Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Imbas Kembali ( sila lihat .. SINI )
Fauziah menulis… bahawa walaupun ramai yang memuji filem itu, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.
Fauziah kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku
Jawapan Namewee kepada Fauziah dan Utusan “Kalau you tak tahu apa ialah reporter ah, you balik sekolah dulu. You panggil you punya boss dengan you dengan you punya kawan semua balik sekolah dulu. You fikir semua suratkhabar yang lain semua bodoh punya kah?”
Info Tambahan:
Saya bukanlah peminat Namewee dan saya juga belum lagi menonton filem Nasi Lemak 2.0.Dalam masa yang sama, saya juga bukanlah pembaca Utusan Malaysia. Sesekali sekala sahaja saya membaca Utusan, itupun secara online. Di sini, saya bukannya nak membela Namewee. Memang dia pernah melakukan kesalahan yang serius sebelum ini. Tapi itu perkara silam dan dia juga sudah memohon maaf.
Berdasarkan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee, jelas sekali Fauziah Arof masih lagi mendendangkan lagu lama. Isu Namewee menghina lagu negaraku.
Tolonglah jangan didendangkan lagu lama seolah-olah warga Malaysia ini pekak dan buta. Sepatutnya beliau mengkritik filem tersebut. Perkatakan tentang mana-mana aspek dalam filem tersebut. Carilah mana-mana kecacatan dalam filem tersebut dan hentamlah sesuka hati sebab itu memang hak seseorang wartawan terutamanya wartawan hiburan.
Andainya pihak Utusan masih bernafsu untuk mendendangkan lagu lama, kenapa tidak perbesarkan isu Rosnah Mat Aris yang pernah menghina Siti Khadijah. Isteri junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. kenapa juga tidak menulis tentang artis Melayu yang mencipta kontroversi dengan terlibat sebagai pelakon video lucah suatu ketika dahulu.
Adat masyarakat kita macam ni la shameel, suka sangat korek yang lama2..Padahal ..mana tau skrg dah berubah. Iyer dak shameel?
ReplyDeleteutusan kata tak elok kat orang tak apa. bila orang balas, report polis. patutlah polis stress.
ReplyDeletecg.Shameel,
ReplyDeleteNamewee VS Utusan
= kurang ajar VS kurang ajar
:-)
Afida Anuar.
ReplyDeleteitulah mshlnya. sepatutnya berilah pelaung dan ruang. jika wat hal lagi barulah ambil tindakan.
NaeBlog.
ReplyDeletesama2 krg ajar dan sama2 celupar.
Cikli.
ReplyDeletepolis paling ramai stress sbb kena uruskan kptgn penguasa dan brbanding mnjaga keselamatan negara
aku nampak kedua-duanya menggunakan cara yang tak elok
ReplyDelete