripada Lim Joo Soon(seorang pendakwah berbangsa Cina). Youtube yang asalnya agak panjang, lalu saya trim dan upload kembali ke akaun youtube saya. Dan dengan kehendak dan izin Allah, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut memperkatakan perihal ini -- : > klik DrMAZA .

Lagi menarik, isu ini juga turut diperkatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, walaupun secara tidak langsung di dalam surat khabar Harakah edisi 29 Mac- 1 April 2010, dalam ruangan Agama bersama Dato’ Dr Haron Din. Jadi, saya juga ingin berkongsi isu ini dengan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke laman bicaradariaku ini.

Tentu sahaja ramai yang tertanya-tanya perihal nenek moyang kita dahulu kala. Tertanya-tertanya tentang kesudahan mereka. Adakah mereka akan mendapat taraf ‘kewarganegaraan’ syurga, atau langsung menjadi penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

Umum mengetahui, sebelum kedatangan agama islam,penduduk Nusantara(termasuk Malaysia) umumnya menganut agama Hindu dan Budha serta mengamalkan kepercayaan Animisme. Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Mataram, Kerajaan Sailendra, Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit( sekadar menyebut beberapa contoh) --Tentu semua maklum, kerajaan-kerajaan ini (termasuk keseluruhan rakyat di bawah pentadbirannya) merupakan kerajaan yang berasaskan agama Hindu dan Budha. Bukan itu sahaja , sampai sekarang saki baki peninggalan Hindu dan Budha masih lagi bersisa di Nusantara. Antaranya ialah Tapak Candi Lembah Bujang di Kedah dan Candi Borobudur di Jawa Tengah yang masih utuh terjaga sampai sekarang. Begitu juga dengan amalan-amalan yang berasaskan ajaran Hindu yang masih lagi digunapakai oleh masyarakat melayu hinggalah ke hari ini, seperti acara bersanding dan renjis merenjis pengantin. Paling ketara dan jelas ialah wujudnya penganut agama Hindu dalam kalangan penduduk rumpun Melayu di Pulau Bali. Ini semua bukti yang jelas, sesungguhnya penduduk Nusantara termasuklah nenek dan moyang kita dahulunya terdiri daripada penganut agama Hindu, Budha serta Animisme.


SYURGA ATAU NERAKA?
Disebabkan mereka tidak beragama islam, sekali gus tidak beriman, maka bagaimanakah kesudahan mereka nanti. Syurga atau neraka?

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan akan sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hamba-Nya. Allah juga tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Tentang permasalahan ini, Allah berfirman(maksudnya) Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).

Ayat al-Quran tersebut menjelaskan, sesungguhnya Allah tidak akan mengazab golongan yang tidak kesampaian dakwah. Tidak kesampaian dakwah merangkumi golongan yang hidup pada zaman ketiadaan rasul yang dikenali sebagai Ahlul Fatrah. Begitu juga dengan golongan yang tidak disampaikan ajaran islam yang sebenar, serta golongan yang tidak ditegakkan hujah ke atas mereka.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim(maksudnya lebih kurang) “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di dalam tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani yang mendengar tentang diriku dan kemudian dia mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutuskan(iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni neraka.”

Hadis di atas menunjukkan golongan Yahudi dan Nasrani(termasuk penganut mana-mana agama dan kepercayaan) yang tidak mendengar risalah tauhid(tidak kesampaian dakwah) yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, maka mereka dikecualikan daripada neraka.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula dalam karyanya Tariq al-Hijratain (saya petik dari web site DrMAZA) menyebut:.

Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Info Tambahan: persoalan ibu dan bapa Nabi Muhammad SAW, sama ada akan ditempatkan ke dalam syurga atau neraka. Meskipun terdapat sebuah hadis sahih yang mengatakan kedua-kedua ibu bapa baginda akan masuk neraka, namun hadis tersebut mengundang perbahasan yang panjang. Tentang kedua-dua orang tua Nabi Muhammad SAW, mereka secara prinsipnya tidak akan diazab disebabkan mereka ini dikategorikan sebagai Ahlul Fitrah atau mungkin juga mereka ini beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu. Lebih lanjut sila ke Jabatan Agama Islam Selangor : > klik
JAIS


SITUASI HARI INI:.
Mungkin ada yang beranggapan,tidak kesampaian dakwah dan tidak tertegak hujah hanyalah berlaku pada zaman silam dan sudah tidak releven dengan situasi hari ini. Mungkin juga ada yang beranggapan, seruan dakwah dan ajaran islam, telah memenuhi segenap ruang dan pelusuk hingga mustahil untuk tidak tertegaknya hujah ke atas orang-orang bukan islam.

Betulkah Tanggapan ini?

Sebenarnya di negara-negara tertentu seperti di negara-negara Komunis, tahap kesampaian dakwah masih lagi dalam kadar yang perlahan. Pernahkah anda membaca Novel Bumi Cinta ,sebuah karya yang hebat dari Habiburrahman El Shirazy. Novel tersebut sedikit sebanyak akan membantu kita untuk mengetahui betapa terhad dan terbatasnya tahap kesampaian dakwah di negara-negara Komunis termasuklah Russia. Tidak sekadar isu kesampaian dakwah yang perlu diperkatakan, tapi kualiti atau standard dakwah tersebut juga perlu diambil kira(sama ada ia berasaskan ajaran islam yang sejati atau sebuah ajaran yang bercelaru yang menyeleweng). Jangan kita lupa, di Vietnam dan Kemboja terdapat segelintir umat islam di sana yang menganuti ajaran islam Bani. Mengikut ajaran ini, mereka hanya diwajibkan bersolat sekali seminggu. Mereka juga tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana menyerahkan urusan itu kepada imam yang dilantik. Mereka beranggapan, imam yang dilantik itu telah diamanahkan oleh Allah untuk untuk mewakili amal ibadat mereka. Amalan mereka juga banyak bercampur aduk dengan ajaran Budha dan Animisme.

Itu cerita di negara bukan islam, bagaimana pula di negara islam seperti Malaysia?

Tidak dinafikan dakwah sentiasa disampaikan, tapi bagaimana dengan tahap keberkesanannya hingga benar-benar tertegak hujah sehingga orang-orang bukan islam benar-benar mengetahui kebenaran ajaran islam.

Saya ingin berkisah sebuah cerita yang pernah saya baca di dalam majalah( al-islam atau majalah I - kalau tak silap saya). Kisah tentang seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Budha, kalau tak silap saya, lelaki tersebut ialah Lim Jooi Soon( saya memohon jutaan maaf andainya saya silap dan saya mohon agar ia diperbetulkan). Pada suatu hari beliau ingin menggunakan tandas di sebuah masjid, tiba-tiba AJK masjid tersebut memarahinya dengan alasan orang kafir tidak dibenarkan menghampiri masjid. Bermula dari saat itu, beliau mula menaruh rasa benci dan sangsi terhadap agama islam.

Pada ketika yang lain pula, ketika bermain bola sepak di sebuah padang yang berhampiran dengan gereja, tiba-tiba ada antara mereka yang telah tertendang bola tersebut ke dalam kawasan gereja hingga memecahkan cermin tingkap gereja tersebut. Anehnya paderi di gereja tersebut tidak pula memarahinya dan kawan-kawannya. Sebaliknya mereka diberi makan dan minum serta diberi layanan yang baik. Tidak sekadar itu sahaja, mereka juga dibenarkan oleh pihak gereja untuk bermain di persekitaran gereja. Bermula dari situ, lelaki tersebut tertarik dengan agama Kristian lalu memeluk agama tersebut.

Hanya setelah beberapa tahun kemudian barulah lelaki tersebut membuka mati dan hatinya untuk melihat dan menilai agama islam yang pernah dibencinya selama ini. Ini berlaku gara-gara hasil keterujaannya menyaksikan debat antara Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dengan seorang tokoh agama Kristian. Keterujaan tersebut mendorongnya untuk mengkaji kitab suci Al-Quran dan akhirnya beliau memeluk islam. Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjauhkan, sekali gus menanam rasa benci dan sangsi lelaki tersebut terhadap agama islam. Jawapannya ialah orang-orang yang berlabel agama iaitu AJK masjid. Ini merupakan salah satu tindakan yang menyebabkan lelaki cina tersebut tidak kesampaian dakwah pada peringkat awal.

