Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram . Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya. Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh. "Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM). Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh. Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini. "Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya. Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong. Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.
sumber : Malaysiakini
Pesanan Dari Saya : perbezaan pendapat dalam kalangan ulama adalah lumrah, jadi usahlah kita yang jahil ini cepat melatah.
untuk lebih mudah , kita jangan lakukan perkara yang kita was-was :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBanyaklah cara untuk melakukan riadah, pilihlah yang tak kontraversi.
Hmmmmmmm...
ReplyDeleterasanya ada benda lebih penting lagi yang perlukan pendapat mufti.
ReplyDeletecerita yang tengah hangat di perkatakan, dah seharusnya mufti memperkatakan sesuatu, kenapa mufti diam seribu bahasa.
bila peristiwa yang berlaku berat kepada sebelah pihak sana, habis satu malaya di canang, kalau cerita mengena ke atas muka gerombolan sendiri, membisu.
syaitan bisu?
maaf..aku bukannya pandai sangat bab bab ni. tapi macam tu la.. kenapa mufti perak tu macam "menari" ikut rentak poco poco je.
kalu dah dok dalam syubhah lebih baik tinggalkan... banyak lagi cara senaman daripada tertonggeng-tonggeng beramai-ramai .. huduh beno tengo orang tua terhenjut-henjut gitu...
ReplyDelete