Thursday, 24 March 2011

PERCERAIAN PASANGAN ISLAM SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.



SETIAP 15 MINIT AKAN BERLAKU SATU PERCERAIAN DI KALANGAN PASANGAN ISLAM , inilah statistik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) pada tahun 2009. Bagaimana dengan tahun-tahun berikutnya. Apa yang pasti, jumlah perceraian pasangan islam semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kurangnya penghayatan agama termasuklah mengabaikan solat di kalangan suami isteri merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah ini. Demikianlah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. Disebabkan Dr Mashitah telah menyatakan, betapa penyingkiran agama dalam kehidupan merupakan faktor utama lebur dan berkuburnya sebuah ikatan perkahwinan. Jadi, bicara saya kali ini adalah sekitar faktor itu sahaja, meskipun pasti sahaja ada faktor-faktor lain di luar duga dan jangka.


Sebelum melanjutkan bicara, saya pernah menulis tentang lerai dan berderai serta lebur dan berkuburnya sesebuah ikatan perkahwinan di dalam dua buah cerpen saya sebelum ini. Iaitu, cerpen berjudul PUTERI( disiarkan dalam Majalah Mingguan Wanita pada 1-7 Januri 2010 (lihat SINI ) dan cerpen berjudul MENCARI HABIL (disiarkan dalam Akhbar Berita Minggu/ NSTP pada 13 April 2008 ( lihat SINI ). Singgahlah bila ada kelapangan waktu.


Apabila kasih beralih. Apabila sayang berpindah. Diri bagaikan didesak dan diasak. Didesak dan diasak oleh naluri untuk mencari kekurangan milik pasangan yang terselit di celah-celah perkongsian kehidupan. Meskipun sekelumit, ia seakan-akan segugus. Sekelumit yang setitik itu kemudiannya dilautkan. Sekelumit yang seketul itu kemudiannya digunungkan. Natijahnya, terhakislah kesehaluan bicara. Terkikislah seia dan sekata. Tiadalah lagi kesatuan fikiran dan tindakan dalam melayari kehidupan bersama. Ikatan suci yang mulai malap dan pudar, akhirnya lerai dan berderai. Lebur dan berkuburlah sebuah kerajaan kecil yang bernama RUMAHTANGGA.


Wahai suami dan isteri! Ingat kembali tika kalimah “ Aku Terima Nikahnya.” bergema. Kalimah yang menyaksikan dirimu bersatu dan berpadu. Bersatu sebagai suami dan isteri. Berpadu dalam ikatan perkahwinan. Lantas, kalimah itu juga yang mentauliahkan kamu untuk bersama melakar hasrat dan mengukir impian di sepanjang hayat.



(Buku Di Jalan Dakwah Aku Menikah,
karya Ustaz Cahayadi Takariawan)

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.

Jika ini yang menjadi matlamat perkahwinan, pasti sahaja kadar perceraian dapat dikurangkan meskipun tidak mampu disifarkan. Sesiapa yang berkahwin di jalan dakwah, tentu sahaja tidak akan menyempitkan horizon perkahwinan. Mereka yang menikah di jalan dakwah tentunya mengerti hakikat sebuah perkahwinan, ia tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesenang yang diduga. Ia tidak hanya untuk menghalalkan hubungan kelamin dan tidak sekadar untuk menyambung zuriat. Tapi lebih dari itu, ialah untuk mengapai redha Maha Pencipta, kerna sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu ibadat. Ingatlah pesanan baginda junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku”


Buku DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH, ditulis oleh Ustaz Cahayadi Takariawan, seorang tokoh agama dari parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia. PKS adalah sebuah parti berhaluan islam di Indonesia. Ketika berkunjung ke Medan Sumatera Utara Indonesia tahun lepas, saya sempat menyaksikan poster calon-calon PKS ditampal di sekitar bandar Medan. Tentang buku ini, telah lama saya menghajatinya, tapi hingga ke hari ini ia sekadar impian semata-mata. Sejujurnya buku ini amat bermakna untuk memahamkan kita erti perkahwinan dan makna rumahtangga serta kaitannya dengan islam dan dakwah.

( buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam
karya Dr Fathi Yakan)

Madza Ya'ni Intima'i Lil Islam ( APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM) ,sebuah buku yang ditulis oleh seorang pemikir islam terkenal dari Lubnan iaitu Almarhum Dr Fathi Yakan. Buku ini merupakan seolah-olah teks wajib bagi mereka yang ingin terlibat dalam gerakan islam, ia menjadi bahan usrah yang paling asas. Jujur dan ikhlas, seorang kenalan saya yang beragama Kristian di Sabah, mulai tertarik untuk mengenali islam sesudah membaca buku ini yang diberi pinjam oleh seorang sahabat saya yang lain. Beberapa tahun kemudian dia memeluk islam.

Jadi, Jika berpeluang, buka dan beleklah buku ini ( kena beli dulu jika tak ada), anda akan dapati tajuk berjudul “Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga” diletakkan pada kedudukan yang ke empat, iaitu sesudah tajuk Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah, Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah dan Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh pemikir islam tersohor itu, iaitu Keluarga atau Rumahtangga Yang Bahagia hanya akan tercapai jika pasangan yang terlibat mempunyai AKIDAH YANG CEMERLANG, IBADAH YANG GEMILANG dan AKHLAK YANG TERBILANG.


P/S : Janganlah lagi didoakan semoga bahagia hingga ke anak cucu kepada pasangan pengantin baru( nanti bercerai selaps dapat cucu dan cicit), tapi ucaplah semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.



JADIKANLAH PENCINTA SOLAT SEBAGAI ISTERIMU
DAN JADIKANLAH PERINDU SOLAT SEBAGAI SUAMIMU




43 comments:

  1. teringat crita rang lelaki nak ngadu kat saidina umar pasal isterinya kuat membebel... bila sampai rumah saidina umra rupanya sama je... seblom berlalu saidina umar yang terperasan lelaki tu menjawab bila diajukan crita senasib tu, "dia le yang memasak makanan, tempat aku berpaling dari kemaksiatan... dsb..." kena consider la idop ni

    ReplyDelete
  2. salam..

    sangat mengerikan..tidak sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, kita kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan...

    ReplyDelete
  3. cemomoi.
    jika saling consider dlm hidup. tentu masalah ni dpt diselesaikn

    ReplyDelete
  4. Sekamar Rindu.
    Benar sekali, perkara remeh yg selalu mnfji punca apaila diperbesarkan. setitik dijadikan lautan, rumahtangga akan karam

    ReplyDelete
  5. Nice sharing article
    kalau artis lg ramai yg bercerai

    ReplyDelete
  6. Shameel, jika kita berkahwin semata-mata kerana Allah, insyaAllah, Allah akan pelihara rumah tangga kita. Tapi kalau kita kahwin sebab harta/sebab pangkat/rupa... mcm ni la jadinya. Cerai bila semua tu dah takde.

    ReplyDelete
  7. haihhh..nauzubillah..
    setuju ngan afida..
    bercinta, kasih sayang biarlah ikhlas kerana allah swt..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Pertengkaran terhasil kerana mempertahankan ego masing-masing. Kadang-kadang memag tak bermaksud seperti yang dicakapkan, tetapi bila dah terlanjur, menyesal pulak.

    Biar kita mengalah, asal menang mempertahankan rumah tangga.

    ReplyDelete
  9. Sop.
    Artis ni kadangkala dah jadi tradisi, kahwin kejap pas2 cerai.

    ReplyDelete
  10. Nurkass.
    Benar sekali. biarlah ada Keterikatan dan kebergantungan kpd Maha Pencipta dlm setiap aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  11. Afida.
    Itulah mesej yg cuba sy sampaikan dlm cerpen saya Mencari Habil ( iaitu cinta dan kahwin kerana Allah dan atas dasar agama)

    ReplyDelete
  12. Cikgu Ahmad Humairi.
    Meruntuhkan benteng ego, kekadang lebih susah berbanding meruntuhkan tembok Berlin.