Jangan juga lupa untuk merenung kata-kata Syeikh Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat. Kata Muhammad Abduh:

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam ”

Muslim tanpa islam, itulah yang banyak dijelmakan oleh kebanyakkan umat dan negara islam hari ini. Umat dan negara islam umpama ‘duta-duta’ islam tapi disebabkan kegagalan membawa imej dan mesej islam, maka islam kelihatan begitu hodoh dan bodoh. Ini semua diperhati dan diteliti oleh orang-orang bukan islam lantas mereka menjauhi islam dengan jarak yang jauh sejauhnya. Putar belit dan pembohongan, penindasan terhadap wanita dan segala macam imej-imej yang hodoh telah ditonjolkan oleh ‘duta-duta’ islam.

Sebagai contoh, lihat sahaja apa yang telah berlaku di sebuah penempatan di Pakistan . Kisah yang berlaku pada bulan Jun 2002. Kisah mengenai tindakan gila sebuah Jawatankuasa Kampung di Meerwala Pakistan yang telah mengarahkan agar si gadis yang bernama Mukhtar Mai dirogol beramai-ramai dan bergilir-gilir di hadapan ratusan penduduk kampung. Gadis malang itu dijatuhkan hukuman yang sebegitu malang kerana kesalahan yang dilakukan oleh adiknya. Adiknya didapati bersalah kerana telah menjalin hubungan cinta dengan seorang perempuan dari kasta yang lebih tinggi. Tindakan gila ini diteliti dan diperhati oleh orang bukan islam dan hasilnya, agama islam bukan sahaja dijauhi, tapi lebih teruk dari itu, islam akan dibenci dan dimusuhi, sekali gus akan menjarakkan mereka daripada kesampaian dakwah.

Untuk mengelakkan entry saya ini menjadi terlalu panjang, saya petik sahaja kata-kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (sebagaimana yang ditulis oleh DR MAZA dalam web sitenya)sebagai kesimpulan.

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)”

(Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin) Maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?


40 comments:

  1. Kupasan yang menarik shameel, pernah juga saya terbaca perihal ni,pernah juga bermain-main di fikiran saya tentang orang kafir yang langsung tidak mendapat dakwah Islamiyah ni... (contohnya mereka2 yang duk kat hutan, dakwah tak sampai)....

    ReplyDelete
  2. Afida Anuar
    menarik contoh yg Afida bagi. Yer kn org2 yg duduk jauh di dalam hutan, tentu sahaja susah utk disampaikan dakwah.

    Dulu sy juga tertanya2 ttg nasib org2 zmn batu spt org2 paleolitik dan mesolitik. mereka juga trmasuk dlm golongan tidak kesampaian dakwah.

    ReplyDelete
  3. salam shameel,
    kelemahan orang Islam ialah kurangnya SENI dalam menyampaikan dakwah.

    ReplyDelete
  4. skg kn nk kena pakai lesen nk berdakwah =.=''


    Bumi Cinta mmg best.

    ReplyDelete
  5. skg kn nk kena pakai lesen nk berdakwah =.=''


    Bumi Cinta mmg best.

    ReplyDelete
  6. yang pasti orang tua kebanyakan ajk masjid sokmo marah kat bbudak yang g masjid kerana bising sudahnya dorang pon tak mau dekat

    ReplyDelete
  7. abah aman.
    setuju sekali dgn pandangan abah. krn ketiadaan dan kekuarangan seni dlm berdakwah, islam yg teramat cantik telah kelihatan tersangat hodoh.

