Monday, 28 March 2011

Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan



Rasanya ini adalah bicara kedua saya tentang Kelantan. Sebelum ini saya berbicara tentang WAT SIAM DI KELANTAN dan kali ini, saya ingin berbicara tentang masjid pula. Masjid yang unik lambang kesyumulan islam yang merentasi sempadan bangsa dan budaya. Jika ke kompleks bebas cukai Rantau Panjang, pasti sahaja anda akan terlihat sebuah masjid yang reka bentuk-bentuknya seolah-olah rumah ibadat penganut Budha. Itulah MASJID BEIJING , bukti islam adalah agama untuk semua kerana ciri-cirinya yang bersifat sejagat atau universal.






Sungguh mengagumkan dan Tahniah kepada Kerajaan Kelantan. Percayalah usaha yang sebegini amat berperanan untuk mengikis dan menghakis salah faham masyarakat bukan islam terhadap agama islam. Selama ini, rata-rata masyarakat bukan islam di Malaysia menganggap islam adalah agama untuk orang Melayu dan Arab sahaja








Di Malaysia, terdapat 6.5 juta penduduk berbangsa Cina. Tapi sayang, hanya satu peratus (1%) sahaja yang beragama islam. Iaitu, sekitar 60 ribu orang sahaja daripada 6.5 juta masyarakat Cina di Malaysia yang memeluk islam. Namun, yang anehnya agak ramai pula antara mereka yang memeluk agama Kristian. Mengapa ini terjadi, sedangkan islam dan Cina amat rapat dan akrab dari sudut sejarah. Di negara China yang merupakan tempat asal masyarakat cina di Malaysia, umat islam amat mudah untuk diketemui dan restoran makanan halal juga senang dijumpai. Malah jumlah UMAT ISLAM DI CHINA juga di anggarkan lebih kurang 200 juta dari pelbagai etnik seperti Uyghur, Tajik, Uzbek,Salar, Dongxiang, Khirgiz, Kazakh, Hui. Mengapakah jarak antara islam dan orang Cina di Malaysia begitu jauh. Ada beberapa faktor sebenarnya yang akan saya perincikan dalam entry yang akan datang.






Saya percaya pembinaan masjid bereka bentuk pagoda ini mampu ‘menjual’ islam dengan lebih luas dan global. Masjid berseni bina Cina ini juga dapat merungkaikan salah faham yang membelit masyarakat Cina di Malaysia selama ini. Apatah lagi ia turut melibatkan imam berbangsa Cina yang dibawa khas dari China terutamanya untuk mengimamkan solat Tarawih. Moga-moga dengan ini, jarak antara masyarakat Cina dengan islam dapat didekatkan. Sedikit sebanyak masjid ini, juga masjid Cina lain yang bakal didirikan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). akan menyerlahkan islam sebagai agama yang merentasi bangsa dan budaya. DAN inilah yang ingin kita laungkan ke seluruh dunia. Sesungguhnya Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.





Di sini saya paparkan maklumat ringkas tentang Masjid Beijing yang terletak di Rantau Panjang Kelantan ini. Masjid ini yang juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ( tapi lebih dikenali sebagai Masjid Beijing) mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Namun sejak 2007 lagi, ia sudah mula digunakan untuk bersolat tarawih dengan seorang imam yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing China. Lebih hebat, cerita tentang masjid ini turut diperkatakan di dalam Berita Indonesia. (Silalah ke laman yang saya maksudkan itu untuk maklumat lanjut ,tapi dalam bahasa Indonesia)




Moga-moga Pembinaan Masjid Berseni bina Cina ini dapat dipertingkatkan lagi terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Cina seperti di Ipoh dan Kuala Lumpur. Sebenarnya, idea pembinaan masjid berseni bina Cina telah dikemukakan sejak tahun 1984 lagi , iaitu serentak dengan penubuhan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Tapi sayang ia terhalang kerana salah faham masyarakat. Ada yang berpendirian islam di Malaysia mestilah ‘berwajah’ Melayu. Ada juga yang berpendapat jika diwujudkan masjid Cina, perpecahan akan berlaku di kalangan umat islam. Ada juga yang mempersoalkan bahasa Mandarin (atau lain-lain dialek Cina) yang akan digunakan di masjid untuk kuliah dan khutbah Jumaat nanti. Fakta-fakta tentang bantahan ini saya perolehi dari rakaman kuliah agama (VCD) oleh Dr Asri Zainul Abidin. Dan Dr Ridhuan Tee Abdullah juga ada menyatakan tentang salah faham masyarakat terhadap pembinaan masjid berseni bina Cina ini dalam media cetak









