Friday 4 June 2010

BOIKOT (usaha kerdil tapi AMAT BERMAKNA).

(Zionis laknatullah, gambar ciplak dgn izin dari blog Yuni Aisyah)


Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam. Pelita( lampu lagi bagus) dan kunang-kunang sama-sama menyumbang cahaya, cuma berbeza tahap kecerahannya. Cahaya yang dilampiaskan oleh kunang-kunang memang terlalu kerdil, tapi ia jauh lebih baik daripada gelita tanpa sebarang cahaya. Boikot produk Yahudi atau produk yang menyokong rejim Zionis, memanglah usaha yang kerdil. Tapi, ia jauh lebih bermakna daripada tidak buat apa-apa. Jauh lebih bererti berbanding sekadar berdiam diri menerima berita duka atau hanya bersedih menatap episod derita yang sering diulang tayang di kaca TV dan dada akhbar.

Mungkin ada yang berkata, kempen boikot ini hanya sia-sia dan tidak memberi apa-apa makna. Lebih sinis, ada yang berkata, ia umpama menabur sesudu gula ke lautan yang luas. Mustahil dapat memaniskan atau menghilangkan kemasinan lautan yang Maha Masin itu.




(Kekejaman Zionis, gambar ciplak dgn izin dri blog Yuni Aisyah)


Benar , kisah melankolik di bumi Palestin sukar untuk dinoktahkan selagi tiada usaha yang bersepadu dan menyeluruh dari semua pihak. Selagi negara-negara islam belum bersatu, selagi itulah sengsara akan menyelubungi bumi Palestin saban waktu . Bersamalah kita berdoa agar muncul wira-wira Muslim yang segagah, seberani dan sebijak juga sealim Sallahudin al-Ayubbi (Saladin). Tapi persoalannya, cukupkah sekadar berdoa sambil menunggu detik itu menjelma. Berdoa dan mengharap tanpa sebarang usaha, tidak akan memberi sebarang makna. Seperti saya katakan tadi, kempen boikot ini satu usaha yang kerdil namun amat bermakna dari langsung tidak berbuat apa-apa. Biar kita jadi kunang-kunang andainya tak mampu jadi pelita. Biarlah ikhtiar kita hanya setitik walaupun tidak selaut, ia jauh lebih bermakna daripada langsung tiada. PALING PENTING , usaha kerdil ini mendapat tempat di sisi-NYA. Dalam Surah Az-Zalzalah, ayat ke- 7, Allah telah berjanji akan mengurniakan balasan pahala terhadap amalan-amalan yang kerdil meskipun sekerdil zarah. Jadi biarlah kerdil asalkan ada nilai di sisi-NYA.



( Demontrasi anti- Israel )



Saya ingin berkongsi satu cerita. Cerita ini cukup mahsyur, namun saya tidak pasti kesahihannya. Kepada sahabat yang lebih arif rujuklah kitab-kitab yang muktabar. Seingat saya, ia hanya kisah Israiliyyat( namun ada sebuah hadis seakan-akan membenarkan kisah ini. Hadis yang turut dimuatkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsirnya, Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim).

Begini ceritanya, Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”



(Tugu Peringatan Sallahudin al-Ayubbi di Damsyik)


Jadi, bukanlah persoalan berjaya atau gagal mengalahkan Israel yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita perkatakan. Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana. Saya tak nafikan, kita tak mampu boikot keseluruhan produk tersebut. Sebab sesetengahnya kita amat perlu lantaran tiada alternatif buat masa ini. Perisian komputer antaranya, kita masih lagi bertaraf pengguna yang setia. Jadi, setelah menimbang di atas neraca iman dan islam, dan setelah menilai manfaat dan mudarat maka ia dapat kita manfaatkan untuk kegemilangan islam. Ia berupaya dimanipulasikan sebagai senjata untuk berjihad. ( akan saya perincikan dalam entry akan datang).


( Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi)

Tentang kempen boikot, ia telah lama dimulakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Bukan setakat memboikot produk Yahudi tetapi "memboikot" Baitul Maqdis. Qaradawi telah memfatwakan haram menziarahi Masjidil Aqsa buat masa sekarang ini. Pada mulanya, ramai yang terkejut dengan fatwa itu, maklumlah Masjidil Aqsa itu tempat suci( kiblat pertama umat islam) dan masjid yang mulia sesudah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tapi, Qaradawi yang bijak membaca situasi dan memahami dengan mendalam akan fiqh semasa telah mengeluarkan fawa dengan penuh bijaksana. Apa tidaknya, tergila-gilakan pahala sunat kita telah melakukan pembunuhan tanpa sedar. Wang yang kita belanjakan untuk ke Masjidil Aqsa, termasuklah penginapan, makan dan minum semuanya akan memewahakn Zionis Israel. Wang itu pula digunakan untk membeli senjata bagi membunuh umat islam Palaestin. Secara tak langsung, kita telah membunuh saudara seagama atas nama ibadat sunat.




( As-Syahid Shiekh Ahmad Yassin yang dibunuh kejam oleh tentera Israel)

Sebelum menoktahkan entry ini, cuba tanya pada hati. Berapa banyak sudah wang yang kita laburkan untuk Israel membeli senjata bagi membunuh umat islam Palestin. Bermula dari peristiwa Shatila dan Sabra, pembunuhan terhadap Izzudin al-Qassam, Sheikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz al-Rantisi hinggalah ke hari ini, termasuklah pembunuhan ke atas aktivis misi kemanusiaan ke Gaza.




( Takbir!! Allahu Akbar, laungkan kalimah keramat ini)













32 comments:

  1. As-Syahid Shiekh Ahmad Yassin tu berkerusi roda kan??kne serangan roket heli israel..kalu xclap

    ReplyDelete
  2. salam..terlalu sedih dan pasti menitiskan airmata setiap kali membaca dan melihat kekejaman yg dilakukan terhadap kanak2 dan rakyat Palastine..

    Benar apa yg anda katakan..tk mungkin kita berjaya memboikot kesemua brgan yg berkaitan dgn Israel laknaatullah..namun kita berusaha untuk memboikot mana yg mampu....usaha kita yg sbesar zarrah itulah akan diperhitungkan kelak di Sana nanti..

    mudah2an negara palastine bebas dr cengkaman zionis klaknatullah.

    ReplyDelete
  3. Luffy= Ya, As-syahid sheikh Ahmad Yassin berkerusi roda. Dia lumpuh dan mati ditembak melalui udara oleh tentera israel laknatullah.

    ReplyDelete
  4. Idalara= Kak Ida, sama2lah panjatkan doa agar kerajaan haram Zionis itu akan hancur dan Palestin kembali ke pangkuan umat islam

    ReplyDelete
  5. Sayu dan sedih bila memikirkan kesengsaraan yang ditangung umat Islam Palestin..lama sungguh mereka menangung derita dan ketakutan angkara rejim Zionis laknatullah..

    Benar sungguh apa yg diperkatakan oleh shameel bekenaan boikot barangan yahudi...dengan cara itu saja yang mampu kita lakukan untuk membantu palestin selain dari berdoa..

    Jadi marilah kita beramai-ramai memboikot barangan keluaran Yahudi.

    ReplyDelete
  6. Allah,terkesan sungguh membaca en3 anda,

    saya sudah mula memboikot barangan2 yahudi laknatullah,tetapi sayangnya kekadang hanya sementara..mengikut musim gitu..bila timbul isu2 begini,barulah saya optimis mahu memboikot..tp pada waktu lain,saya masih berselera ddgn mcd..hoho..astaghfirullah!

    ~doakan kita semua istiqamah ya..

    ReplyDelete
  7. Yuni = Betul tu, mari kita boikot produk yahudi setakat yg mampu.

    Tukang kata= Trima kasih sudi tinggalkan komen. sama2lh kita istiqamah menentang yahudi dgn cara memboikot secara berterusan.

    ReplyDelete
  8. salam ...

    terkesan di hati dengan entri ni..

    "Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam" merenung kembali diri sendiri sejauh mana usaha yg sudah trlaksana :(

    em,dengan memboikot barang mereka juga dpt jadi wasilah utk kita bantu usahawan seagama kita dalam meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka.

