Sunday, 26 June 2011

Allah Tidak Pernah Penat



Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Allah Tidak Pernah Penat

Hadith :
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

(al-Bukhari)



Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.


Rujukan ; E-Hadith JAKIM





p/s= Jutaan maaf, streamyx saya buat hal sejak semalam,Jadi saya tidak dapat BW. Sekarang ni saya buat kunjungan dari dari kedai mamak.

11 comments:

  1. Assalamualaikum Shameel,

    Biar mengikut kemampuan diri tapi istiqamah dalam beribadat kepada Allah.

    ReplyDelete
  2. kalau allah penat maka ape akan jadi pada dunia ini..

    ReplyDelete
  3. Bersederhana sememangnya amalan yg mulia...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..
    perkongsian ilmu yg bermanfaat..

    erkk..kat kedai mamak ke..sama tak password wifi tu mcm n3 saya..hehe

    ReplyDelete
  5. sedang melatih diri utk bersederhana dlm sgala aspek wlau keadaan persekitaran terlalu menduga..

    ReplyDelete
  6. Wasatiah dalam kehidupan...

    cuma saya tersentap dengar satu kisah ni...ceritanya lebih kurang begini kisah kasihnya seorang ibu terhadap anaknya...

    Ibu ini melakukan ibadat siang malam, tanpa penat..bila orang bertanya, kenapa beliau melakukan ibadat sebegitu rupa..dia kata, supaya Allah kasih kepadanya, dan supaya kasih itu akan tersebar kepada anaknya..subhanaAllah...

    dipetik dari cerita Dr Muhaya..Allahualam..

    ReplyDelete
  7. semoga mamak tuan kedai mamak tu mendpt kerbekatan-Nya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Bersederhana dalam segala hal, itulah yang terbaik. Terima kasih berkongsi.

    Sabar juga menghadapi streamyx yang buat hal, itu satu keperluan dan merupakan sebahagian iman.

    ReplyDelete
  9. wah, sungguh entry yang baik untuk memperkaya pemahaman..

    ReplyDelete
  10. thanks
    sama2 berpesan ke arah kebaikan dan kesejahteraan

    ReplyDelete
  11. Bersederhanalah..
    point yg sy dpt dr entri ini..
    InsyaAllah :D

    ReplyDelete