Kekadang saya merasakan mereka ini bukan lagi peminat tapi‘PENYEMBAH’ Zizan Raja Lawak. Itulah kesimpulan yang dapat saya buat setelah meneliti dan memerhatikan komen-komen yang dilontarkan oleh pihak tertentu apabila memberi respons terhadap isu Filem Hantu Bonceng yang didakwa Menghina Rasulullah
Saya juga turut menulis tentang Filem Hantu Bonceng . Dan syukur Alhamdulillah, sebab orang-orang yang melontarkan respons atau komen terhadap entry saya merupakan orang-orang yang matang dalam beragama.
Ingin saya tegaskan, entry ini bukanlah untuk memperkatakan perihal Zizan, Ahmad Idham mahupun filem Hantu Bonceng. Tapi entry ni adalah satu nasihat dan pesanan buat peminat Zizan Raja Lawak. Apabila saya terjah ke sesetengah blog, saya dapati terdapat individu tertentu yang berhujah persis orang mandul akal dan sifar pengetahuan agama, semata-mata untuk backup atau membela Zizan. Mereka tidak menulis entry tentang isu ini tapi menjadi peguam bela yang sasau dan nanar dengan melontarkan respons atau komen terhadap entry-entry yang memperkatakan isu Filem Hantu Bonceng. Antara hujah dangkalnya ialah:
“ xde ape2 mslh lh. Zizan wat lawak jer. Dia kn pelawak”
“Perkra kecil mcm ni pun nk kecoh ke”
“ X fhm ke makna lakonan. Zizan berlakon jer bknyer sunguh2. mcm Shah Rukh Khan jgk brlakon jdi wtk kristian & pakai salib. Tapi SRK still islam.”
Cukuplah sekadar memaparkan beberapa respons sebagai contoh betapa mereka ini adalah ‘Penyembah’ dan bukannya peminat Zizan.
Tentang Zizan, saya menghormati sikapnya yang telah memohon maaf terhadap kesilapannya itu. Saya difahamkan Zizan juga telah merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus tentang isu ini.
“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata ’Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” Inilah pertanyaan yang diajukan oleh Zizan ketika menghubungi Ustaz Azhar Idrus menerusi telefon. Lebih lanjut boleh rujuk SINI
Ingin saya tegaskan, rata-rata pihak yang membantah penghinaan terhadap kalimah syahadah dalam filem Hantu Bonceng bukanlah anti Zizan mahupun Ahmad Idham. Rata-ratanya tidak menyerang peribadi mereka berdua selaku pelakon dan pengarah. Yang dibantah dan diserang ialah filem tersebut kerana terdapat babak dan dialog yang mempermainkan agama. Saya secara peribadi, turut meminati Zizan dan mengikuti juga perkembangan Raja dan Maharaja Lawak. Tapi minat tersebut ada had dan batasnya. Ada sempadan dan kadarnya. Inilah beza antara peminat dengan penyembah. Malah minat kita terhadap junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W , seorang kekasih Allah yang maksum pun ada had dan kadarnya.
Ingin juga saya tegaskan, persoalan Ahmad Idham dan Zizan, sama ada mereka sengaja atau mereka tiada niat hendak mempersendakan kalimah syahadah. Itu adalah urusan mereka dengan Allah, sebab kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah.
Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi SAW, adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mengetahui dia ikhlas atau tidak?
Jadi dalam persoalan ini, kita tidak perlu perkatakan tentang apa yang tersemat di dalam hati Ahmad Idham dan Zizan. Sebab itu urusan hati, dan yang kita perlu lihat ialah perkara zahir atau yang tersurat sahaja. Yang tersurat atau yang dizahirkan ialah seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Cuma isunya, adakah ketika proses pembikinan filem ini, Ahmad Idham selaku pengarah sedar filemnya itu mempersenda agama atau ia berlaku semata-mata kerana kejahilan dan keghairahannya untuk meraih keuntungan semata-mata.
