Sunday 2 October 2011

Filem hantu cetus debat






Dalam Berita Harian bertarikh 2 Oktober 2011, terdapat teguran daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai lambakan filem hantu yang dianggap menggalakkan kepercayaan karut, tidak membina masyarakat produktif dan juga menjadi faktor serangan histeria di kalangan pelajar perempuan.

Majlis fatwa Kebangsaan juga ingin menemui Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem dan drama hantu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah, terutamanya dalam kalangan remaja islam.

Menurut Dato Mohammad Shukri Mohamad, seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga merupakan Mufti Kelantan,filem dan drama hantu jelas berunsur khurafat dan mempromosikan kepercayaan karut.

Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad berkata, umat islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk lain selain Allah, boleh menjadi syirik.

Walaupum begitu, penggiat filem seperti David Teo berkata, penerbitan filem hantu berbentuk khayalan dan hiburan semata-mata sama seperti filem kartun dan fiksyen.


INFO TAMBAHAN.
Dalam soal ini, seluruh umat islam di Malaysia perlu berterima kasih kepada Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi. Kerana Ketua Dewan Pemuda Pas inilah, isu ini mula diperkatakan.

Selain filem dan drama Hantu, filem dan drama yang berunsurkan islam juga perlu dipantau. Sebab, adakalanya ia seakan-akan melebarkan lagi salah faham terhadap islam.

17 comments:

  1. betullah...nak kata hiburan pun, tak juga. sbb skrg bdk kecik dah makin jd penakut. gelap sikit, hantu!

    buatla cerita mcm Juvana..ada pengajaran, rating pun tinggi apa..

    ReplyDelete
  2. aah betol tu..
    cik ana sokong..
    byk sgt filem2 & drama2 berunsur hantu / tahyul skrg ni..
    drama / filem berunsur islam plak kdg2 tu pegang2 jugak pun antara pelakon lelaki & perempuan..
    perlu dipantau betol3 ni :)





    luv,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  3. jujur saya apribadi gak abegitu suka sama film dengan thema satu itu :(

    ReplyDelete
  4. cerita hantu ni memang tak membina minda.(uii..statement....)

    p/s:sy tak suka tgk cerita hantu sbb sy pengecut...hehehe:)

    ReplyDelete
  5. akak tak penah layan cite hantu...

    yg free kat tv pun tak hingin tengok apalgi nak bayar kat wayang...

    eee, tak kuasa!

    apa lah yg best nyee...huhu

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,

    Hiburan dalam islam, ada batasnya.

    ReplyDelete
  7. ye la.
    kat tv pun byak cte2 hantu..
    even raya baru2 ni asaik tayang flem hantu je.. :)

    ReplyDelete
  8. Ujie .
    itulah mslhnya Ujie. ia akan mempengaruhi minda anak2 dan remaja. lagi2 org melayu yg telah lama disebatikan dan diserasikan dgn kisah2 hantu dan tahyul

    ReplyDelete
  9. Majalah Masjid Kita.
    Trima kasih sahabat ats kunjungan.

    ReplyDelete
  10. anamizu.
    filem2 berunsur islam pulak jika tersilap langkah akan menyebabkan salah faham terhadap isl trmasuklah ttg konsep aurat dan poligami

    ReplyDelete
  11. apple hijau.
    benar skli, ia tidak membina minda tapi memandulkan akal. menurut pakar psikologi, masalah hantu trmasuk histeria boeh diselesaikan dgn gunakan pendekatan sains. dan inilah yg sepatutnya ditonjolkan dan bukannya pergi melutut dpn bomoh utk halau hantu

    ReplyDelete
  12. ahmad humairi.
    tapi sayang, batas2 itu dilanggar demi keuntungan semata2

    ReplyDelete
  13. mamaNoriz.
    bagus skali sbb filem sebegini tidak membina minda.

    ReplyDelete
  14. sobri yaacob.
    itulh masalahnya, samapaikan hari raya yg sepatutnya kita kembali kepada fitrah telah dihidangkan dgn criter2 hantu yg memandulkan akal.

    ReplyDelete
  15. kot yer pun nak buat filem, cuba pelbagai sikit iyer dak?....

    asyik2 hantu..asyik2 hantu... isk...

    tak marah kat shameel ni, marah kat orang tu.. hahaha

    ReplyDelete
  16. dah memang sejak dulu
    orang kita memang suka ikut2 je
    satu gerai jual cendol, gerai lain juga nak jual cendol

    nampak sangat tak ada idea

    ReplyDelete
  17. maaflah...tetapi kebanyakkannya jaga periuk nasik termasuk david teoh

    ReplyDelete