Saturday 17 September 2011

Nasi Lemak 2.0 : Filem sulung Namewee




Filem ini menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan dialek Cina di Malaysia, dibintangi Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia dan vokalis Alleycats. Dan ia merupakan filem pertama arahan Namewee, individu yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi video klip `Negarakuku'

Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak nampaknya menentang dan membantah penayangan filem ini, Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menegaskan mana-mana pihak yang tidak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber:
Malaysia Kini

Info Tambahan:


Jangan jadikan kontroversi ‘Negarakuku’ sebagai alasan untuk memadam dan memendam bakat Namewee. Lagipun ramai juga artis Melayu yang mencipta kontroversi yang lebih hebat. Paling hebat ialah Rosnah Mat Aris yang pernah menghina Siti khadijah. Isteri junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga artis Melayu yang mencipta kontroversi dengan terlibat sebagai pelakon video lucah. Tapi kesemua mereka telah dibenarkan untuk melanjutkan hayat lakonan masing-masing. Drama yang dilakonkan oleh mereka mula disiarkan kembali di dalam TV.

33 comments:

  1. dah tengok filem ni
    banyak adegan melucah,haha
    tapi, lawak tu memang lawak
    ada la jugak mesej yg cuba disampaikan walaupun sedikit

    ReplyDelete
  2. penaberkala.
    sy belum tgk lagi.tiba2 terasa nak tgk juga.

    ReplyDelete
  3. wahh penaberkala dah tengok? sgt pantas anda! ;)

    shameel,cik ana nk tgk jugak la :)

    ReplyDelete
  4. anamizu.
    Hahahah. mmg pantas penaberkala ni. sy pun nak tgk jugak pas2 nak tahu apa yg mybabkan sesetngh pihak membantah filem ni. kalau disebabkan kontroversi lepas. sgtlh tak wajar.

    ReplyDelete
  5. salam sahabat..
    bantah sebab angka 2.0 tu kot hahaha.. angka tu ada yg pandang mcm ternampak setan ! artis telanjang takpe bagi dorang.. seni tu yob hahaha..

    ReplyDelete
  6. setuju sekali dgn pandnagan a. samad jaafar. angka 2.0 tu yg sgt digeruni, kalau telanjang tu ramai yg menyukai

    ReplyDelete
  7. malas la nak layan cte melayu


    last2 t mesti menyesal tgk.huhuu

    ReplyDelete
  8. Ada ramai yang nak boikot sbb dia pernah hina bangsa Melayu & Islam tapi rasanya dia dah minta maaf. Kita maafkan lah jangan dia buat perangai lama sudah.

    ReplyDelete
  9. belum tengok filem ni
    tak tahu nak bantah apa yang tak kena dengan filem ni

    ReplyDelete
  10. Jiwa Hamba .
    mungkin ada benarnya. hahaha

    ReplyDelete
  11. a.samad jaafar.
    mungkin juga sahabat sebab angka 2.0 tu amat digeruni sejak akhir-akhir ini. hahaha

    ReplyDelete
  12. Titisan Hujan.
    saya pun jrg sebenarnya layan filem melayu. saya lagi suka layan filem tamil sebenarnya dri filem melayu ni. filem tamil byk pengajaran.

    ReplyDelete
  13. ozzy.
    melayu mudah lupa sbb mungkin byk mkn semut kot. kena amalkan mkn kismis selalu utk kuatkn ingatan .

    ReplyDelete
  14. Na'im Nikmat.
    terima kasih sahabat ats kunjungan dan komen. mmg itu kesilapan dan kesalahan lampau Namewee. Cuma kita berharap agar dia tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

    ReplyDelete
  15. tehr .
    sy pun belum tgk filem ni jadi tak boleh menilai apatah lagi menghukum lagi. cuma kalau criter yg baik mesti kita sokong walaupun dari pengarah dan pelakon bukan islam mcm filem Malcolm X

    ReplyDelete
  16. mcm menarik jekan cerita ni..
    nak tgok... hehe :)

    ReplyDelete
  17. ::ini belog saya . cinta hati saya:: .
    kalau filem ni berjaya, Namewee akn jadi terkenal mengalahkan pengarah2 lain.

    ReplyDelete
  18. kjaharun.
    kalau tgk kpd pelakonnya mcm menarik tp syg publisitinya kurang.

    ReplyDelete
  19. mls nk komen ape2..& Malas nk tengok..

    ReplyDelete
  20. ooo...mamat yg dok rasa dialah yg bagus sgt ni...herrmm...tak taulah nak kata. atau tunggu tv tayang je..free!

    ReplyDelete
  21. nurr.
    adakalan kontroversi yg dicipta mybbkan dia popular.

    ReplyDelete
  22. nahmy .
    samalah kita, tunggu tv tayang baru tgk or download dri internet kalau ada.

    ReplyDelete
  23. Afida Anuar.
    inilha filem dri pengarah yg pernah mencipta kontroversi. setakat mana kejayaannya sama2 kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  24. kalau yg hina Islam rasanya lebih berat dr hina lagu negaraku kan...

    ReplyDelete
  25. nyanyisunyi.
    Benar sekali kak. Hina islam termasuklah hina Allah dan Nabi adalah satu kesalahan yg amat besar. Sedangkan menghina negaraku, walaupun satu kesalahan tapi taklah serius menghina islam.

    ReplyDelete
  26. orang hina lagu negaraku tak boleh.. hina agama tak pe pulak.. hina ulama'..

    ReplyDelete
  27. rasa rasa nak tengok jgk cerita ni.. nampak mcam best je...

    ReplyDelete
  28. Cik Jannah .
    Kalau tgk kpd pelakonnya, rasa2nya best filem ni tapi sy tunggu DVD or layan kt TV jer nnt.

    ReplyDelete
  29. si para para .
    kadang2 org kita ni lebih cintakan bangsa dari agama

    ReplyDelete