Thursday, 31 March 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR, RAMALAN YANG MEROSAKKAN AQIDAH









Seolah-olah satu kegilaan yang menggila,begitulah hebatnya virus syirik yang menyerang umat islam di Malaysia. Entah ke mana hilangnya kewarasan diri hinggakan mereka begitu mudah diperbodohkan oleh golongan tolol yang menjaja Rahsia Tarikh Lahir demi keuntungan peribadi. Di facebook, gejala tag mengetag Rahsia Tarikh Lahir , Rahsia Bulan Lahir, Rahsia Bulan Lahir Pasangan, Rahsia Bulan Islam dan macam-macam lagi Rahsia Yang Sesat dan Menyesatkan begitu menjadi-jadi. Ada yang benar-benar percaya, kononnya ia menepati ( atau hampir-hampir menepati )hidup dan kehidupannya. Ada yang sungguh-sungguh yakin, dengan beralasan itu adalah hasil kajian tokoh tertentu selama berpuluh-puluh tahun, apatah lagi tokoh itu adalah tokoh terkemuka . DAN ada juga yang beralasan, ia sekadar suka-suka sahaja. Walau apapun alasan, jawapannya tetap sama iaitu ia sesat dan menyesatkan serta boleh merosakkan akidah. p/s = Sayang seribu kali sayang, tokoh-tokoh yang tolol ini berjaya memperbodohkan golongan yang bahlul.Si Tolol menjadi jutawan dan si bahlol menjadi tak keruan. Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan. Bicara kali ini tidak sekelumitpun bertujuan mempertikaikan kewibawaan pakar-pakar motivasi yang bakal disentuh nanti. Jauh sekali untuk tidak menidakkan sumbangan mereka. Mereka adalah tokoh yang ternama, itu benar tanpa dapat dipertikaikan lagi oleh sesiapa. Namun , itu semua bukanlah alasan untuk kita bertaqlid buta dan bukannya penyebab untuk menjadi pendengar yang setia. Tidak harus kita berdiam seribu bahasa andainya, pendapat mereka ini tersasar dan terbabas dari landasan yang sepatutnya. Sepertimana untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Imam Malik " Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)". Jika pesanan Imam yang mulia ini dihayati, maka pasti sahaja kita tidak lagi ‘pekak dan tuli’ dalam segala urusan.

(Apabila kesesatan diniagakan)


Siapakah anda untuk mempersoalkan pakar-pakar motivasi ini ? Saya amat yakin, pertanyaan yang sebegini akan diajukan kepada saya dan sesiapa sahaja yang berbicara tentang isu ini. Sekali lagi saya ulangi kata-kata Imam Malik “Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)”. Atas dasar menghormati ketokohannya, maka saya tidak ingin berbicara perihal peribadi tokoh-tokoh yang terkenal sebagai pakar motivasi ini, meskipun ia telah tersebar dengan rancaknya. Saya sekadar ingin membantah pandangan atau ramalannya, dan bukan batang tubuhnya. Jujur! Dalam memperkatakan persoalan ini, saya berhujah dengan bersandarkan pandangan beberapa ulama terkenal Tanah Air yang turut mengkritik, malah menghukumnya sebagai syirik. Saya akan linkkan kenyataan mereka di sini disamping memetik pandangan-pandangan yang mereka kemukakan. Harap para pembaca, akan ke link tersebut untuk memperolehi maklumat yang semaksimum mungkin, demi memaksimumkan kefahaman tentang hal ini, sekali gus mematangkan diri dalam beragama.( ulama atau tokoh agama yang saya maksudkan ialah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Asri Zainul Abdidin, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Prof Madya Dr Shukeri Mohammad), di samping itu saya paparkan juga link dari Hafiz Firdaus Abdullah ( seorang penulis rencana dan buku agama, jua mengendalikan soal jawab agama dalam beberapa majalah) dan link seorang blogger yang mantap hujahnya tentang isu ini, iaitu El-ILMY.













