Ini adalah sambungan daripada entry lepas : > sila klik SINI
Pada 31.Mei hingga 3 Jun 2011, saya sempat ke Jakarta dan Bandung . Ini merupakan kali kedua saya ke Indonesia , sesudah Jalan-Jalan ke Medan, , Sumatera Utara , pada tahun lepas. Sebenarnya tidak banyak tempat yang sempat dilawati memandangkan tempoh kunjungan yang agak terhad, empat hari sahaja.
Sebaik sampai ke Soekarno–Hatta International Airport , saya dan rakan-rakan terus ke Bandung. Jarak antara Jakarta ke Bandung taklah jauh sangat, saya dimaklumkan sekitar 120KM sahaja, tapi kerana kesesakan jalan raya, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama. Jakarta dihuni oleh 20 juta orang ( rakyat Malaysia pula, secara keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah, hanyalah sekitar 27 juta orang), cuba bayangkan betapa kroniknya kesesakan jalan raya sekiranya 20% daripada penghuninya keluar ke ibu kota Indonesia itu. Keluar untuk berlibur,berwisata, membeli belah, urusan kerja atau apa sahaja, pasti sahaja mengundang kesesakan jalan raya yang ketara.
(Tangkuban Parahu)
Bandung dikenali juga dengan gelaran Paris van Java, iaitu "Paris di Jawa", Maaf, saya tidak bisa ngerti maksud disebalik ungkapan ini. Bandung teletak di Jawa Barat dan majoriti penduduknya adalah etnik Sunda dan juga Jawa. Tangkuban Parahu merupakan lokasi pelancongan yang terkenal di Bandung. Ia merupakan kawah gunung berapi, saya tak pasti adakah ia masih aktif ataupun tidak. Ada cerita di sebalik Tangkuban Parahu, cerita legenda Sangkuriang, yang jatuh cinta dengan ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya yang ingin mengahwininya, Dayang Sumbi mensyaratkan Sangkuriang membuat sebuah perahu. Kerana usahanya gagal, Sangkuriang marah lantas menendang perahu itu, perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Mitos semata-mata macam kisah Puteri Santubong kat Sarawak juga.
Walau apapun, yang mengundang pesona saya sepanjang di Bandung, ialah sawah padinya yang ditanam secara berteres,. Landskap yang mustahil untuk kita tatapi di Malaysia. Sungguh, ia benar-benar menarik dan menawan. Saya yang sukakan keindahan alam terpana dengan keindahan itu.
(Penjual Angklong,
alat muzik etnik Sunda)
Berbicara tentang Jakarta pula, kami mulakan dengan mengunjungi Monumen Nasional ( MONAS). MONAS merupakan monumen kebanggaan rakyat Indonesia dan dibina untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda. Dengan ketinggian 132 meter dan puncaknya pula diperbuat daripada emas tulen, saya difahamkan ketika era pemerintahan Sukarno dan Suharto, segala bangunan yang ingin dibina di Jakarta ditegah daripada mengatasi ketinggian MONAS. Tapi, kini semuanya berubah lantaran modenisasi yang melanda Jakarta.
Best, kan? kakchik pun baru balik dari sana.
ReplyDeleteseronok ye shameel jln2....korea bila pulak?
ReplyDeletewah ! nice..belum ada rezeki untuk ke sana.insyaAllah , someday :)
ReplyDeletekakchik@ella.
ReplyDeleteBestlh jugak bila jalan2 sekali sekala. dpt rehat2kn diri dri penat kerja.
Otak.
ReplyDeleteInsha-Allah ada rezeki dan peluang nnt.
penDragon.
ReplyDeleteKorea tu mcm x jadilh sbb member2 senyap jer.Mayb thn dpn kot.
wahhh shameel, dah dua kali pergi sana. Saya masih belum berpeluang pun lagi nak pergi... ..;)
ReplyDeletelain kali nak pergi jangan lupa ajak eh.. he he
wah best2..tak pernah lg sampai indonesia..huhu
ReplyDeletewaa...menarik tu.mn souvenirnye??eheheh
ReplyDeletetp skg merancang utk ke thailand.melawat nenek kt sana.
indonesia bila ada rezeki lah
Afida.
ReplyDeleteKe jakarta & bandung baru sekali jer. Dulu ke medan kt sumatera utara
アヌム ちゃん.
ReplyDeleteTerima kasih tas kunjungan. kt Jepun lagi best sebenarnya. Teringin sekali sy nak ke Jepun, tapi hanya smapai kt beijing jer
Titisan Hujan.
ReplyDeleteSoveniernya ada jer. hahah. nenek org Thailand ke? nak pegi jakarta ni kalau tym tiket murah ok jer. rm200 jer gi dan balik
wah. seronoknya.
ReplyDeleteharap nanti ada rezeki utk ke sana juga.
planning ada, utk tengok gunung berapi. huhu
um, macy nak cmpare taman mini tu pn macy tak tahu. duduk di melaka tapi belum pernah sampai.. huhu
Macy.
ReplyDeleteinsha-Allah, ada rezeki dan peluang nnt dptlah Macy ke Jakarta. Trbru sy dpt tau gng tangkuban Parahu ni masih aktif lagi dan masih diawasi oleh kerajaan Indonesia. Nape tak prnh pegi taman mini malaysia kt melaka tu, alang2 dok melaka baik kenal2 seluruh melaka.
wah... tak pernah lagi pegi jakarta... bandung shera pegi tahun lepas...
ReplyDeleteShera.
ReplyDeletebandung pun best jugakkn, rasanya bandung tu bandar ke 4 terbesar kt indoneisa selps jakarta, surabaya dan medan.
seronok dapat berjalan tengok negara orang.. semoga ada rezeki saya utk jenguk negara luar.. :)
ReplyDeleteahli gigi?