Ingin saya memetik tulisan Dr Asri Zainul Abdin, tentang hukum menghina agama secara sedar, iaitu tentang penghinaan terhadap hukum hudud. Menurut Dr Asri, sesiapa yang melafazkan secara sedar perkataan ‘Sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ maka ia telah bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, dan dia( orang yang melafazkan perkataan itu) terkeluar dari Islam. Sila rujuk DR MAZA. Walaupun rencana dari Dr Asri itu berkaitan soal hudud dan bukannya Hantu Bonceng, namun ia membawa mesej yang sama,iaitu, andainya penghinaan terhadap agama dilakukan secara sedar, maka hukumnya kafir.
Kembali kepada tajuk. Andainya Ahmad Idham selaku pengarah dan Zizan selaku pelakon utama dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam filem Hantu Bonceng memang tiada niat langsung untuk mempersenda agama, namun filem Hantu Bonceng tetap membahaya, terutamnya terhadap akidah. Semua tahu, setiap artis yang terkenal mempunyai peminatnya yang tersendiri. Malah ada juga yang berstatus peminat fanatik. Paling bahaya apabila peminat fanatik itu gagal membezakan hakikat peminat dan ‘penyembah’.
Lihat sahaja dialog atau perkataan Zam Zam Alakazam yang digunapakai oleh Allahyarham P. Ramlee. Perkataan yang dipopularkan menerusi filem Laksamana Do Re Mi, begitu akrab dengan peminat Allahyarham P. Ramlee sejak dahulu hingga sekarang. Walaupun filem itu diterbitkan pada tahun 1972, namun perkataan Zam-zam Alakazam masih segar dan bugar dalam hati dan jiwa setiap peminat Allahyarham P.Ramlee. Namun, ia tidak memberi apa-apa masalah, ini memandangkan perkataan tersebut tidak menghina atau mempersenda agama. Begitu juga apabila filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan, perkataan kite bako je, cer citer..ce citer dan pelawok-pelawok telah menjadi popular secara tiba-tiba. Perkataan- perkataan yang terhasil dari dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mula menjadi ikutan dan bahan ucapan orang-orang yang menonton filem tersebut. Tidak mengapa sebab perkataan tersebut tidak menghina agama. Begitu juga dengan Amy Search yang terkenal dengan Tagline phewit, dan Tagline itu turut mesra dalam kalangan peminat Amy. Itu pun tidak menjadi masalah sebab ia tidak termasuk dalam kategori menghina atau mempersenda agama.
Tapi macam mana pula dengan perkataan yang diucapkan oleh Zizan dalam Filem Hantu Bonceng ini. Walaupun, Zizan kata dia bukan bermaksud untuk menghina kalimah syahadah, tapi ia tetap tidak wajar sebab ia boleh menimbulkan fitnah. Adalah tidak mustahil, jika perkataan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ akan digunapakai dan akan tersebar luas pengunaannya oleh peminat Zizan, terutamnya remaja-remaja perempuan di alam persekolahan. Dan perkataan ini tidak boleh disamakan dengan dialog atau perkataan Zam-zam Alakazam mahupun Cer Citer sebab perkataan atau dialog Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan merupakan satu perbuatan yang mempersenda agama atau sekurang-kurangnya memberi fitnah terhadap agama.
Samada mempersenda agama atau sekadar memberi fitnah terhadap agama ia tetap akan memberikan dosa kepada orang yang terlibat(terutamanya pelakon ) walaupun sesudah kematian pelakon tersebut. Dalam hal ini saya amat tertarik dengan sebuah rencana dari Dr Asri Zainul Abidin tentang hukum memasangkan lagu dan menyiarkan filem orang yang telah meninggal dunia. Saya ingin berkongsi pandangan beliau dengan sahabat semua.
