Monday 19 September 2011

Filem Hantu Bonceng menghina Rasulullah SAW





SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.

“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.

“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan harus meneliti perkara ini, jangan dibiarkan filem menjadi medium untuk menghina agama, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9546824.asp



Info Tambahan.


Bila Filem Nasi Lemak 2.0 yang diarahkan oleh Namewee ditayangkan, ramai yang membantah terutamanya NGO-NGO Melayu tertentu. Dosa-dosa lama Namewee yang pernah menghina lagu Negaraku di ungkit dan ditonjolkan kembali.

Tapi bila Ahmad Idham menghina Rasulullah s.a.w sekali gus menghina agama menerusi Filem Hantu Bonceng, senyap, sunyi dan sepi pula NGO Melayu tersebut. Mungkin bagi mereka negaraku itu lebih bermakna daripada agama. Kalau macam tu, layak sahaja dipanggil GRO dan bukannya NGO.


38 comments:

  1. Filem2 macam tulah yang menjadi kesukaan orang2 kita sehingga mendapat kutipan rm8 juta dalam masa seminggu.

    Baguslah, hanyutlah orang2 kita dengan filem2 yang melambak2 tu.

    ReplyDelete
  2. erm...sgt kesal dgn keadaan skrg....cter2 yg tah pape....mudah sgt ditayangkan...smpi kalimah syahadah pun bley dpermainkan.....Nauzubillah.....

    ReplyDelete
  3. Nak baca 'tu' pun takut.. naudzubillah... ish, dia orang ni, ni bukan kecik anak punya silap... boleh rosak akidah tuh...

    ReplyDelete
  4. Kunang-Kunang
    Tamakkan wang dan halobakan populariti mybbkan mrk sanggup permainkan agama.

    mmg mentaliti org2 melayu hari ini kak, suka sgt filem dan drama yg tahyul dan khurafat.

    ReplyDelete
  5. Mama Atiyyah Umairah.
    mmg teruk samapai kalimah syahadah yg membezakan org islam dan kafir pun dibuat lawak jenaka.

    sya rasa filem nasi lemak 2.0 jauh lebih baik dri filem ni

    ReplyDelete
  6. ~PENCHENTA~.
    sudah tiba masanya Majlis Fatwa Kebangsaan yg jadi badan penapis filem.

    ReplyDelete
  7. Anaa.
    itulah yg dibimbangi, takut merosakkan akidah jika dilakukan dgn sedar. Pasti sahaja dilakukan dgn sedar

    ReplyDelete
  8. tak perasan langsung perkataan yang zizan cakap tu .
    http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/09/imagine-fly.html :)

    ReplyDelete
  9. cerita ni sengal2 ubi keledek :)

    ReplyDelete
  10. gadis bunga.
    kat youtube pun ada perkataan yg zizan sebut tu. Dlm soal ni bkn zizan sorg jer yg brsalah, tentu dia diarahkan oleh penulis skrip dan pengarah., jadi semua pihak yg bersalah

    ReplyDelete
  11. kjaharun.
    First time sy dgr perkataan sengal2 ubi keledek. kalau sengal2 ubi kayu adalah. hehehe.

    Yg menyakitkan hati ialah kata2 angkuh Ahmad Idham, seolah2 dia tak rasa bersalah bila perkara ni dibongkar.

    ReplyDelete
  12. entahlah ape nak jadi dengan dunia sekarang ...bnyk cerita yg berunsur tahyul dan kearah merosakkan akidah umat islam..

    ReplyDelete
  13. tanya sama pokok apa sebab goyang..nanti jawab pokok orang yang goncang...isu ini akan kembali lagi...jika orang yang goncang pokok tu tak berubah sifat...

    ReplyDelete
  14. gitu le kalo berpolitik atas nama bangsa, bukan lagi islam sebagai terasnya...

    ReplyDelete
  15. mungkin NGRO tu belum tengok lagi kot cerita Hantu Bonceng, so takkan tetibe nak membantah sebelum sendiri tengok, yelaa kan skrg zaman fitnah, tapi sebab dah ada bukti so bolehlah bantah bhgn x sesuai tu,

    saya dua-dua tak tengok pun,
    tak minat, hehe

    ReplyDelete
  16. kalau benarlah begitu, amatlah teruk dan perlu diperbetulkan.

    ReplyDelete
  17. subhanallah
    speechless.dunia skg mkin byk menipu

    ReplyDelete
  18. Ya Allah... sampai berani depa mempermainkan kalimah syahadah...Saya pun dah tengok klip movie tu dekat youtube. Memang patut diambil tindakan...

    Masyarakat kita tak habis2 duk agung2 sangat artis2 ni. Entah la..

    ReplyDelete
  19. suhailaselaginella.
    penawaran brlaku krn adanya permintaan. Dulu beberapa buah majalah ilmiah spt massa telah berkubur. kajian menunjukkan majalah berunsrukan tahyul dan seks yg mndpt sambutan.

    mayb dari sini pengarah filem ambil kesempatam. nak terbitkn filem berunsur lucah, ia bertentangan dgn norma2 org melayu. Tapi filem tahyul pula agak mendapat tmpt di hati org melayu sbb sejak dahulu lagi org melayu disebatikan dgn perkara2 tahyul ni.

    ReplyDelete
  20. cemomoi.
    NGO2 melayu tu terlalu tebal jiwa melayunya tetapi terlalu nipis semangat keislamannya. sbb tu mrk jadi begitu racis, ala-ala ku klux klan

    ReplyDelete
  21. ummiarissa.
    org yg goncang poko kena sedar dan insaf dan kena faham ttg perkara2 yg boleh membatalkan syahadah.

