Thursday, 15 September 2011

Masih Relevenkah Sambutan Hari Kemerdekaan Apabila Tanah Melayu ‘Senasib’ Dengan Thailand




Ini adalah lanjutan atau sambungan daripada tajuk yang lepas, iaitu
Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British. Jadi ia perlu dibaca secara bersama agar tidak tersalah faham dan tidak tersilap dalam mentafsirkan tulisan saya.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," Prof Dr Zainal Kling

Jadi, entry ini saya tulis sekadar menyahut dan memenuhi permintaan daripada Prof Dr Zainal Kling.

Antara 31 Ogos dan 16 September, tarikh manakah yang benar-benar memberi makna kepada warga Malaysia?. Tentu sahaja tarikh 16 September. Ini kerana pada tarikh 16 September 1963, Malaysia dibentuk melalui penyatuan 14 buah negeri yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura(yang kemudiannya bertindak keluar dari gagasan Malaysia), Sabah dan Sarawak. Jadi tarikh 16 September sangat wajar untuk dikenang dan ia adalah lambang perpaduan kaum di Malaysia.

Bagaimana pula dengan dengan tarikh 31 Ogos. Kajian dan penelitian secara terperinci mendapati, sesungguhnya tiada apa-apa peristiwa yang bermakna dan bersejarah yang pernah berlaku dalam sejarah Tanah Air pada tarikh 31. Ogos (Sejak 1957 hinggalah kini). Dan, satu-satunya peristiwa yang paling penting dalam sejarah Tanah Air yang pernah berlaku pada tarikh 31 Ogos ialah sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432 H(2011 M). Walau bagaimanapun, ia hanyalah Hari Raya yang ke-dua, ini memandangkan satu syawal jatuh pada tarikh 30 Ogos 2011. Dengan ini, disyorkan agar pada tanggal 31 Ogos pada tahun-tahun yang akan datang, kita meriahkan rumah dengan ketupat, lemang dan rendang. Jangan lupa berpakaian cantik dan baru sebagaimana anda menyambut raya.





(Tonic Chop Gajah Ini Lebih Bernilai Sejarah. Gambar Dari Blog Thomas)





Mari kita imbas kembali kata-kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling “Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.” Katanya lagi, “sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.” Ini adalah bukti pertama, sesungguhnya Tanah Melayu dan Thailand adalah ‘senasib’, iaitu kedua-dua negara tidak dijajah.

Kita fokuskan kepada Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum berbicara perihal Thailand(nama Siam sebenarnya yang lebih tepat. Ini kerana hanya pada tahun 1939, Phibul Songram telah bertindak menukar nama Siam kepada Thailand)

Dalam hal ini, saya cuba berbaik sangka dengan niat dan matlamat kedatangan Portugis ke Melaka pada tahun 1511 dan diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 sebagai bermotifkan perlindungan dan naungan. Begitu juga dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941. Andainya, Jepun dianggap sebagai penjajah, maka amat tidak waras dan sangat tidak wajar untuk kita mengistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Ini disebabkan Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Jadi tarikh kemerdekaan yang sepatutnya ialah pada 15 Ogos 1945.

Dan, Kedatangan semula British yang kemudiannya memperkenalkan Pentadbiran Tentera British dan Malayan Union tidak boleh dianggap sebagai satu penjajahan, ini kerana kedatangan British adalah dengan niat yang terlalu suci dan terlampau murni iaitu untuk menaungi dan melindungi Tanah Melayu dengan penuh kasih dan sayang.

Kita berbicara pula tentang Thailand. Umum mengetahui Thailand tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa. Ini semua disebabkan kebijaksanaan pemerintah Thailand terutamanya Mongkut yang dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Kebijaksanaanya dipuji oleh D.G. Hall dalam bukunya ,A History of South East Asia . Kata D.G. Hall dalam buku tersebut, “ Siam terhutang budi kepada Mongkut jika dibandingkan dengan raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.” Pengetahuan am, Selain Thailand, negara Bhutan yang terletak antara India dan China juga terkenal kerana tidak pernah dijajah.

Sekarang, kita lihat pula persamaan kedua antara Tanah Melayu dan Thailand dari aspek sejarah.

Pertamanya, kita kena persoalkan,apakah peristiwa sebenar yang berlaku pada tarikh 31 Ogos 1957? Ramai orang yang salah faham dengan beranggapan itu adalah tarikh keramat yang menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu.

