Friday, 4 March 2011

NECMETTIN ERBAKAN (SELAMAT JALAN WAHAI PEJUANG AGAMA)

Necmettin Erbakan (Selamat Jalan Wahai Pejuang Agama)

27 Febuari 2011, anggaplah ia sebagai Febuari kelabu atau febuari hitam. Pada tarikh itu perginya seorang lelaki berjiwa agama menghadap PENCIPTA. Necmettin (sesetengah penulis menggunakan Najmudin) Erbakan, telah meninggalkan kita semua setelah mewakafkan hidup dan kehidupannya untuk memartabatkan islam di bumi Turki. Denyut nadi dan degup jantungnya adalah untuk mengembalkan sinar islam di bumi Turki. Bumi yang menyaksikan ‘parahnya’ islam lantaran dikerjakan oleh si rakus bernama Mustafa Kemal Atarturk.


Prof Dr Necmettin Erbakan, telah merenangi lautan duga yang begitu hebat untuk mengembalikan islam dan keislaman ke bumi Turki. Beliau hanya sempat menerajui Turki ( menjadi Perdana Menteri) selama setahun sahaja kemudiannya dipaksa meletak jawatan oleh golongan tentera kerana dasar Necmettin Erbakan yang pro- islam. Antara ‘Kesalahan besar’ yang Necmettin Erbakan lakukan ialah membenarkan wanita-wanita islam di Turki memakai tudung (menutup aurat) di tempat awam dan menjalin hubungan yang akrab dengan ulama-ulama islam dan membuka sekolah-sekolah agama. Semua ini adalah satu kesalahan besar bagi pihak tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan dasar sekularisme Ataturk.


(Prof Dr Necmettin Erbakan, Perintis Politik Islam Turki)

Mustafa Kemal Atarturk dianggap wira oleh segelintir muslim yang buta agama dan buta sejarah. Malah, baru-baru ini ada seseorang yang pernah berkuasa di Malaysia telah memuji dan memuja Atarturk. Sewaktu pemerintahannya, Atarturk telah mengharamkan azan dalam bahasa Arab dan digantikan dengan bahasa Turki. Alasannya satu sahaja, Turki mesti kembali kepada jati diri Turki dan bukannya bayangan Arab . Atas sebab itulah azan ditukar ke bahasa Turki. Begitu juga dengan amalan-amalan islam seperti menutup aurat dan memakai kopiah serta jubah, semuanya diharamkan oleh Atarturk atas alasan itu semua budaya Arab dan ia semua mesti dihapuskan agar serasi dengan nasionalisme Turki. Paling hebat, pada tahun 1925 Attaturk melarang umnat islam Turki dari menunaikani haji ke Makkah.


Walaupun Allahyarham Mustafa Kemal Atarturk telah lama meninggal,namun tradisi sekularisme di Turki telah diteruskan, Cuma tida seteruk zaman pemerintahan Atarturk. Beberapa tahun yang lepas, Merve Kavakci, ahli parlimen wanita dari Parti Fazilet, (iaitu Parti yang ditubuhkan untuk menyambung perjuangan Necmettin yang diharamkan berpolitik ) dilucutkan taraf selaku ahli Parlimen Turki gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri persidangan parlimen. Ekoran itu juga, Parti Fazilet telah diharamkan

(Lelaki Berjiwa Agama)
Salah seorang pemimpin beragama islam yang mengidolakan Atarturk ialah Habib Bourguiba, bekas presiden Tunisia. Dengan penuh kegilaan dia mengharamkan rakyatnya berpuasa di bulan Ramadhan dengan alasan puasa akan melemahkan umat islam sekali gus memundurkan negara. Betapa antinya dia terhadap islam, Habib Bourguiba dan anggota kabinetnya telah bertindak makan tengahari pada bulan puasa. Tak cukup dengan itu, dia memaksa stesyen tv menyiarkan amalannya itu secara langsung untuk tontonan rakyatnya. Pengantinya Zine El Abidine Ben Ali yang tersungkur akibat kebangkitan rakyat baru-baru ini pun teruk juga sikap anti-islamnya. Zine El Abidine Ben Ali, bukan setakat mengharamkan perempuan Tunisia dari bertudung malah telah bertindak merampas sekali gus mengharamkan anak –anak patung yang bertudung. Dia bimbang, takut-takut amalan pemakaian tudung ini mempengaruhi kanak-kanak.

(Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”
Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya)

Kembali kepada kisah Prof Dr Necmettin Erbakan, sebelum menubuhkan Parti Refah pada tahun 1983, belaiu terlebih dahulu terlibat dalam penubuhan dua buah parti yang berorientasikan islam iaitu parti Mili Nizam ( MNP) dan Mili Selamet( MSP). Walaubagaimanapun kedua-dua parti ini diharamkan.

