Sunday, 20 March 2011

AKAD NIKAH DI MASJID MENYIMPANG DARI AMALAN NABI.


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Sumber :
Malaysiakini

P/S : Tunggu respons dari tokoh-tokoh agama yang lain.

6 comments:

  1. slmt kembali bertugas shameel;)..

    hmmm...saya baru je tahu pasal ni, ingatkan takde salah bernikah dalam masjid. Ok kita tunggu rspon tokoh agama yang lain.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    Jangan mengelirukan. Dah berleluasa dilakukan....tak salah kot???

    ReplyDelete
  3. salam :)

    saya nak pinjam artikel ni and backlink shameel . boleh tak ?

    ReplyDelete
  4. Afida.
    Betul tu, seeloknya kita tunggu dulu penjelasan dari tokoh2 agama yg lain. dgn ni kita akan dapat penjelasan yg benar dan sahih

    ReplyDelete
  5. ahmad humairi.
    Saya yakin, mesti ada sebab tertentu kenapa akad nikah selama ini dilakukan dlm masjid.

    Apapun, kita tunggu dulu penjelasan dari tokoh2 agama yg lain

    ReplyDelete
  6. Syud wada.
    Dialu2kan demi kebaikan bersama.
    trima kasih krn backline saya, sy pun back line juga syud wada

    ReplyDelete