Mari kita hayati dengan teliti kata-kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim Pada 31 Ogos 1957, bukanlah British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu yang menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.” Jelas sekali, tarikh tersebut tiada kena mengena dengan kemerdekaan daripada British. Berdasarkan kenyataan Khoo Kay Khim itu juga, amat jelas sesungguhnya Tanah Melayu ‘senasib’ dengan Thailand.

Apa pula yang berlaku kepada Thailand? Ini yang perlu kita lihat.Untuk pengetahuan semua,kebangkitan semangat nasionalisme di Thailand amat berbeza dengan nasionalisme di Asia Tenggara yang lain, termasuklah Tanah Melayu. Ini kerana faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Thailand adalah lanjutan daripada rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak. Ia juga dikaitkan dengan sikap boros Raja Vajiravudh. Kemuncaknya, ialah berlakulah Revolusi Thai oleh Parti Rakyat untuk menamatkan sistem Raja Berkuasa Mutlak dan seterusnya memberi laluan kepada sistem pemerintahan berparlimen.

Jelas sejelas-jelasnya dan ibarat sudah terang lagi bersuluh. Itulah persamaan antara Tanah Melayu dengan Thailand dalam hal ini. Nyata sekali, sesungguhnya Tanah Melayu dan Thailand bukannya merdeka dari penjajahan.

Dalam konteks Tanah Melayu, Raja-raja Melayu telah menyerahkan kuasanya secara sukarela kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen. Tetapi dalam konteks Thailand, rakyat terpaksa bangkit untuk menuntut hak dan kebebasan daripada Rajanya. Dan, akhirnya Raja yang memerintah Thailand terpaksa memberikan laluan kepada rakyat untuk mentadbir Thailand secara demokrasi berparlimen.

Cuma ada sedikit perbezaan di sini. Iaitu, di Tanah Melayu, proses ini berlaku secara sukarela, manakala di Thailand pula berlaku secara terpaksa setelah Raja Thailand didesak dan diasak oleh rakyat.

APAKAH MESEJ SEBENAR YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN.

Satu perkara sahaja yang ingin saya sampaikan, iaitu, sebagaimana Thailand tidak mempunyai hari kemerdekaan, Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak juga tidak layak mempunyai hari kemerdekaan. Sangat tidak layak untuk kita menyambut hari kemerdekaan sebab kita tidak pernah dijajah. Ini kerana kedatangan british bukanlah untuk menjajah tapi untuk melindungi negara kita dengan penuh kasih dan sayang.

Dua hari yang lepas, saya ada bersembang dengan seorang kenalan di sekitar bandaraya Ipoh. Kenalan saya itu seorang pekerja(tukang masak) restoran masakan Thai dan berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Dia ketawakan saya, apabila saya bertanyakan tarikh kemerdekaan Thailand. Katanya, Thailand mana ada hari kemerdekaan sebab Thailand tak pernah dijajah kerana kebijaksanaan pemerintahnya. Sebenarnya saya sedia maklum akan perkara ini, iaitu Thailand tidak mempunyai hari kemerdekaan, tapi sengaja saya ajukan tanya untuk memeriahkan bicara.

Kata kenalan saya lagi, di Thailand, kebanyakkan perayaan atau hari kebesaran yang disambut ialah berkaitan dengan perihal Istana dan Raja, Tarikh-tarikh penting dalam agama Budha dan juga tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan kebudayaan bangsa Siam.

Jadi, kepada sahabat-sahabatku, inilah hakikat yang perlu kita akui andainya kita menyetujui pandangan Prof Dr Zainal Kling, Prof Dr Khoo Kay Khim, Tun Haniff Omar dan Prof Dr Ramlah Adam. Merekalah yang menafikan penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Tidak hairanlah jika seorang pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mereka ini sebagai golongan yang keliru dan mengelirukan. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) juga turut membantah pandangan Zainal Kling dan konco-konconya ini.

Dan, demi menyahut seruan Dr Zainal Kling agar fakta sejarah yang mengatakan British itu penjajah diperbaiki, maka saya menyeru kepada semua agar marilah kita lihat Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua Yang Terbaru. Yang digubal oleh CikguNae








22 comments:

  1. tapi ann klu diambil kira semua ni dgn penarikan balik hari merdeka 31 ogos tu..rasa2 apa jd ek..mesti rasa mcm something kurang...pastu cuba rahsiakan laungan merdeka Tunku dr pengetahuan anak cucu cicit kita untuk 50 tahun akan datang..agak2 boleh ke tak ek kita ubah sejarah balik..pening lah!!

