Thursday, 29 September 2011

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim Bersetuju Agar Sejarah Ditafsir Semula.

(Jenazah Tok Janggut yang syahid menentang British)







Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu, Masih Relevenkah Sambutan Hari Kemerdekaan Apabila Tanah Melayu Senasib Dengan Thailand.



Sebenarnya, saya sudah tidak berminat untuk memperkatakan isu ini, memandangkan saya telah memperkatakannya sebelum ini. Apatah lagi isu ini sudah dianggap reda dan semakin dilupakan ekoran pelbagai isu baru yang dijelmakan. Nasi Lemak 2.0, Hantu Bonceng dan Hudud mula mengambil alih dan menjadi topik baru yang diperkatakan. Tapi, setelah membaca akhbar Sinar Harian hari ini yang memuatkan pandangan Prof Dr Khoo Kay Kim tentang tafsiran semula sejarah, maka saya jadi berminat untuk kembali berbicara perihal ini. Tentang kenyataan penuh beliau, bolehlah lihat
SINI









(jenazah Tok Janggut digantung songsang oleh British)







Dan ingin juga saya nyatakan, sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pernah menyarankan agar Sejarah Negeri Melaka DiTafsir Semula



Selain itu, saya juga tertarik untuk memperkatakan kembali isu ini, setelah membaca entry yang bernas dari blogger Jiwa Hamba yang bertajuk Mat Sabu Bapa Sejarah Malaysia. Maaf, saya tidak berminat untuk membicarakannya, tapi bagi saya entry itu adalah satu kesimpulan yang bernas.











Kembali kepada tajuk, hari ini Prof Khoo Kay Kim bersetuju dengan pentafsiran semula sejarah. Tidak mengapa andainya dengan itu kita dapat menyelongkar hakikat sejarah yang didustakan. Tapi saya risau sebab sebelum ini, atau lebih tepat lagi pada 13 Sept 2011 dalam akhbar berita harian pada muka surat 7, Khoo Kay Kim telah mengeluarkan satu ‘FATWA’ baru dalam ilmu sejarah. ‘Fatwa’ yang berbunyi “ mana-mana pihak yang menentang undang-undang negara dulu tidak boleh dianggap sebagai wira walaupun zaman sudah berubah.” Undang-undang yang beliau maksudkan ialah undang-undang yang diperkenalkan oleh British yang didakwa olehnya sebagai pelindung dan penaung.



Andainya ‘Fatwa’ Khoo Kay Kim itu digunapakai dalam pentafsiran semula sejarah, maka berlakulah rombakan besar dalam sejarah negara, iaitu pejuang yang selama ini dijulang setinggi langit akan menjadi petualang yang layak dipijak sampai ke kerak bumi.



Imbas kembali perjuangan Dato’ Maharaja Lela dan pejuang-pejuang Melayu Perak, termasuklah Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah. Bukankah mereka menentang undang-undang yang telah diperkenalkan oleh British termasuklah pengharaman terhadap amalan perhambaan dan pengenalan cukai-cukai baru. Jadi mereka ini tidak boleh dianggap wira berdasarkan ‘fatwa’ Khoo Kay Kim.



Lihat juga peristiwa kebangkitan Tok Janggut di Pasir Putih Kelantan. Antara faktor kebangkitan Tok Janggut ialah kerana tidak bersetuju dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British, antaranya ialah undang-undang mengenai peraturan tanah dan cukai. Jadi mereka ini tidak boleh dianggap wira berdasarkan ‘fatwa’ Khoo Kay Kim. Memadailah dua contoh yang mewakili kebangkitan orang Melayu menentang British. Tidak perlu rasanya untuk saya kemukakan tokoh-tokoh pejuang Melayu yang lain sebab itu akan menyebabkan entry ini akan berjela-jela.



Di samping itu, saya terpanggil untuk membetulkan ajaran sesat dari seorang pengomen dalam akhbar arus perdana. Komennya berbunyi begini, “ seseorang yang memerangi bangsa sendiri tidak layak dianggap sebagai wira tapi layak diistiharkan sebagai penderhaka.”



Sekali lagi, saya menjemput sahabat untuk mengimbas kembali sejarah kebangkitan Tok Janggut. Pada 28. April. 1915, En. Abdul Latif, selaku Pegawai Daerah Pasir Puteh telah mengarahkan Sarjan Che Wan, seorang polis yang berkhidmat dengan British agar menangkap Tok Janggut. Perkelahian berlaku dan Sarjan Che Wan telah terbunuh.



