“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak sesuai lagi. Kalau hukum hudud dilaksanakan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya.” Itulah kenyataan Enot berkaitan hukum hudud sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.
(antara komen artis tentang hukum hudud)
Nenek moyang kita telah lama menasihatkan. Nasihat leluhur zaman berzaman-zaman. Nasihat berbunyi, "Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa" Dan kerana mulutlah, Enot kini sedang menuju kebinasaan. Gara-gara kenyataan yang amat celupar tersebut, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah kini tertekan apabila dikecam hebat oleh orang-orang yang prihatin terhadap agama.
Tidak hanya dikecam dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan gara-gara kurang senang dengan kenyataannya tentang Hukum Hudud.
Tidak hanya dikecam dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan gara-gara kurang senang dengan kenyataannya tentang Hukum Hudud.
(nasihat Wardina kpd rakan2 artis)
INFO TAMBAHAN:
Walaupun kenyataan Enot itu amat keterlaluan, namun kesediaannya memohon maaf amatlah wajar dan sangatlah patut. Moga-moga Enot dan artis-artis yang lain menjadikan ini semua sebagai pengajaran. Saya cuba berprasangka baik, Enot mengeluarkan kenyataan tersebut kerana kejahilannya.Tahniah buat Enot kerana menyedari kesilapan, lantas memohon maaf.
Harus diingat, andainya kenyataan sebegini dikeluarkan dalam keadaan sedar atau faham dan bermatlamat mempersendakan Hukum Hudud, maka ia membawa kepada kekufuran. Saya paparkan kembali kata-kata Dr Asri zainul Abidin tentang perihal mempersendakan Hukum Hudud :
“Sesiapa yang melafazkan secara sedar perkataan ‘Sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ maka ia telah bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, dan dia( orang yang melafazkan perkataan itu) terkeluar dari Islam. Lebih lanjut sila lihat SINI
(antara kenyataan biadap yang boleh membawa kekufuran)
Tahniah juga kepada Wardina Safiyyah kerana telah menasihati rakan-rakan artis agar tidak celupar dalam membuat kenyataan. Pesan Wardina “ Nak minta rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal.”
Tahniah juga kepada warga Malaysia, kerana keperihatinan yang mereka tunjukkan. Ini satu perkembangan yang baik dan ini juga membuktikan semakin ramai umat islam di Malaysia yang kini sedang berarak menuju agama.
assalamualaikum. inilah hasil 54 tahun memerintah. hukum Allah dgn hukum Lord Reid dah tak boleh nak beza. Quran yg mengatakan berpuasa - boleh plak diorng berpuasa, di Quran yg sama suruh ikut hukum Allah tak boleh plak nak ikut. hanya 'kematian' yg akan mengajar mereka kelak...angkuh, berlagak dan sombong macamana pun mereka termasuklah si Zainah yg merendah-rendahkan hukum Allah berkenaan wanita itu tetap akan mati..akan ke kubur juga mereka. takde le plak terdengar manusia yg boleh tak mati. bgm dgn layanan di alam kubur? cross the board...sama takde beza atas pangkat dato, sultan, tan sri...imam, ustaz..dsb. yg beza hanya pd tahap taat pd perintah-Nya, beriman dan bertaqwa. maaf cikgu byk plak komen saya ni...cuma kekadang tu gerammmm...wallahualam
ReplyDeletewardina jugak bagus..:D
ReplyDeletesyukurlah enot sanggup minta maaf. semoga lepas ni dia tau apa itu hudud..wartawan yg bertanya tu sbnrnya patut mohon maaf jugak.
ReplyDeletehayoooooo
ReplyDeleteckp ckp ckp dengan kosong
bwa pdah
napela aihhhh
jangan main2 dgn hukum Allah ni.tak elok..