Saya tak pasti, adakah ramalan di atas benar-benar dibuat oleh Dr Fadzilah Kamsah atau oleh manusia lain yang sememangnya tolol. Namun, seperti yang diketahui umum Dr Fadzilah kamsah, turut memperkatakan Rahsia Tarikh Lahir ( yang didakwa mengikut kajiannya selama 25 tahun). Cuba lihat baris terakhir ramalan itu. Bukankah ini boleh meretakkan rumahtangga seseorang. SUAMI AKAN MERAGUI ISTERI. ISTERI AKAN MENCURIGAI SUAMI. DAN AKHIRNYA PERKAHWINAN AKAN BUBAR. Untuk pengetahuan sahabat KADAR PERCERAIAN pasangan islam di Malaysia hari ini amatlah membimbangkan,iaitu setiap 15 minit akan berlaku satu kes perceraian( statistik dari JAKIM).






Lagi satu, Ramalan yang kononnya hasil kajian di atas ternyata menyalahi tuntutan agama sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih, iaitu “Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat “.Muttafaqun Alaihi). Menurut Prof Madya Dr Shukeri Mohamad( pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan, juga Presiden Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Kelantan) “…. untuk kepentingan keturunan/melahirkan keturunan yang baik, Allah SWT mensyariatkan kaedah-kaedah tertentu dalam perkahwinan seperti mengutamakan ciri-ciri keagamaan dalam memilih pasangan….” rujuk kertas kerjanya yang dimuatkan dalam buku berjudul Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara, Terbitan kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS),m/s : 63.






Tapi, hari muncul pula, kriteria terbaru dalam memilih pasangan iaitu, pilihlah pasangan berdasarkan tarikh lahirnya. Ini kriteria yang menyalahi sunnah. Bayangkan, betapa resah dan gelisahnya pasangan yang sedang bertunang jika salah seorang daripada mereka dilahirkan pada tarikh tersebut ( 5 dan 17 Haribulan). Tidak mustahil pertunangan itu akan putus ditengah jalan jika pasangan tersebut taksub kepada tokoh motivasi tersebut. Ini ternyata membawa kepada syirik dan kufur.












( Nostradamus )





P/S = Gambar tokoh yang terkenal dengan workshop potensi diri ini terpaksa saya delate atas dasar tidak ingin menyentuh peribadi tokoh tersebut.



MUNGKIN ADA YANG BERALASAN, ini adalah hasil kajian terperinci pakar motivasi terkenal selama 25 tahun. Untuk menjawabnya, eloklah saya paparkan sebahagian daripada hujah Ustaz Zaharudin Abdul Rahman. Menurut Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-





a) Al-Quran


b) Hadith Sohih dan Hasan


c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah).






Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya : "Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
















Menurut Ustaz zaharuddin lagi, mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan. Namun, Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite. Sesungguhnya kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir. ( lebih lanjut sila baca ulasan penuh daripada Ustaz Zaharuddin kat SINI).






Demi kematangan beragama dan demi kemantapan berakidah, saya merayu kepada para pembaca agar saksikanlah rakaman kuliah agama tentang syirik dan batilnya Rahsia Tarikh Lahir yang disampaikan oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman , pensyarah KIAS yang berkelulusan B.A, M.A dan PhD dalam bidang Fiqh di Universiti Islam Madinah ( LIHAT SINI ). Rakaman kuliah ini akan menjawab alasan dangkal kononnya Rahsia Tarikh Lahir ini bukanlah Ramalan tapi kajian dari pakar motivasi terkenal negara selama 25 tahun.






(formula kiraan tarikah lahir bagi meramalkan nasib)


Saya petik pula sebahagian hujah Dr Asri Zainul Abidin,( Mantan Mufti Perlis yang juga merupakan pakar hadis dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia). Menurutnya, Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata.


Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah. Ia sebenarnya,merupakan sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.


Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). lebih lanjut tentang penjelasan Dr Asri mengenai kesyirikan Ramalan Rahsia Tarikh Lahir sila lihat kat SINI


MUNGKIN ADA yang berhujah, Ramalan Itu Benar-benar tepat atau 99 % menepati cirri-ciri potensi dirinya. Sebenarnya ia hanyalah kebetulan sahaja sebagaimana Ramalan Nostradamus juga yang bersifat kebetulan semata-mata. Lagi satu, dalam Al-Quran ada diceritakan tentang perbuatan syaitan yang mencuri dengar berita di langit suatu ketika dahulu. Ia termasuklah rahsia masa depan yang disembunyikan daripada pengetahuan jin dan manusia. Boleh jadi, rahsia-rahsia yang dibuka kepada manusia daripada faktor-faktor ramalan itu adalah ilmu kuno / primitif yang diperkenal oleh para Syaitan yang pernah mendengarnya sebelum ini dengan ditokok-tambah bagi meyakinkan manusia kepada kebenarannya sedangkan tujuan asal mereka adalah untuk menyesatkan manusia. Namun Ketahuilah bahawa rahsia-rahsia hidup kita telah tertutup rapi, hanya diketahui oleh Allah S.WT. Kalau pun ada syaitan-syaitan yang dapat mendengarnya, ianya hanyalah pengetahuan primitif kerana selepas baginda Nabi Muhammad S.A.W diutus, mereka tidak dapat lagi mendengarnya ( kredit buat El-ILMY )


Saya paparkan juga sedikit penjelasan daripada Hafiz Firdaus Abdullah tentang kesesatan Rahsia Tarikh Lahir. Menurutnya , Pada zaman Rasulullah, masyarakat meramalkan nasib yang baik atau buruk melalui arah penerbangan burung. Jika mereka dalam perjalanan atau melakukan sesuatu urusan lalu nampak burung terbang ke arah kanan, maka ia adalah ramalan nasib yang baik. Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, maka ia adalah ramalan nasib yang buruk. Terhadap kepercayaan seperti ini, Rasulullah bersabda: Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali) [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910] Ini kerana nasib baik atau buruk ditentu oleh taqdir Allah dan bukannya kepada arah penerbangan burung. Pengajaran hadis di atas tidak terhad kepada kepercayaan arah penerbangan burung tetapi meluas kepada apa jua petanda atau amalan yang diyakini dapat memberi pengaruh kepada nasib seseorang. Di kalangan masyarakat Melayu umpamanya, wujud kepercayaan apabila dalam perjalanan ke satu tempat yang jauh, jangan berpatah balik ke rumah jika terlupakan sesuatu. Berpatah balik diyakini akan membawa nasib yang buruk. Tidak ketinggalan ialah apa yang disebut-sebut masa kini sebagai “Rahsia Tarikh Lahir”, di mana diyakini tarikh sekian-sekian akan meramalkan nasib sekian-sekian. Semua ini tidak berbeza dengan kepercayaan kepada arah penerbangan burung pada zaman Rasulullah. Semua ini merupakan syirik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita, sama ada baik atau buruk. Justeru hendaklah ditinggalkan, bahkan dijauhkan sejauh-jauhnya – apa-apa kepercayaan bahawa sekian-sekian petanda, amalan atau tarikh lahir dapat memberi pengaruh kepada nasib baik atau buruk seseorang.


Tambahan Info Tentang Kesesatan Rahsia Tarikh Lahir


1) Klik DR ASRI ZAINUL ABIDINuntuk menonton rakaman kuliah Dr Asri tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


2)Klik USTAZ MUHD KAZIM ELLIAS untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Muhd Kazim tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir. 3) Klik DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Dr Abdul Basit tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


4) Klik USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


SAYA MERAYU tolonglah tonton rakaman kuliah ini, Dan marilah kita perangi golongan yang menaja Rahsia Tarik Lahir atas nama Motivasi mahupun atas nama Workshop Mengenali Potensi Diri

39 comments:

  1. Bagus sangat post ni.
    penat nak untag mende mengarut.

    ReplyDelete
  2. salam shameel..
    moga sihat sejahtera hendaknya..

    saya salah seorang yg sejak kebelakangan ni selalu kena tag pasal perkara ni di facebook..jenuh pulak asyik nak remove je..

    inilah mentaliti masyarakat kita yg sering terpengaruh dgn perkara2 sebegini..seolah2 tidak yakin dgn qada' dan qadar dr yg esa..

    insyaAllah..diharapkan sedikit sebanyak n3 shameel ini boleh menyedarkan mereka dari terus terpesong..
    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Kupasan yang panjang lebar dan jelas.
    Haramkannya...bagaimana?

