“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Talaaq, ayat kedua dan ketiga ( rujukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran m/s 1525 )
Bicara saya kali ini ialah tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan.
Ayat Seribu Dinar sebenarnya adalah sebahagian daripada ayat-ayat dari Surah At-Talaaq( ayat kedua dan ketiga ). Ia sangat popular sebagai amalan untuk memurahkan rezeki. Di kalangan peniaga pula, terutamanya para pengusaha restoran, lazimnya akan mengantung ayat tersebut di premis perniagaan dan ia di jadikan pelaris untuk memajukan perniagaan.
Sebenarnya terdapat beberapa versi tentang kemunculan istilah atau kewujudan perkataan ayat seribu dinar ini. Tapi, dalam entry ini, saya tidak berminat untuk bercerita tentang asal usul ayat seribu dinar yang beraneka versi itu. Cuma yang pasti, istilah ayat seribu dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Dan harus diingat, semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, telah lahir beberapa orang tokoh perniagaan yang berjaya dalam kalangan sahabat-sahabat yang mulia ini. Walaupun begitu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah islam tentang kewujudan amalan mengantung ayat –ayat ini.
Jika diteliti dan dihayati ayat maksud tersebut, didapati syarat untuk dimurahkan rezeki ialah bertqawa. Taqwa walaupun ada beberapa maksud dan dibahagikan kepada beberapa pengertian, namun maksud dan pengertian yang dinyatakan dalam tafsir di atas amat wajar untuk kita fahami dan hayati, iaitu mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kesimpulannya, bertaqwa adalah syarat untuk dimurahkan rezeki dan dikeluarkan dari masalah. Harus diyakini sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah dan salah satu daripada nama-nama Allah ialah Ar-Razzaq( الرزاق) , iaitu Maha Pemberi Rezeki. Tapi, sayang sekali, kerana terdapat segelintir umat islam termasuk yang bernama Abdul Razak( Hamba Allah Yang Maha Memberi Rezeki ) sanggup mengampu majikan untuk meraih pangkat dan jawatan hingga sanggup mencantas dan memburuk-burukan rakan-rakan sejawatan. Dan, takrif rezeki juga tidak wajar disempitkan kepada laba dan keuntungan dari aspek kewangan semata-mata, malah ketenangan, kebahagian, kerukunan rumah tangga ,kesihatan. dan zuriat yang baik juga merupakan rezeki daripada Allah.
Kembali kepada tajuk, iaitu tentang salah faham yang sejak sekian lama tertanam dalam minda segelintir umat islam. Salah faham tentang ayat seribu dinar atau lebih tepat lagi tentang amalan mengantung ayat seribu dinar sebagai pelaris perniagaan. Malah, kalau diperhatikan di beberapa buah restoran, ayat seribu dinar ini ditulis dengan begitu cantik dengan warna keemasan dan dibingkaikan dengan begitu sempurna lalu digantung di sudut-sudut tertentu. Matlamatnya ialah supaya dimurahkan rezeki atau dengan bahasa yang mudah agar restorannya sentiasa dikunjungi. Persoalannya, adakah amalan ini menepati tuntutan agama atau jauh tersasar dari landasan agama. Kalau dilihat kepada maksud ayat kedua dan ketiga dari Surah At-Talaaq yang dikenali sebagai ayat seribu dinar ini, ternyata yang dituntut ialah bertaqwa dan bukannya mengantung ayat tersebut.
Jadi apa hukumnya mengantung ayat seribu dinar di premis perniagaan ? Sebelum membuat penilaian, kita perlu merujuk kepada maksud atau niat si pengantung ayat seribu dinar tersebut. Jika sekadar untuk mengingatkan diri sendiri, pekerja dan pelanggan agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, maka ia adalah amalan yang terpuji dan sejajar dengan tuntutan agama sebagaimana firman-Nya "Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." – (Adz-Dzaariyaat;55). Dan ia juga selari dengan sabda junjungan mulia, “Agama itu nasihat”
Tapi andainya untuk menarik pelangan atau sebagai pelaris, ditambah pula dengan kepercayaan dengan mengantung ayat seribu dinar ini akan dimurahkan rezeki, maka hukumnya syirik. Lagi teruk, di sesetengah restoran, pelayan perempuannya bukan main seksi, pekerja pula mengabaikan solat tapi ayat seribu dinar dihias indah dan digantung tinggi. Ini sudah menjauhi konsep taqwa. Begitu juga dengan amalan mengaut keuntungan berlebihan dengan menipu pelangan, ini juga tidak menepati konsep taqwa walaupun mengantung ayat seribu dinar yang berbicara tentang taqwa. Kesimpulannya, taqwa merupakan intipati daripada ayat seribu dinar dan itu yang dituntut dan itu jualah yang wajib dilaksanakan. Taqwa dalam maksud melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, itu bererti kita akrab dan rapat dengan-Nya. Dengan ini, mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah yang bersifat al-Razzaq( الرزاق) Maha Pemberi Rezeki dan dimerdekakan dari belenggu masalah yang membelit diri.