Pada tahun 1983, bermulalah sejarah baru dalam sejarah Turki dengan tertubuhnya Parti refah pimpinan Prof Dr Necmettin Erbakan. Dan, kemuncaknya ia telah mengubah landskap politik Turki pada tahun 1995, apabila memenangi 158 kerusi Parlimen Turki. Ia merupakan satu kemenangan, bukan hanya bagi Refah tapi bagi seluruh gerakan islam dan pencinta islam di seluruh dunia. Memang mereka berhak bergembira kerana islam akan kembali hidup di Turki setelah sekian lama dibunuh oleh Atarturk. Masih saya ingat, kerana tidak mampu membentuk kerajaan yang kuat, Necdmettin Erbakan mengeluarkan kenyaataan “kita(parti Refah) lebih bersedia menjadi pembakang yang kuat berbanding menjadi kerajaan yang lemah.” Namun kerana desakan lantaran perlunya pembentukan sebuah kerajaan, Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan telah membentuk sebuah kerajaan campuran dengan parti DYP, pimpinan Tansu Ciller(yang memenangi 135 kerusi) . seingat saya, ada tiga tokoh politik yang mengegarkan Turki ketika itu, iaitu Necmettin Erbakan( pro islam), Tansu Ciller dan Mesut Yilmaz ( pendokong sekuarisme Atarturk). Mengulas tentang kemenangan besar parti pimpinan Necmettin Erbakan ini, Majalah Antarabangsa Newsweek telah membuat analisa tentang faktor orang ramai memilih parti Refah. Di dapati hanya 30 % sahaja yang memilih Refah atas motif islam. Manakala 70% lagi memilih Refah kerana berkeyakinan refah dapat berkhidmat untuk masyarakat. Memang kena akui hakikat ini, sebab saya pernah terbaca , betapa golongan pelacur(atau pondan, maaf saya lupa sebab saya bacanya sekitar tahun 1998 atau 1999 dalam akhbar Harakah) juga turut menyokong Parti Refah dalam pilihanraya tersebut. Tapi sayang, hayat pemerintahannya hanya setahun, lantaran kesalahan berat yang dilakukannya, golongan tentera telah melakukan rampasan kuasa. Antara kesalahan berat Necmettin Erbakan ialah ialah membenarkan wanita-wanita islam di Turki memakai tudung (menutup aurat) di tempat awam dan menjalin hubungan yang akrab dengan ulama-ulama islam dan juga kerana membuka sekolah agama.



(Peta Turki)
Kini, semuanya telah tinggal kenangan. Lelaki berjiwa islam itu telah pergi menemui Tuhan setelah berhempas pulas memartabatkan islam di bumi Turki. 27. Febuari 2011, bumi Turki menangis. Dengan laungan Allahu Akbar, ribuan orang mengiringi jenazah perintis politik islam di Turki ini. Bersemadilah wahai pejuang. Damailah engakau di sana. Islam yang gemilang akan menjadi kenyataan. Tiada sesiapapun yang mampu menghalang.


p/s= sepatutnya entry ni saya siarkan petang tadi. Tapi petang tadi saya tak senang hati apabila memikirkan parahnya akidah pelajar2 islam hari ini. Di sekolah tadi ketika mengajar di Tingkatan 4, saya bertanya pelajar2 cina, siapakah antara kamu yang beragama Kristian. Lalu beberapa ekor pelajar perempuan islam mengangkat tangan sambil gelak-gelak. Saya tengking budak- budak banggang ni, lalu saya menyuruhnya mengucap dua kalimah shahadah, tapi dengan selamba mereka menyanyi2 (buat lawak) sambil berkata, kitaorang buat lawak jer cikgu takkan tak boleh. Saya hilang sabar dan angkat tangan, tapi si pelajar ni kata, dia akan dakwa saya mencabul. Terdiam saya, betul juga. Nanti dalam akhbar esok gambar saya terpampang kerana kesalahan mencabul.






24 comments:

  1. Ya Allah... sampai macam tu ke cikgu... astaghfirullah.. moga dikurniakan kesabaran dan hikmah yang tak luntur, senantiasa

    ReplyDelete
  2. (dak cls wat cmtu? haih.. moga2 mereka dpt hidayah cpt2. doa guru ni makbul.)

    ReplyDelete
  3. eehhh.. muni xtahu lak shameel ni cikgu. hukhuk. maaf yer cikgu..

    berbalik pd entry ni, muni xtau lak mcm tu skali muslim yg anti-islam lakukan. kalaulah muni xjoin usrah kt utm, muni pn xjenguk kot hal2 or isu2 semasa yg berkisarkan islam nih. hmmm..

    trm ksh ats perkongsian. moga2 kalau malaysia jatuh pun, malaysia xkn jatuh seteruk turki.

    shameel.. nk tya.. kalau gov siapkan malaysia sbg negara hab hiburan malam, betul ke salary tax ni akn mengarahkan ke situ? sbg rakyat yg membenci perkara laknat mcm tu, ape yg boleh kte buat?

