Monday 28 June 2010

WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU

(kepada yang berada di Kelantan bolehlah menyaksikan)


Berbeza Haluan
Bersimpang jalan
Itu lumrah dan kelaziman
Bukan hari ini atau semalam
Tapi sejak zaman berzaman
Sejak manusia
mengenali hidup dan kehidupan
Sejak zaman
Habil dan Qabil putera Adam.

Satu ke kiri
Satu ke kanan
Satu ke utara
Satu ke selatan
Satu ke belakang
Satu ke depan

Masing-masing ada gagasan
Masing-masing ada wawasan
Cuma berbeza pendekatan

Perpaduan yang ingin dibina
Penyatuan yang ingin dicipta
Kita telah ada formulanya.
Formula yang lengkap dan sempurna.
Formula yang sifar dari cacat dan cela
Formula dari Yang Maha Esa
Formula dari Yang Maha Pencipta

P/S= Ini bukan entry politik. Saya tidak memperkatakan tentang politik demi empayar persahabatan dan wilayah persaudaraan yang terbina. Juga demi kelestarian ukhwah. Cuma saya berbicara tentang fakta yang terbentang dan terhidang. Lantas, saya hidangkan fakta-fakta itu untuk ‘santapan’ sahabat semua . Sahabat tidak dipinta untuk menikmati kesemuanya. Nikmati lah mengikut selera, kerna selera kita semua takkan sama. Cuma, pinta saya, cubalah sahabat ingat kembali, ketika sahabat sekeluarga memesan makanan kat restoran atau warung. Pasti sahaja berbeza hidangan yang dipinta. Kalau tujuh orang, besar kemungkinan tujuh menu yang berlainan. Ada yang meminta nasi goreng daging merah, ada yang meminta nasi goreng pattaya dan macam-macam lagi. Itu contoh yang paling asas betapa berbeza haluan dan bersimpang jalan adalah lumrah. Dalam soal makanpun dah berbeza, maka apatah lagi dalam soal siasah dan hal-hal penting yang melibatkan idealogi dan pegangan. Bebeza tidak salah asalkan tahu adab-adabnya.

Kata Laksamana Hang Tuah, “ Melayu Tidak Akan Hilang di Dunia”.

Betul ke? Harap-harap betul. Tapi harus diingat, sebab sejarah telah menjilidkan tetang kepupusan bangsa-bangsa yang dahulunya gah dan hebat( bacalah buku-buku karangan Harun Yahya, sahabat pasti akan memperolehi jawapannya)

Kata Allah(istilah Firman lagi tepat), “ Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah(agama islam) dengan mulut mereka, tapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”- Surah As-Saff ayat ke-8. Sahabat disaran menonton rakaman perdebatan yang melibatkan tokoh-tokoh perbandingan agama yang terkenal seperti Almarhum Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik. Lihatlah bagaimana cahaya Allah tak dapat ditewaskan oleh ‘mulut-mulut’ para musuh.

Kata-kata Allah pasti tepat dan benar. Lagipun sejarah juga telah menjilidkan semua ini. Lihat sahaja ketika peristiwa tentera monggol(Tartar) pimpinan Hulagu Khan menganyang Baghdad. Kalau ikut logik, agama islam dah berkubur dari dunia sebab ribuan umat islam telah dibunuh dengan kejam termasuk ulama-ulamanya. Tapi kerana janji ‘pemeliharaan’ dari Yang Maha Pencipta, maka islam terus bersinar dan tidak pernah malap cahayanya.

FORMULA PERPADUAN.

Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian pada tali Allah (agama islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.... (Surah A-li ‘Imraan, ayat 103)

Formula yang lengkap dan sempurna.
Formula yang sifar dari cacat dan cela
Formula dari Yang Maha Esa
Formula dari Yang Maha Pencipta.
( sengaja saya ulangi rangkap ini)

Berpegang teguh = merangkumi penyatuan dan perpaduan
Tali Allah = ialah Firman Allah ( kitabullah) dan sabda Nabi ( lebih tepat sunnah).

