Mushhaf atau kertas yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an tidak boleh dikoyak atau dicarik-carik, kerana cara itu bererti memutuskan huruf-huruf dan kalimatnya dan mempersia-siakan apa yang termaktub itu.
Jika mushhaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an itu tidak boleh dibaca atau tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya ialah dengan membasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar atau menanamnya
Sebahagian ulama berpendapat membakarnya adalah lebih utama kerana Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan pernah membakar mushhaf-mushhaf tertentu dan tidak ada sahabat yang membantahnya.
Setengah ulama mutakhir berpendapat bahawa cara membakar itu adalah cara
yang paling ringan dilakukan. Disertakan dengan niat yang baik, maka cara ini
dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga kesucian dan kemuliaan al-Qur’an,bukan merendahkan apa lagi menghinanya dan tidak mendedahkannya kepada pencemaran dan penghinaan. (Ahsan al-Kalâm: 2/210)
Mengenai dengan tempat pemusnahan atau pembakarannya itu, bolehlah ditentukan sendiri dimana-mana yang difikirkan sesuai.
Sumber Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
Di samping itu, saya sertakan sedikit info tambahan yang dikemukakan oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, seorang ilmuan dalam bidang hadis yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau juga merupakan bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan serta penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin.
Beliau turut memperkatakan tentang tatacara melupuskan naskahAl-Quran di dalam bukunya yang berjudul Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,iaitu pada mukasurat 89. Buku ini sangat bagus, kerana ia ditulis oleh seorang ilmuan hadis yang terkenal di Malaysia, jadi saya syorkan sahabat agar membelinya sebagai koleksi dan sebagai bahan rujukan.
Sebenarnya ia sama sahaja dengan kaedah yang dikemukakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Cuma ada sedikit tambahan. Tentang kaedah membasuh tulisan, beliau sertakan kaedah sampingan untuk memuliakan Al-Quran iaitu air basuhannya hendaklah dibuang ke tempat-tempat yang terhormat seperti di laut atau sungai-sungai besar.
Tentang kaedah membakar pula, Prof Madya Dr Abdul Hayei turut member info tambahan iaitu debu-debunya hendaklah dibuang atau ditanam ke tempat-tempat yang tidak terdedah kepada tapak-tapak kaki manusia dan haiwan. Syukur juga kepada Allah S.W.T, sebab Prof Madya Dr Abdul Hayei turut memiliki blog peribadi. Jadi tentang isu ini dan isu-isu yang lain, bolehlah sahabat merujuk ke blog beliau Dr Abdul Hayei
salam..
ReplyDeletealhamdulillah..
terima kasih perkongsian ilmu..
menafaat berguna d hari kemudian
jika ada yang nak di lupuskan..
=]
ReplyDeletesukenye dgn entri ni
baru taw
alhamdulillah
maceh ye!
ambil informasi ini untuk kehidupan :)
ReplyDeletenice info..baru tau je ni...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian info..
ReplyDeletezulkbo.
ReplyDeletemoga dapat dimanfaatkan bila diperlukan
kjaharun.
ReplyDeletesekadar berkongsi info. terima kasih ats komen.
aimie amalina.
ReplyDeleteTerima kasih juga sebab sudi bertandang ke blog saya. harap2 dpt dimanfaatkan.
gnesop.com.
ReplyDeletesama-sama sop. yg ptg kita samapaikn info yg bermanfaat semampu mungkin.
aibat.
ReplyDeletemoga-moga dpt dimanfaatkan nnt.
fardhu kifayah ni
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Shameel,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi sesuatu yang ramai orang tidak mengetahuinya.
Salam cg.Shameel,
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu, saya ingat ayah akan kumpul helaian Quran yang usang dan dibakar dalam bekas tin. Kemudian debu-debu tu dikumpul. Kata mak ayah letak debu tu kat atas kubur...
(kawasan tiada orang melangkah)
Terima Kasih atas perkongsian!
well done cikgu!
ReplyDeletemembuka minda dan menambah ilmu, harap takde lagi kes dibuang sesuka hati...
takut dgn bala Allah :(
terima kasih...tapi kan klu quran tu dh trkoyak sendiri..xpe kan..??