p/s = ada pihak tertentu yang mendakwa pembinaan Masjid Beijing yang berseni bina Cina sekali gus menyalahi tradisi Melayu ini melambangkan kekacauan minda MB Kelantan (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat). Bagi mereka, islam mestilah berwajah Melayu dan bercirikan kemelayuan. Tapi, bagi saya, orang yang mempertikaikan pembinaannya merupakan orang yang mengalami kekacauan minda. Sebab Masjid berseni bina Cina ini dibina bagi membuktikan kepada semua sesungguhnya islam merentasi sempadan bangsa dan budaya. Bagi, saya orang Cina Islam seperti Ustaz Hussin Yee dan India Muslim seperti Ustaz Farid Ravi, jauh lebih berguna berbanding 3 orang anak Melayu yang suka menonton filem lucah secara berjamaah (maaf, ini bukanlah entry tentang politik)

41 comments:

  1. salam..
    ye, masjid ini sangat uni senirekanya..
    TK pnh tngok dlm tv3 bbrapa bln lalu..
    x pnh pegi lg..

    ReplyDelete
  2. sokong syeikh, ana mmg sokong syeikh. mcm dah takde benda lain nak buat...umur dah tua tu...bawa-bawalah bertaubat, beramal byk2 dari menonton video lucah berjemaah tu...

    ReplyDelete
  3. Muhammad Burn.
    Terima kasih ats kunjungan. Biasanya jer gambar tu sbb guna kamera biasa jer.

    ReplyDelete
  4. Toyolkiut.
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar. bila berpeluang dtg ke kelantan nnt,jgn lupa singgah ke masjid ini.

    ReplyDelete
  5. Nahmy.
    Sy pun geram dgn apa yg berlaku. Sungguh menjijikan dan menjatuhkan maruah agama dan bangsa. tak pernah di buat org perlakuan nonton filem lucah secara berjamaah ni.

    ReplyDelete
  6. dekat je ngan rumah sy ni..hehee.

    ReplyDelete
  7. zuhaida.
    mmg unik hingga menarik minat pihak media indonesia dan menjadi tarikan ke rantau panjang.

    ReplyDelete
  8. Hafzan.
    Org rantau panjang rupanya.Boleh kirim jens levis siam tak. hahahaha.

    ReplyDelete
  9. Di Melaka banyak masjid yang guna seni bina Cina.
    Fuhh!

    ReplyDelete
  10. wah, tempatnya bersih dan indah ya.

    ReplyDelete
  11. reka bentuk sgt cntik...prnh lalu tp xprnh snggh lg kat sni...xsbr ase nk tgk sndri...

    ReplyDelete
  12. Bijen M.
    Mmg masjid berseni bina cina pertama kt Malaysia wujud kt Melaka.

    ReplyDelete
  13. Ra-Kun.
    Terima kasih sobat atas kunjungan. Kat Indonesia, masjid ni hampir menyerupai masjid Muhammad Cheng Ho di Surabaya

    ReplyDelete
  14. kaAka.
    Kena singgah tu baru dpt hayati keindahan seninya. hehehe

    ReplyDelete
  15. nicely written=). di malaysia, islam terkait dengan melayu. dan sentimen itu yang ditakuti cina seolah peluk islam, kena jadi melayu. sepatutnya, ini agama universal, bukan agama bangsa.

    ReplyDelete
  16. dan melayu kita pula, seolah tak mampu merapatkan gap tersebut

    ReplyDelete
  17. AkuMuzikFilem.
    Saya bersetuju sekali dgn awk. Islam adalah agama utk semua bangsa, itu yg sepatutnya di fahami oleh semua. Inilah yg perlu pendakwah buktikan. saya tertarik dgn kaedah Prof Dr Mahmud Zuhdi, dia biasanya pakai blazer dan tali leher waktu bentangkn kertas kerja. ini adakalanya perlu sbb selalunya para penceramah termasuk yg muallaf, bila berceramah agama trus pakai baju melayu yg lengkap dgn samping dan songkok. ia seolah2 mmberi gambaran itulah imej islam.

