14 Jun telah dipilih oleh World Health Organization (WHO) sebagai World Blood Donor Day atau Hari Derma Darah Sedunia. Saya kira belum terlewat untuk saya berbicara persoalan ini, disebabkan menderma darah merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Ia juga tidak terhad kepada masa dan lokasi, tapi dipengaruhi oleh situasi. Situasi kekurangan bekalan darah yang wajar diatasi demi kelangsungan hayat pihak yang memerlukan. Namun harus diakui, tidak semua orang boleh menderma darah, ini kerana terdapat segelintir manusia yang mabuk darah dan boleh pengsan andainya darahnya diambil.
Pertamanaya, saya ingin berbicara tentang pandangan ulama tentang amalan menderma darah. Menurut Dr. al-Syarbasi: Ramai ulama berpendapat, jika pesakit itu memerlukan darah untuk meneruksan hayatnya, maka harus memindahkan darah daripada badan orang yang sihat kepada badan orang yang memerlukannya( rujuk Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, Islam & Manusia, 1001 Kemusykilan. m/s 302). Namun menderma kepada Kafir Harbi ( kafir yang menentang islam), adalah tidak harus pada pandangan ulama. Sebab ia umpama menjual senjata kepada bukan islam, dan dipercayai ia akan disalahgunakan untuk memerangi umat islam.
Sedikit fakta tentang darah. Karl Landsteiner merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan jenis darah kepada A, B, AB dan O. Hasil kejayaan ini, beliau menerima Anugerah Nobel Perubatan pada tahun 1930.
Namun sebagai umat islam, kita jangan pernah melupakan Ibn Al-Nafis. Beliau meruapakn tokoh perubatan kelahiran Damsyik pada tahun 1210 Masihi itu. Sumbangan dalam ilmu perubatan dan dunia kedoktoran amatlah besar. Beliau merupakan orang pertama yang menemui saluran pembuluh darah di dalam badan manusia. Ini merupakan kejayaan terbesar setelah beliau mewakafkan hidup dan kehidupannya untuk menelaah dan mengkaji.
owh, baru tahu 14hb tuh hari menderma darah sedunia
ReplyDeletealhamdulillah, diberi peluang lebih 5 kali dah utk menderma darah
persoalannya, bagaiman kita nak pastikan darah yg kita derma disalurkan kepada orang yang betul,iaitu saudara seagama.
Rasanya, di Malysia, kita pegang pada prinsip menderma untuk orang yang memerlukan je lah kan? Semoga mereka dapat melangsungkan kehidpuan dgn lebih baik
Assalam shameel..
ReplyDeleteseumur hidup kak ida tak pernah derma darah..sebab rasanya mcm tak cukup je darah nk derma..kak ida pengidap tekanan darah rendah..apakah kemungkinan tidak boleh derma darah..wallahua'lam..
betapa hebatnya Ilmuwan Islam..semuanya pasti terkandung dalam ALQURAN yg mengajar org Islam mengkaji dan mencari.
penaberkala.
ReplyDeleteTak semestinya sdra seagama , org kafir pun boleh didermakan darah dan organ lain asalkan mereka bukan golongan harbi( jelas menentang islam). mrk ni termasulah tenetra israel yg sedang ganyang umat islam di palestin. utk kafir zimmi pula, adalah diharuskan, malah ramai juga ulama berpendapat mrk juga boleh diberi zakat.
Rasanya di Malaysia ni, kewujduan kafir harbi x ketara, jika mrk menghina islam( melalui perkataan sekalipun) itu adalah disebabkan salah faham semata-mata.
nyanyisunyi.
ReplyDeletetakpe kak ida kalau memudaratkan badan kita tak perlu menderma. ttg ilmuan islam tu, mmg pernah muncul ilmuna yg hebat dlm pelbagai bidang dlm dunia islam satu masa dahulu, terutamanya zaman bani umaiyyah dan abbasiyah. tika tu barat masih lagi mundur, iaitu zaman gelap.
kebanyakannya mmg bermula dari umat islam, tapi nama selalu dapat pada mereka yg kuffar itu..
ReplyDeletep/s : encik shameel tahu tak macam mana nak contact abang pacifist? hilang2 saja dia tu..
baru-baru ni, dah masuk 7 kali derma darah. Ni baru saya tahu 14Jun merupakan hari derma darah sedunia..
ReplyDeletederma darah ni mcm ketagih kan shameel? Allahualam....
Macy.
ReplyDeleteSaya pun tak tau mcm mana nk contact Pacifist tu. Dia kerap menghilang sekarang ni.Dah hampir sbln dia tah update blog setelah 6 bln menghilang.
Afida.
ReplyDeleteLebih byk dari saya rupoanya Afida derma darah ni. hahah. Kata sesetngah org(metos jer) kalau derma darah boleh naikkan berat badan.
sejujurnya saya tak pernah lagi derma darah. takut jarum. haha
ReplyDeletetapi saya nak juga rasa pengalaman ni.
insya Allah tahun depan. sedikit motivasi dari encik shameel mungkin? :D
derma darah sangat mulia...
ReplyDeletedemi menyelamatkan nyawa insan yg memerlukan...
kasihredha.
ReplyDeleteBenar sekali kak, hari ni, bekalan darah kat mana-mana hospital amat berkurangan.
seminggu sekali.
ReplyDeletekena derma tu, tapi jgn sampai pengsan pulak. hahaha
TH ketagih derma darah.bila hemoglobin xckup ms nk derma kecewa tak terkata.huhuhu
ReplyDelete