Monday 21 June 2010

uzlah SEKETIKA

( Pengkalan Kubor, sempadan Thailand)

Rasanya hampir dua minggu saya menyepi dari dunia blog, lantaran bercuti kat kampung di Bachok Kelantan. Sepanjang menguzlahkan diri dari dunia blog, seakan-akan terhenti xtvt singgah menyinggah, ziarah menziarah, jenguk menjenguk, klik mengelik , follow memollow dan yang seerti dengannya.Tentang selatan Thailand, dulu saya redah suke suki jer ke sana. Tapi sejak peristiwa berdarah di Takbai, saya sudah tidak berani untuk ke sana sesuka hati. Dulu, nak beli jeans dan mercun, maka saya redah selatan Thailand( Takbai). Tembak menembak memang dah berkurangan berbanding tahun 2004- 2005, namun sesekali ia tetap berlaku. Risau takut sesekali itu, mangsanya adalah kita. Jadi tak payah menaggung risiko.

(Patung Budha/etnik Siam kat Tumpat)

Pada mulanya, saya dan rakan-rakan bercadang nak mencadat sotong kat Marang Terengganu, tapi terpaksa dibatalkan sebab masalah tertentu. Jadi, Saya manfaatkan cuti dua minggu untuk jalan2 sekitar Kelantan. Seperti biasa setiap kali musim cuti sekolah, maka ramailah orang berkunjung ke Kelantan. Kat Dataran Al-Quran berderet bas dari negeri-negeri lain yang parkir kat situ. Kat pasar borong wakaf che yeh pun begitu, berlambak pengunjung-pengunjung dari luar Kelantan yang datang berkunjung. Kesesakan jalan raya memang merimaskan, tambahan lagi Muktamar PAS turut diadakan di Kelantan kali ini, termasuklah di Kelantan Trade Centre ( muktamar Dewan Pemuda PAS), MADU di Machang (muktamar Dewan Ulama PAS), dan Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan(PUTIK) Pengkalan Chepa (muktamar yang lain2).


(Dataran Al-Quran Kota Bharu, ni gambar lama,2004)


(Kemasin Bachok)



(Memancing kat Kemasin Bachok)


(Pantai Irama Bachok)

Kata kawan saya, untuk menyegarkan mata selain guna produk PERMATA HIJRAH, boleh juga dengan melihat laut yang membiru. Tapi yg jelas, kawan saya bukannya lihat laut yang membiru tapi lihat anak-anak dara bermain ombak. Jujur, saya akui, kaedah ini juga dapat menyihatkan mata.


(Pantai Irama Bachok)

Dulu, pantai irama adalah tempat terdamparnya mayat-mayat pelarian Vietnam. Mereka melarikan diri melalui jalan laut kerana pergoalakn politik di sana. Dalam perjalanan mereka dirompak oleh lanun dari Thailand, lalu enjin bot dicuri, perempuan dirogol, makanan dan harta benda dirampas. Pelarian itu akan mati setelah beberapa hari dilautan kerana tiada bekalan makanan dan tidak boleh meneruskan perjalnan kerana enjin botnya telah dirampas lanun dari Thailand. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja mayat pelarian Vietnam yang terdampar kat pantai irama. Malah pernah suatu ketika, segelintir orang- orang Bachok tak makan ikan yang di tangkap di laut sebab pernah dilaporkan terdapat sisa-sisa daging manusia( pelarian Vietnam) dalam sesetengah perut ikan yang ditangkap.



(Mandi manda kat Pantai Irama Bachok)

Tika sedang asyik bermain2 ombak, saya dikejutkan dengan kehadiran naggota polis dan bomba. Ruap-rupanya ada mayat yang ditemui terapung di laut. Tapi ia bukannya mangsa lemas,tapi mayat yang dihanyutkan entah dari mana. Maaf saya tidak rakam mayat itu demi menghormatinya.


20 comments:

  1. salam..


    oo bestnye bercuti..pegi pntai pulak tu..

    bile agknye dpt pegi pntai..huhu..


    smile :)

    ReplyDelete
  2. cantik kelantan...tak pernah sampai lagi..teringin nak bercuti di sana pulak.

    ReplyDelete
  3. tot-tot kecik= umah saya lebih kurang 7 km jer dri pantai.

    ReplyDelete
  4. sweetsal = Trima kasih sudi bertnadang dan komen kt cni. Tak prnh sampai kelantan? Takpe, ada masa nnt dtglah. Kdtgn anda dialu2kan. Cuma tyme cuti sekolah dan musim raya, jalan agak jem kat kelantan trutamnaya kt KB, pngkalan kubor, rantau panjang, sekitar kubnag kerian dan pasar borong wakaf che yeh. Jem sbb anak2 kelantan yg kerja kt luar akan pulang dan org2 luar kelnatan akan datang berkunjung.

    ReplyDelete
  5. Salam shameel...

    anak teruna tengok anak-anak dara bermain ombak menyegarkan mata yer....isk isk isk..hehe

    ReplyDelete
  6. haha.seram.tapi nak gak tengok.

    ReplyDelete
  7. Afida = hehehe, sesekali mencuci mata

    ReplyDelete
  8. akufobia= Sbnrnye ngeri kalau tgk mayat mangsa lemas. Kulit merekah dan pecah2.

    ReplyDelete
  9. setahun setengah dok klate sempat juga menjejak kasih cari sedara tapi baru jumpa tup! tup! kena pindah semula ke kl

    ReplyDelete
  10. cemomoi= Prnh dok kelate rupenye. dtglh lagi sbb ada sedara sana

    ReplyDelete
  11. alinac lover= Sy pun terkejut sbb boleh ada mayat . mungkin nelayan yg lemas kot dri thailand atau vietnam.

    ReplyDelete
  12. Bercuti.. seronok bercuti!
    Saya nak minta kebenaran untuk menyalin mana-mana kandungan yang ada dalam blog ini ...

    ReplyDelete
  13. salam alaik..

    sy ade jgk jalan2 kelantan cuti haritu,tgk kejohanan rugbi MSSM peringkat kbangsaan kt ipkb dekat2 PUTIK jgk, mmg sesak..tp dah lame x pegi pantai irama tu :)

    ReplyDelete
  14. hakikat= dgn lapang dada saya izinkan utk dicopy apa2 yg perlu kt blog saya utk dikongsi bersama. salam ukhwah dari saya

    ReplyDelete
  15. Melatidaisy = Msti minat rugbi kan. Pernah sampai pantai irama rupanya ukhti ye.

    ReplyDelete
  16. wahh...beshnyew dia bercuti...hehe...

    sy x pnah terserempak dengan kejadian jmp mayat sume ni...mintak elakla...sbb sy ni penakut cket...

    ReplyDelete
  17. shee = takut tgk mayat ye. hehe. sy pun takut tgk mayat mangsa lemas dan eksident, ngeri.

    ReplyDelete