Sunday 25 September 2011

Ahmad Jais dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi



Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Separa Rapi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Shah Alam semalam, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sukar bernafas awal pagi ini.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil. Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil.
Ayah sekarang bernafas melalui mesin bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk terus ke paru-parunya, dan doktor sedang melihat progress ayah.

"Ayah memang ada asma dan bila beliau diserang batuk, itu menyukarkan pernafasannya. Doktor beritahu masih terlalu awal untuk tentukan sampai bila ayah akan berada dalam keadaan ini," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Maimun turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya.

Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu semalam selepas mengalami masalah sesak nafas.

Menurut anaknya, beliau mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Sumber:
SINI

7 comments:

  1. semoga dia beroleh kesejahteraan

    ReplyDelete
  2. Cikli.
    itu yg kita harapkan dan doakan.

    ReplyDelete
  3. Semoga Ahmad Jais sembuh dari penyakitnya.. suka dengar lagu raya pakcik Ahmad Jais..

    ReplyDelete
  4. tak sangka pulak beliau mengidap asma
    dengar nyanyiannya panjang je nafas

    moga2 beliau segera sembuh

    ReplyDelete