Sunday, 18 September 2011

Perdana Menteri Bangladesh Mendakwa Rakyatnya Boleh Mendapat Kerakyatan Malaysia Dengan Mudah.




Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.






Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Selanjutnya sila baca Malaysia Kini

Info Tambahan:
Tak sabar ingin memiliki Perdana Menteri Persis Shah Rukh Khan. Ini semua boleh berlaku andainya warga Bangladesh dapat jadi PM Malaysia. Tak kisahlah kalau warga Bangladesh ke Nepal ke jadi PM Malaysia sebab mereka pun manusia juga.


Cuma, dalam hal ini Kerajaan Malaysia mesti ambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Bangladesh. Kalau tidak, ia bererti membenarkan dakwaan Perdana Menteri Bangladesh.

Bangladesh dahulunya adalah sebahagian daripada India. Apabila terbentuk Pakistan, Bangladesh menjadi sebahagian daripada Pakistan dengan nama Pakistan Timur. Kemudiannya Pakistan Timur menuntut pemisahan dari Pakistan Barat dan hari ini Pakistan timur dikenali sebagai Bangladesh.

20 comments:

  1. bagus..bagus..saya suka tu..jgn cina malaysia sudah..dorang komunis ! Cisss.. memalukan dan sgt tidak bertanggungjawab..

    minggu lepas sorang Timor Timor membuat salinan IC biru di depan mata saya..sebijik mcm IC kita.. tempat kelahiran tak jauh dari kediaman saya..tapi ckp melayu pun tunggang langgang..siap bawak 3 IC yg lain tu.. saya cuma melihat..sedih mengenangkan negara tergadai demi kelangsungan kuasa..

    ReplyDelete
  2. terdesak sangat ka nak menang? adoiiii....

    ReplyDelete
  3. siap lah adik manis di malaysia nnti....senang ler nk kawin bangsa ini...

    ReplyDelete
  4. a.samad jaafar .
    Tak lama lagi sahabat berlambak warga asing dari pelbagai negara akn jadi warga Malaysia semata-mata nak pastikan kelangsungan kuasa puak2 yg takut pada bayang2 sendiri.

    ReplyDelete
  5. penDragon.
    tak lama lagi ramailah anak2 kacukan akn lahir kt Malaysia ni. hehehe

    ReplyDelete
  6. Afida Anuar.
    diorg terdesak sbb diasak oleh rakyat yg semkain celik dari buta.

    ReplyDelete
  7. lepas ni msti rs cm dk kt oberC.sedangkan kt negara snd.huhuhu

    ReplyDelete
  8. hai abangla.. jemput2 la kerja dekat Malaysia ni.. Najib baik owhhh~~

    haha

    ReplyDelete
  9. kjaharun.
    tak lama lagi ramailah abg macho. hati2 yer adik manis. hehehe

    ReplyDelete
  10. Titisan Hujan.
    jaga2lh anak dara tak lama lagi. hahaha

    ReplyDelete
  11. gler seram nk membygkan keadaan Malaysia lps nie

    ReplyDelete
  12. Azlina ishAk.
    andainya benar dakwaan PM Bangladesh, negara kita akan benar2 terancam

    ReplyDelete
  13. dunia
    kan berubah
    perubahan... oh negaraku malaysia

    ReplyDelete
  14. Selamat Pagi cg.Shameel,

    Bila renung2 situasi macam ni... sukar membayangkan bagaimana agaknya Malaysia kelak...
    zaman anak cucu kita... :(

    ReplyDelete
  15. Cikli.
    Bukan menjual tapi melacurkan negara

    ReplyDelete
  16. NaeBlog.
    saya rasa dlm tempoh 20 tahun akn dtg, KL akan jadi mcm Dhaka.hahaha.

    ReplyDelete
  17. Miecyber.
    saya bersetuju sekali dgn mie

    ReplyDelete