Tapi, lebih kurang macam inilah
salah sebuah kereta yang aku saksikan)
Perjalanan dari kampung di Bachok Kelantan ke Chemor Perak pada Ahad, 20. Mac 2011, mengundang resah yang tak kunjung padam di sepanjang perjalanan. Ada Tsunami kecil yang memukul pantai perasaan ini. Ada debar yang menyebabkan saya terpaku menyaksikan apa yang berlaku.
Oh! Tuhan, hujan bukan lagi mencurah tapi ‘menggila’ di sepanjang perjalanan. Ketika di Tanah Merah Kelantan, hujan kian melebat tapi hanya seketika. Tapi ia kembali mencurah tanpa simpati bermula dari Hentian Rehat Puncak Titiwangsa. Pemandangan amat kabur sekali dan kebanyakkan kenderaan hanya memandu dengan kadar kelajuan 40 km sejam.
Sepanjang Hentian Puncak Titiwangsa hingga ke Lenggong Perak, saya menyaksikan lima buah kenderaan yang ditimpa musibah. Ada yang kemalangan. Ada yang terbabas ke dalam longkang di tepi jalan. Ada juga yang terbalik hingga tayar ke atas dan bumbung ke bawah. Lagi teruk ada juga MPV yang terputus bumbungnya. Maaf, saya tiada upaya untuk merakam kerana saya sendiri perlu memastikan pemanduan saya sentiasa dalam keadaan selamat.
Sebenarnya, sudah kerap kali saya berhadapan dengan masalah hujan ‘menggila’ sepanjang perjalanan antara Perak dan Kelantan. Malah sejak 2007 lagi, saya selalu pulang ke kampung ketika musim tengkujuh( kerana menjadi pengawas SPM) yang pasti sahaja menyaksikan hujan lebat sepanjang perjalanan sebelum sampai ke Kelantan. Tapi, itu semua tidak seteruk peristiwa pada hari ahad lepas.
P/S : Penggunaan perkataan hujan menggila sekadar unsur personafikasi tentang lebatnya hujan dan tidak sedikitpun bertujuan untuk menghina mahkluk Tuhan yang bernama HUJAN.
betul tu..hujan tu satu rahmat.
ReplyDeletetapi mungkin sahaja d sebabkan kecuaian kita, ianya boleh mendatangkan musibah. atau itu semua adalah duri ujian untuk kita semua sebagai hamba.
maka carilah hikmahnya.
jalan kelantan ke utara melalui grik mmg sikit bahaya tambah2 kal hilang fokus.saya dah lalu n drive sndiri..mmg mencabar..tambah2 hujan.moga dijauhi musibah...
ReplyDeletememandu dalam hujan lebat memang agak mencabar..silap fokus boleh eksiden..
ReplyDeleteAllah..nak kata musim tengkujuh, rasanya dah berakhir kut kan shameel...
ReplyDeletetadi pun dengar berita kat perak di landa banjir!..SubhanaAllah..
apa pun syukur, shameel selamat dalam perjalanan
kalo drive time hujan mmg menakutkan..huhu
ReplyDeletedoa byk2 cikgu tuan...moga allah lindungi kita. mmg takut kalau memandu dlm hujan lebat sebegitu...terutama lebuhraya timur barat....kabus pun tebal juga kt situ kalau musim hujan...kami pernah terserempak dgn gajah melintas siang2 hari ketika dlm perjalanan dr kelantan ke kedah.
ReplyDeletesi para-para.
ReplyDeleteApa jua yg Allah takdirkan, maka itulah yg terbaik utk hamba-Nya.
Hujan yg lebat pun ada rahmat yg tersembunyi yg perlu kita teliti dgn cermat dan hati-hati.
Fiqas.
ReplyDeleteBetul tu, hilang fokus boleh eksiden dan maut kalo drive tym hujan lebat terutamanya di kawasan mcm jalan raya timur barat tu
Nairaariaa.
ReplyDeletemmg jln grik tu agak membahaya kalu tym hujan lebat. kalu lewat mlm pula boleh tersermpak dgn gajah liar.
p/s= tapi itulah laluan yg terpaksa saya gunakan utk plg ke kelantan.
Afida.
ReplyDeleteW/pun musim tengkujuh dh berakhir tapi skrg ni cuaca mmg tak menentu. Kt perak ni mmg selalu hujan ptg2. nak jogging pun tak boleh skrg ni. huhuhu
Pendragon.
ReplyDeletesaya pun selalu tersermpak dgn gajah kat lebuh raya timur barat tu. takut juga sbb maklumlah gajah liar.
Amy.
ReplyDeletesbnrya sy suka drive tym hujan, tp kalo hujan kebat sampai menghalang pandnagan, itu mmg merisaukan
sabar-sabar....tenang-tenang...debaran pasti hilang!
ReplyDeletehujan menggila???yup..hanya satu personifikasi..semoga bencana yang berlaku pada diri kita semua akan menjadi satu pengajaran pada diri kita
ReplyDeleteNahmy.
ReplyDeleteBenar sekali sahabat. Kena tenang2 kalau nak menang dalam perjalanan
Atikah .
ReplyDeleteBelajar dari kesilapan sbb kesilapan yg disedari adalah guru yg terbaik utk mendidik diri
mesti hujan tu lebat giler dan tanyalah hujan mesti dia mengaku yang dia tidak gila.
ReplyDeletecikgu ahmad humairi.
ReplyDeleteandai bulan bisa ngomong, pasti saja ia kata tidak. hahaha
salam..
ReplyDeleteyelah..sejak dua menjak ni hujan mmg lebat..kalau drive tu sampai kabur cermin..mmg bahaya..semoga allah sentiasa melindungi kita semua..
faham-faham..betapa lebat nye hujan tu..dulu, masa balik ngan hubby ke kampar,perak dari shah alam..kami naik moto waktu malam..tak pernah nya kering..asyik ujan je time balik kampung tu, sekarang dah berkereta pun asyik ujan je kat highway..takut gak..pasal masing-masing rabun..malam pula tu..
ReplyDeleteapapun semoga perjalanan sahabatku shameel sentiasa selamat dan diberkati Allah..
ReplyDeletepara penternak seperti saya acapkali menghadapi masalah pada setiap kali musim hujan...tapi sebenarnya hanya Allah sebaik baik perancang...rahsia yang tersembunyi pastinya...aku redha... ")
BON VOYAGE!BERLAYAR JAUH DENGAN SAMPAN IKAN KELI