    ReplyDelete
  4. salam
    suka membaca perihat ramalan ramalan ini
    buat diri tersenyum :)

    tapi
    tak mudah percaya


    qada' qadar itu
    datangnya dari tuhan

    bukan dari ramalan

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ini. nanti sy remove kan benda2 itu. n3 sy berkenaan tarikh lahir tu pun akan di delete juga walaupun ia antara sy dan suami saja.

    syukran jazilan..

    ReplyDelete
  6. ulasan dan kritikan yg sangat2 baik.. TK xpnh amik cakna rahsia2 bgitu, tp golongan remaja skrg nkpknya sngt taksub dngn pkara bgini..

    andai kajian mreka betul, nescaya xde kelahiran stiap hari, kenapa nak beranak pada tarikh2 yg d anggap malang kan?

    takdir d tangan tuhan.. yg penting jangan lupa Tuhan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Shameel,

    Ini adalah 'bertilik nasib' cara moden. Sama-samalah kita menghindarinya.

    ReplyDelete
  8. Zulfikar Hazri.

    Trima kasih kerana kita seangkatan dlm hal ini. Insha-allah, nanti saya berkunjung ke blog sahabat utk baca entry yg sahabat maksudkan.


    Norashikin Rahmat.
    Bersamalah kita tentang virus syirik yg sedang melanda ini.

    ReplyDelete
  9. Caliph
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar.

    Nurkass.
    Benar sekali mentaliti org kita ni adakalanya masih purbakala walaupun berpendidkan tinggi. Ramalan karut mcm ni disebarluaskan dlm internet.

    ReplyDelete
  10. Ahmad Humairi.
    saya bersetuju dgn cikgu, harap para Mufti bertegas dlm soal ini utk mengharamkannya.

    Intan Maisarah.
    Andainya semua umat islam beriman dgn qada' dan qadar dgn sebernar2 beriman, pasti sahaja ramalan karut ini akan pupus di tempat kita

    ReplyDelete
  11. Apple Hijau.
    Terima kasih ats komentar. kita delate ramalan yg ditag kt fb kita sebagai lambang cakna terhadap isu agama.

    Toyolkiut.
    saya bersetuju dgn TK, paling saya suka frasa ni ......andai kajian mreka betul, nescaya xde kelahiran stiap hari, kenapa nak beranak pada tarikh2 yg d anggap malang kan?


    Kunang-kunang.
    Benar sekali, ini tilikan nasib versi moden

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum sayapun selalu buat juga sekadar suka-suka je..tak ada percayala percaya ...info yang berguna saya akan deletela semua benda yang mengarut tu...thans

    ReplyDelete
  13. erm..akak pernah bc tapi selintas..pada akak nora "argh..ko main hentam ikut kekerapan yang berlaku"..so, memang tak layan..

    banyak isinye tak boleh di pakai..dan seperti yang kita tau amalan ramalan kan syirik

    akak share ya..

    ReplyDelete
  14. Intan Abidin.

    Bagus seklai dleate lah ramalan karut yg ditag kt Fb kita. Dlm islam ada satu pendektan dianma sadduz zaraie9menuutp pintu kerosakkan), Walaupun kita tak terpenagruh tapi mana tau jika ada sahabat2 Fb lain yg trtengok kt Fb kita akn terpengaruh.

    ReplyDelete
  15. Nora Shahaira.
    benar sekali kak, ramalan adalah sesat dan menyesatkan. Silakan share kak utk manfaat bersama demi kemurnian akidah

    ReplyDelete
  16. kalu tak silap prof harun din kata, baca untuk suka-suka pon dah haram dan berdosa

    ReplyDelete
  17. Cemomoi.
    Terima kasih banyak2 ats tambahan info. Kalau ada link ceramah Dr Haron Din tu alangkah baiknya.