INFO TAMBAHAN.
Klik SINI untuk mendengar penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang hukum mengantung ayat seribu dinar.
Tajuk Lain Yang Berkaitan.
SALAH FAHAM TERHADAP TAKRIF NAMA ISLAM
SALAH FAHAM TERHADAP SURAH YASIN

salam..
ReplyDeleteermmm..saya baru terbelek ayat ini di meja makan rumah saya, terfikir juga nak buat entri..tetiba terbaca pula tulisan anda..terima kasih, pada saya kalau kita menganggap ibarat azimat sedangkan kita tidak mengamalkan takut terjadi unsur syirik pulak kan..saya sendiri meletakkan di meja makan rumah saya agar saya selalu mengingati untuk membacanya.
Zulkbo.
ReplyDeleteYg ptg kita tidak jadikan ia sebagai azimat tapi jadikan sebagai zikir. Ttg rezeki, itu urusan Allah disamping usaha yg kita lakukukan
assalamualaikum. itulah yg dikhuatiri. mula2 mereka nak mengagungkan ayat2 Allah...tp akhirnya jd mensyirikkan-Nya pula - "tak gantung rezeki masuk kurengg" gitula anggapan setengah mereka...wallahualam.
ReplyDeletekadangkala ada yg gantung saja.. lainlah kalau konsep macam tampal doa tgk cermin pada cermin, utk mudahkan baca. kan encik shameel?
ReplyDeleteentri perbincangan yang menarik..memang ramai yang menggantung ayat neh di restoran2..ntah pe tujuan..arap2 bukan tujuan buruk yang boleh membawa kepada syirik kan..mintak dijauhkan dari itu..
ReplyDeleteentri neh membuka minda saya untuk menilai kefahaman kenapa ayat2 neh selalu digantung kat mana2 restoran..
Assalam Shameel..
ReplyDeletejika malas berusaha..letaklah ayat apa pun pasti tkkan menadapat rezeki dari Allah..yang penting berusaha,berdoa dan bertawakkal..
Sebaik baiknya kita amalkan ayat ayat seribu dinar dan bukannya mengantungkannya semata mata..
ReplyDeleteSpratly bergolak ,risiko konflik 6 negara
nahmy.
ReplyDeleteInilah yg dibimbangkan. ia mcm memakai tangkal azimat yg menggunakan ayat al-quran jugak. jika tersilap tetap boleh membawa syirik
nyanyisunyi.
ReplyDeleteBenar sekali kak, jika malas berusaha, dan dlm kes restoran pulak jika makanan tak sedap dan kotor maka gantung apa sahaja tetap tak dikunjungi pelanggan
Macy.
ReplyDeleteSemuanya bergantung kpd niat dan tujuan. jika utk memudahkan kita utk baca dan hafal, maka ia dibolehkan asalkan tidak ditampal pada tempat tidak elok.
Syuxer.
ReplyDeletekalau kita lihat restoran mamak lagi teruk sbb dilekatkan perkataan 786 yg didkawa membawa maksud bismillahirahmanirrahim. majlis fatwa negeri jojor dah fatwakan sebagai sesat tu.
Miecyber.
ReplyDeleteItulah yg sebaik-baiknya. kita akrab dgn ayat-ayat Allah( termasuk ayat seribu dinar ni), mudah-mudahan Allah akan 'rapat' dgn kita dan rezeki juga turut mesra dgn kita
ayat2 al-quran kalau sekadar utk perhiasan atau tujuan lain memang tak dapat keberkatan-Nya...
ReplyDeletewallahu'alam...
tu le eliknya orang kita, ayat al-Quran dijadikan tangkal. kita sering dikaburi nafsu dan bisikan syaitan kerana takde ilmu pengetahuan yang cukup dalam beramalan...
ReplyDeleteApa juga usaha yg menjadikan sesuatu sebagai azimat sesungguhnya adalah syirik. Hidup-mati kita sebagimana "Wamahyaya-wamamati" dlm doa iftitah segala-galanya atas kehendakNya. Oleh itu taqwa dan mohon segalanya terus kepadaNya....