ReplyDeleteeh artis kn suke ckp "no komen"
ckp jela yg tu kalau taktahu pape
memang tak masuk di akal bila soal hukum hudud ditanyakan pada artis
ReplyDeletekan dah nanya
hermmm
setuju bro,lebih baik diam daripada berkata-kata yg membawa kepada kebinasaan
Maafkan lah Enot..
ReplyDeleteCian ke anak2 dia..
Rasanye artis lain pun beri komen
x bijak juga..Yg bertudung tu pun kata hukum ni x sesuai utk zaman skrg..Kenapa enot sorg yg kena..
Wardina adelah artis yg tak takot utk bersuara...sama seperti bob lokman..
ReplyDeleteWardina sndiri pernah kata "janganlah jadikan artis sbgai idola"..
eloklah minta maaf dengan Allah
ReplyDeleteharap kemaafan diminta atas keinsafan krn mempersendakan hukum Allah..bukan krn kek yg tak laku..susah cari makan..moga diberikan hidayah..
ReplyDeletemmg betul kena dgn pepatah, sbb mulut badan binasa ek..
ReplyDeletesemoga di beri petunjuk, bukan maaf sekadar kerana kecaman je...
Padan muka Enot....
ReplyDeleteBahasa Melayu VS Nihonggo(Bahasa Jepun )
lain kali baik diam je. terlajak kata, walau dah mintak maaf, org tetap ingat.
ReplyDeletetanda-tanda dunia nak kiamat..
ReplyDeletenahmy.
ReplyDeleteTahniah Nahmy atas keperihatinan terhadap sebarang penghinaan terhadap agama. Mmg kdg2 kita sgt geram dgn golongan yg tolol dan bahlul. paling bahlul skrg ni ialah Sister In Islam.
Ujie.
ReplyDeleteBetul tu. Bukan Enot jer yg perlu disalahkan tp wartwan yg memulakan isu dgn bertanyakan perkara juga perlu meminta maaf.
aimie amalina.
kita berprasangka baik. artis2 ni trmasuk Enot bercakap ats dasar kejahilan dan bukannya utk mempersendakan.
Zura.
ReplyDeleteYer. saya kagum dgn wardina. Ibarat intan dalam himpunan kaca, begitulah kedudukan wardina dlm kalangan artis-artis.
sugar2 kapas strawberry.
ReplyDeleteYer kn cakap jer no komen senang cerita. Ni tak asyik nak tunjuk bijak.
penaberkala.
Itu yg anehnya. napelah artis yg ditanya ttg masalah hukum hakam sebegini. punyalah banyak mufti dan alim ulama yg lain trmasuk pensyarah pengajian islam kat IPTA.
Cik SHiNJU.
ReplyDeleteMmg Enot perlu kita maafkan, biarlah dia berurusan dgn Allah. Benar tu ramai lagi artis lain yg buat kenyataan yg x bijak trmasuklah artis bertudung tu.
Cuma, perkara sebegini sepattunya dijadikan pengajaran oleh Enot, para artis dan semua umat islam agar berhati-hati ketika menuturkan kata.
Hafeesz Amran.
ReplyDeletesaya bersetuju sekali dgn awak. Mmg Wardina seorg artis yg berani dlm pertahankan agama.
Anehnya krn kata2 wardina agar artis tidak boleh dijadikan idola, maka ramailah artis2 lain yg melenting. itulah dunia artis.
Cikli.
ReplyDeleteitulah yg sepatutnya sbb yg dipersenda itu adalah hukum Allah. Hukum Allah adalah milik Allah.
a.samad jaafar.
Harap2 begitulah. permohonan maaf krn mempersendakan hukum Allah dna bukannya krn bimbang kek tak laku.
Miecyber.
ReplyDeleteHahahaha. Nangis nnt kalu Enot baca koemn Mie ni.
mamaNoriz.
ReplyDeletebenar sekali. moga Enot insaf kerana petunjuk dan bukannya krn kecaman or krn bimbangkan keknya tak laku.
gadisBunga.