    Kerana ego dan angkuhlah syaitan diusir dari syurga.

    ReplyDelete
  13. jika masing-masing bertolak ansur dan memahami erti perkahwinan mesti tak jadi begitu kan..yang tak faham kenapa perlu yang haram kalau sudah ada yang halal..

    ReplyDelete
  14. Nora Shahaira.
    Benar sekali kak nora, selagi ada kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan hayat rumah tangga akan dapat bertahan

    ReplyDelete
  15. Bagi aku....dengan akal yg diberiNYA...perkahwinan juga satu janji...bukan kepada pasangan tetapi kepada Allah...selepas akad kita telah berjanji menerima tanggung jawab dari segi agama,memelihara sunnah dan melengkapkan diri sebagai umat Nabi Muhammad.apabila Islam dan ajaran dipandang sepi dan perkahwinan hanya dianggap aktiviti sosial keduniaan maka hal2 (penceraian) akan dengan senangnya terjadi umpama gejala membuang anak...maka peganglah pada janji dan jangan menjadi orang yang mungkir janji kepadaNYA...takutlahhh!

    ReplyDelete
  16. saya setuju dengan ASSOYFINGER67
    perkahwinan adalah satu janji dan satu tanggung jawab
    jujur melaksanakan tanggung jawab, amanlah rumah tangga

    ReplyDelete
  17. penah nengok cerpen mencari habil...tapi belum pernah bace...!!

    ReplyDelete
  18. Tehr.
    kalu semua suam idan siteri faham hakikat perkahwinan itu satu janji, pasti mereka menghargainya.

    ReplyDelete
  19. Assoyfinger67.
    Benar sekali sahabatku, iakatan perkahwinan adalah janji, bukan janji antara suami isteri sahaja tapi janji dgn Allah.

    ReplyDelete
  20. Ain.
    Bacalah cerpen Mncari Habil tu bila ada kelapangan. Ia kisah pencarian cinta dan jodoh yg penuh dgn rintangan.

    ReplyDelete
  21. salam...

    3 minggu lepas saya dgr khutbah nikah dibacakan masa saksikan adik saya menikah. bagi saya khutbah nikah tu patut diulang baca terhadap pasangan suami isteri yang dah lama kawin sebab di situ akan diingatkan akan tanggungjawab sbg suami isteri dalam islam.

    kalau dgr sekali saja mana mungkin akan ingat selama-lamanya. manusia kan mudah lupa...

    ReplyDelete
  22. Good entri , nice sharing ya...

    ReplyDelete
  23. sangat berguna...dewase ini hal-hal macm ni la yang membimbangkan...baik dari golongan artis mahupan biase...pokoknya same2 manusia~

    ReplyDelete
  24. sgt byk info dlm n3 ini..
    perkahwinan juga spt kerja
    mesti ikut tggjwb dan amanah yg diberikan

    perkahwinan akan lebih manis jika setiap pasangan tahu dan sedar akn tgjwb itu..

    ReplyDelete
  25. entry yg sgt membina..syukran~

    apbila nafsu dan amarah menguasai akal tanpa ddikan agama dlm diri..hancurlah rumah tangga itu..

    pekara yang plg dibenci ALLAH ialah perceraian tetapi dibenarkan..

    d saat si suami menceraikan isteri maka bergugurlah arasy..

    semoga kita dijauhkan daripada benda2 yang sgt dimurkai AllAH..amin

    ReplyDelete
  26. Gadis Bunga.
    Bagis juga cadangan tu agar dibacakan selalu khutbah nikah tu kt pasangan yg dh lama kahwin. mudah-mudahan dpt mengingatkan mana-mana suami isteri yg sudah lupa erti perkahwinan.

