Sunday 14 March 2010

LENTERA PENYULUH BUANA

( Allahyarham Prof Dr Ismail Mohd Salleh )


Mereka akan PERKASA jika menjadi ORANG KUAT USAHA , namun, mereka akan kekal sebagai ORANG KURANG UPAYA, jika terus DIPERKOSA oleh persepsi negatif kita.

Agar OKU tiada nanar mencari haluan keluar. Kerana OKU juga mampu menjadi lentera yang menyuluh kamar buana. Lantas, entri lama ini saya paparkan semula. Lantaran teruja dengan kejayaaan adik-adik OKU dalam SPM yang lepas.

LELAKI ITU.
(Tentang Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh
yang telah dijemput Ilahi,
sebagai pedoman buat adik-adik OKU
dalam melayari hidup ini )

Lelaki Itu
Bukanlah Pengemis dan Peminta
Walaupun siangnya gelap
Meskipun malamnya gelita

Lelaki Itu
Bukanlah penagih simpati di kaki lima
Tapi pemberi ilmu yang setia
Menabur budi di puncak menara

Lelaki Itu
Tidak pernah mengalah dengan suratan yang menimpa
Tidak pernah tewas dengan peningkatan usia
Dia tetap gagah dan perkasa
Demi kecemerlangan bangsa
Demi kegemilangan Negara

Lelaki Itu
Contoh yang nyata
ORANG KURANG UPAYA
Mampu Berjaya dan Ternama
Jika menjadi
ORANG KUAT USAHA.

Shameel Iskandar
Pantai Irama
Bachok Kelantan.

18 comments:

  1. hay..Aku ciptakan sebuah lagu untuk mu sahabat.....koment ya...

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas komentar sahabat di blog saya...sungguh sangat berarti

    ReplyDelete
  3. thanx untuk sajak nie..
    betul2 memberi semangat..
    Harap keprihatinan berterusan..
    Sokongan ini semangat untuk OKU

    ReplyDelete
  4. lelaki itu lambang semangat,
    lelaki itu lambang kecekalan,
    lelaki itu lambang keberanian,
    lelaki itu lambang pengorbanan,

    bahawasanya kita ini sama di sisiNya,
    yang membezakan kita adalah ketakwaan kita,

    lelaki itu telah menunjukkan kita,
    kekurangan bukanlah halangan,
    selagi nyawa di kandung badan,
    budi dan daya ditabur jua.

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    m0ga kita dapat jadi lebih baik jua..dengan akal & kudrat fizikal yG sempurna..

    ReplyDelete
  6. salam..

    InsyaALLAH..dengan izinNYA,walau siapa pun kita,andai gigih berusaha.pasti akan adew ganjaran nya.Rezeki itu ade dimana2 semuanya dari ALLAH.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Sebak membaca artikel ini. Pemergian yang sukar dicari ganti........Perginya sebutir permata. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas rohnya. Amin.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Willyo Aisyah= sahabat memang berbakat. Lagu sahabat memang best. Jujur boleh nangis bila mendengarnya.

    Lina marlina= TerimA kasih sudi bagi komentar

    ReplyDelete
  9. mel dan Pacifist= negara telah kehilnagn sebutir permata. Walaupun cacat penglihatan tapi Allahyarham tetap "terang benderang" dlm pelbagai aspek.

    ReplyDelete
  10. Azrai,Arra dan roha= sepatutnya kita yg lebih sempurna fizikal mmapu mnajdi lebih sempurna kecemerlangan. Tapi, sayang ada yg sempurna fizikal tapi cacat akal. Terbaru kes dera/merantai seorg llaki OKU di Melaka. kejam dan tidak berprikemanusiaan.

    Sheikh Bin Bazz( mantan mufti arab saudi juga cacat penglihatan)

    ReplyDelete
  11. rangkap yg padu...
    al fatehah untuk yg telah pergi...
    kita pasti menyusuli...

    ReplyDelete
  12. Shameel,
    puisi ini menyentuh jiwa saya.

    ReplyDelete
  13. inallilah...

    perginy seorg yg byk berbakti
    sgt kagum dgn beliau

    ish rsa nk nangs la plk..huhu

    smoga rohny dcucuri rahmat

    ReplyDelete
  14. Para = yg kita akan menyusuli mereka nnti. Cuma bila dan di mana masih lagi mnjadi teka-teki.

    Albertus= Terima kasih sobat. puisi anda jugak sangat puitis

    ReplyDelete
  15. Fatin Fizlah & Sugar2 = Pemergian Allahyarham mmg satu kehilngan yg besar buat negara. saya bangga sebab beliau menjadi OKU yang 'perkasa'. Lag isaya bangga kerana beliau adalah org kelate

    ReplyDelete