Thursday 27 May 2010

seketika di MEDAN

( Gambar Sumatera Utara, gambar dari sahabat baik saya ,En. Google)
Sabtu dan ahad lepas (22-23 mei. 2010) saya ke Medan Indonesia. Sebenarnya tiada perancangan nak ke sana, ia secara tiba-tiba sahaja selepas kecewa kerana tak jadi ke Bangkok. Asalnya, saya dan beberapa orang rakan bercadang nak ke Bangkok pada bulan Jun ni. Tapi, beberapa orang rakan saya (termasuk yangg boleh berbahasa Siam dengan baik) telah menarik diri gara-gara bimbang kebangkitan BAJU MERAH berulang lagi.

Tentang Medan ni, disebabkan hanya dua hari saya ke sana, jadi tak banyaklah tempat yang sempat dilawati. Gambar yang saya snap pun sekitar bandar Medan dan Brastagi sahaja. Danau Toba dan Pulau Samosir yang cantikpun tak sempat pergi. Sebab belum ada entry baru jadi, layan ajelah gambar-gambar ni. Ingat nak minta gambar Danau Toba dan Pulau Samosir dari sahabat saya (en, google), tapi rasanya yang ni pun dah banyak. So, tak jadilah( kecuali gambar peta Sumatera Utara aje)




( Bersatu Berilmu Terus Maju )


( Lunch kat Restoran Garuda)

Paling kanan, itu pemandu kami. Muslim namanya, berketurunan Batak + Banjar. Kesian juga sama dia. Sebab gaji bulanan dia sekitar 400,000 rupiah sebulan( rm 140 )jer.





( Salah sebuah kedai a.k.a Toko menjual kain).

Sedang leka membelek kain, saya disapa seseorang. Demo dok kene ke ko tali pinge ni. tiga riyal jah ( Awak tak berkenan ke dengan tali pinggang ni. Tiga ringgit jer). Wow! Orang Indonesia pandai speaking Kelantan. Tak menghairankan sebenarnya, sebab sebelum ini saya dah jumpa orang Arab dan Afrika(negro) pandai kecek Kelate.





(Istana Maimun, Medan).

Istana ini adalah istana kebesaran Kesultanan Deli. Keluasannya 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan kesultanan Melayu Perak. Indonesia, adalah sebuah negara Republik. Jadi tiada Raja/Sultan yang berkuasa. Sultan / Raja sekadar lambang semata-mata.






( Brastagi )

Ini kawasan majoriti kaum Batak( selain danau Toba dan Pulau Samosir). Unik juga reka bentuk rumah/ bangunan suku kaum Batak( seperti kat dalam gambar yang sempat saya snap tu). Oops, saya lupa. Sepanjang perjalanan dari Medan ke Brastagi, banyak sekali warung babi panggang dan anjing panggang.





( Brastagi juga)




( Pun Brastagi)




(Pasar ikan Medan).

Walaupun bernama Pasar Ikan, tapi takde seekor ikan pun yang saya jumpa kat sini. Menurut cerita orang sini, dahulunya tempat ni adalah sebuah pasar ikan dan kini bertukar fungsi menjadi kedai kain.



Gambar ni saya letak kt sini sebagai janji dengan tauke kedai kain ni. Kalau saya dapat beli kain dengan harga yang murah, saya akan promosikan kedainya kat Malaysia. Jadi janji sudah ditepati. Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan( lagu Kami Guru Malaysia)


( Ni pemandangan luar kat Pasar Ikan)











































































47 comments:

  1. Izzah Al-Maliziyyah27 May 2010 at 23:08

    Assalamu'alaikum WBT. Tahniah sudah menjejakkan kaki ke tanah Medan. Kira pra percutian pertengahn semester la ya~

    ReplyDelete
  2. Norgadis= Seronak juga jalan2 hilangkan tension. hahaha

    ReplyDelete
  3. Izzah= Wa'alaikummussalam WBT. Hehehe, ye pra-percutian. Sbb cuti ni, nak gi mencadat sotong kt Trganu plak.

    ReplyDelete
  4. salam,

    seronoknye dpt peluang ziarah tempat org..jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman :)

    ReplyDelete
  5. salam

    best la travel cam ni kan... bile la gamak nya nak sampai sini...

    hmmm..

    ReplyDelete
  6. salam..

    bestnya gi medan........

    ReplyDelete
  7. Melaty= Best jugak jln2 cari pengalaman. Mmg byk beza kt Medan dgn Malaysia. Paling ketara ttg jalan raya. Jujur, kalo saya drive kt sana, hari2 ade yg kena langgar.

    ReplyDelete
  8. Sekamar rindu= Best juga sambil2 tgk budaya tmpat org

    ReplyDelete
  9. Uncle Joe= Travel tu best tapi masa yg singkat mybbkan penat bdn. hehehe. Dekat jer Medan( 55 minit jer flight dri LCCT).

    ReplyDelete
  10. tak pernah ag ke luar negara.. ermmm

    angjing n babi panggang??
    dowg mkn tu ke??
    ish3

    ReplyDelete
  11. ice juliette = takpe nnt awk bolehlah pergi. Medan tu dkt jer sbnarnye. 55 minit naik flight dri LCCT mcm ke Kota bharu juga( KB ambil masa 45 minit). Ke Kota Kinabalu lagi jauh, 2 jam 50 minit.

    Masyarakat batak yg non-muslim mkn babi dan anjing panggang.