    ReplyDelete
  22. Adam Idris.
    Terima kasih Adam ats kunjungan. Mslhnya tika membantah filem nasi lemak 2.0 pun mrk bukan bantah kerana filem tapi krn pengarah filem tu pernah hina lagu negaraku.

    ReplyDelete
  23. Titisan Hujan.
    Lagi malang apabila ramai yg tertipu dan si penipu pula kaya raya gara2 sokngan yg tertipu

    ReplyDelete
  24. Cikli.
    Betul tu cikli. perlu diperbetulkn agar tak berulang. dlm hal ni bukan batang tubuh atau jasad pengarah dan pelakon yg kita tentang. Tapi kesesatan yg disampaikan menerusi filem mrk yg kita bantah.

    ReplyDelete
  25. Afida Anuar.
    saya pun dah tgk klip kt youtube tu. jelas ia satu penghinaan trhadap kalimah syahadah. mungkin ia sekadar jenaka atau komedi tapi rukun islam yg pertama tu bukan boleh dibuat lawak. ia penentu antara islam dan kafir.

    ReplyDelete
  26. Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi...

    mahukah aku percaya???..kata pelakonnya, dia tidak berniat.. ohhh.. kalau gitu bole la berlakon sembah tokong..asal jgn berniat..gitu??? dah citernya bodoh..kalimah syahadah pun dipermainkan.. oiiii PERKASAM !!! TIDO KE ???

    ReplyDelete
  27. belum tengok filem atau klip video yang diperkatakan
    tapi kalau dengar apa kata pengarahnya
    macam nak letak apa2 kesalahan [kalau ada] atas orang lain

    ReplyDelete
  28. subhanallah..dunia akhir zaman cmni la skng

    ReplyDelete
  29. hida mmg tak minat tgk filem2 seram ni.. tapi ikuti jugalah perkembangan filem2 negara.. rasanya ini bukan yg pertama kan... rasa sedih gak la sbb sepatutnya sebagai pengarah yg beragama islam, bnda ni harus di titik beratkan dan diberikan perhatian.. moga di kemudian hari, bnda ini tidak lagi berlaku..

    ReplyDelete
  30. Alasan tah apa2...klise..TAK ADA NIAT...itu khalimah Syahadah..Islam nya seorg bukan Islam dgn menyebut Khalimah Syahadah itu...jangan lah dipermainkan kan....Lagu Negara ku diberikan tempat yg paling tinggi satu ketika dahulu bila dicemari sorg pemuda berbangsa China...Khalimah Syahadah decemari seorg lelaki Melayu Beragama Islam...Apa Tindakan???...Ingin saja MELUDAH ke Mukanya....

    ReplyDelete
  31. a.samad jaafar.
    PERKASA dah kena PERKOSA kot sbb tu sunyi sepi jer dlm permasalahan ni. Bagi NGO2 melayu ni, lagu negaraku lebih penting dari kalimah syahadah. Bagi mrk negara dab bangsa lebih ptg dari agama.

    ReplyDelete
  32. tehr.
    bagus juga kalau tgk klip video yg adegan zizan persendakan kalimah syahadah tu.

    skrg ni pengarahnya ahmad idham cuba selamatkan diri dgn kata ia dah rujuk kpd ulama sblm buat filem tu. Tapi tak pula dinyatakan siapakah ulama tersebut.

    zizan plak berlasan dia takde niat. langsung x boleh trima sbb perkara yg membatalkan syahadah boleh brlaku melalui perbuatan, ucapan dan iktikad

    ReplyDelete
  33. anamizu.
    Tapi kalau Ana tgk reaksi peminat setia zizan, mcm2 alasan yg diberi utk mrk backup zizan

    ReplyDelete
  34. HaiDa HiDa.
    kita juga berharap agar selepas ni pengarah filem dan semau yg terlibat dlm industri perfileman agar hati-hati terhadap perkara yg merosakkkan agama.

    ReplyDelete
  35. Eye_nee.
    yang paling saya hairan kenapalah takde NGO Melayu yg bangkit utk membantah atau sekurang-kuragnya menegur kebiadapan pengarah dan pelakon filem ni. Tapi dlm isu lagu negaraku, bukan main mereka bangkit menentang Namewee tu. saya bukannya nak sokong Namewee. mmg dia juag biadap sbb menghina lagu negaraku, tapi tindakan menghina syahadah itu lagi teruk dan sgt besar kesalahannya.

    ReplyDelete
  36. sye stuju dgn pndpat anda...mmg xptt ade istilah xsngaje dlam kes neh.....punye la rmai yg terlibat dlm pmbikinan filem tuh.....xkan la xder sorng pun yg perasan ttg isu tuh....

    mgkin kekayaan dan glamer mjadi sasaran smpai perkare sebesar itu pun mereka xnmpak....

    Tindakan ahmad idham yg mpertahankan filemnye dgn mgatakan sume tuh hanye usaha segelintir pihak untuk menjatuhkan beliau pun sangat dikesali...

    sepatutunye ahmad idham mnyesali dan memohon maaf atas ksilapan dan kealpaan beliau shinnga menyentuh bab sensitiviti agama bukannye menuding jari pade pihak lain...

    tah la..mcam2 la dunia skrg neh...sume bley dmanipulasi swenang2nye..

    p/s...diorng da untung 8juta...klu kne tarik balek pun..agaknye xrugi papepun kt diorng kot.....

    ReplyDelete
  37. Salam cg.Shameel...

    agak sibuk dan dikekang masa utk ziarah rakan-rakan

    Saya belum tengok cerita ni. Tapi ada ikuti isu berkaitan. Rasanya, orang kita akan 'buat lawak' untuk semua perkara... tiada batasan

    Cth macam isu 'sup tangan'

    ReplyDelete