Sunday 16 October 2011

Chris Walton Pemilik Kuku Terpanjang Di Dunia.

(Chris Walton pemilik kuku terpanjang di dunia.)





DENGAN kuku sepanjang 606 sentimeter(sm), Chris ‘The Dutchess’ Walton kini memegang rekod sebagai pemilik kuku terpanjang di dunia. Ia mengambil masa selama 18 tahun untuk tumbuh dan mungkin memerlukan rawatan manicure paling mahal di dunia.
Penyanyi dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) berusia 45 tahun itu mencatat nama dalam Guinness Book of Records dengan ukuran kuku tangan kiri sepanjang 309 sm dan 297 sm bagi tangan kanan.

“Ia sebahagian daripada tubuh kita,” kata Walton.

Sementara dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya tanpa kuku yang panjang, ramai yang tertanya-tanya apa yang boleh dilakukannya dengan kuku sepanjang itu?
Menurut Walton, dia boleh melakukan semua perkara termasuk memandu kereta, membeli-belah dan membuat kerja rumah. Ya, semua perkara kecuali menyeluk poket seluarnya.

“Perkara paling susah bagi saya ialah untuk menyeluk poket. Yang lain saya boleh buat sendiri - memandu, pergi ke pasar raya dan membersihkan rumah walaupun kadang-kadang wayar vakum akan berbelit pada kuku saya,” ujarnya.

Satu lagi aktiviti yang tidak dapat dilakukannya ialah berenang. “Saya tidak berenang bukan disebabkan kuku tetapi masalah rambut,” akui Walton.







(Juara yang tertewas,Lee Redmond. Kukunya patah kerana kemalangan)





Dalam satu interviu dengan akhbar Huffington Post di New York, Walton menunjukkan cara dia menggunakan telefon bimbit iaitu dengan menekan butangnya menggunakan buku jari bagi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walton memberitahu, dia sentiasa memikirkan mengenai kukunya sejak 18 tahun lalu. Dia juga terpaksa mengubahsuai pakaiannya khususnya membuang semua kelim tangan dan menggantikannya dengan zip. Jadi dia tidak perlu menyarungkan tangan pada lengan baju sebaliknya cukup dengan mengenakan baju ke badan dan tangannya sebelum mengemaskannya dengan zip.

Ibu kepada lima orang anak dan nenek kepada tiga cucu itu berkata, dia tidak membela kuku sebagai hobi sebaliknya ia hanya satu kebetulan.

“Saya tidak membiarkannya panjang semata-mata untuk memasuki rekod Guinness,” katanya.

“Satu hari saya berhenti memotong kuku kerana saya mahu lihat bagaimana rupanya jika panjang,” tambahnya.

Walton berkata, dia tidak mempunyai diet khusus untuk kuku atau mengambil vitamin dan suplemen tertentu. Dia cuma gemar mengunyah gula-gula. Dia bagaimanapun begitu menjaga kukunya dengan menjalani rawatan manicure sebulan sekali. Apabila ditanya berapa botol cecair pengilat kuku digunakan dalam setiap rawatannya, Walton memberitahu: “Ia bergantung pada jenama dan bagaimana ia berfungsi.”

Walton turut digelar ‘Edward Scissorhands’ sebenar iaitu lelaki bertangan gunting lakonan Johnny Depp dalam filem tahun 1990 dengan tajuk yang sama itu.

Pemegang rekod kuku terpanjang sebelum ini ialah seorang nenek dari Salt Lake City, Utah, AS, Lee Redmond. Redmond tidak pernah memotong kukunya selama 30 tahun iaitu sejak tahun 1979. Malangnya, semua kukunya patah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan pada tahun 2009.

Nama Redmond disenaraikan dalam Guinness Book of World Records pada tahun 2008 dengan panjang keseluruhan kukunya ialah 848 sm.

Sumber:
KOSMO




INFO TAMBAHAN:




"Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari
tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,
mencabut bulu ketiak dan menggunting misai"
(Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau
perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan
kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap
aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau
persekitaran. Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

24 comments:

  1. kuku Lee Redmond nmpk lagi kemas..

    ReplyDelete
  2. seriau pulak tengok panjang2 macam ni....

    ReplyDelete
  3. yg bawah tu kuku dia macam lawa sikit dari yg atas tu. hehe. tapi leceh la panjang2. susah hidup ja

    ReplyDelete
  4. LadyBird.
    kesian kt Lee Redmond sbb kuku dia patah sbb eksiden. jadilah dia juara yg tertewas.hahaha

    ReplyDelete
  5. liya alia.
    mmg susah nak urus kalu panjang mcm tu. nak mkn,mandi & apa sahaja urusan hidup amat susah. paling susah kalau nak korek hidung.

    ReplyDelete
  6. geli akak tengok..
    macammana dia nak basuh b***k agaknya ye...hihi
    banyak kuman tu

    ReplyDelete
  7. rase macam menyusahkan jer...banyak benda tak boleh buat kalau ade kuku mcm tu...

    ReplyDelete
  8. Salam cg.Shameel

    nasib baik dia bukan pelajar saya... :)

    sebab saya bawa pengetip kuku dalam kelas untuk potong kuku pelajar yang panjang... kotor

    ReplyDelete
  9. eeee...kite nie panjang sikit pun dh rimas inikan nk panjang cm tue..

    ReplyDelete
  10. ainnoraini.
    paling susah tyme nak korek hidung. hehehe

    ReplyDelete
  11. kasihredha.
    sgt susah kak nak basuk b...k kalu kuku panjang mcm ni. hahaha. kalu jumpa trus lari ni takut tgk.

    ReplyDelete
  12. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. NaeBlog.
    kuku panjang bukan setakat kotor tapi menyimpang dari sunnah. mesti pelajar2 takutkn sama ckgNae

    ReplyDelete
  14. xde keje betol la diorang nii. Islam is the best religion ever!

    ReplyDelete
  15. euwwwww seriyes mmg geli.
    bagila daku sejuta pun
    mmg x hadapnye nak simpan
    kuku pnjg cmtu =.='





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  16. anamizu.
    seksi kan kalu simpan kuku mcm ni.

    ReplyDelete
  17. AnisBasirah.
    Hahaha. diorg ni mana ada pegangan agama.

    ReplyDelete
  18. serba payah
    aku seminggu tak potong kuku pun dah rasa sangat tak selesa

    ReplyDelete
  19. kuku panjang sikit pun sy dah rimas, inikan pulak kuku spanjang tu..haduii, mcm2 la..

    ReplyDelete
  20. emieysandra.
    sgt mneyeksakan dan menyusahkan kalu simpan kuku panjang2.

    ReplyDelete
  21. tehr.
    selain tak selesa, ia juga menyalahi sunnah. tu yg bahaya tu.

    ReplyDelete
  22. mcm mana ekk dia makan dgn kuku panjang tu.. nak basuh be**k lagi lah nampak susah..

    ReplyDelete