    ReplyDelete
  18. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Intan Abidin.
    Tahniah kerana cakna dlm hal ini. Moga Allah memberkati.

    ReplyDelete
  20. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Saya pernah terbaca mase skolah dulu,kalau dok belek2 ramalan zodiak tu n percaya ramalannya ibadat kita x diterima selama bape thn ntah..tp pastu saya dh x baca kalau nampak dlm magazine...

    ReplyDelete
  22. Shinju.
    Dalam hadis dinayatakan solat tak diterima selama 40 hari. bayangkan, jika kita mati waktu tempoh tu. ini bererti kita mati dlm keadaan meruntuhakn agama

    ReplyDelete
  23. setuju dengan entry ni :)

    betul , benda2 macam ni la yg boleh membawa kite kepada benda2 khurafat .

    ReplyDelete
  24. Syaza.
    Terima kasih atas sokongan. Marilah kita sedarkan kawan-kawan yang seakidah dgn kita tentang bahayanya ancaman syirk versi moden ini

    ReplyDelete
  25. betul2..kadang2 ada org islam y terlalu percaya dengan ramaln zodiak n tarikh lahir...

    ReplyDelete
  26. senyum Soya.
    Hari ni terlalu ramai umat islam di Malaysia yg 'beriman' dgn Rahsia Tarikh Lahir. Lagi malang apabila golongan profesional spt arkitek, engineer, dan doktor turut disesatkan oleh pakar motivasi yg tolol yg mejaja rahsia tarikh lahir demi wang.

    ReplyDelete
  27. bab aplikasi gini atau buku2..mmg akak xpenah baca..mana bole yakin dgn setiap yg diceritakan..

    utk suka2 bole..hendak percaya mmg tak sesuai..

    ReplyDelete
  28. Sarah Najwan.

    Sebaik-baiknya, jgn terlibat langsung walaupun untuk suja-suka. Mengikut pendekatan Sadduz Zaraie (menuutp pintu keburukan), kita hendaklah menuutp terus segala pintu ke arah kekufuran, termasuklah tag atau menjadikan Rahsia Tarikh Lahir ini sebagai aksesori kat FB, sebab takut ada org terbaca dan terpengaruh.

    ReplyDelete
  29. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Rase menyampah dgn kengkwn Fb yg suke taq mengetaq mende ni...mc xdek akai nak pk...pjlnan kita kan Allah yg tentu kan...!!

    ReplyDelete
  31. saya suka jugak baca psl tarikh lahir ni tapi tak percaya le..kalau ada kena mengena tu, mungkin kebetulan

    ReplyDelete
  32. Aincepet:
    Mmg mereka ug tag mengetaj ni takde akal sbb tak yakin akan kekuasaan Allah Maha Perancang Yang Sempurna

    ReplyDelete
  33. Nuriz.
    Benar sekali, ia hanyalah kebetulan sahaja.Sebab segala-galanya telah dicipta dan dirancang Oleh Allah Yang Maha Sempurna.

    ReplyDelete
  34. rupanya ada perjuangan ke arah itu
    aku pun tak percaya

    sedangkan perkara yang akan berlaku untuk beberapa saat yang akan datang juga tidak kita tahu, inikan pula perkara yang menyentuh seluruh kehidupan

    memang karut je

    ReplyDelete
  35. tehr.
    dakwaan rahsia tarikh lahir seolah2 menuduh Allah menzalimi hamba-Nya, kerana sial dan tuah terletak pada tarikh lahir

    ReplyDelete
  36. panjang sekali ulasan cikgu. kalau yang dalam facebook tu paling takleh blah sekali. oh dr azizan itu dr mickey mouse saja bak kata blog aidid

    ReplyDelete
  37. Sila join Group&Fans (Rahsia Tarikh Lahir Syirik&Sesat)Di Facebook Insya Allah...
    http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Tarikh-Lahir-SyirikSesat/183392151680126

    http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/group.php?gid=106359096058899

    ReplyDelete