Pernah saya nyatakan dalam entry saya yang lepas, iaitu entry tentang Malcolm X, sesungguhnya hidup ini persis perlawanan bola sepak. Disebabkan piala FA baru berakhir semalam dengan kejayaan yang berpihak kepada pasukan Terengganu. Tahniah saya ucapkan kepada pemain dan penyokong Terengganu. Sejujurnya, saya sedikit kecewa dengan kekalahan Kelantan, kecewa sebab Kelantan tewas hanya beberapa detik ( lebih kurang seminit rasanya sebelum wisel penamat ditiupkan). Tapi disebabkan bukan rezeki Kelantan, pemain Kelantan pula tersilap hingga terjaring gol sendiri, hingga menatijahkan masa tambahan lantas menatijahkan kekalahan buat Kelantan. Cukup setakat itu, ia telah menjadi sejarah dalam dunia bola sepak tempatan. Cuma pengajaran dari bola sepak yang ingin saya perkatakan di sini mengajar kita. Pengajaran yang kita perolehi apabila menonton bola sepak dengan mata hati yang suci.
(Sebahagian daripada penyokong Kelantan ketika
final Piala Malaysia tahun 2010.
Gambar dari blog Milo Suam.)
final Piala Malaysia tahun 2010.
Gambar dari blog Milo Suam.)
HANYA DIA YANG TAHU CERITA KITA SAMPAI HABIS. Ya, hanya DIA, iaitu Allah. Sesungguhhnya dalam hidup ini kerap kali kita dihidangkan dengan realiti di luar duga. Kekadang permulaan yang baik, tapi pengakhiran pula tidak baik. Begitu juga sebaliknya, permulaan yang tidak baik, tapi pengakhirannya pula baik. Benar sekali, hidup ini persis perlawanan bola sepak, separuh masa pertama teruk ketinggalan, tapi separuh masa kedua pula, mampu bangkit dan memenangi perlawanan. Walau apa jua situasi, penilaian yang diberi adalah berdasarkan titik noktah atau pengakhiran sesebuah kehidupan atau perjuangan. Titik noktah inilah yang menatijahkan penilaian, sama ada berbentuk pujian mahupun kejian.( saya sekadar mengulang kembali sebahagian dari bicara yang saya ungkapkan dalam entry bertajuk Malcolm X)
Sejarah telah menjilidkan, kisah sebuah permulaan yang keji tetapi berakhir dengan pengakhiran yang terpuji. Kisah pelacur yang membantu menghilangkan dahaga seekor anjing dan juga kisah taubat seorang pembunuh yang kejam( yang telah melakukan 100 pembunuhan). Dalam kedua-dua kes ini, jelas sekali betapa kejinya si pelacur dan si pembunuh. Si pelacur yang keji menolong binatang yang hina, namun syurga sebagai natijahnya. Begitu juga si pembunuh yang belum lagi memulakan ibadat tetapi sekadar mengatur langkah dan menyusun jejak ke arah redha Tuhan dan tiba-tiba disapa ajal, namun tetap dianugerahkan syurga.
Dan sejarah juga turut menjilidkan perkara yang sebaliknya, iaitu permulaan yang terpuji tetapi berakhir dengan pengakhiran yang keji. Lihat sahaja kisah si abid yang telah memilih arak kerana pujuk rayu syaitan. Akhirnya, si abid itu, telah melakukan kesalahan tiga serangkai( minum arak, merogol dan membunuh). Lagi malang, akhir hayatnya pula si abid itu tunduk kepada Syaitan.
Sesungguhnya hati kita ini boleh berbolak balik.Inilah yang kita bimbang. Dan sesungguhnya iman pula ada turun dan naiknya, inilah yang kita runsing. Bimbang dan runsing, andainya ketika ‘wisel penamat dibunyikan’ denyup nadi dan degup jantung kita terhenti sebagai seorang yang tewas. Tewas dalam berakidah dan beragama.
“Oh! Tuhan yang membalikkan segala hati, tetapkanlahlah hatiku terhadap agama-Mu.
p/s = maaf jika entry agak caca marba. Saya baru sampai dari Kelantan. Bertolak di kampung sekitar pukul 3 petang dan sampai Perak lebih kurang pukul Sembilan malam.

takut pula aku menunggu wisel penamat
ReplyDeleteadakah aku akan menang atau akan kalah
moga2 aku tetap di jalan yang lurus dan menang
Allahuakbar...sungguhla semuaNya sudah ketetapan Dia.. moga2 kita tetap berada di jalan Dia tika 'wisel penamat' ditiupkan. insyaAllah..
ReplyDeleteshameel,adat bermain bola. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Bola itu kan bulat;)
shameel....sebuah N3 yg menginsafkan! Teruskan usahamu itu shameel...sama2 kita melakukan kebaikan...
ReplyDeleten3 yang baik ni eeelok juga kena peringatkan diri kita slalu supaya tak asyik nak tunding jari kat orang... kekadang pak imam dia dok rasa akan jadik imam sampai ke sudah, si maksiat akan mati dalam kefasikan... kat situ syaitan menyelinap menjadikan abid berasa ego, si maksiat putus asa dari rahmat Allah
ReplyDeletetahniah le klate bule gak naik pentas...
tehr.
ReplyDeleteharap2 ketika wisel penamat dibunyikan, kita mampu jadi pemenang. menang dlm beragama dan berakidah.
Pendragon.
ReplyDeleteSekadar ingat mengingatkan sesama kita.
Afida.
ReplyDeleteItulah harapan dan doa agar sentiasa di jalan DIA hingga wisel penamat ditiup.
Cemomoi.
ReplyDeleteDisebabkan hnaya DIA yg tahu ceriter kita samapai habis, mari kita bermohon agar penghabisan kita adalah happy ending
sungguh menginsafkan daku
ReplyDelete