Wednesday 30 March 2011

Perak Haramkan Tarian Poco- Poco


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu. “Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam


Sumber : Kosmo

12 comments:

  1. finally...
    diisytiharkan jugak..
    kearah kebaikan apa salahnya..
    daripada berjoget dgn seluar ketat tu lebih baik haramkan terus..

    ReplyDelete
  2. isu ni dah lama , tapi memang tak ramai yang tahu .

    ReplyDelete
  3. btol ke?universiti slalu buat tarian ni sbgai tradisi...cam best..tataw lak..tq...~

    ReplyDelete
  4. dah lama tak jenguk shameel..amacam hari tu..langkawi yek?

    ReplyDelete
  5. bagus info ni. sy pun dh tau lama tapi sebelum ni tak de hitam putih dr majlis fatwa.

    ReplyDelete
  6. tu baru sikit, patutnya banyak lagi yang harus diharamkan...

    rancangan2 kat tv pun banyak yang patut diishtiharkan haram...kan shameel?

    ReplyDelete
  7. akhirnya keluar jugak fatwa ni.. dulu pernah ada ura2 nak haramkan tapi diam mcm tu je..

    ReplyDelete
  8. perlu ke haramkan..nape tdk tango yg erotic..kalo haram sbb campur laki ngn perempuan aku setuju..haram sbb menda ni ritual agama kristian x tepat.tu tarian budaya mcm capoeira .sbb pope benedict x penah wat tarian poco-poco

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Pasni jangan nak mengada buat tarian poco-poco lagi...

    ReplyDelete
  10. saya poco-poco anak beranak je kat rumah...tp tak pki seluar ketat, pakai cam biasa je. kekadang poco-poco ngan org umah kat dlm bilik...hak ni kekadang tak pakai seluar pun...

    yg benda alah ni nampak plak dia...yg ancak, mari berdansa, jgn lupa lirik,akedemi fantasia...mentor tak nak dia buat apa2 pun. warning sekelumit pun taknak...adesss...letih bro...letih!

    ReplyDelete
  11. salam shameel,
    betul kata nahmy tu... banyak lagi cara senaman yang lebih menyihatkan!

    ReplyDelete