    ReplyDelete
  9. Melatydaisy= Diharap usahawan kita dapat mengantikan peranan syarikat2 yg pro-yahudi. Mcm KFC telah ada alternatifnya, iaitu RFC(Radic Fried Chicken)tp malangnya ia terhad dan terbatas.

    ReplyDelete
  10. salam ziarah sahabat saya setuju berapa peratus yg ada.marilah kita berjihad secara menyeluruh(holistik).walaupun usaha kita nampak kecil disisi manusia,moga besar disisi Allah.mudahan usaha yg kecil memberi impak yg besar dimasa depan.utk mengajak mengangkat senjata masih jauh kerana utk memboikot pun banyak suara sinis kedengaran.apa yg penting penerangan harus dilipatgandakan ttg masalah palestin dan umat islam di seluruh dunia ttg kepentingan berjihad.berjihadlah dgn segala kekuatan dan ruang.

    ReplyDelete
  11. memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidu

    ReplyDelete
  12. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

    ReplyDelete
  13. salam ziarah..
    entry dan cerita yg amat menarik..
    betul, tidak kira sekecil mana usaha kita, sekurang kurangnya kita ada juga usahanya. bukannya berkata tidak, kerana yakin tidak mbawa sebarang kesan.. sikit2 boikot pn lama-lama akan terkesan juga..

    ReplyDelete
  14. kunang-kunang kalau berhimpun seribu pasti dapat menandingi cahaya pelita.. tapi kalau duduk sahaja memerhati dengan simpati orang islam akan terus dibunuh tanpa pembelaan walau sekelumit, sementara pembunuhan terus berleluasa kenapa kita perlu berpeluk tubuh.. bukankah perjanjian kita bahawa orang islam bersaudara...

    lakukanlah sesuatu walau sekcil manapun kerana jika kita bersatu pasti ada jalan kemenangan, cuma cepat atau lambat sahaja

    ReplyDelete
  15. Pacifist= Benar kata saudara, sesetengah pendakwah hanya menyeru kpd jihad menentang hawa nafsu. sebenarnya status hadis ini masih lagi dipertikaikan oleh ulama2 hadis.


    Kepada org yg asyik bercakap ttg jihad hawa nafsu, mereka buta fakta. Pada zaman Nabi dan sahabat telah berlaku bebrapa jihad qital. Takde larangan ke arah itu dan tiada seruan pun agar jihad hawa nafsu.

    Dulu semasa ikhwan muslimin pimipinan hassan al-banna melancarkan jihad ke atas negara haram zionis, ada juga memperlekehkan seruan jihad suci itu. Begitu juga ketika Dr Abdullah Azam, melancarkan jihad di Afghanistan ramai pendakwah yg jahil sejarah menyeru agar Dr Abdullah Azam mengutamakan jihad nafsu.

    Malah perjuangan Hamas turut diperlekehkan. Ada yg menyarankan agar jihad ilmu diutamakan di Palsetin. tapi yg mengemukakan cadangan itu amat banggang, sebab situasi di Palestin tidak memungkinkan jihad ilmu dan jihad ekonomi. Situasi di sana hanya hanya mengizinkan jihad qital.


    Sekudrat yg mampu dan sedaya yang boleh, kita akan berjihad menentang rejim zionis. Tak mampu dg nsenjata, marilah kita boikot dahulu produknya.

    ReplyDelete
  16. Macy= betul tu, walaupun kerdil tapi jika berterusan dan berjemaah ia mampu menjadi kuat. Sebagaimana titis- titisan hujan yang berterusan akan mendatangkan banjir. Jom boikot produk Yahudi.

    ReplyDelete
  17. Cemomoi = saya bersutuju dgn pendapat sahabat. Betul kalau beribu-ribu kunang-kunang bersatu ia mampu menandingi cerahnya pelita. Memang boikot adalah usaha kerdil tapi ia akan menjadi kuat andainya dilakukan secara berterusan dan berjemaah. Umpama titis-titis hujan nadainya berterusan dlm jangka masa yg panjang pasti mendatangkan banjir.

    Buat permulaan mari kita pulau produk Yahudi sekudrat yang mampu dan seupaya yg boleh.


    TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR.

