Saturday, 8 October 2011

SAFEE SALI DALAM OPERA VAN JAVA




Sesiapa yang sering menonton Astro Saluran Bintang, pasti sahaja pernah menonton Opera Van Java. Ia sebenarnya adalah rancangan komedi di stesyen television Indonesia, Trans 7. Antara artis yang terlibat dalam Opera Van Java ialah, Parto Patrio(sebagai dalang) dan lain-lain artis seperti Sule dan Andre Taulany.

Nampaknya Safee Sali yang pernah menyarung jersi Pelita Jaya turut diundang untuk memeriahkan rancangan ini. Baguslah, sekurang-kurangnya ia merapatkan ukhwah antara dua negara serumpun. Malaysia dan Indonesia adalah bersaudara. Kita berkongsi agama dan budaya yang sama.

Etnik Jawa di Pulau Jawa Indonesia, dan etnik jawa juga yang mendiami beberapa lokasi di Malaysia terutamanya di Johor, Selanggor dan Perak. Etnik Minangkabau di Sumatera Barat Indonesia, dan etnik Minangkabau juga turut mendiami Negeri Sembilan Malaysia. Etnik Bugis di Sulawesi Indonesia, dan etnik Bugis juga yang menghuni beberapa lokasi di Malaysia terutamanya di Sabah. Etnik Banjar di Banjarmasin Kalimantan Indonesia, dan etnik Banjar juga yang menghuni Parit Buntar dan Bagan Serai Perak Malaysia. Etnik Mandailing (juga Batak) di Sumatera Utara Indonesia, dan etnik Mandailing juga yang menghuni beberapa lokasi di Perak Malaysia.

Seringkali media membesar-besarkan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia, namun hakikatnya ia tidaklah sebegitu. Pengalaman peribadi saya sewaktu bersiar-siar ke Kalimantan, Sumatera, Jakarta dan Bandung menunjukkan warga Indonesia adalah peramah dan mesra.

10 comments:

  1. minat ngn safee sali dan opera van jaya...

    ReplyDelete
  2. itu segelintir je shameel...walhalnye..rakyat drg bknlah 100% setuju ngan ketegangan ant malaysia ngan indonesia..

    ReplyDelete
  3. Aku Budak Geografi.
    sama lah kita. saya pun minat safee & opera Van java. itulh sebabnya sy langgan saluran bintang. heheh

    ReplyDelete
  4. Zura.
    Betul tu zura. Indonesia mempunyai ramai penduduk. kat jakarta sahaja pun dah 20 juta penghuni. Jadi kalau setakat 2 ribu org warga jakarta yg buat demon anti negara kita. Itu hanyalah berapa berapa peratus drp 20 juta. Terlalu kecil.

    ReplyDelete
  5. rasanya konflik antara indonesia dan malaysia tercetus oleh segelintir puak pelampau je
    yg lain, ok

    cuma, website yg mengutuk malaysia memang banyak di alam siber
    itu antara salah satu pencetus kepada pertikaian

    ReplyDelete
  6. penaberkala.
    mmg hanya segelintir sahaja yg mencetuskan konflik ni. Dan skrg ni, perlu ada usaha utk merapatkan ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.

    ReplyDelete
  7. tak ada astro..tak pernah tengok saluran bintang.. tv pun tak tengok... tapi safee sali saya kenal.. he he. Wahh dah jadi pelawak la pulak. Lepas ni berlakon drama indon pula, insyaAllah kalau rezeki dia, mana tau kan..

    ReplyDelete
  8. malaysia dan indonesia cam adik beradik... selalu baik, selalu bertelagah.. adat resam keluarga :)

    ReplyDelete
  9. mcm nk beli jer pakej astro tuh..tp..hehe..berbaloi kah..^_^

    ReplyDelete
  10. semasa saya berada di Padang,Bukit Tinggi[seminggu selepas kejadian gempa bumi yg dahsyat dulu] saya banyak bertanya tentang sentimen anti malaysia di Indonesia.. semua yg saya tanya menyatakan kebencian mereka tentang gerakan anti-malaysia itu..dan mereka begitu yakin bahawa gerakan itu ditaja/diupah..[komen ini sbg menyokong kenyataan saudara pada perenggan yg akhir]

    ReplyDelete