    ReplyDelete
  2. eszyamin.
    Sebab tu kita tak boleh bersetuju dgn pandangan karut Dr Zainal kling. Tanah Melayu mmg dijajah. ini hakikat dan ini fakta yg cuba diputarbelitkan.

    ReplyDelete
  3. Mereka keliru pasai seblah kaki mereka duk dalam tong politik... cuba semuanya duk dalam tong sejarah, rasanya mesti kekeliruan ni tak timbul iyer dak shameel?;)

    ReplyDelete
  4. Salam, dik shameel. Info ini sangat berguna buat kak dan para pelajar yang lain. Kita perlu mengetahui kebenarannya supaya tidak terpesong dengan pendapat pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. Afida Anuar .
    ini yg berlaku bila sejarahwan berkiblatkan penjajah

    ReplyDelete
  6. Kak Imun.
    Terima kasih kak atas kunjungan dan komen. Skrg ni mmg bahaya sbb bijak pandai dipergunakan utk memperdayakan org ramai.

    ReplyDelete
  7. ibaratnya, mereka cuba untuk menutup satu "lubang kebenaran".. tapi tanpa sedar, mereka telah mencipta satu lagi lubang baru yang bernama lubang kebodohan..

    mat indra ni mesti seorang yang berbisa.. sampai sekarang bisanya masih belum hilang.

    ReplyDelete
  8. aah betol3..
    cik ana sokong..
    xyah nk belit sgtla..
    org bukan xdak mata..
    bukan smua telinga buta..
    x smua org tamakkan HARTA DUNIA mcm depa la..
    kan shameel kan? :)

    ReplyDelete
  9. dah ada sukatan baru rupanya
    haha
    agak2 mereka setuju ke?

    ReplyDelete
  10. eemmm.... walaupun Malaysia ni dah merdeka..fikiran dan cara hidup orang-orang Melayu masih dijajah dengan budaya orang putih...kalau bab-bab berpesta dan bersosial...
    Huh!..Hidup Melayu..
    Nama Tanah Melayu tu....tak sepatutnya ditukar ke nama Malaysia! Ramai sangat Melayu yang menggadaikan tanahair, maruah..dan bersengketa sesama kita. Betulla...Melayu ni mudah lupa...asal usul dan keturunan kita.

    ReplyDelete
  11. lama saya tunggu raja mana nak bersuara dulu.

    ReplyDelete
  12. si para para .
    sekarang terbukti lubang2 kebodohan sdg digali dgn rancaknya.

    Tidak keterlaluan jika sya katakan, Seluruh warga Malaysia perlu berterima kasih kpd Mat Sabu.

    ReplyDelete
  13. bagi la 'mereka' tu baca entry ini.. ;)

    ReplyDelete
  14. anamizu.
    Betul tu. mrk ni nak belit2kn fakta dgn bermain bahasa. inilh yg berlaku bila pakar sejarah nak brhujah dgn bahasa undang2.

    ReplyDelete
  15. tehr.
    kita kena hantar memorendum baru diorg setuju. hahaha.

    ReplyDelete
  16. Laylihamid.blogspot.com.
    Terima kasih ats pandnagan. penjahahan pemikiran mmg tak dpt dielakkan apatah lagi dlm zaman serba moden ni.senjata utk menjajah zmn sekarng bknnya senapang dan peluru tapi media yg pelbagai.

    ReplyDelete
  17. Cikli.
    saya pun sedang tunggu mana2 raja mana yg nak mula bersuara. harap ada raja bersuara spt dlm Sultan Badlishah bersuara ketika Harold McMichael perkenalkan Malayan Union dulu.

    ReplyDelete
  18. blog-tips-kurus .
    hahaha, mmg say amt mengharapkan mereka tu dan org yg sefahaman dgn mrk membaca entry ni.

    ReplyDelete
  19. cg.Shameel,

    risau pulak saya...
    harap mereka faham, ia sindiran... ^^

    ReplyDelete
  20. NaeBlog.
    saya pun sekadar nak fahamkan mereka dan org yg sefahaman dgn mereka. takpe kita sindir secara ilmiah. sindiran mcm ni juga digunakan oleh Pak Sako dgn Novel Putera Gunung Tahan utk menyindir British yg menaungi Tanah Melayu tika tu.

    ReplyDelete