    ReplyDelete
  4. sy masih ingat lg wktu Parti Refah berjaya memerintah Turki dgn baik dulu.. tp Necmettin Erbakan tpaksa letak jawatan atas desakan tentera.. al-fatihah utk beliau...

    ReplyDelete
  5. Iqbal
    Trima kasih atas komen. Begitulh dugaan hari ini. Jauh bebeza dgn jadi guru tahun 80-an dlu

    ReplyDelete
  6. Munie.
    Turki tu terlampau sekular. ia lebih barat dari barat.

    Kalaulah malaysia jadi hab hiburan mlm atau apa pun yg menyimpang dar idasar agama( minta dijauhkan). kita rakyat boleh lakukan bbrapa perkara
    a) bantah dgn tangan( kuasa)
    b) bntah dgn mulut
    c) bantah dlm hati(tanda selemah-lemah iman. maksudnya kalau kita redha maka dikira sudah tidak beriman kata ulama)

    skrg zaman serba canggih, ada Fb atau blog dan mcm2. jadi gunakan semua ni utk menyeru manusia ke jalan Tuhan dgn penuh hikmah dan pengajaran.

    mmg teruk budak2 sekrang. kalau bercita2 nak jadi guur2 kena persiapkan ketahanan menta skrg ni

    ReplyDelete
  7. Caliph.
    Tahniah sahabat sebab turut ambi tahu perkembnagan politik di dunia islam.

    Moga Allah merahmati Necmettin di alam sana. Dan moga 'lahir' ribuan lagi Necmettin Erbakan di Turki.

    ReplyDelete
  8. kebangkitan rakyat di luar sana kerana menuntut keadilan. mereka tidak mahu lagi di tipu dan di tindas.
    adakah kita masih larat untuk bertahan?
    atau bara api kian marak di hati masing masing?



    budak budak sekarang yang tak tahu semyang dan mengucap pun ramai..
    mana silapnya?

    adakah kerana guru?
    ibu bapa?
    masyarakat?
    pemimpin?




    al fatehah untuk arwah... semoga perjuangamu itu terus dan terus di sambung sehingga islam di amalkan sepenuhnya..

    ReplyDelete
  9. ya Allah buta akidah bebudak kita ni

    ReplyDelete
  10. cemomoi.
    memang sangat parah keadaan budak2 kita sekarang ni. akidah pun mereka buat main2 jer

    ReplyDelete
  11. si para-para.
    adakalanya rakyat terpaksa menahan sakit hati kerana dasar dengar dan patuh.

    ReplyDelete
  12. sabar aje la budk budak sekarang
    makin berani

    ReplyDelete
  13. intan maisarah.

    budak2 sekarang berani tak bertempat. dalam soal akidah pun boleh dibuat lawak jenaka

    ReplyDelete
  14. as salam...

    entry yang bagus untuk direnung2kan...moga islam terus berkembang ke serta alam....

    ReplyDelete
  15. Amy.
    Begitlh yg diharap2kn.

    " Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”
    Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya)

    ReplyDelete
  16. assalamaualaikum & syukran atas kunjungan ke blog marhaen saya tu. ya...semoga rohnya (Necmetin Erbakan) bersama roh para solihin, para muqarrabin..amin

    ReplyDelete
  17. semoga student kau lebih faham seksa nya duduk kat turki untuk pertahan islam berbanding kat malaysia.semoga tabah hadapi ujian.kalau aku tendang je muka budak tu kasi darah.lepas tu kat mahkamah fight la.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum,

    "şaka ... ama sınırsız sabır ve bilgelik vardır her şey ile ilgili olarak gereklidir."

    "melawak ada batasnya...namun sabar dan berhikmah amat perlu dalam menangani segalanya"....tak taulah betul ke idak sebab guna khidmat google translate je

    ReplyDelete
  19. nahmy.
    Doakan juga agar 'lahir' ribuan lagi Necmettin Erbakan di Turki

    ReplyDelete
  20. akufobia.
    Kalau diikutkan hati mmg nak tendang jer. Tapi, dlm apa jua keadaan cikgu tetap bersalah. Takde pihak nak bela, baik kementerian mahupun media

    ReplyDelete
  21. Cikgu Ahmad Humairi.
    Itu bhasa Turki ke. Terima kasih dapat ilmu baru saya hari ni.

    ReplyDelete
  22. geramnya akak nora baca bab kat sekolah tu...emo tetiba..akak pinjam ayat awak tu ek..

    ReplyDelete
  23. Al-fatihah, moga rohnya di tempatkan bersama orang2 yang beriman di sana...

    thanks shameel, sudi berkongsi sejarah turki ni..

    ReplyDelete
  24. cepat2la berubah malaysia nih.. nak ikutkan "ini sejarak kita" punya graf, dlm ms 600thn, satu2 tamadun akan muncul dan mati. insyaAllah..

    tak nak la jadi cikgu. takut. hukhuk

    ReplyDelete