    ReplyDelete
  8. api di Malaysia lebih menarik, artis tiada masalah ketika berdansa di khalayak ramai, tetapi didakwa Titisan Hujan
    Lesen untuk berdakwah. Menarik istilah tu. heheh. Saya copy sahaja kata-kata Dr Asri ttg lesen utk berdakwah ini "....Jika di China umpamanya, penyebaran Islam secara terbuka tidak dibenarkan, tapi di Malaysia lebih menarik, artis tiada masalah ketika berdansa di khalayak ramai, tetapi didakwa apabila cuba bertazkirah agama atas alasan tauliah. Jika atas alasan ‘ajaran salah’ boleh difikir dan dinilai. Alasan tauliah semata, tidak jauh dengan alasan negara China. Bahkan berapa ramai mereka yang memiliki PhD dan Master pengajian Islam dari institusi pengajian Islam yang diiktiraf dalam dan luar negara tidak mendapat tauliah di Selangor." Faham2lh yer ini ttg isu apa.

    mmg best novel bumi cinta, begitu juga dgn filem sang pencerah.

    ReplyDelete
  9. cemomoi.
    itupun kategori tidak tahu seni dalam dakwah. akibatnya terpalitlah salah faham terhadap islam.

    ReplyDelete
  10. saya tertarik dgn perengan ttg seorg cina yg ingin mengunakan tandas itu...itu seorg china...saya sendiri pernah mengalaminya sewaktu menghantar saudara melansungkan perkahwinan di Utara Tanah Air..Rombongan Kami berhenti seketika Disebuah masjid kerana sudah hampir waktu Zohor...selepas Zohor..Kami beramai-ramai duduk di tangga Masjid..Kemudian seorg Khariah Masjid mengarahkan kami beredar dari situ kerana dikhuatiri mengotorkan tangga masjid..Ya-Allah..Kami ini Org Islam sebangsa dgn nya...dan baru sahaja lepas bersolat jemmaah bersama-sama..bagaimana mungkin kami akan mengotorkan kawasan masjid..Islam itu sebuah Agama yg sgt Indah dan Mudah..Jgn cemarinya dgn perkara-kara yg meremeh dan membebankan sehingga membuatkan org yg bukan Islam tidak berminat mengetahui apa itu ISLAM...teringat pulak dgn Pak SATIM...ada wakil Rakyat berbangsa China ingin membacakan sepotong Hadis..Komen Jumutnya...Jika Hadis itu tidak Betul bagaimana??...Jawapannya cukup mudah..PERBETULKAN LAH...

    Maaf lah cikgu terpjg pulak komen saya..

    ReplyDelete
  11. Eye_nee.

    Teruk betul khariah masjid tu hinggaka duduk ditangga pun dilarang. Ini semua sedikit sebanyak akan menghodohkan wajah islam. Bayangkan kalau perkara sebegitu dialami oelh org bukan islam, pasti mrk sangsi dan benci kpd islam.

    Terima kasih ats tambahan info, iiatu ttg org bukan islam membaca hadis. Sebenarnya tiada masalah pun kalau org bukan islam membaca hadis. persoalan hadis tersebut sahih atau tidak, tidak tertanggung kpd org bukan islam sahaja, malah kalau org islam yg membaca hadis palsu sekalipun hukumnya tetap haram.

    ReplyDelete
  12. penerangan yg sgt jelas.

    selalu rasa malu bila diwar2kan malaysia negara islam..sbb islam cuma atas kertas, tidak ditegakkan.

    *dah buat entri tag tu.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas pencerahannya :)

    tersentuh hati membaca cerita pasal ajk masjid tu. ya Allah, bila rumah Allah pun nak diekslusifkan. kena belajar banyak ni pasal method of dakwah.

    ReplyDelete
  14. salam shameel..
    terima kasih atas perkongsian ini..

    tahun lepas hida dan family pergi shopping kat KL.. dah masuk waktu zohor kami berhenti tuk solat kat masjid.. masa nak amik wuduk, terkejut ngan suara nyaring dan garang ajk masjid yang tgh cuci kawasan.. dia marah sorang adik dalam lingkungan umur 12 tahun sebab tak pakai tdung.. adik tu cuma nak masuk toilet je.. adik tu terus keluar ngan wajah yg merah padam.. mgkin rasa malu sbb orang terlalu ramai..

