Thursday, 30 June 2011

Kajol berhati kering.



KOTA BHARU: “Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.
Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.
Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinyinya.
DOSA Kajol bukan setakat menjadi Mak Nyah, tapiu lebih teruk dari itu kerana mengisitharkan dirinya sebagai bukan islam.

HUKUM LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN WANITA MENYERUPAI LELAKI.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


Keterangan/Hujah:

Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) :

Rujukan : E-Fatwa

Info Tambahan:
Lagu-lagu Kajol , lihat SINI dan SINI







21 comments:

  1. umat akhir zaman.. berani buat itu berani buat ini..

    macy ni teruk betul tak tahu pn pasal ni..

    ReplyDelete
  2. agama tolak ke tepi.... sedih betul

    ReplyDelete
  3. Macy.
    Org2 mcm nilh yg merosakkan imej dikir barat sebagai seni budaya. dahlah mak nyah, mengakau bkn islam pulak.

    ReplyDelete
  4. atie @ ejay.
    Manusia yg sesat sanggup ketepikan agama demi wang.

    ReplyDelete
  5. Kesian kat dia ni, harap2 dia sempat bertaubat dan kembali kepada Islam sebelum mati.

    kalau tak..neraka jahanam la selama-lamanya buat dia.. nauzubillahiminzaalik..

    ReplyDelete
  6. Afida Anuar.
    Harap2 begitulkh. mudah2an dia kembali ke pangkal jalan, sbb pengakuan dia tu boleh membawa murtad

    ReplyDelete
  7. menunggu masa untuk dicerahkan penglihatan zahir batin dia..

    semoga dia akan mendapat pengajaran dari Allah s.w.t yang mampu mengembalikan dia ke jalan benar..

    dia perlukan bimbingan dari pihak berwajib..isu ni harus dicegah dengan sebaik-baiknya..:)

    ReplyDelete
  8. moga dia dpt petunjuk dari Allah hendaknya~

    ReplyDelete
  9. oowhh..nie ke kajol 2...smoga dia insaf...amin.

    ReplyDelete
  10. kajol?hehe..
    ingat pelakon hindustan..wee
    xtau pun kewujudan die..huhu
    siap jadi penyanyi eh..

    ReplyDelete
  11. lohhh kajol ni ke? tak berapa nak kajol pun...

    tapi dgr2 cerita dia ni agak femes kat kelantan.

    ReplyDelete
  12. allahuakbar..
    kenapalah sampai jadi mcm ni..
    semoga dia diberi petunjuk oleh yg maha esa..

    ReplyDelete
  13. Syuxer.
    Benar tu syuxer, ia perlu diselesaiakn dgn baik sbb sudah melibatkan soal akidah.

    ReplyDelete
  14. Izan Ishak.
    Sama2lh kita doakan agar hidayah mengetuk pintu hatinya.

    ReplyDelete
  15. nairaariaa.
    Yer inilah kajol yg popular tu samapi mengalahkan kajol bollywood. sama2lh kita doakan agar dia kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  16. Zulfikar Hazri.
    Kajol ni mmg femes di klngan peminat dikir barat berirama bollywood kt kelantan.

    ReplyDelete
  17. Wanie .
    Glamour kajol ni mnegalahkan kajol bollywood tau.

    ReplyDelete
  18. nurkass.
    yg dia jadi mak nyah tu saya krg terkilan, tapi yg dia mengistiharkn diri sebagai bkn islam, itu amat saya kesali.

    ReplyDelete
  19. semua terlibat
    penyanyi, penonton dan juga penganjur

    dan aku tak minat pun dia ni

    ReplyDelete
  20. tehr.
    sesiapa sahaja yg redha dgn kajol akn turut menangung dosa.

    saya pun x minat si kajol ni.

    ReplyDelete
  21. as salam..
    memang tahap kritikal

    =_="


    nak tunggu saat roh berpisah dari nyawa agaknya

    >_<

    2.Isra' Mikraj Dari Sudut Teori Saintifik Albert Eistein

    ReplyDelete