Ketika menandatangani perjanjian Pangkor,Sir Andrew Clarke
telah melafazkan niat
"sahaja aku menaungi dan melindungi Tanah Melayu”.
Oleh sebab itulah British dikehendaki melindungi dan menaungi Tanah Melayu.
Tapi orang-orang yang buta sejarah
telah menuduh British datang
untuk menjajah dan menguasai
ekonomi Tanah Melayu.
Lalu, di sini saya(lepas ini akan digantikan dengan perkataan aku),mewakili rakyat Malaysia ingin memohon maaf kepada pihak British kerana telah menuduh British sebagai penjajah yang datang untuk mengaut kekayaan Tanah Melayu, terutamanya getah dan bijih timah.
Aku juga menyeru kepada semua warga Malaysia agar bertaubat dan bertaqwa di atas dosa-dosa silam kerana menuduh British.
Warga Malaysia kena faham, sesungguhnya kedatangan British telah membawa rahmat ke atas segenap penghuni Tanah Melayu. Segenap ruang dan ceruk di Tanah Melayu telah mendapat berkat akibat kedatangan British. Bukan hanya manusia, malah monyet, musang,kera dan babi hutan, turut mendapat rahmat daripada kedatangan British.
Kepada pihak British, maafkan aku kerana terlupa isi-isi penting Perjanjian Pangkor yang telah engkau tandatangani pada tahun 1874. Mujurlah Profesor Datuk Dr Zainal Kling memberitahuku dan seluruh warga Malaysia, sesungguhnya tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa Tanah Melayu akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Aku yakin dengan kata-kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling itu, sebab sepanjang aku mempelajari sejarah, tidak pernah aku mendengar Sir Andrew Clarke yang menandatangani Perjanjian itu melafazkan niat “ Sahaja Aku Menjajah Tanah Melayu.” Dikatakan Sir Andrew Clarke ingin menjajah Tanah Melayu tapi beliau terlupa untuk berniat, jadi penjajahan dianggap tidak sah lalu bertukar menjadi naungan dan perlindungan.
Kepada pihak British,dengan ini aku menyeru diriku sendiri dan seluruh warga Malaysia agar tidak lagi menggelar BAPA KEMERDEKAAN kepada Tengku Abdul Rahman, tapi aku ingin memanggilnya sebagai BAPA NAUNGAN. Beliau tidak layak digelar Bapa Kemerdekaan sebab Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah, tapi beliau sangat layak dilabelkan diistiharkan sebagai Bapa Naungan sebab Tanah Melayu hanya dinaungi dan dilindungi.
Selepas ini Tengku Abdul Rahman
tidak layak lagi digelar Bapa Kemerdekaan,
tapi layak digelar sebagai Bapa Naungan.
Kepada Pihak British, aku juga ingin memohon maaf di atas segala peristiwa berdarah yang dicetuskan oleh para ‘penderhaka dan pemberontak’ seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong dan ‘penderhaka-penderhaka’ yang lain. Mungkin mereka tidak tahu niat sucimu yang ingin melindungi Tanah Melayu.
Jika mereka tahu niat kedatanganmu ke Tanah Melayu hanyalah untuk melindungi dan menaungi Tanah Melayu tentu sahaja mereka tidak ‘menderhaka’. Mungkin ‘penderhaka-penderhaka’ itu terlupa tentang satu kenyataan. Iaitu, jika pihak British bukan penjajah, maka pemerintah dan penguasa Tanah Melayu secara total adalah Raja-Raja Melayu.
Wahai Tok Janggut, wahai Dato Bahaman, wahai Haji Abdul Rahman Limbong. Kamu semua telah tersalah menghala senjata. British datang untuk melindungi dan menaungi kita dan bukannya menjajah serta merampas hasil bumi kita. Negari-negeri kalian ditadbir oleh Sultan kalian masing-masing. British tidak kacau dan British juga tidak ganggu urusan pentadbiran negeri kalian. British cuma melindungi dengan penuh kasih sayang.
Jadi kalian telah menderhaka kepada Raja-Raja. Pantang anak Melayu derhaka kepada Raja. Jangan jadi Hang Jebat wahai Tok Janggut. Jebat itu penderhaka. Jangan jadi macam Nizar wahai Dato Bahaman. Nizar itu penderhaka. Lupakah kamu, betapa Tun Perak sanggup kematian anak secara percuma kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan Melaka. Lupakah kamu, betapa Hang Tuah sanggup mengadaikan cintanya terhadap Tun Teja kerana Sultan Melaka.