    ReplyDelete
  12. wahh.. medan. ^^
    br taun lepas pegi sana.
    :D

    seronok kan? :D

    ReplyDelete
  13. Cik Kyla= Trima kasih sudi dtg dan komen. Mesti ade pergi Danau Toba kn. Saya x sempat nak pgi.

    ReplyDelete
  14. sekalikali coba ke sumatera barat :)

    ReplyDelete
  15. wah g medan ye..hik3

    seronokny ;))
    mknn dia best x?

    ReplyDelete
  16. keseharian Ra-Kun = Sumatera Barat tu ibu kotanya Padangkan. Insya-Allah satu masa nanti.

    ReplyDelete
  17. sugar2 kapas= Ye sy gi Medan sabtu lepas. Makanan dia oklh jugak. Kena plak masakan Minangkabau.

    ReplyDelete
  18. Salam..
    Seronok dpt pegi Medan.. kalau di sana, suami acik selalu belikan bika ambon, kuih dorayaki dan kek lapis.. sedapppp...

    ReplyDelete
  19. Acik= nak hilangkan boring bestlh jugak. Kuih lapis N bika ambon mmg sedap. ingat nak pgi lsgi, sbb blum sampai lagi danau toba

    ReplyDelete
  20. sonoknya...

    tak dpt pegi, dpt tgk pon jadilah yer huhuu~

    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  21. meowwmania = Terima ksih sudi datang dan tinggalkan komen. Nak ke Medan, dekat dan murah jer.

    ReplyDelete
  22. salam shameel,
    waaaaaaaaaaaaa..
    best kan dapat jalan2 tempat org pe lagi over c nun
    teringin gak g sini nanti
    huhuhu

    sihat ke dik?
    sori lama tak singgah
    kurang sihat la gamaknya ni

    ReplyDelete
  23. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Kak BlueCity = Bestlh jugak wat hilangkan boring. Alhamdulillah, saya sihat jer kak.

    ReplyDelete
  26. waaa menarik dapat pegi ni, camana makan ok ke.. kang nampak je pakai songkok rupanya bukan muslim

    ReplyDelete
  27. cemomoi= Mkn ok ke kalau kat hotel N restoran. Tapi kalau warung tepi jalan x brani nak makan. Kena ade pmandu pelncong baru senang kita tau restoran mana halal N mana tak. hehehe.

    ReplyDelete
  28. salam..
    pejalanan yang byk membawa
    pengertiannya tersendiri

    ReplyDelete
  29. zulkbo = Betul tu. Kenal2 tempat org cari pengalaman.

    ReplyDelete
  30. ❤ princess ❤29 May 2010 at 08:06

    jelesnya dia dah g medan.. wuwuwu

    ReplyDelete
  31. princess = Dekat jer Medan tu. Mcm dri KL ke KB jer. hehehe

    ReplyDelete
  32. pengalaman yang menarik.. tak tau bilalah ada peluang datang tempat tu..

    ReplyDelete
  33. saya tak sempat singgah danau toba la. ada la tgk kat puncak gundaling tu ^^ singgah puncak gundaling x?

    ReplyDelete
  34. kawe br perase demo pun ore klate jg. duk beris eh? dekat sgt la tu. hehe...

    ReplyDelete
  35. salam shameel,
    abah setakat ni cuma mampu pergi Kg. Medan PJ dan Medan Sate Kajang aje... Kesian abah...

    ReplyDelete
  36. jalan2 baca blog.. Bestnya tengok photo kat Medan tu.. Tiket mahal x ke sana? hehehe... kalu bleh thn... bila nk dtg candat sotong kat Ganu?

    ReplyDelete
  37. thnkz bro shameel! sbb letak gmbr kat indonesia ni! wlpn xdpt pegi dapat tgk pun dh gembira dh.. thnkz sudi2 berkongsi cerita! :)

    ReplyDelete
  38. kulanz= insya- Allah, dapatlah peluang tu. Menariklah jugak sebab dapat kenal budaya tempat org.

    ReplyDelete
  39. cik kyla= sy sempat juga ke puncak Gundaling tu, dkt Brastagikan.

    Ya, kawe oghe Beris kubor Besar Bachok. Demo oghe tumpat deh.

    ReplyDelete
  40. Abah= Takpe, ada masa nanti bolehlah pergi Medan. Kalau bkn musim cuti, tiket flightnye lebih murah berbanding time cuti. Pergi ari jumaat balik ari ahad.



    Angloko= Tiket taklah mahal sangat. Kami hari tu, tiket, hotel dan pemnadu dlm rm500. Candat sotong tu, rancangnya dalam minggu pertama cuti sekolah ni. Insya-Allah, kalau diizinkan Allah.


    Nick irfan= ye, sama-sama berkongsi pengalaman demi persahabatan.

    ReplyDelete
  41. salam shameel
    kak ida mng teringin nk ke medan tapi belum ada rezeki...bila tguk gmbr2 kt sini buat lg teruja nk ke sana.

    ReplyDelete
  42. idalara= hehehe, boleh sajer gi medan sbb dkt jer. Sy pun tringin nak prgi lagi sbb x smpt ke Danau Toba aritu.

    ReplyDelete
  43. 1 pengalaman yg indah utk dikongsikan~eiii...bestnya!

    ReplyDelete
  44. Iqbal= Terima kasih sudi bertnadang dan tinggalkan komen. Ya, berkongsi sesama blogger utk dimanfaatkan bersama

    ReplyDelete
  45. Aidi -Safuan= 400 ribu rupiah bersamaan Rm140. hehehe

    ReplyDelete