Friday 7 May 2010

Land Below The WIND (SABAH)

( Kat Mercu tanda kota Belud.)

Tinggi-tinggi gunung kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu,
tengok dari jauh,
hati saya rindu...

(petikan lirik lagu sayang kinabalu )

Seingat saya( maaf kalau silap dan tolong perbetulkan) istilah Land Below The Wind ini diperkenalkan oleh Agnes Newton Keith dalam bukunya berjudul Land Below The Wind, sekitar tahun 1939.
Tentang Kota Belud ni, ia terkenal dengan Tamu hari Ahad.
Kat sini banyak barangan dijual.


(bersama rakan2 kat pantai Bak-Bak Kudat)

Sekarang ni, Kudat terkenal dengan
Tanjung Simpang Mengayau.
Tapi, time saya pergi ni
lokasi itu belum popular lagi.
Jadi saya dan member2
sekadar ronda-ronda kat Pekan Kudat.

(Anak Kelantan kibarkan bendera Sabah)
Sabah tanahairku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi
Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka
(ni lagu negeri sabah)



(kat taman buaya sandakan)

Taman Buaya Sandakan merupakan taman
buaya
yang terbesar di Malaysia. Ia
memiliki lebih 3000 ekor reptilia itu di dalamnya.
Baka asli didapati daripada buaya liar
yang menghuni di sepanjang Sungai Kinabatangan.
Haiwan tersebut diternak untuk
mendapatkan kulitnya bagi membuat kasut dan beg



(Bersama rakan-rakan

di Pusat Pemeliharaan orang Utan
Sepilok, Sandakan)




(Bersama rakan-rakan ke
Pulau Gaya/Gayana Island Eco-Resort)

Pulau Gaya adalah antara pulau-pulau dalam

lingkungan Tunku Abdul Rahman Park,
Kota Kinabalu, Malaysia


( Bersama sahabatku kat Sandakan Memorial Park)

Tempat ni ada kaitan dengan
era pendudukan jepun
di bumi Sabah.







(Gambar seorang sumandak/gadis kadazan
yang saya snap kat Jambatan Tamparuli)


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku
(antara lirik lagu Jambatan Tamparuli)





( Ni tika mandi kat Sungai Kiulu Tamparuli)








Agama Kristian
aliran/mazhab Sevent Day Adventist
merupakan anutan
majoriti penduduk Tamparuli.
(Sila betulkan jika saya silap)










( Takde benda nak dirakamkan,
akhirnya perpustakaan
cawangan Tamparuli yang dirakam)







21 comments:

  1. dulu saya kerja kat sabah. ni gambar tika kerja kat sana.

    ReplyDelete
  2. wohaa..bestnyer
    1 hari nnti nak jugak pergi sabah

    ReplyDelete
  3. salam..

    sabah antara destinasi impian sy..hope 1 day dpt ke sana jgk..by best fren pon ramai yg dari sabah smpaikan sy dah bleh ckp sabah skit2 :) n lagu sayang kinabalu tu mmg feveret sy :) btw thanks 4 sharing ur experience ...barakallahu fik..

    ReplyDelete
  4. wah...sudah sampai sabah bah...heheh ~ teringin nak g gunung kinabalu ~

    ReplyDelete
  5. shazika= sellaulah jenguk web air asia dan MAS. Adakala dapat murah jer utk ke Kota Kinabalu. sabah memang menarik.


    Melatidaisy= Ada masa berkunjunglah ke sabah. Cuti-cuti Malaysia. Wah, minat juga ye lagu sayang kinabalu tu.

    p/s =bahasa kadazan /dusun yg paling saya ingat ialah MUHANG OKU DIKA =maksudnya ,saya suka awak.

    ReplyDelete
  6. Nur Hawa = sabah cantik dan menawan. Carilah ruang dan peluang utk ke sana. Alang2 sampai trus jer ke puncak tertinggi di Asia Tenggara(gunung kinabalu)

    ReplyDelete
  7. parents dah pnh sampai sane sebab ada sedara duk kat keningau...

    ReplyDelete
  8. saya hanya sekali jer sampai kat keningau. Lebih fokus ke Tuaran, Tamparuli, KK, dan sekitar pantai timur sabah spt Lahad Datu, Tawau, sandakan dna semporna.

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Pernah juga tinggal di Sabah (Papar) semasa arwah kakak acik baru mengandungkan anak sulungnya, tahun 1986 dulu.. Sempat juga jln2 hingga ke Nabawan..memang cantik.

    ReplyDelete
  10. Acik= 1986, dah lama tu. Nabawan saya x sempat pergi situ.

    ReplyDelete
  11. Uishh macam mana tu, anak kelantan boleh kibar bendera neg lain..ptut kibar bendera kelantan la..hehehe

    ReplyDelete
  12. Afida = hehehe. Ni semangat 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  13. bestnya g sabah... berangan nk pegi..tinggal sabah je tak jejak lagi...

    ReplyDelete
  14. Puteri = Tengok web air asia sllau. Adakalanya rm150 pergi dan balik dari LCCT ke KK

    ReplyDelete
  15. SABAHHH!! bangga jadi orang sabah. ngeh ngeh ngeh ;)

    ReplyDelete
  16. Athirah= Jom kita nyanyi lagu Sabah Tanah Airku

    ReplyDelete
  17. pernah sampai sabah tapi takde la sampai kota belud.sob.lain kali la pula.

    ReplyDelete
  18. akufobia= Bagi saya setiap inci tanah di bumi sabah adalah menarik utk dilawati. hehehe. promote sabah kat sini. Kalo pergi sabah, bagus juga ke tg simpang mengayau. tu hujung borneo dan pusat pertembunga natara laut sulu dan laut china selatan

    ReplyDelete
  19. cantik dan bersihnya Sungai Kiulu Tamparuli tu...bestnya kalau dapat berendam lama2..

    ReplyDelete
  20. pic ngah mencangkung lam sungai tu mc ngah melepaskan hajat jer...mihahah

    ReplyDelete