Sesungguhnya Kamu telah menentang Raja-Raja Melayu, sebab Raja-Raja Melayu adalah pemerintah kamu ketika itu. British bukanlah penjajah dan bukan juga penguasamu ketika itu. Brtish datang dengan niat yang suci murni untuk melindungimu dan negerimu. Jika sekiranya kalian tidak menentang British, tentu sahaja Tanah Melayu akan aman dan tenteram dari sebarang ancaman. Tapi kalian tersilap langkah, kalian telah mengancam keselamatan dalam negeri dengan memerangi manusia berhati mulia,iaitu pihak British.
Sekali lagi, aku mewakili seluruh rakyat Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak, ingin memohon jutaan maaf kepada pihak British. Dan dengan ini, aku berjanji untuk tidak menyambut hari kemerdekaan pada tahun-tahun akan datang. Cuma, aku ingin menyambut Hari Naungan.
Dan, mulai detik ini aku sudah lupa apakah persitwa yang berlaku pada 31.ogos 1957. Aku juga berharap agar dapat melupakan tarikh tersebut secepat mungkin, kerana ia amat tidak penting untuk dikenang. Kerana ia satu tarikh yang penuh dengan pembohongan. Macam mana Tanah Melayu boleh merdeka jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Sahabatku,pernahkah terdengar... ...aku tak membacanya tapi diceritakan oleh seorang lama..!(hanya satu perbincangan).Kemana hilangnya pemegang mohor besar raja2 selepas pengistiharan...tak tahulah kebenarannya!
ReplyDeletekalau tak terasa lagi tatau la...banyak dah depa wak pelawok kat kita ni..banyak dah....jangan sebab nak jaga periuk nasi, pangkat...sanggup perbodohkan rakyat yang dah makin celik skrg...
ReplyDeletebapa naungan negara.
hari naungan malaysia?hehehe
sudah broo..sudaahh! tak sanggup lagi aku membaca artikel ni. aku sedih sangat yg kita selama ni menuduh yg bukan-bukan psl British tu. rupanya British ni adalah 'penyelamat' ummah selaku penaung rakyat M'sia. tak sangka betul bangsa 'laknatullah' ni adalah 'bapa' kita rupanya...aderkk!. dan aku akan kerat, simpan & fremkan elok-elok gambar prof Zainal tu utk aku tatapi semasa aku meneran sembelit dalam jamban...boleh buat ubat pelawas berak tu.
ReplyDeletetiap kebenaran itu tidak selamanya akan tersembunyi
ReplyDeletepatut la markah sejarah aku dulu tak tinggi mana
ReplyDeleteaku selalu tulis british tu penjajah
rupanya bukan penjajah!
tapi aku baca dalam buku memang tulis penjajah
cikgu aku pun cakap penjajah, bro
Saya pernah cakap dengan kawan saya kalau nak tahu pasal sejarah, tanyalah ahli sejarah jangan tanya ahli politik.
ReplyDeletetapi ternyata saya salah. tanya ahli sejarah pun jawapannya celaka juga.
Salam cg.Shameel...
ReplyDeleteNampaknya, saya perlu perbetulkan semula penerangan kepada pelajar. Oh! saya silap British bukan menjajah...
Profesor Datuk Dr Zainal Kling... bantulah saya menerangkan kepada pelajar...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteWei banyak kena perbetul fakta sejarah dan buku sejarah kat Msia ni bila PR memerintah...phew!
jadi apa kata batalkan sahaja sambutan 'kemerdekaan' pada 16 September ni, kerana Malaysia tidak pernah dijajah, hanya dinaung~~~
ReplyDeleteKalau boleh, jangan siarkan lagi iklan-iklan 'Merdeka' di tv, menyakitkan hati~~~ hohohoh...
Patutlah saya tak suka subjek Sejarah masa zaman sekolah dulu, banyak 'pembohongan' rupanya...
gagagaaaaaa~~
salam saudara..