Harus diingat kesemua mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama islam. Baik Tok Janggut, mahupun En. Abdul Latif dan Sarjan Che Wan. Persoalannya, siapakah yang layak dinobatkan sebagai wira negara. Andainya memerangi dan membunuh bangsa sendiri tidak layak dilabel sebagai wira, maka apakah gelaran yang sepatutnya kepada Tok Janggut yang telah membunuh saudara sebangsa dan seagama. Tolong jawab!



Juga, tolong jangan lupa , tentang satu lagi peristiwa bersejarah dan berdarah pada tahun 1915. Peristiwa British mengarahkan tentera di negara jajahannya termasuk Tanah Melayu agar memerangi Turki Uthmaniyah. Perang ini bertujuan untuk merampas Palestin. Atas nasihat ulama tempatan yg terkenal(Ust Nurul Alam Syah), tentera beragama islam dlm kalangan tentera melayu dan india muslim di Singapura mengengkari arahan British. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Dahagi 1915.



Akibatnya British meminta bantuan tentera milik sultan negeri tertentu di Tanah Melayu untuk memerangi tentera islam yg enggan bekerjasama dengan British. Akibatnya , tentera islam ini mati dikenakan hukuman bunuh dan Ustaz Nurul Alam juga dikenakan hukum gantung. Persoalannya, adakah tentera yang beragama islam yang enggan bekerjasama dengan British untuk memerangi Turki ini layak dilabel sebagai penderhaka. Dan, adakah tentera melayu atau lebih tepat lagi tentera milik Sultan tertentu yang bekerjasama dengan British itu layak dianggap sebagai wira.



Tentang tentera milik Sultan Negeri Tertentu yang saya maksudkan tu, lihat sahaja klip kuliah dari Dr Asri Zainul Abidin ini sampai habis. Ia ada dinyatakan pada minit 7.53, sila klik
SINI. Maaf, saya tidak berani menyebut nama Sultan tersebut dan tidak berani menyentuh persoalan Raja-Raja Melayu sebab saya tidak ingin dianggap sebagai penderhaka

































15 comments:

  1. eh mayat digantung songsang?
    ya allah =.='
    banyak yg masih perlu dikorek..





    cik ana.

    ReplyDelete
  2. komklusinya???



    hmmm.....
    sape penderhaka dan sape yg pejuang ni?





    *pending..

    ReplyDelete
  3. agak-agak kalau dikaji semula dan semua fakta baru menyimpang dengan sejarah dalam buku sekolah, pakat ramai lah rakyat saman kerajaan kerana menipu... RM-RM

    ReplyDelete
  4. anamizu .
    kalau sejarah para sahabat pun ada yg tak betul, jadi apatah lagi sejarah negara

    ReplyDelete
  5. budak kampung online.
    bagus juga tu. kaya-kaya. hahaha

    ReplyDelete
  6. Titisan Hujan.
    secara peribadi lebih baik sejarah hanya sekadar cerita yg dibentangkan dan tak perlu jatuhkan hukuman moral. biar setiap individu bebas menilai siapa pejaung dan siapa petualang.

    ReplyDelete
  7. Kalau kata yang menentang british tu penderhaka.... tatau la nak kata apa. mcm tak betul je..

    ReplyDelete
  8. siapa2 yg berjuang demi kemerdekaan tanahair..dialah pejuang.
    siapa2 yg membantu British..dialah petualang.

    -sekadar pndgn peribadi-

    ReplyDelete
  9. Afida Anuar.
    Hanya balaci penjajah yg akan menobatkan penentang brtish sebagai penderhaka

    ReplyDelete
  10. menarik lah nak bc..suka psl2 sejarah nieh..

    ish2 tentera islam komplot ngan britih nak jatuhkan pejuang islam dan dianggap wira..apakahhhhhhh...

    harus dikorek secara dlm2 nieh..takut nti anak2 ms depan disalaherti

    ReplyDelete
  11. Ujie.
    saya bersetuju sekali dgn awk. sesiapa sahaja yg membantu penjajah adalah petualang.

    ReplyDelete
  12. el.
    Terima kasih atas kunjungan dan komen.kalaulah british dianggap sebagai penaung dan pembela dan kalau dianggap undang-undang perkenalkan sebagai wajib ditaati, maka itulah kesimpulannya.

    ReplyDelete
  13. menariknya...

    tapi tragis kan...
    semoga arwah Tok janggut tenang di sana - Alfatihah..

    sambunglah lagi cikgu yea..

    ReplyDelete
  14. Salam cg.Shameel,

    :-)
    Isu ini juga dikupas menarik oleh saudara Subky Latif "Men Sana In Corpore sano"
    Edisi 30 Sept-2 Oktober 2011)

    ReplyDelete
  15. setuju sangat sejarah ditafsir semula
    penjajah memang tak patut dihormati walau pun sedikit

    ReplyDelete