ReplyDeletehehe
yang tak ada gigi macam mana, bro?
boleh diterima menjadi ahli?
lain padang lain belalang
Fiqas.
ReplyDeleteInsha-Allah dpt nnt jenguk dan jejak negara luar bila ada rezeki dan peluang. Lagipun ke Jakarta ni murah jer.
tehr.
ReplyDeletehahaha, sy rasa ahli gigitu merujuk kpd doktor gigi. Kat sini tandas pun dipanggil kamar kecil. benar tu lain padang lain belalang.
bestnyer dpt ke negara org...
ReplyDeletenice pic
Pernah ke Bandung namun tidak sempat menjejakkan kaki ke Tangkuban Perahu tu...huaaaaaaa....Tour Guide Penipu..
ReplyDeleteuwaaaa....jalan tak ajaaaak!!! ha ha
ReplyDeletejauh berjalan luas pemandangan :)
wahh seronoknya...
ReplyDeletedah lama teringin nak ke Bandung tp belum kesampaian :(
This post has been removed by the author.
ReplyDeleteliyana
ReplyDeleteTrima kasih ats kunjungan. Best jugak jalan2 sekali sekala.
Eye_nee.
ReplyDeleteCainnya, klau tak sampai Tangkuban Parahu, mcm x lengkap gi ke bandung.Tour Guide mana yg menipu tu. Kena lapor tu spy pengguna boleh hati2.
apple hijau.
ReplyDeletehahah, betul tu, pengalaman dpt dikutip spnjng perjalanan dan pemerhatian trhdap sosiobudaya sesuatu tmpt yg dikunjungi.
Miecyber.
ReplyDeleteAgak menarik jugak dpt lihat2 tmpt org
meowwmania.
ReplyDeleteInsha-Allah, akan kesampaian nnt. Amin.
i love Bandung..
ReplyDeleteSyurga beli belah... :D
Tambah sket citer Tangkuban Parahu tu...si ibu mensyaratkan anaknya menyiapkan perahu sebelum subuh..Dan anaknya hampir berjaya menyiapkan perahu tersebut tapi si ibunya menggunakan kesaktian membuatkan semua ayam2 berkokok seolah2 subuh sudah menjelma...
Cik SHiNJU.
ReplyDeleteWah detail sekali criter ttg Tangkuban Parahu tu. hehe. Sy pun dpt tahu bila tgk criter lagenda dri indonesia yg disiarkn kt tv3 tym cuti sekolah tu.
Benar skli Bandung tu syurga beli belah. Bandung juga kota fesyen di Indoensia.
aku pernah je makan mee bandung..tak dapat pergi sane pun tak pe..haha
ReplyDeleteTapak Kaki.
ReplyDeleteKalu mkm mee bandung dgn air bandung pun dah kira ok dah. haha. Trima kasih yer ats kunjungan.
Seronoknyaa dpt gi jln2 ke sana.. tak tau ler bila saya dpt sampai ke sana plak.. insyallah kalau ada rezeki nak ler pegi.. :)
ReplyDeleteRinna.
ReplyDeleteInsha-Allah, ada rezeki nnt dptlh Rinna ke jakarta & bandung. Lagipun tiket flightnya taklah mahal. kalau booking awal2 RM200 jer pergi dan balik
brasa nak ke sana la...
ReplyDeleteuuu kecek pon doh srupo indon
jakarta tak pernah sampai lagi.. cuma sampai bandung saja.. bestnya tgk gambar2 di sini..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletejakarta pernah sampai dulu...
seronoknye pergi trip kat jakarta dengan bandung :))
ReplyDeletehaha . yang pasang gigi kawat tu siyes kelakar.
cemomoi.
ReplyDeleteautomatik pandai kecek indon bila gi sana. hahaha
Hanis Azla.
ReplyDeleteDah sampai Bandung kira ok dah sbb kt Bandung byk tmpt menarik brbanding jakarta
sekamar rindu.
ReplyDeleteTentu byk perubahannya kn. Mcm KL tym sy kerja kilang dulu( tunggu resukt SPM), jauh brbeza dgn KL skrg.
syaza kelyza.
ReplyDeletebanayak lagi perkataan yg agak lawak kt sana, Kamar kecil( tandas)dan mcm2 lagi
hye.
ReplyDeletetravel to bandung n jakarta ye?
mmg best:) byk shopping? atau wisata budaya shja??
lots of things we can learn bila berada di tangkuban perahu n also taman mini indonesia, jakarta:)
had been there for several times:)
----->answering ur question: yes, i'm kelantanesse mixed with aceh, indonesia.
FIFIEY LYCHEE MARATION.
ReplyDeleteSy ke sana sekadar wisata budaya sahaja. Baru saya tahu awk ni mix kelantan & Acheh.
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......... shaaaaameeeeeelll,, kenapa ga bilang mau ke bandung?? mia kan di bandung tuuuh hahahaha,,, :))
ReplyDeletekapan nak ke indonesia lagi??
KucingTengil.
ReplyDeleteNanti jika mahu ke Bandung lagi saya bilang sama Mia. Bulan disember nanti, mungkin saya ke Sumatera Barat, sekitar padang pula.
Indonesia indah kan, sobat?
ReplyDeleteloopdreamer - Puisi Pemimpi.
ReplyDeleteTerlalu indah sebenarnya sahabat. Saya teringin pergi lagi ke indonesia,dan kalau boleh saya ingin mengenali indonesia dengan lebih dekat. Kangen sama Bandung dan Jakarta.