ReplyDeletesaya nangis woo baca n3 ni.. sedih sangat79x.. berdosa kita selama ni.. err.. anak tunjuk buku sejarah tingkatan 3.. banyak yg kena padam nanti tu..
ngape mereka gila sampai tahap ini hah ??? memperbodohkan rakyat semahunya..siapa rakyat di mata mereka..?? patutkah aku sebut.. mereka adalah golongan yg celaka !!
ASSOYFINGER67 .
ReplyDeleteTerima kasih sahabat ats info. saya juga tak pernah tahu ttg pemegang mohor besar raja2 ketika pengistiharan tu.
cuma, harapan saya. harap2 kekalutan dan kecelaruan ini dapat diperbetulkan kembali. Kalau tidak subje ksejarah akn dihina dan ijazah mahupun PhD dlm bidang sejarah dianggap tidak bermakna dan hanya setaraf dgn kertas tandas yg tiada nilai apa2.
Afida Anuar.
ReplyDeleteAfida,pelawok tahap dewa -dewi dah ni puak2 tu. hahaha.
Mmg sudah tak layak Tengku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan tapi hanya layak di Gelar Bapa Naungan. huhuhu. Sedihnya.
nahmy.
ReplyDeleteMarilah kita berterima kasih kpd British. hahaha.
Lagi elok kalau gambar zainal kling tu kita letakkan kt dlm tandas awam di seluruh negara, gerenti xde lagi masalah sembelit.
tehr.
ReplyDeletebuku teks sejarah tu salah. guru2 sejarah pun salah.
guru2 sejarah sgt jahat sbb ajar ajaran sesat kpd pelajar. British yg baik hati dan sopan santun dianggap penjajah. ada ke patut.
isu sejarah menjadi femes skank..
ReplyDeletesejarah.. sejarah.. dari dulu sampai skank tak pernah minat subjek sejarah.. tapi dengan isu terbaru ni, rasa tertarik lak nk tahu lbh mendalam pasal sejarah..
PENCONTENG.
ReplyDeleteseeloknya kalau nak faham sejarah kena tanya pokok dan binatang. kalau tanya ahli sejarah, lebih besar celakanya sbb mereka perlu jadi celaka demi pangkat.
NaeBlog .
ReplyDeletesama2lh kita perbetulkan fakta sejarah kpd pelajar2 kita.
paling ptg bagitau merreka, Tengku Abdul Rahman bukanlah bapa kemerdekaan tapi hanyalah bapa Naungan.
MOH KEMBARA.
ReplyDeleteBetul tu sahabat. Sejarah dah jadi kucar kacir dan kena perbetulkan. dulu KM Melaka nak betulkan sejarah Melaka, skrg sejarah seluruh Tanah Melayu perlu diperbetulkan.
Latifah.
ReplyDeleteSy setuju benar dgn Latifah. jgn lagi kita sambut hari kemerdekaan sbb kita tak pernah merdeka.
paling ptg, jgn lagi panggil bapa kemerdekaan kpd Tengku Abdul Rahman, tapi panggilah bapa Naungan.
a.samad jaafar.
ReplyDeleteSahabat, sesungguhnya istilah yg paling layak utk mereka ini melainkan istilah celaka dan gila.
Sejarah yg generasi muda belajar skrg ni semuanya palsu ! tak heran kalau ramai yg buta sejarah...merdeka tapi sorang dua je kibar bendera...
ReplyDeleteHaiDa HiDa.
ReplyDeletesaya syorkan kekalkan dgn pendekatan lama. jgnlh sesekali meminati sejarah sbb ia karut dan penuh kecelaruan.
Elih Japahar.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen. sejarah palsu dan kemerdekaan juga palsu. kita tak pernah dijajah, jadi mana mungkin kita merdeka. kena jajah dulu barulah medeka, kalau tak nak merdeka macam mana dan merdeka dari siapa. mcm istilah dibebaskan dari penjara. mcm mn nak guna istilah tu kalau tak pernah dipenjarakan.
This post has been removed by the author.
ReplyDeletecg. tuan.. betul2 ka ne?? jd yg slama ne british hukum org2 melayu mcm tok janggut dan yg lain2 tu mcm mn pula?? sya tak fham sudah.. huuu.. apa sbnr2nya fungsi british dtg ke tanah melayu?? jd.. buku teks sejrah yg kita sama2 belajar kat smsld tu btul ka pengisiannya? aiya cg..kliru dah sya ne.. huuuuu...