Perpaduan atas nama agama yang sepatutnya diusahakan. Dalam lipatan sejarah Melaka, terdapat peristiwa permusuhan bangsa walaupun seagama. Masing-masing ingin mendaulatkan bangsa masing-masing. Rujuk kes di Melaka ketika Tun Mutahir (berbangsa India-Muslim) menjadi Bendahara Melaka. Berlaku perpecahan antara orang Melayu dan India Muslim yang menganuti agama yang sama. Perpecahan yang mempercepatkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis ( dalam piala dunia saya turut meminati Portugal selain Argentina) pada tahun 1511.

p/s= Maaf jika bicara ini menguris hati dan mencalar perasaan. Bukan niat saya untuk merobek peraaan sahabat. Saya cuma berbicara berdasarkan fakta. Sekali lagi ditegaskan, ini bukanlah entry tentang politik.

39 comments:

  1. Alangkah indahnya jika Melayu hidup bersyariat,maka akan sedarlah mereka bahawa Islam itu bersaudara, tak kira kuning,perang,hitam mahupun putih Islam datang sebagai penyatuan ummah dan menjadi Ad-Deen....siapa Bilal Bin Rabbah?siapa Salman al-Farisi?Mereka bukan Arab Quraisy namun darjat mereka tinggi kerana Islam.....Sedarlah wahai Melayu tanpa Islam Melayu adalah haprak..............Maaf jika ada yang terasa namun ini adalah kenyataan.....Mana mungkin Melayu Mukmin dan Melayu Munafik bersatu.....

    ReplyDelete
  2. letak tepi kepentingan diri berpegang teguh dengan tali allah mencari keikhlasan dan ganjaran Allah insyaallah melayu bule bersatu

    ReplyDelete
  3. salam alaik akh,

    perbezaan itu adalah satu hikmah ciptaanNya.terima kasih utk entri2 yg sentiasa membuka minda.

    p/s: sy dah smpaikan salam kt student2 akh :)

    ReplyDelete
  4. entry yang mbuat maCy terikir fikir..

    ReplyDelete
  5. salam,
    alangkah indahnya Malaysia yang tercinta ini, jika orang Melayu bersatu...
    setulus harapan dari saya yang bukan Melayu.

    ReplyDelete
  6. Naim = Terima kasih sahabat atas komen. Secara pribadi, penyatuan atas nama agama adalah lebih aula berbanding penyatuan atas nama bangsa. Negara kita ada golongan mamak/india muslim, ada cina-muslim. Dasar yg dilaksanakan di negeri tertentu juga jabatan tertentu yg memberi ruang dan peluang kpd muslim bukan melayu harus dicontohi. Kita sering melaungkan ukhwah fillah. Itu bererti kita menjalin persaudaraan atas nama Allah dan bukan bangsa.

    p/s= ini pandangan pribadi saya

    ReplyDelete
  7. Cemomoi= itu juga harapan dan impian saya. Tapi spt saya nyatakan dalam entry saya , tali Allah ialah Al-Quran dan Sunnah. Selain itu kena juga ambil tahu ttg maqasid syariah dan bijak dalam siasah syariah.

    Dulu Malcom X berjuang atas nama muslim kulit hitam, tapi setelah pulang dari menunaikan haji kat Makkah, beliau mula memperjuangkan islam sejagat tanpa mengira warna kulit. dan ini juga salah satu faktor pembunuhannya.

    ReplyDelete
  8. Melayidaisy= Betul tu perbezaan adalah hikmah cuma pihak yg berbeza-berbeza itu tahu dan menghormati adat dalam perbezaan.

    ReplyDelete
  9. al-basri= Trima kasih atas komen dan pandnagan saudara. baru saya tahu saudara bukan melayu tapi saudara bumiputera sarawak kan. salam ukhwah dari saya.

    ReplyDelete
  10. Macy = Bagus Macy. Fikir dan renung nasib agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  11. kunjungan singkat :)
    semoga kawan sehat selalu :)

    ReplyDelete
  12. semoga Allah Al-Jami' akan sentiasa menyatukan kita semua insya'allah :)

    ReplyDelete
  13. keseharian Ra-Kun = trima kasih sahabat atas kunjungan. moga dalamn redha Allah selalu

    ReplyDelete
  14. Nur Su'aidah = Amin.. Mudahan, disatukan hati org2 Melayu( umat islam lebih tepat). Biar ada wehdatul fikr dan wehdatul 'amal sesama kita yg sebangsa dan seugama.