    ReplyDelete
  18. israel ni mmg manusia paling bodoh dlm dunia ni!

    pengecut dayus sume ade

    dah tau kalo org tu pakai kusi roda, dah tau palestin sana tkde senjata mcm dorg, dah tau budak kecik tkde kudrat mcm diorg, pegi serang jugak....

    nmpk sgt bacul penakut...
    cilake!!!!!


    kalau berani lawan dgn org yg sama2 kuat ah bodoh!
    arghhhhhhh aku geram...!

    hahhahahaha sory emo

    ReplyDelete
  19. Jane = Tahniah, semangat perjuangan anda begitu tinggi. Ini yg islam mahu. Memang zionis bahlul, dunggu lagi pengecut. Moga Allah melaknati zionis laknatullah.

    ReplyDelete
  20. Di Indonesia khususnya di bandung, udah marak memboikot produk israel spt MCD sejak tahun lalu. skrg MCD udah ga ada lagi di Bandung. tapi ga tau deh, di kota2 lainnya bagaimana.

    Semoga Allah menegakkan kebenaran di tanah Palestina. Amieeeen...

    ReplyDelete
  21. trime kasih sudi singgah dan anta komen di blog sy :-)..selamat bebloging..blog anda hebat..byk info yg menarik

    ReplyDelete
  22. salam shameel,
    Benar tu... sekurang-kurangnya apabila disoal di hadapan Allah Taala di akhirat kelak, kita akan dapat menjawab dengan fasih apa sumbangan kita.

    ReplyDelete
  23. salam shameel,
    terima kasih share cerita2 ini
    saya juga mungkin seperti kunang2
    atau entah tak berkelip langsung
    nak boikot barang2 pun kejab on off
    lemahnya saya..
    saya harap saya kembali kuat dalam menentang laknat yahudi ini
    saya sangat2 respek mana2 individu yg ihklas berjuang demi islam

    jom kawan2
    henti kan merokok
    hentikan ke mcd, kfc
    henti kan beli barang2 yahudi dan usa

    ReplyDelete
  24. Kucing Tengil= Tahniah saya ucapkan kerana umat islam di Indonesia telah mengajar zionis dengan begitu hebat hinggakan tiada lagi MCD di Kota Bandung.

    Alhamdulillah, Indonesia yang mempunyai penduduk teramai di dunia mempunyai kekuatan untuk memboikot produk zionis Yahudi.

    Insya-Allah, di Malaysia juga produk Yahudi akan menemui ajalnya.

    ReplyDelete
  25. Shahromnasrudin =Syukran sudi dtg dan komen kat blog ana. salam ukhwah fillah dari saya.

    ReplyDelete
  26. Abah= Betul tu Abah, kelak bila berada di mahkamah keadilan Allah, kita dapat menjawab yg kita telah berusaha dan tidak berpeluk tubuh. Soal berjaya atau gagal adalah soal yang kedua. Tapi, soal perjuangan, itulah yg kita perkatakan.

    ReplyDelete
  27. Kak biru= usaha kerdil tapi jika berterusan pasti menjadi kuat. kalau beribu2 kunang2 berkumpul pasti cahayannya mengalahkan pelita. umpama titis-titis hujan yg amat kecil, tapi jika berlarutan pasti mendatangkan banjir,

    ReplyDelete
  28. slm
    setuju dgn kamu boikot jln terbaik...
    =)

    jom singgah komen entri baru blog sy =)

    ReplyDelete
  29. hancurkan israel..hancurkan mereka yg masih berdiri bersama israel...

    ReplyDelete
  30. Kejam giler Israel ni....

    ReplyDelete
  31. MissXYZ= Trima kasih dusi dg dan komen kt entry ini. sama2 kita menentang rejim Yahudi setakat yg termampu

    ReplyDelete
  32. si para-para= saya bersetuju dgn sahbat. bukan sahaja zinois tpi mrk yg bersma Zionis harus ditentang.

    webmaster@Echam= Rejim zionus mmg kejam. sangat2 kejam. Hnaya jihad dpt mengajar mereka. Berunding dgn mereka hnayalah perbuatan yg sia-sia.

    ReplyDelete