    Amy Syaquena.
    Terima kasih atas kunjungan dan komentar

    ReplyDelete
  27. sarah- najwan.
    bila2 msg sedar tanggungjawab, akan wujudlh kesatuan fikiran dan tindakan dlm ruamh tangga.

    azi nur.
    mmg perceraian amt membimbangkan. ia melanda segenap amggota masyarakat. palingmalang sbb yang ramai bercerai adalah pasangan islam.

    ReplyDelete
  28. Anis anisa.
    Meskipun percveraian dihalalkan tapi ia dibenci oleh Allah. Ia hanya jalan terakhir andainya perkahwinan itu lebih cenderung mengundang mudarat dari manfaat.

    sebab itulah kefahaman agama amat penting, agar suami dan isteri masing2 tahu tugas kesuamian dan keisterian

    ReplyDelete
  29. Iman shah.
    Takut sekalipun kena kahwin juga sbb ia sunnah Nabi. hehehe

    Miecyber.
    benar tu mie, byk sgt cabaran dlm kehidupan skrg ni. trutamanya cabaran dlm berumahtangga.

    ReplyDelete
  30. berkahwin atas dasar agama dan iklas pasti bahagia...byk sgt kes cerai...tak kawen,nrase nak kawen,bile da kawen,takut kes camnie la jadi...nauzubillah...

    wee~

    ReplyDelete
  31. Nairaaria.
    Disebabkan kahwin tu sunnah Nabi maka kena kahwinlh jugak. Cuma, kita merancang dgn memilih calon yg baik dan kesudahannya kita serahkan kpd Allah.

    ReplyDelete
  32. perkara halal yang paling dimurkai...

    ReplyDelete
  33. perkara utama yang patut di tekankan adalah agamanya...bila agama tak ada dalam diri..habis rosak..runtuh..musnah.

    kalau masing masing tahu tanggungjawab masing masing..
    taatkan suami kerana Allah..
    sayangkan isteri kerana Allah..

    ReplyDelete
  34. kahwin lah kerna agamanya...

    ReplyDelete
  35. Sham.
    Benar tu sahabat, perkara halal yg dibenci ialah Talak, tapi inilah yg menjadi2 sekarang ni.

    ReplyDelete
  36. Nufaha.
    Yer, kahwinlh kerana agamanya, maka selamatlah di dunia dan disana.

    ReplyDelete
  37. Si Para-para.
    Apabila agama tidak dititikberatkan dlm pencarian jodoh, inilah natijahnya,

    ReplyDelete
  38. zaman mak ayah saya dulu, berkahwin sebelum bercinta pun kekal bahagia sampai anak cucu cicit dah, zaman la ni cinta bagai nak rak tapi , bertahun2 bercinta akhirnya bercerai. agaknya kemanisan tu dah hilang.

    ReplyDelete
  39. Salam, dik shameel. Jumlah yg bercerai memang sgt membimbangkan. Apabila sayang sudah hilang dan ego menguasai diri, begitu la jadinya.

    Tidak ada insan yg sempurna, klu ada kesulitan, kita mesti siasat dan rungkaikan kekusutan....

    Kak mengimpikan akan menjalani hari2 tua bersama kanda(suami) dan melihat anak2 kak berdikari, InsyaAllah....:)

    ReplyDelete
  40. Nuriz.

    zaman skrg belum kahwin tapi dah buat mcm2. Sbb hayat perkahwinan sekejap jer, mcm hayat seekor nyamuk jer.

    ReplyDelete
  41. Myfryn.
    Kak imun, inilah yg membimbangkan. w/pun pasangan hari ini ramai yg berepndidkan dan kursus kahwin juga diadakan, namun kadar perceraian tetap menjadi2.

    ReplyDelete
  42. salam sahabat..

    Hm, berhubungan atas dsar ingin sama-sama MEMBERI..Memberi pencerahan mengenai hala tuju n matlamat kita dlm hidup ni..memberi dan memberi..

    cuma, manusia mmg sifatnya suka meminta hak,,tp slalu lupa memberikan hak kepada yg berhak..e.g:suami,isteri, anak dll

    ReplyDelete