ReplyDeletetq perkhabaran info ini..ramai tidak tau camner nak hapuskan al-quran yang lusuh secara berhemah..semoga info ini dapat membuka mata muslim dan muslimah untuk menguruskan al-quran yang lusuh..:)..
ReplyDeletekaedah yang dicadangkan diatas itu sungguh menarik seperti membasuh al-quran dengan sehingga hilang tulisannya dan airnya dibuang ke laut..satu kaedah yang terpuji kerna masih lagi terselit menghormati al-quran..:)
Kunang-Kunang.
ReplyDeletetrima kasih jugak kak ats kunjungan. moga2 kita semua dpt manfaatkan bila berhadapan dgn situasi sebegini.
Cikli.
ReplyDeleteBetul tu cikli. ni dah kategori fardhu kifayah.
mamaNoriz.
ReplyDeleteamat menyedihkan apabila terdapat naskah al-quran dibuang sesuka hatiatas alasan trsala hcetak. padahal ada tatacara tertentu utk melupusaknnya.
NaeBlog.
ReplyDeleteyer kn letak ats kubur, gerenti org tak melangkah. tapi elok juga jika ditanam seklai kt kawasan perkuburan sbb spy ia tak diterbangkan angin dan biar ia sebati dgn tanah
eszyamin.
ReplyDeletekalau terkoyak sendiri takpe tapi seeloknya cubalah lekatkan balik sbaia tanda menghormati dan memuliakannya. jika dah tak mau diguna sbb dah ada naskhah al-quran yg baru, boleh sajaha al-quran yg usang tu dimasukkan ke dalam bekas or kotak dan simpan baik2 di tempat yg mulia spt tempat yg agak tinggi.
Syuxer.
ReplyDeletemoga dpt dimanfaatkan oleh semua
wahhh bagus info ni..
ReplyDeletecik ana tau jugak kaedah bakar tu..
yg kaedah basuh hingga hilang tulisan tu pon lebih afdhal :)
cik ana.
salam
ReplyDeletepkongsian yg bagus
saya kita tau kaedah yg pling btul..
tq utk pkongsian :)
salam buat sahabat yg dihormati..
ReplyDeleteakan saya ke blog yang sahabat nyatakan.. t kasih atas perkongsian..
Betol ! ustaz saya penah gtau waktu kat skolah dlu , bakar dulu pas2 abu dia buang kat laut , tapi kna bagi tggelam dlu . am i right ? :)
ReplyDeletea'aa, yang mahsyur saya dengar membakarnya la.
ReplyDeletemoga2 dapat manfaat bersama..
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteterima kasih atas info (termasuklah info berkenaan blog Dr Abdul Hayei). sesamalah kita jaga 'kesucian' kalamullah ini....
sobri yaacob.
ReplyDeleteTeirma kasih ats kunjungan dan komen. moga2 dpt memanfaatkn bila keadaan dan situasi memerlukan.
anamizu.
ReplyDeleteada mslh juga kaedah basuhan sbb ada juga naskhah al-quran yg dicetak guna dakwat kekal. lagi jika susah2 sgt bakar jer pastu tanam abunya kt tempat2 yg tidak dipijak oleh manusia dan haiwan. atas kubur contohnya.
a.samad jaafar.
ReplyDeleteBagus sekali info kt blognya itu.
Cik Yuyun Nadira.
ReplyDeletetahniah Yuyun sbb dah tau kaedah melupuskan naskhah al-quran yg usang. harap2 dgn ini tidak berlaku lagi kesilapan dlm menghadapi masalah ini.
Afida Anuar.
ReplyDeletebakar tu kaedah paling mudah utk dilakukan. lagipun utk menghilangkan tulisan tu adakalanya sukar sebab adakalanya terdapat naskhah yg dicetak gunakan dakwat kekal
nahmy.
ReplyDeletemoga2 dpt dimanfaatkan agar kalamullah sentiasa terjaga dan terpelihara
kes buang al quran sekarang menjadi2, suk hati je buang camtu
ReplyDeletenuriz,
ReplyDeleteitulah msalahnya nuriz. padahal bukannya susah utk dilupuskan secara sah