    ReplyDelete
  15. quote tentang Paris & kaherah tu sgt mendalam ek...

    syabas cikgu atas kajian dan artikel menarik penuh ilmu ni...

    rasa insaf dan segan...huhuuu

    ReplyDelete
  16. amat malang kalau orang islam masuk neraka sedangkan orang bukan islam masuk syurga

    ReplyDelete
  17. Ujie .
    mungkin sbb itulah sesetengah pihak mengatakan Malaysia hanyalah negara umta islam dan bukannya negara islam.

    Trima kasih sbb sudi buat tag yg saya beri.

    ReplyDelete
  18. PENCONTENG.
    method of dakwah atau uslub dakwah adalah satu kesenian dalam dakwah.Para daie tidak boleh sunyi dari memikirkan bagaimanakah caranya agar islam dapat 'dipasarkan' dgn baik. sebenarnya dalam gerak kerja dakwah yg dilakukan oleh wali songo terdapat pendekatan yg amat unik dan menarik utk dihayati.

    ReplyDelete
  19. mamaNoriz.
    Huraian panjang tentang Paris dan Keherah tu ada ditulis oleh ustaz hasruzal(saiful islam). artikel tu juga di tulis semula oleh masjid negara.

    ReplyDelete
  20. HaiDa HiDa.
    Itulah kesalahan dan kesilapan dalam 'memasarkan' islam. tidak hanya gadis berusia 12 tahun, malah kalau gadis berusia 20-an sekalipun tidak berhak dimarah gara-gara tidak pakai tudung. Menerang dan menyerang perlu dibezakan. Sebab tu kata As-syahid imam Hassan al-bana " kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum"

    ReplyDelete
  21. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. tehr.
    org islam secara prinsipnya akan masuk akan dimasukkan ke dlm syurga setelah selesai urusan azabnya di neraka. Itu selagi mana dia mentauhidkan Allah dgn tidak mensyirikan Allah, meskipun semasa hayatnya dia banyak melakukan dosa-disa besar.

    mungkin ada kalangan umat islam yg terlibat dalam perkara2 khurafat yg menatijahkan syirik, tapi lihat pula kpd situasi mereka. Andainya dilakukan krn kejahilan( spt umat melayu /islam sekitar tahun 70-an) yg mengadakan acara mandi safar, memuja kubur keramat, bersemah dan macam-macam lagi. jika disebabkan kejahilan dan tidak ditegakkan hujah maka mereka diampunkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  23. Cikli .
    mudah-mudahan begitulah. itulah doa dan itulah harapan.

    ReplyDelete
  24. setuju dgn contoh sesetengah AJK masjid yg guna pendekatan yg x sesuai tu.. pasti ada yg terasa bila dilayan cmtu...

    ReplyDelete
  25. caliph shuriken.
    itulah yg berlaku di sesetengah masjid kt negara kita. mungkin juga perkara yg sama turut berlaku di negara2 islam yg lain

    ReplyDelete
  26. salam..amat menarik...bagaimana dengan dakwah dari multimedia dan alat2 elektronik serta siber...adakah ia dikira dakwah yang kesampaian asal saja hamba itu sanggup mencari kebenarannya...adakah itu boleh mencukupkan kuota apa yang disebut kesampaian dakwah atau tidak....apapun jelaslah kita sememangnya sebagai khalifah terpaksa samada mahu atau tidak memikul tanggungjawab dalam memastikan kesampaian dakwah keceruk manapun....

    ReplyDelete
  27. Salam cg.Shameel...

    kupasan yang menarik
    Tertarik dengan persoalan "Bagaimana tahap keberkesanan dakwah sehingga orang-orang bukan Islam benar-benar mengetahui kebenaran ajaran Islam"...

