Monday 7 June 2010

Hanya 93.2% rakyat Malaysia yang tahu MEMBACA




Mungkin ramai yang terkejut apabila membaca Utusan Malaysia Semalam (7. jun. 2010 ). Ini berdasarkan kajian Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 2007/2008. Lebih hebat lagi, secara puratanya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sahaja setahun. Angka ini memeng boleh dibanggakan kalau kita bandingkan dengan negara-negara seperti Timor Laste, Papua New Guinea dan Kenya. Hahaha, pemimpin kitakan selalu membuat perbandingan macam ni bila nak menaikkan harga gula dan petrol.

Tenatng isu pembacaan ini , saya teringat kepada pembacaan yang lalu. Pernah dahulu, saya terbaca sebuah Majalah( namanya Majalah al-Fununiyah) yang diterbitkan oleh sebuah institusi pondok di Kelantan ( pondok Tunjung yang dikendalikan oleh Tuan Guru Haji Ghazali - setahu saya , beliau sudah meninggal dunia). Saya amat tertarik dengan sebuah rencana dalam majalah tersbut. Ok, saya perturunkan di sini.

Monshe Dayan, bekas perdana menteri Israel telah menyatakan perancangan Israel kepada awam secara bertulis (saya lupa , sama ada di akhbar atau buku ). Perbuatannya ini ditegur oleh beberapa pemimpin-pemimpin zionis yang lain. Namun , dengan tenang dia menjawab, “Usah risau kerana mereka tidak pandai membaca. Kalau pandai membaca pun mereka tidak suka membaca. Kalau mereka baca pun mereka tak faham apa mereka baca. Kalau faham pun mereka tak kan buat apa-apa.”

Nah! Itu satu tamparan hebat dari pemimpin rejim Zionis terhadap umat islam. Monshe Dayan dah tahu umat islam sekarang sudah tidak menghayati roh Iqra’ yang dinyatakan dalam wahyu yang pertama Al-‘Alaq.









Kembali kepada situasi di Malaysia. Daripada jumlah 93.2% yang membaca itu, masih lagi saya tertanya-tanya. Tentanya-tanya tentang apa yang dibaca. Selaku seorang pendidik, saban tahun saya menyaksikan terdapat pelajar-pelajar tingkatan 5, yang masih di tahap ‘cucu kura-kura’ dari segi kelancaran pembacaannya. Saya tidak bercerita tentang situasi di perkampungan orang asli, tidak juga nun jauh di pedalaman, tapi di pinggir BANDARAYA IPOH PERAK. Malah yang buta hurufpun masih ada walaupun sudah berusia 17 tahun. Lagi malang, berdasarkan pengalaman saya menjadi pengawas SPM, ramai benar calon-calon SPM yang hanya menulis namanya dan nama couplenya pada setiap ruangan jawapan untuk soalan struktur. Kalau soalan objektif pula, dari soalan no 1 hingga 60, kesemua jawapannya adalah A.

Lagi tentang budaya membaca. Sepatutnya ada diet dalam pembacaan. Mana yang harus diutamakan , mana yang harus dikesampingkan dan mana yang harus diketepikan. Di Malaysia ini, majalah berunsur lucah(seksi-menyeksi, cabul- mencabul. Liwat- meliwat, rogol- merogol) dan tahyul( tentang jin, puaka, jembalang dari kubur, anak toyol) amat laris malah terhangat di pasaran. Majalah ilmiah, tiada ruang untukmu. Majalah Massa dan Dian, antara mangsa korban kerana ia tidak bercerita tentang gossip artis, tak memaparkan isu seks dan tak memperkatakan isu toyol dan jembalang.

Kita bercerita pula tentang bahan paling utama yang perlu dibaca. Sebagai umat islam, tentu sahaja Al-Quran. Sudah berapa lama antara kita yang tak membaca Al-Quran dengan alasan sibuk dan takde masa(Itu sekadar baca, belum lagi tentang tafsir,), Tapi, tiap-tiap pagi boleh pula baca surat khabar. Pelikkan!.

Al-Quran ada 6,236 ayat, itu kata Dr abdul Razak Abu Chik ( seoarang pensyarah bahasa Arab di IPGM Raja Melewar dan juga kolumnis kenali bahasa Al-Quran di Utusan Malaysia, juga tetamu Haiya bil Arabiah di IKIM fm, dan bekas penerima anugerah maulidur rasul peringkat kebangsaan). Tentang pendapat yang mengatakan Al-Quran mengandungi 6,666 ayat, ia dipertikaikan oleh kebanyakkan ulama. Di Malaysia, Ustaz Dato Abu Hassan Din al-Hafiz juga turut mempertikaikan angka 6666 itu.

