p/s : Sekadar bicara dariaku kepada yang lupa, kerna aku seorang pengingat yang setia)
Saya mula mengenali Ipoh pada 15 Januari 2007. Itulah hari pertama yang menjejak kaki ke Ipoh, lantaran diarahkan demi kelangsungan kerjaya. Namun ini bukanlah bererti saya terlalu asing dengan Perak, sebabnya ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (kampus induk Minden), saya sering ke Perak Utara. Kawasan sekitar Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping. Mungkin setahun dua lagi saya akan berhijrah pula ke Hulu Perak ( Gerik atau Pengkalan Hulu) pula untuk mengurangkan jarak dengan negeri kelahiran saya.
Sebut sahaja negeri Perak, mungkin pelbagai cerita dapat kita dengari. Semuanya bergantung kepada si pencerita. Jika si pencerita itu berminat dengan bola sepak, tentu sahaja dia akan ghairah bercerita tentang kemaraan skuad "kejor yob kejor" dalam arena bolasepak tempatan. Bagi yang meminati senibina, tentu sahaja kellie's castle dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar antara yang dikaguminya. Bagi yang meminati politik, pasti sahaja pergolakan politik yang berlaku pada tahun 2009, akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Biarlah, kecenderungan itu adalah milik mutlak anda dan tiada siapa yang mampu menghalang. Cuma, jangan pula ada yang mengenali dan mengingati Perak semata-mata kerana buah durian.
Dari sudut sejarah, Perak telah lama didiami Malaysia. Ini terbukti melalui penemuaan rangka manusia yang tertua di Malaysia, iaitu Perak Man. Tulang rangka Perak Man ini dijumpai di Lenggong, Hulu Perak. Alang-alang berbicara tentang Sejarah, perlu juga dimaklumkan ibu negeri Perak sebelum 1937, bukanlah Ipoh tapi Taiping. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Masih lagi dari sudut sejarah, Perak adalah antara negeri pengeluar bijih timah yang terbesar di Tanah Melayu. Faktor inilah yang mendorong kemasukan buruh-buruh cina yang ke Perak. Tidak menghairankanlah jika di Perak ni ramai orang-orang cina terutamanya di bandar-bandar utamanya seperti Ipoh. Perak juga merupakan negeri pertama yang menerima Sistem Residen. Semua ini adalah lanjutan daripada perjanjian Pangkor pada tahun 1874, antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke dengan Raja Muda Abdullah.Dari sudut sejarah juga, di Peraklah bermulanya episod darurat di Tanah Malayu. Darurat diistiharkan ekoran peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput.
Kelmarin saya menonton sebuah rencana menarik di Channel History (555), tajuknya The Malayan Emergency. Menontonnya menjadikan saya lebih matang tentang sejarah keganasan Komunis(PKM) di Tanah Melayu. Jauh lebih ilmiah berbanding sesetengah buku tentang darurat dan komunis yang saya baca sebelum ini. Semua tahu, Sungai Siput pernah menjadi kubu kuat Samy Vellu dan disitu jualah riwayat politiknya mula menemui nafas-nafas terakhir. Pengaruhnya merosot setelah tewas teruk di Sungai Siput dalam Pilihanraya Umum 2008. Selain persitwa keganasan Komunis, bumi Perak juga menjadi pentas perang Larut, antara dua buah kumpulan kongsi gelap cina, iaitu Gee hin dan Hai San
Dalam aspek pendidikan negeri Perak telah melakar sejarah yang amat gemilang. Lupakan seketika tentang Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh kerana ia masih baru, apatah lagi sebelum ini ia adalah kampus kejuruteraan USM sebelum berpindah ke Nibong Tebal(Transkrian).
Saya hanya ingin berbicara tentang dua buah institusi yang mencipta sejarah dalam negara kita. Pertamanya ialah Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada 2 Januari 1905. Asalnya ia merupakan sekolah elit untuk anak-anak kerabat DiRaja tapi kini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang digeruni. Ramai bekas pelajarnya yang mewarnai landskap negara hari ini dalam pelbagai bidang. Terlalu banyak jika ingin saya senaraikan, Cuma saya ingin senaraikan anak didik MCKK yang mewarnai dunia siasah, antaranya Dato' Onn JaafarMenteri Besar Johor (pengasas UMNO), Dato Seri Hishammuddin Hussein (UMNO), Dr Hj Mohd Hatta Ramli ( Bendahari PAS Pusat) Dato' Seri Anwar Ibrahim(Penasihat PKR). Maafkan saya sebab terpaksa menyebut nama-nama tokoh politik, apakan daya sebab mereka ini lepasan MCKK.
Satu lagi institusi pendidikan yang wajar dikagumi ialah Madrasah Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol. Di tubuhkan pada 15 April 1934 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Di Madrasah inilah lahirnya beberapa orang tokoh ulama yang kemudiannya gigih memartabatkan islam di persada negara. Di sini jualah , bermulanya tunas gerakan islam di Malaysia dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British. Pernah dahulu Dato’ Onn Jaafar menuduh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Madrasah Al-Ehya Asshariff sebagai ‘BAHAYA DARI GUNUNG’.
Jangan lupa juga dengan Aminuddin Baki yang digelar sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia". Beliau adalah anak kelahiran Chemor Perak. Beliau bertanggungjawab mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak, pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya. Antaranya ialah SMK Aminuddin Baki( bagi saya, yang terletak kat Chemor Peraklah yang paling sesuai sempena tempat kelahirnnya) yang terdapat di bebrapa buah negeri, begitu juga dnegan institut Aminuddin Baki (popular sangat kepada yang nak jadi Pengetua)
Dari aspek pelancongan, Perak sememangnya tidak pernah ketandusan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Sebenarnya saya juga dalam proses meneroka dan menyelongkari setiap sudut dan inci bumi Perak. Akan saya paparkan dalam entry akan datang. Insha Allah.