    Di sekolah terdapat rakan guru Chinese yang bertanyakan saya
    - kenapa terdapat orang Melayu Islam yang selalu bercakap tanpa adab "Cina tu mampuih dah" bukan 'meninggal dunia/mati'- orang utara

    juga dakwah untuk golongan remaja.
    - awal tahun lalu semasa mengiringi pelajar untuk sukan peringkat daerah (melibatkan sekolah rendah dan Menengah) selama seminggu di sebuah sekolah, saya dan pelajar mngalami peristiwa 'kasarnya seorang ustazah' yang memandang sinis... bertindak menutup pntu dengan kuat & mengherdik pelajar terlibat semasa berehat seketika (sementara meninggu Zohor)di surau sekolah tersebut. Bayangkan mereka berpanas seawal 8.00pagi hingga 6.30 petang di padang.
    Pasti cg.Shameel boleh bayangkan segelintir atlet yang agak berat untuk solat semakin 'berat' untuk menunaikannya dengan alasan sikap ustazah tersebut. (penat mengarahkan mereka ke surau untuk solat, namun mereka meninggalkan surau kerana di halau keluar)
    Malah kadangkala surau itu juga dikunci (kami para guru perlu mencari pula siapa pemegang kuncinya)

    ReplyDelete
  28. ASSOYFINGER67
    Tentang soalan sahabat, elok saya copy sahaja petikan dr tulisan dr Asri ...... Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.....

    sedikit tambahan dari saya , elok juga jika kita perluaskan pula kpd peranan media baik elektronik mahupun cetak. terdapat filem dan drama yg bertajuk islam(sengaja saya tidak menyebut tajuk filem dan drama tersebut) tapi membawa mesej yg salah terhadap islam dan sekaligus telah memperkosa imej islam.

    Tahun 2004(menjelang pilihnaraya umum ketika tu) RTM saban malam menyiarkan video klip seorg wanita ditembak di kepala oleh puak taliban. mesej yg ingin RTM sampaikan amatlah mudah iaitu, itulah padahnya jika pilih golongan dan gerakan berasaskan agama sebagai pemerintah(ditujukan kpd PAS).

    Tapi kesan buruknya ialah ia menyebabkan org bukan islam memandang islam sebagai agama yg kejam dan menzalimi wanita.

    ReplyDelete
  29. NaeBlog.
    Terima kasih ats tambahan info. Itulah sebahagian contoh muslim tanpa islam yg memperkosa imej islam. Muslim tanpa islam jugalah yg telah menghodohkan wajah islam yg cantik

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah,
    ya pernah juga mendengar kupasan sebegini sewaktu mengikuti kelas IRC dulu,,

    alhamdulillah saudara, kerana mengingatkan saya semula :D

    ReplyDelete
  31. waaahh,, judulnya provokatif banget, tapi isinya makna akan ilmu. Terlepas berbagai pendapat mengenai siapa masuk surga dan neraka, Allah lah yang lebih mengetahui dan menentukannya :)

    ReplyDelete
  32. bagaimana jika orangnya beragama islam, tapi hanya sekedar status aja. Lagian, orang yang berstatus beragama islam belum tentu dia seorang muslim :)

    ReplyDelete
  33. aida suka baca topik shameel nie..itu bagi orang yang benar2 tak tahu tentang kewujudan islam kan? zaman sekarang nie umat islam sendiri menjatuhkan keindahan islam tu kan? sedihnya.. T_T

    ReplyDelete
  34. sependapat dengan aida omar, sedihnya, ummat islam yg menjatuhkan ajarannya sendiri. ironis

    ReplyDelete
  35. Mutiara Bernilai .
    IRC (Islamic Representative Council). Mesti Mutiara pernah aktif dgn JIM kan. Bagus.

    ReplyDelete
  36. Miawruu.
    Benar sekali Mia. Hanya Allah yang lebih mengetahui hakikat syurga dan neraka.

    ReplyDelete
  37. Rai.
    bagi umat islam, selagi tidak terbatal akidah, maka Allah akan tetap menempatkannya di syurga(setelah diazab ke atas segala dosanya yg lalu)

    ReplyDelete
  38. Aida Omar,
    benar sekali aida. Hari ini imej islam yg cantik dan indah telah diperkosa oleh umat islam sendiri

    ReplyDelete
  39. Rayto dan Rai-chan.
    benar sklai sobat. islam banyak dijatuhkan oleh penganutnya sendiri.

    ReplyDelete