Berdasarkan jumalah ayat dalam Al-Quran yang sekadar 6,236 itu. Maka ia boleh dihabiskan dalam tempoh 624 hari a.k.a 21 bulan a.k.a setahun 9 bulan, andainya ia dibaca sebanyak 10 ayat sehari. Ok, saya permudahkan lagi kaedahnya, selepas menunaikan setiap solat fardhu bacalah 2 ayat dari kitab suci Al-Quran ( ni malas tahap dewa). Jadi, 10 ayat dapat dibaca setelah menunaikan 5 solat fardhu (dari subuh sampai isyak). Namakan sahaja program ini sebagai IKS. Bukan Industri Kecil dan Sederhana tapi ILMU KECIL DAN SEDERHANA.


p/s= maaf banyak2 jka entry saya ini ada melukakan hati sahabat-sahabat blogger. Maaf juga sebab ia agak carca marba sebab ia ditulis ketika saya memanaskan enjin kereta untuk pulang ke Kelantan. Saya pulang ke kampung dahulu. Jumpa lagi yee.


22 comments:

  1. salam ..

    good entri sbg peringatan utk semua,
    paling trkesan dgn kata2 Monshe Dayan.

    smgoa prjalanan balik kg selamat :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    very good entry..
    betul, ramai umat Islam dah kurang mhayati roh iqra tu.. ilmu betul2 depan mata, lgsg tak hayati, lgsg tak amal..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Ini info menarik ni, kebetulan saya nak buat skrip amalan membaca. Dptlah menambah bahan cerita dlm skrip tu nanti...

    ReplyDelete
  4. sian kat mjlh yg jadik mangsa tu..


    yg mls tahap dewa.. tu mmg sesuai nan sy kot.. huk3..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah anda..
    moga sihat selalu
    bagaimanalah nak
    capai 100% ye?
    جزاك اللهُ خيراً‎

    ReplyDelete
  6. Salam Shameel..

    '' Tau Membaca Jambatan ilmu..tidak tau membaca Jambatan dungu ''..

    ReplyDelete
  7. Pedih dgn kata-kata Monshe Dayan tu....

    ReplyDelete
  8. nice entry

    kena amik iktibar dr kata-kata Monshe Dayan tuh

    ReplyDelete
  9. entah la.. apa masdalah orang kita ni tak tau nak kata... berbuih mulut bercakap camtu gak yang herannya bila nak didik anak-anak pon liat semacam je bebudak ni, orang kata kepimpinan melalui tauuladan, takde maknanya

    ReplyDelete
  10. haha.. bertuah la kalau dapat baca buku 2 bijik setahun. aidi-safuan baca buku untuk study jer. :P

    ReplyDelete
  11. Well said shameel...

    btw memang itu kenyataan...itu hakikat..sangat mendukakan..saya pun mungkin tak terkecuali..

    PS: cabaran nak habiskan 50buku setahun tahun ni mungkin tak tercapai..alahaii...

    ReplyDelete
  12. salam shameel,
    abah tabik spring bila shameel boleh menghasilkan artikel yang baik sebegini sambil memanaskan enjin kereta aje...

    selamat balik kampung...

    ReplyDelete
  13. betul ler fakta tue....aku dalam setahun cuma baca 3 buku jer...kalu komik tue banyak ler..nice entry..

    ReplyDelete
  14. selalu hani baca novel je la..

    ReplyDelete
  15. entry yg bagus..
    gud job..(^_^)

    anyway, kirim sale ko ore2 klate tu yea..hehe

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah sahabat..

    Kupasan ttg 'budaya mmbca' yg mnarik!

    Thx.. Keep it up!

    ReplyDelete
  17. Terima kasih smeua kepada para sahabat yang meninalkan komen. Dah seminggu saya tak on9. rumah saya kt kampung takde stremyx. Hari ni pun sambil2 jalan2 kt pngkalan chepa sy singah kt kopitiam9yg ni halaldan milik melayu ) dpn universiti malaysia kelantan.

    ReplyDelete
  18. salam..
    entry yg sgt2 bagus...
    byk membaca bacaan buku2 ilmiah, motivasi dan pengetahuan dpt meningkatkan dan menajamkan daya pemikiran kita..

    ReplyDelete