Juga jangan dilupa, Pengasas PAS , Ustaz Ahmad Fuad Hassan juga merupakan anak kelahiran Manong Kuala Kangsar Perak . Malah Yang Dipertua Agung PAS yang kedua ( gelaran yang digunapakai sebelum menggunakan gelaran Presiden) iaitu Dr Burhanuddin al-Helmi adalah anak kelahiran Gopeng Perak. Tidak cukup dengan itu,Dr Zulkifle Muhammad, bekas Timbalan Yang Dipertua PAS ( yang menemui ajal dalam kemalangan di Pahang) juga merupakan anak kelahiran Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar Perak.
Dan paling perlu diingati oleh semua ialah, ketika Pilihanraya Umum (PRU)Pertama pada tahun 1955, satu-satunya kerusi yang pembangkang menang ialah di Perak . Dalam PRU tersebut, Parti Perikatan(umno+mca+mic) memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu-satunya kerusi yang pembangkang menangi( lebih tepat lagi PAS) ialah di Kerian Perak. Diulangi, Kerian Perak dan bukannya Marang Terengganu atau Bachok Kelantan. Minta maaf banya-banyak, sebab saya terbicara persoalan politik pula. Jujur, saya hanya ingin berbicara tentang Perak, tapi apakan daya mereka ini adalah anak-anak Perak, jadi saya tidak boleh pinggirkan mereka dalam bicara saya.
Meskipun Ahmad Boestaman, Dr Burhanudin al-Helmi dan Dr Zulkifli Muhammad amat dibenci oleh musuh politiknya semasa hayatnya, namun setelah ketiadaanya nama mereka tetap diabadikan. SMK Ahmad Boestaman(Perak), SMK Dr Burhanuddin(Perak), Kamsis Dr Burhanuddin Helmi (UKM), SMK Zuklkifli Muhammad(Perak)
Demikianlah adanya sekelumit bicara dari saya tentang Perak. Jangan lagi, ada yang mengenali Perak kerana buah durian.
rendang tok tau le
ReplyDeletecemomoi.
ReplyDeleteRendang tok tu sedap sangat. hahaha
2 minggu lagi saya nak ke perak ni shameel..hehe...
ReplyDeletePS: selamat pagi shameel...
Afida.
ReplyDeleteada kursus ke kt Perak. Sy plak, minggu dpn bali kg sbb cuti sekolah
belum pernah smpai perak lg..huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteRabu lepas, sempat sembahyang zohor di Masjid Ubudiah - menghadiri mesyuarat KEDAP di PPD Kuala Kangsar.
Nape plak ngan doyan tu? ermmm....doyan siam lagi best erak?
Kalau nak diingatkan sejarah...negeri Perak ni asyik nak bergolak je...tak kira puak melayu atau cina....Ghee Hin dengan Hai San....UMNO dengan Pas.
DAP dengan MCA (adake?)
Kejo yop kejo
...jangan yop kejo yop...
ramai gak kawan2 saya dari perak ... selalu jugak la ke perak tu,..
ReplyDeleteperak jugak pernah meninggalkan luka dihati saya..
entri yang menarik tentang perak....bilalah gamaknya saya nak ke perak pulak ni erkk....
ReplyDeleteYana.
ReplyDeleteDtglh ke perak bla ada masa terlaung. kenali perak dan kenali malaysia.
cikgu ahmad humairi.
ReplyDeleteJangan risau cikgu, sejarah2 lepas akan mematangkan warga Perak.
musim doyan blum tiba. sy tgk kt bukit gantang pun blum ada lagi
fiqas.
ReplyDeletenape plak perak meninggalkan luka dihati.
cecitacecita ( ala-ala hantu kak limah balik rumah)
Amy Sensei.
ReplyDeletebukannya jauh negeri Perak ni. bila pulang ke semenanjung bln 12 nanti, dtglh ke perak, byk temapt2 menarik utk diterokai.
Amy Sensei.
ReplyDeletebukannya jauh negeri Perak ni. bila pulang ke semenanjung bln 12 nanti, dtglh ke perak, byk temapt2 menarik utk diterokai.
Saya bangga saya rakyat Perak :)
ReplyDeletewahh special entry for my kampung halaman. cumanya takde lak masuk cter ttg menara condong teluk intan, tempat bermain muni. haha.. thanks shameel.. :)
ReplyDeletehuhu..really nice entry la :D
ReplyDeleteoh.. rmi juga ye cendiakawan d prk..
kg. keme..hehe..setiap negeri pun ada keistimewaan kn..
Lama x ke Peghok!
ReplyDeleteakak nora orang perak..hehe..tapi boleh sesat lagi kalau ke ipoh..hahaha
ReplyDeleteMunie.
ReplyDeleteMunie org Teluk Intan rupanya.
Kejor Yeop Kejor
Nabila Shah.
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan. Jujur, Perak mmg kaya dgn sejarah dan keindahan setiap inci buminya.
unknown girl.
ReplyDeletemmg ramai cendikiawan yg dilahirkan di Perak. di perak ni ramai lahirnya tokoh-tokoh politik, ulama dan profesional
cik shinju.
ReplyDeleteDtglh ke perak bila cuti nnt, lagipun x jauh pun jarak antara perak dgn KL
Nora Shahaira.
ReplyDeleteMesti jarang2 keluar ipohkan sbb tu boleh sesat. hahaha