    ReplyDelete
  15. Salam ziarah..

    Yup, stuju2..
    Lumrah mnusia punya berbza citarasa dn pndpt, nmun itu xbermaksud kita prlu berpecah..

    Unite we stand, Divide we fall

    Ssungguhnya, 'iman'lah yg perlu mnjadi faktor penyatu kita (Qs. 49:10), bkn bangsa, dsr politik maupun jemaah. kerana iman tdk mengira smua prbezaan itu. spt mna sahabat2 dhulu yg bbeza kturunan, malah berbeza perwatakan (Umar-tegas, Abu Bakar-pengasih)..

    Membawa msyrkt kmbali pd Islam. Itu jwpnnya.. kn akh?

    Jzkk, nice one ^^

    ReplyDelete
  16. Slave of Almighty = syukran atas pandangan. ya, berbeza pendapat itu lumrah, sebab berbeza pendapat antara imam mujtahid maka wujudnya mazhab-mazhab dalam islam. Begitu juga dalam siasah.

    Ya, kembali kepada islam itulah jawapan kepada persoalan ini. Bersatu dan berpadu atas nama agama dan demi agama utk meraih redha Yang Maha Pencipta.

    ReplyDelete
  17. Mazru = Mudah-mudahan akan jadi realiti.

    ReplyDelete
  18. salam

    kalau semua kembali kepada alquran dan sunnah, insyaAllah...
    tapi masing2 ada cara fikir dan hala tuju...

    saya juga harapakan melayu bersatu ...

    ReplyDelete
  19. Kak blueCITY = samalah berdoa kak agar Melayu mampu bersatu. Bersatu atas nama agama.

    ReplyDelete
  20. Assalamualikum shameel..
    memang sukar menyatukan jika fahaman berbeza..namun kita tetap berdoa muga bangsa kita akan bersatu...

    ReplyDelete
  21. Kak Ida= Wa'alaikummussalam. Terima kasih kak ida atas komen yg diberi. memang fahaman berbeza tetapi ada satu titik persamaan yg amat ketara. Iaitu agama yg satu.

    memang mustahil utk mencari kata sepakat dlm smmeua urusan. Zaman sahabat sahabat dahulu pun sudah berbeza pandnagan sesama mereka termasuklah antara antara ibn umar dan ibn Abbas.


    Malah peperangan antara Saidina Ali dan Muawiyyah juga kerna ada perbezaan pandangan sedangkan kedua-duanya adalah sahabat Nabi s.a.w yg tersohor.

    Yg pasti menoktahkan perbezaan adalah mustahil, cuma jurang perbezaan yang dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  22. salam,

    Bersatu teguh, bercerai runtuh. Agaknyala bila sudah roboh baru nak bersatu semula.

    Seperti sejarah 13 Mei 1969...takkan kita mahu ianya berulang.

    ReplyDelete
  23. ahmad humairi = Betul kata cikgu. Bersatu teguh bercerai roboh. atas kehancuran kota Melaka kitab bina jiwa merdeka.

    ReplyDelete
  24. bagus! semua pihak ada untuk bincangkan pasal perkara nih. tahniah pada organizer sebab dapat kumpulkan semua pihak yang berkenaan untuk kupas topik nih. tahniah!

    cam besh jer. tapi jauh la plak nak pergi. :(

    ReplyDelete
  25. ikutlah mereka yang mengikut al quran dan sunnah nabi sebagai panduan..insyaAllah kita sesekali tidak akan sesat..

    ReplyDelete
  26. Aidi Sufian= Forum spt ni sepatutnya diadakan selalu. Lag ibagus kalau media arsu perdana mcm RTM turut menganjurkan. Ttg forum kt Kota Bharu tu, ia dianjurkan oleh kerajaa Negeri Kelantan dgn kerjasama beberapa pihak yg lain. Jom dtg lah menyaksikan.