Pada waktu itu Dr Asri memperkatakan tentang lagu Aku Penganggur yang dipopularkan oleh Allayarham Sudriman Haji Arshad. Lirik lagu tersebut seolah-olah menggalakkan orang agar menganggur. Saya paparkan sahaja kata-kata Dr Asri itu "sekiranya kandungan lagu(termasuk filem- tambahan oleh saya) tersebut ada niat yang tidak betul dan meninggalkan kesan negatif pada orang ramai, setelah penyanyi atau pelakon itu meninggal dunia, maka dia(pelakon atau penyanyi tersebut) akan mendapat dosa” Untuk penjelasan lanjut sila baca ulasan Dr MAZA Terhadap Lagu Aku Menganggur atau boleh juga lihat klip kuliah DR Asri tentang isu ini(tapi bukan lagi difokuskan kepada isu lagu Aku Penganggur kat SINI
Kepada peminat fanatik Zizan Raja Lawak,jika lagu yang sekadar ingin mengalakkan orang menganggur pun sudah layak untuk penyanyi itu menerima dosa hingga ke mati, maka apakah lagi apabila mempersenda agama(jika dengan niat) atau menimbulkan fitnah(jika tanpa niat atau kerana kejahilan). Pesan saya kepada mereka, cukuplah sekadar menjadi peminat dan jangan sesekali menjadi penyembah. Minat dan meminati ada had dan kadarnya, penyembah pula akan kekal setia dan menyokong selamanya meskipun ternyata ia tersasar dan terbabas dari paksi agama.
a very good entry :) garapan yg sangat menarik! keep it up!
ReplyDeletetak minat sangat zizan =.="
_gulagulapelangi_.
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan dan komen. sy sekdara tgk raja lawak dan mahraja lawak dan bknlh minat sgt dgn zizan.
Senang bila membaca entri ini, banyak info2 lain yg diselitkan.
ReplyDeleteAstaghfirullah..
memang betul..ayat2 tu akan jadi bahan gurauan terutama kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa,atau pun remaja yang tidak cukup pendidikan agama...perlu berhati-hati ni...takut akan terpesong akidah mereka jika tidak memahami apa yang diucapkan...walaupun sekadar gurauan...
ReplyDeleteKupasan yang mantap shameel, saya pun setuju. Janganlah sebab kita terlalu mengagungkan pelakon, kita ambil mudah dengan apa yang berlaku. Sudah lah zaman sekarang zaman akhlak remaja yang tenat, tambah dengan bidang hiburan yang dahsyat.. Allah.. tatau la besok2 lusa negara kita ni nak lahirkan generasi yang lagu mana..
ReplyDeletePS: tak suka zizan pakai rantai..
apabila fikiran umat terlalu disogokan dengan hiburan, beginilah jadinya. tidak mampu mengimbangi antara realiti dan fantasi~~~
ReplyDeletesangat kasihan...
harap kes ni menjadi teladan buat semua pelakon, pengarah & penerbit...lepas ni jangan ambil mudah dgn hal berkaitan agama Islam.
ReplyDeleteshahadah tidak boleh dipermainkan
ReplyDeletePertamanya..SYABAS buat kamu yg telah menulis sebuah artikel yg cukup menarik dan mudah difahami..akk berharap sgt kalau ada peminak extreme ZIzan boleh membaca apa yg kamu tulis....kita sering sgt mengambil pendekatan Paling Mudah..OH DIA PELAWAK...OH INI SEMUA TIDAK DI SENGAJAKAN...mengapa kita tidak mahu memikirkan DAHULU impak keatas sesautu kejadian SEBELUM ia dilakukan dan dgn mudah memberikan ALASAN selepas kejadian itu disedari KEMUDIAN....Bukan semua perkara boleh kita terima ALASAN..apatah lagi jika ianya membabitkan perihal UGAMA....
ReplyDeleteBit Zamri.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat sbb sudi bertandang dan meninggalkan komen kt blog saya
ummiarissa.
ReplyDeleteinilah yg paling dibimbangi, ayat ‘Asyhaduanna Muhamadarr Syaitan’ tu akn menjadi bhn gurauan dan dilafazkan tanpa rasa bersalah.
Afida Anuar.salah satu nasib baik malang negara kita, ialah para ulama dan pemikir tersisih tapi para artis diagungkan. Lagi bahaya apabila terdapat peminat fanatiknya yg sanggup bermati-matian mempertahankannya.
ReplyDeleteLatifah.
ReplyDeletesaya bersetuju dgn Latifah. Kita terllau disogokkan dgn hiburan yg adakalanya terlalu melampaui batas.
Ujie.