ReplyDelete~nazatul akma: Batch SMSLD 2002-2006 =P~
N.A.M.N.
ReplyDeleteKalau kita membenarkan pandangan zainal keling maknanya kita menghukum para pejaung spt tok janggut, mat kilau dll sebagai penderhaka.
Jadi pandangan zainal ni perlu dicampak ke dlm longkang. jgn pelik sbb sebelum ni pun ada ustazah lulusan al-azhar yg turut menyokong agenda murtad ayah pin.
jadi tiada yg perl diherankan jika pakar sejarah berkibkatkan penjajah.
tuan shameel,
ReplyDeleteingatlah....
satu-satunya perkara yang paling penting dalam sejarah tanahair yang pernah jatuh pada 31 ogos adalah hari raya aidilfitri 1432 H.
hmm.. kalo bgitu.. sbnrnya.. British hanya sekadar dtg ke tanah melayu lah? Statement Professor Zainal tu btul ka cg.. sya cuba memahami dan cari sumber yg berkaitan.. tp.. sya tak fham pula.. huuuu...
ReplyDeletelawak apakah yng dilakukan seorg Prof ini sahabat?
ReplyDeletemcm2 kan sekarang. tapi tkejut lah dgn statement tu sebenarnya. haih
ReplyDeletecerita sebenar pasal tanah melayu ni ada pada simpanan atok aku..tapi syg atok aku dah meninggal sebelum sempat wasiat rahsia tu...
ReplyDeletesalam kenal bro..thanks bro ziarah blog gua yg baru nk sambut merdeka
patutlaa nota sejarah sy x pnah abis tulis wktu zaman skolah dulu...
ReplyDeletekebenaran makin terserlah....
ReplyDeleteCikli .
ReplyDeleteItupun hanya hari raya ke-2. Selayaknya selepas ni, setiap kali 31 ogos kita gantung ketupat dan bukannya gantung bendera
N.A.M.N.
ReplyDeleteBritish sekadar dtg buat lawatan sambil belajar jer ke Tanah Melayu. Briitsh dtg tgk ikan keli, belut dan katak puru. British langsung tak kaut sumber ekonomi Tanah Melayu. masy majmuk (org cina & india) pula dtg naik bas ekspess sndiri2 tanpa dibawa oleh British.
Na'im Nikmat.
ReplyDeletepada pandangan saya, elok benar Proff ni masuk acara rala lawak. gerenti menang.
maCy .
ReplyDeleteTerima kasih sbb terkejut. Statement ni menghina tokoh2 pejuang tanah air spt tok janggut dan dato bahaman
Waqheh.
ReplyDeletekena car itu rahsa sebenar merdeka. kena murnikan sejarah tu. Trima kasih juga sudi dtg ke blog saya.
caliph shuriken.
ReplyDeleteKalu habis tulis pun tak guna jugak sbb tak lama lag isukatan akn berubah dgn tajuk baru. British adalah penaung dan pelindung Tanah Melayu
harrazdani.
ReplyDeletesama2lah kita diakan agar kebenaran segera terserlah dan kebatilan segera padam.
Siapa yang melupakan sejarah, dia kuat makan kepala ikan.
ReplyDeletebanyak yang terselindung.. haishh macam2 skang ni.
ReplyDelete-Incek Fik-.
ReplyDeleteHahaha. boleh jadi betul pendapat Incek Fik
saya terfikir sesuatu...kalau tak pernah menerima kedatangan british agaknya negara kita msh mcm ni ke?adakah semangan cintakan negara sekuat sekarang, semangat ingin maju adakah spt skrg?
ReplyDeleteLydia Miza(Aidyl Azim) .
ReplyDeleteTrima kasih krn perihatin dgn sejarah. mmg negara kita dijajah cuma prof zainal terkeliru. itu dh dijawab oleh pakar perlembagaan Dr aziz al-bari.
emmmmmmmmmmmmmm
ReplyDeletewaalau suke dgn subjek sejarah
suke sejarah
seolah tak paham maksud sejrh msia yg sebena..huuuuu
bapa rundingan?
ReplyDeletehaha
hai!
patutla gua x pernah suka subjek sejarah..ciss!
ReplyDeletekita buta sejarah atau sejarah yang membutakan mata kita sekarang?