    ReplyDelete
  27. si para-para = Al-Quran dan sunnah sebagai penyatu antara pihak2 yg berselisih. Dlm Al-Quran pun ada menyebut ..... jika berlaku perselisihan maka kembalilah kpd Allah dan Rasul(surah an nisa' ayat 59)

    ReplyDelete
  28. salam ziarah.

    ayat macam bahas politik tapi bila dah membaca, saya mengerti. :D

    ReplyDelete
  29. mcm menarik jer
    =]
    jom ore kelate pakat gi jom

    ReplyDelete
  30. Balqis Shafika= Terima kasih sudi meninggalkan komen kt entry ini. Tahniah sebab memahami fokus saya dalam entry ini, iaitu ttg agenda penyatuan Melayu. tapi, penyatuan yg diharapkan adalah berlandaskan tali Allah ( agama )

    ReplyDelete
  31. syahira ariff= Memang menarik. Jom pakat gi ramai-ramai.

    ReplyDelete
  32. tiada yg lain:
    islam maha sempurna kerana anugerah dari yang maha sempurna!

    ReplyDelete
  33. piewahid =saya sangat bersetuju dgn saudara. Islam agama yg sempurna dan dianugerahkan oleh Allah Yang Maha Sempurna. Islam adalah formula yang sempurna dalam apa jua permasalahan yg melanda kerana sifatnya yang syumul.

    ReplyDelete
  34. salam sahabat petikan dr entri sy pd bln februari lalu.

    pepecahan dan kesatuan

    Sejak awal penciptaan manusia,telah terjadi perpecahan.Dinyatakan dalam satu firman Allah S.W.T yang bermaksud:
    "Telah Aku jadikan manusia itu berbilang bangsa dan suku kaum supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertakwa"
    Jadi perpecahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.pepecahan melangkaui sempadan negara,bangsa,agama dan lain-lain.Kita selalu mendegar seruan bersatu! bersatu! bersatu!,tetapi kesatuan kita atas dasar apa?Adakah kesatuan kita disebabkan oleh persamaan bangsa,negara dan agama?Manusia itu akan berhijrah kepada kumpulan @ kelompok yang mereka rasa cocok dengan jiwa dan fitrah mereka.Bukankah Allah berfirman"mereka yang bertakwa"?jadi penghijrahan yang paling baik adalah kepada kelompok yang bertakwa.Tiada satu negara,bangsa dan agama dalam dunia ini yang bersatu,kerana mereka semua mempunyai citra yang berbeza.Pepecahan yang sebenar adalah penghijrahan daripada yang batil kepada yang hak.Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab yang memperincikan perihal manusia yang beriman kepada seluruh isi kitabnya @ mengambil sebahagian daripadanya dan menolak sebahagiannya lagi.(mereka ini adalah golongan yang menurut hawa nafsu).Jadi kita semua di dalam golongan mana?Tepuk dada tanya iman.

    N/B: Tulisan ini bukan untuk menghukum sesama manusia,sekadar untuk berkongsi cetusan minda yang lahir di tengah-tengah kemelut umat.Sesungguhnya ilmu itu datang dari Allah.Nyatakan kebenaran walaupun pahit,kerana yang pahit itu boleh jadi ubat bagi yang mahu menerimanya.Setiap sesuatu ada jawapannya, bergantung kepada sesiapa yang mahu mencarinya.Jangan kita butakan mata dan pekakkan telinga kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapanNya nanti.

    ReplyDelete
  35. Pacifist= saya amat tertarik dgn tulisan sahabat yg ini

    .Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab

    kita sehaluan sahabat,sama-sama bersetuju agar agenda perpaduan dan penyatuan atas dasar agama dan bukannya bangsa dan puak .

    ReplyDelete
  36. abu muaz= Trima kasih sudi bertandang ke blog saya. Salam ukhwah juga dari saya.

    ReplyDelete
  37. mohon nyatakan buku harun yahya tu..saya berminat nak mendapatkannya..err.. kalau n3 politik pun apa salahnya.. sahabat mengupas isu ini dengan sangat baik..

    pada saya pula.. kejatuhan empayar kesultanan melayu melaka adalah berpunca daripada pemerintah yg mulai leka dan mulai meninggalkan sistem pemerintahan Islam yg dipegang kukuh oleh beberapa pemerintah sebelumnya.. sultan alauddin misalnya, dipercayai menjalankan pemerintahan ala umar abdul aziz..

    tapi sahabat, apa golongan pun, kalau lama sangat memerintah mulalah alpa dan mabuk dengan kuasa..eerrr.. mcm UMNO kot hihihi..

    ReplyDelete