    ReplyDelete
  18. Saya pun tak pernah jejak kaki kat masjid ni, selalu kalau ke kelantan, kami biasa ke pengkalan kubuq..lepas ni boleh la ajak ayah pi rantau panjang pulak;)

    ReplyDelete
  19. teringin nak pergi situ..mdh-mudahan ada rezki lebih .dpt la berkunjung ke situ pulak..

    ReplyDelete
  20. tahun lepas masa pi kelate saya singgah jugak on d way nak pi rantau pjg tu.
    masjid ni tak semestinya bentuk mcm kemelayuan kan, jgn menyempit kan fikiran..Islam bukan utk melayu je..utk semua bangsa dan manusia.

    ReplyDelete
  21. Afida .
    sesekali bila dtg kelantan, cubalah ke masjid ni. lihatlah hasil seninya.

    ReplyDelete
  22. Fazilah.
    Sebenanrya kerajaan Kleantan cuba dlm proses nak jadikan Rantau Panjag sebagai Cheng Ho City

    ReplyDelete
  23. Nuruz.
    Betul sekali, islam adalah agama utk smeua tanpa mengira bngsa dan budaya.

    ReplyDelete
  24. masyaallah....cuti sekolah lepas saya pergi rantau panjang, mmg nampak masjid beijing dr tepi jalan. husband tanya itu temple cina ke...saya kata bukan, nampak mcm masjid...tq shameel atas info yg berguna ni...insyaallah lain kali jika ke rantau panjang lagi, boleh ajak husband singgah situ...

    ReplyDelete
  25. salam..saya dah sampai sana dah

    ReplyDelete
  26. silap juga time dok klate tak g ke singgah sana... ingatkan dok lama kendian-kendian le g...

    ReplyDelete
  27. penah tgk dri luar je..tak sempat nak masuk..tgk luaran pom da teringin nak masuk...design die cantek...

    ReplyDelete
  28. Abu Luqman.
    tahniah sahabat sbb prnh menziarahi masjid ni.

    ReplyDelete
  29. PenDragon.
    mmg ramai, terutamanya pelancong dri luar kelantan yg sangkakan masjid ni sbg temple cina.

    kalo berpeluang masuklah utk tgk seni binanya dlm dalam.

    ReplyDelete
  30. cemomoi.
    mesti lama jugak kan dok kelantan dulu. selain, masjid ni, masjid kg laut dan masjid muhammadi Kota bharu pun mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan.

    ReplyDelete
  31. Nainaariaa.
    Kalo tgk dari luar dh teringin nak masuk. Confirm kena masuk tu lain kali. mmg desingnya cantik sbb dibawa tukang khas dari china dan uzbekistan.

    ReplyDelete
  32. 1st time pergi kelantan terus datang melawat sini...best...

    ReplyDelete
  33. sham.
    Tahniah sbb telah berkunjung ke masjid ni. ada ruang dan pelaung dtglh lagi, sbb Rantau panjang bakal jadi cehng Ho City ( diumumkan tika pameran cheng ho aritu )

    ReplyDelete
  34. As salam...

    Uniknya masjid nih..
    Mekasih berkongsi info..
    Nt share info masjid kat Klntn yg dibina tanpa mggunakan paku tu pulak yer...

    ReplyDelete
  35. Orang Cina juga menghadpi masalah kerana terpaksa tukar nama apabila telah convert kepada agama Islam.Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah menuntut hak dalam harta pusaka keluarga mereka..

    Asam Rom

    ReplyDelete
  36. Cik Shinju.

    Masjid tak guna paku tu namanya masjid kampung Laut, sekarang ia dipindahkan ke Nilam puri, berdekatan Akademi pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dan Kolej islam Antarabngsa sultan Ismail Petra (KIAS). Saya pernah bberapa kali bersolat kt situ, insha-Allah nnat saya upload gambar masjid tu.

    ReplyDelete
  37. Miecyber.

    Isu nama juga mnjadi hal yg menakutkan org cina terhadap islam. Dulu, brbapa org ulama telah membantah sistem membin/binti Abdullah kpd muallaf spt yg diguna pakai sekarang ni.

    ReplyDelete
  38. shantekk kan..bangga jadi anak klate..hihii

    ReplyDelete
  39. Cik Dil.
    Org kelate jugak ke. mmg kita bangga jadi anak kelate.

    ReplyDelete