ReplyDeleteItulah yg sepatutnya. kata org cakap siang pandang-pandnag dan cakap malam dengar-dengar. Pengajaran juga utk kita semua agar tidak terlajak dlm menuturkan kata dan melontarkan pandangan.
Tulus Sweet.
ReplyDeleteSetuju sekali dgn Tulus. Seingat saya, Antara tanda kiamat ialah bila org yg tidak berkeahlian dijadikan rujukan.
saya tidak pernah suka sikap enot sejak saya lihat sendiri dia menghisap rokok sewaktu rehat dari shooting sebuah drama di kawasan rumah saya...jadi kata-katanya tentang hudud tidak layak sama sekali didengari...
ReplyDeleteSalam cg.Shameel,
ReplyDeleteWartawan hiburan menjalankan 'tanggungjawab hiburan' mereka...
Pengajaran untuk semua.
Salam!
ReplyDeletesangat setuju dengan wardina... si wartawan pun buat pe lah tanya soalan agama dekat artis.. dah sah2 diorang pakar bidang hiburan aje.. huhu
salam kenal syameel!
yang BERTANYA SOALAN tu sepatutnya minta maaf dulu..takde soalan, takdela kene kecam ceni..
ReplyDeletekesian enot..yg lain2 tu pon better minta ampun sebelum kene hentam kang..errr alamak bunyi mcm cik ana TERemo plak disini :P
luv,
cik ana
Penyakit ummat akhir zaman terlalu parah.......sedih jika kita amati.. apa kita boleh buat eh shameel?
ReplyDeletememang kita patut diam
ReplyDeletejika tak tahu apa maksud
sebenarnya...senang ckp
'no komen'
tapi sian juga kat enot tu :)
ummiarissa.
ReplyDeleteTerima kasih ats tambahan infi. First time sy dgr criter enot ni perokok. Harap2 dia bertaubat atas keceluparan mempersenda hudud
NaeBlog.
ReplyDeletelepas ni elok benar kalau wartawan gi tanya pandnagan lembu or kambing ttg bajet kewangan 2012
Diyanazman.
ReplyDeletesalam kenal jugak. Itukah masalah, napelah si wartawan tu gi tanya artis, punyalah berlambak alim ulama trmsuk mufti utk diminta pandangan ttg hal serius mcm ni
anamizu .
ReplyDeletesetuju sekali ana. kalau xde soalan tntu xde jawapan kan. kedua-duanya bersalah. s iwartawan bersalah sbb bertanya kpd bkn yg ahli dan artis salah sbb beri jawapan berdasarkan nafsu.
Afida Anuar.
ReplyDeleteTapi kalau dilihat kpd kecaman dan boikot dri peminat, itu menunjukkan mrk mempunyai kesedaran beragama. peminat skrg ni sudah tak taksub tahap penyembah mcm dulu dah. kesannya kedai kek enot kerugian.
Ati Masrif.
ReplyDeleteItulah yg sepatutnya, diam jika tak tahu. Malah Imam Ahamd Ibn Hanbal pun waktu dikemukakan beberapa soalan, beliau dgn tenang menjawab la adri(saya tak tahu).
kalau ilmu di dada sikit,lebih baik senyap :)
ReplyDeleterespect wardina :D
ni semua salah wartawan la.. knape la diaorg tak tanya org alim ulamak? g tanya artis buat pe?
ReplyDeletetu lah sekarang ni. macy pun kesal juga dgn apa berlaku
ReplyDeletemaCy.
ReplyDeletePengajaran buat semua agar tidak melatah utk beri pendapat.
Zul Fattah.
ReplyDeletesetuju sekali Zul. wartawan yg memulakan kes ni. Punyalah ramai alim ulama, tapi artis yg dirujuknya. Lepas ni mayb Chanturu dan lain2 pemain bola sepak pula yg dirujuknya.
Azyan.
ReplyDeleteBenar skali azyan. sepatutnya diam sahaja jika tak tahu. mmg wardina sentiasa cermat dan hati-hati dlm tutur kata dan perbuatan