ReplyDeleteitulah yg kita harapkan. harap2 ini adalah kes terakhir berakunya isu penghinaan terhadap agama dlm filem dan lagu serta apa sahaja trmasuk penulisan.
kasihredha.
ReplyDeleteBenar sekali kak. syahadah dan ayat suci al-quran tidak boleh sesekali dipermainkan dan dipersendakan dlm apa juga bentuk.
Eye_nee.
ReplyDeletesetuju sekali Eye_nee. sepatutnya mereka yg terlibat kenalah beringat sebelum terkena.
Sepatutnya fikirkan dahulu kesan baik dan buruk sebelum memulakan langkah pertama mengarah dan menerbiatkn filem ni.Lagi2 ia melibatkan penghinaan terhadap agama. kalau kat Pakistan, rasanya dah kena tembak dah diorg ni.
saya dah berkesempatan menonton klip tersebut
ReplyDeletememang dialognya ada berhenti sekejap
tapi masih sangat tak sesuai
betol tu shameel..
ReplyDeletecik ana pon x bekenan..
dan jenis manusia yg camtu,mcm tak ckup sensitif pulak,,ini bab AGAMA..bukan bab makan ke jalan2 ke..bab AGAMA kalo silap,bleh tergelincir akidah.. sepatutnye alert la sikit kan..
cik anamizu :)
Bahaya sbb budak2 suka meniru dialog dr filem...Zizan nmpk ok sbb minta maaf tp tgk la jwpn angkuh Ahmad Idham tu...Siap mempersoalkan lg ilmu agama si pengomen..Padahal si pengomen menegur dgn penuh berhemah..
ReplyDeleteterima sajalah komen yg membina, takkan semua bab kita excelent...bab2 agama jgn dibuat main... bagus zizan boleh mintak maaf
ReplyDeleteulasan yg sgt menarik
ReplyDeleteambil iktibar. soal agama bukan 1 perkara yg boleh dipandang remeh.
tehr.
ReplyDeleteapa pun ia tetap meninggalkan kesan negatif dan tidak wajar digunakan.
anamizu.
ReplyDeleteTahniah Ana sebab sensitif dlm isu2 agama. mmg ia boleh membatalkan syahadah yg dipersendakan meskipun dg niat utk berlawak
Cik SHiNJU.
ReplyDeletesaya pun berpandangan sama dgn cik shinju. Zizan menunjukkan sikap rendah dirinya dgn memohon maaf. itu amat mulia. Tapi Ahmad Idham pula berlagak sombong dan menyerang balik Ustz Nasharudin Hassan. Padahal Ustaz Nasharudin menegurnya dgn baik.
S..U..D..@..I..S.
ReplyDeleteItulah yg sepatutnya berlaku, iaitu trima pandangan yg membina utk kebaikan dia(ahamd Idham) dan org ramai juga
Titisan Hujan.
ReplyDeleteBenar skali, soal agama tidak boleh sesekali dipersenda dan dibuat mudah.
oo..ini ke kesnya.
ReplyDeletepada akak nora, memang tak patut la..
tapi, kalau dia sedar dan menyesal akan kesilapan mereka..moga mereka lebih senditif la gi di masa hadapan..agama terumbang ambing-ambing bermula dari masalah-masalah kecik macam ni la..
salam..
ReplyDeletebelum berkesempatan menonton..dan mungkin saya tak tonton kut..?saya kurang suka lawak orang muda sekarang..agak hambar..apa nak buat masing2 punya peminat..bab mengucap yang tak kena tu khabarnya dah selesai apabila majlis fatwa mengatakan okey..tapi saya tetap anggap ianya mempengaruhi kanak-kanak yang menonton wayang ini bercakap ucapan yang sama satu hari nanti..artis kan idola mereka!
Nora Shahaira. yang dibimbangi ialah lafaz syahadah yg dilafazkan oleh zizan akn menajdi ikut2an dan bual2an peminatnya, terutamnya peminat yg buta agama.
ReplyDeletezulkbo.
ReplyDeleteitulh yg kita bimbangi. bukan kanak2 jer malah peminat fanatik zizan akan terikut2 dgn cara zizan melafazkan syahadah tersebut.