ReplyDeletehermmmm
sia-sia belajar sejarah selama ni,kahkahkah
nice entri bro
sarcasm yg jitu
oh,
ReplyDeletekau berkongsi ke ?
Aku blur sebenarnya.
Najib bilang "Jangan cuba ubah sejarah negara." Jadi macamana ye:
ReplyDelete1. British itu penjajah
2. atau British itu bukan penjajah kita?
Aku kena telan panadol 2 bijik...fenin fenin.
daku kemari lagi shameel..
ReplyDeletemintak izin nak share..
buta sejarahkah daku selama ini..grr~
*aah cik ana org perak...
dok sungkai je..hehe
aimie amalina.
ReplyDeletesejarah negara kita semakin celaru.
gedek!.
ReplyDeletebapa rundingan pun laa jugak istilah tu. tapi lagi lawa kalu bapa naungan. haha
Menganggap dia bijak dan selalu menganggap rakat marhaen bodoh maka itulah jadinya. Maikin banyak ulasan semakin terserlah kejahilan hingga yg bodoh sejarah pun boleh ketawa
ReplyDeletebukan hanya perjanjian pangkor malah malayan union juga jelas nak meletakkan tanah melayu sebagai negeri koloni (penempatan di bawah kuasa queen british) retinya bukan negeri jajahan british berbeza dengan negara lain di bawah empayar british
ReplyDeletepenaberkala.
ReplyDeletetak lama lagi kisah perjuangan tok janggut, mat kilau dll akan disamatarafkan dgn kisah san g kancil bersama buaya
anamizu .
ReplyDeletedialu-alukan utk share. biar semua tahu betapa bercelarunya sejarah malaysia. jgn hairan jika tak lama lagi, sejarah malaysia akan jadi bahan lawak setaraf kisah sang kancil dgn buaya
muhamad hanif.
ReplyDeletebukan bro sorg jer yg keliru tapi seluruh warga malaysia yg keliru.
School Of Tots.
ReplyDeletekata2 bekas PM Tun Mahathir lag ilawak ...Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. kita tidak dijajah. ... Tetapi, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah
Kakzakie.
ReplyDeleteBetul tu kak. tak semestinya org yg bergelar profesor ni bijak. dlm entry akn dtg akn sy paparkan pandangan sesetngah pensyarah yg bergelar prof dlm pelbagai isu yg amat lawak
cemomoi .
ReplyDeleteBenar skali apa yg cemomoi kata. cuma difokuskn perjanjian pangkor sbb ia merupakan detik campurtgn british di Tanah Melayu dan ia juga yg diungkit oleh zainal kling.
WOII...MANA PERNAH DIJAJAH..SAPA KATA KENA JAJAH AKU BAGI PENYEPAK DERAS...KIFIKFKIF...MAKNA JAJAH APA YE PROFFFF...
ReplyDeletePasal isu pejuang kemerdekaan sahaja dah nak tukar sejarah,takut sangat ke?
ReplyDeletesaya tak nak komen saya nak baca je...sebab sejarah SPM saya dulu dapat cangkul je...mujur tak gagal....
ReplyDeleteCangkul pun cangkul lah...ingat ambo dialog dalam filem seniman bujang lapuk...ambo score jugak sejarah maso SPM tu tp sekadar nak lulus jah...kalu nak buat rujukan skrg ni, ambo letok tepi buku sejarah tu...kahkahkah!sebab buku sejarah SPM tu telah disejarahkan oleh yang buat sejarah dari sebenar2 sejarah yang berlaku...
ReplyDeletekita di baca di acu di hidang dan di sajikan dengan cerita cerita dari mereka. hingga kita yakin dan percaya bahawa cerita itu adalah benar dan tiada yang benar melainkan benar benar belaka.
ReplyDeletedari kecil hingga dewasa fakta sejarah di selewengkan.. bila dah terbisa, perkara dusta pun di anggap benar..
untuk mengubahnya, pasti memerlukan ramuan yang hebat.
tapi yang pasti, kebenaran pasti bersinar.
ramainye manusia yg berusaha menegangkan benang yg basah kan..
ReplyDeletexpelah.. follow je lah.. kite baiki dalam pilihanraya..
tp.. adkh pilihanraya leh bantu kite..
semua sudut telah dikekang skrg..