Thursday, 13 October 2011

Kelab Taat Suami Terbitkan Buku Seks




Entry ini sambungan daripada tajuk lepas. Lihat SINI

Kelab Taat Suami (KTS) nampaknya benar-benar ingin memajukan pendidikan seks. Entah mengapa, seks mula menjadi simbol perjuangan pengikut ‘Imam Mahadi’.
Ini diakui sendiri oleh balu ‘Imam Mahdi’, iaitu Hatijah Aam. Katanya “ Ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia,pengikut-pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks islam.”

KTS ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd. Umum mengetahui Global Ikhwan hanyalah penjenamaan semula Jamaah Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak tahun 1994. Lihat
SINI untuk melihat Fatwa tersebut. Sebelum ini organisasi tersebut mengunapakai nama Rufaqa. Apa sahaja nama yang dipakai, hakikatnya sama, iaitu penjenamaan semula Al-Arqam.

Buku berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia benar-benar menimbulkan kontroversi. Buku tersebut memaparkan panduan atau tatacara melakukan hubungan seks secara terperinci hingga setiap inci tubuh wanita digambarkan dengan begitu jelas.

Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri bin Muhamad ketika mengulas isu ini di dalam akhbar berita harian bertarikh 12.10.2011(m/s 6) mengatakan “Islam adalah agama yang beradab dan segala perlakuan seks yang diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis adalah bersopan dan simbolik.”

Kata Mufti Kelantan lagi “Dalam Al-Quran diterangkan yang isteri itu pakaian bagi suami dan kamu(suami) merupakan pakaian kepada isteri.’ ‘Isteri kamu adalah ladang dan datangilah ladang kamu.’ Islam menyentuh soal seks dengan beradab, sopan dan tidak menggiurkan.”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) pula akan bertindak menyekat buku panduan seks tersebut. Ini kerana buku tersebut didapati mengarut dan memalukan(rujuk berita harian 13 .10.2011, m/s 12) Paling mengarut ialah dakwaan Hatijah Aam yang turut mendakwa pernah tinggal bersama Abuya selama dua bulan walaupun masyarakat menganggap beliau sudah meninggal dunia, bagi melatihnya(Hatijah Aam) sebagai srikandi atau bidadari.


Akhir sekali, saya sertakan klip video tentang ulasan dari mantan Mufi Perlis tentang Kelab Taat Suami.

24 comments:

  1. salam..
    saya belum berkesempatan membaca buku ini..tapi kalau berkenaan dengan fahaman imam mahdi saya tidak bersetuju..kalau sekadar mengajar para isteri agar taat dan belajar melayan para suami agar suami sentiasa gembira, terutama di ranjang..balasan syurga buat si isteri..wallahualam.

    ReplyDelete
  2. sangat mengarut & sesat!
    ni strategi mereka nak menarik perhatian & sokongan awam.

    ReplyDelete
  3. ya allah..
    buku jenis ape
    ni shameel??
    takot terpesong
    akidah je kalo silap..




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  4. zulkbo.
    setiap isteri perlu taat sama suami. cuma ada had dan kadarnya

    ReplyDelete
  5. anamizu.
    tu buku tatacara melakukan hubunbgan seks yg paling mengarut dan merosakkan

    ReplyDelete
  6. Ujie.
    inilah yg dibimbangkan. perlu hati2 dgn dakyah mereka

    ReplyDelete
  7. bahaya ni..orang kita dahla cepat je pcaya benda2 macam ni..
    fikir sebelum btindak yg scara tak rasional :)

    take note shameel
    tkar setting komen ni jgn pilih papar pgesahan pkataan, lmbat nk post komen :)

    ReplyDelete
  8. dalam pada kita berkelab2 ni sempatkah kita nak melayan suami..? i love my husband...

    ReplyDelete
  9. Cikli.
    itulh mslhnya dgn golongan yg taksud dgn Abuya. mrk dakwa abuya hnya ghaib atau diangkat mcm kes Nabi isa

    ReplyDelete
  10. sis92.
    mmg boleh merosakkan akidah.
    baru jer tukar setting komen tu. Trima kasih yer.

    ReplyDelete
  11. A.s.t.i.n.a .
    Benar skli nnt sibuk dgn xtvt kelab sampai terabai tanggungjawab trhadap suami

    ReplyDelete
  12. bagi saya juga ia sungguh mengaruts.. entah apa motif sebenar... sungguh memalukan..

    ReplyDelete
  13. iskhhhh,

    cam pelik la...
    napa sampai cam tu sekali???

    ReplyDelete
  14. baik terbitkan buku memasak atau cara2 mendidik anak je. huh!

    ReplyDelete
  15. .

    Anaa
    saya yakin ada udang disebalik batu disebalik penerbitan buku ni

    ReplyDelete
  16. mamaNoriz.
    pelik, mengarut dan melucah. itu yg diperjuangkan oleh para 'bidadari' yg setia kepada 'Imam Mahadi'

    ReplyDelete
  17. erm..
    x tau nak komen apa..
    hpe bku ni x msuk kat psran malysia

    ReplyDelete
  18. Titisan Hujan.
    makin berleluasa
    makin terbuka
    makin bermaharajalela.
    penyebaran agenda gila.

    ReplyDelete
  19. gadisBunga.
    yer kan. itu lagi baik sbb dapat lahirkan isteri yg pandai memasak dan mendidik anak. hahahaha.

    ReplyDelete
  20. sobri yaacob.
    buku ni dah dipasarkan dah kt Malaysia. Stkt ni ia dijual kpd ahli2 KTS.

    ReplyDelete
  21. salam sahabat.. saya ada kawan yg pernah taksub dgn al-arqam.. kadang2 bila dengar dia bercerita ttg al-arqam, saya jadi bingung malah menakutkan..

    seingat saya, al-arqm hanya di'ganggu' selepas kumpulan ini mendakwa bahawa ustaz ashaari adalam perdana menteri yg 'menanti'.. agaknya, kalau bukan kerana itu, tentu sahaja kerajaan tidak ambil peduli akan kesesatan mereka..

    tapi dari segi ekonomi dan tarbiyyah..saya sempat berasa kagum !

    ReplyDelete
  22. a.samad jaafar.
    saya yakin jika tidak kerana menggugat kerajaan, Al-Arqam tak akan diganggu gugat. mcm kes Sister In Islam dan geng2 Kassim Ahmad yg anti-hadis, kerajaan seakan2 merestui w/pun ternyata ia sesat lagi menyesatkan.

    Sejujurnya sy juga amat kagum dgn kejayaan Al-Arqam(Rufaqa & Global ikhwan) dlm ekonomi. Ke mana sahaja mrka berada, xtvt ekonomi pasti mereka dpt kembangkan. Dari segi ekonomi, kita Menteri Kewangan Malaysia perlu belajar dgn Al-Arqam.

    ReplyDelete