ReplyDeletetangkal dan azimat dah sah syirik
ReplyDeleteKhairil.
ReplyDeleteBenar sekali sahabat. Al-Quran apabila disalahgunakan ia tidak akan membawa keberkatan
cemomoi.
ReplyDeleteAl-Quran yg dturunkan sbg panduan hidup tapi diselewengkan lantaran kejahilan.
Kakzakie.
ReplyDeleteBenar sekali kak, taqwa sebagaimana yg terkandung dlm ayat seribu dinar yg sepatutnya kita praktikkan dlm hidup dan bukannya tangkal menangkal yg membawa kesyirikan.
tehr.
ReplyDeleteWalaupun ada segelintir ulama membenarkan tangkal azimat yg menggunakan ayat al-quran namun atas dasar saddu zaraie, mengelakkannya atas lebih wajar demi menjaga akidah.
Terima kasih atas onfo.
ReplyDeleteMmg ramai peniaga yg cenderung mwngantung ayat seribu dinar dgn harapan akan maju jaya. Silap fahaman akan membawa kepada ajaran yg sebenar
perkongsian ilmu yg menarik.. suka bca en3 cmni ^^
ReplyDeletesenario yang biasa kita tengok kan?
ReplyDeletezaman sekarang al-quran pun dah dijadikan hiasan..
sama2 kita perbaiki diri dan org sekeliling kita utk lebih memahami islam..
it's nice to share and let people know about it..(^^!
kena faham konsep sebenar dan amalkan...(^^!
p/s : pesanan utk diri sndri gak..
tak guna kalau setakat menggantung , tetapi tidak mengamalkannya :)
ReplyDeletecaliph shuriken.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan. sekadar perkongsian utk manfaat bersama.
Sop.
ReplyDeleteSebenanrya ramai yg buat tu kerana terikut2 tanpa kefahaman agama yang jelas.
senyumSOYA.
ReplyDeleteinilh mslh zaman sekrg. Ayat al-Quran dijadikan hiasan tapi sifar dari segi pengamalan dan penghayatan
syaza kelyza .
ReplyDeleteGantung setakat perhiasan dan aksesori tapi tidak diamalkan dan dihayati. Malah sanggup pula cekik darah bila tetapkan harga, jauh benar dari dari konsep taqwa yg terkandung dlm ayat seribu dinar
salam..
ReplyDeleteentry yg bermanfaat..
peringatan untuk kita semua..
nurkass.
ReplyDeletemoga sama2 dpt ambil manfaat drpnya
salam..
ReplyDeletenice entry..sy nk tny sikit sebab musykil...saya m'hafal ayat ni sejak b'umur 5 tahun. Setiap malam sblm tdo memang sy akan baca ayat ni utk elakkan apa2 gangguan. Mlm ni baru baca maksud sebenar ayt ni. Kiranya saya dh salah faham la dgn ayat ni ye?
Nurr.
ReplyDeleteTidaklah jadi masalah utk diamalkan sbb mana-mana ayat al-Quran tu ada manfaatnya. “…. DAN kami turunkan sesuatu dari al-quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…” Surah Al-Isra’ ayat 182. Apa itu PENAWAR dan RAHMAT. Menurut ulama terkenal , Dr Wahbah al- Zuhaily dalam tafsir Al-Munir( kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia):Kedudukan al-Quran sebagai PENAWAR mempunyai dua makna. Pertama, penawar yang mengubati penyakit hati yang gagal melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua, penawar kepada beberapa penyakit fizikal, iaitu dengan membaca dan menjampi pesakit dengan ayat-ayatnya.
Tentang jampi, pula didapati Rasulullah s.a.w pernah menjampi org yg terkena gigitan kala jengking dgn membaca surah al-Fatihah. Kalau kita lihat dari segi makna, langsung tiada kaitan mana-mana ayat dlm surah al-fatihah dgn jampi ini. Jadi ttg amalkan ayat seribu dianer utk elakkan gangguan takde masalah, cuma yg popular ialah mengamalkan ayat kursi, sbb yg ni mmg ada dalil yg st kuat betapa takutnya syaitan trhadap ayat kursi. Malah syaitan sndri mengakui ttg kehebatan ayat kursi bila dia ceritakab kpd Abu hurairah yg kemudiannya dilanjutkan kpd Nabi( lihat hadis bab syaitan ajar ajar Abu Hurairah spy baca ayat kursi)