Tuesday 30 March 2010

ayat-ayat CINTA


SERINGKALI kita lupa. Lupa akan ayat-ayat cinta yang begitu mengetarkan hati dan jiwa. Ayat-ayat cinta yang agak panjang (malah mungkin yang terpanjang) meskipun bukan berjela-jela. Bukan ayat-ayat cinta dari kekasih lama yang kini entah di mana, doakan sahaja kebahagiannya. Tapi, ayat-ayat cinta dari PENCIPTA kepada YANG DICIPTA. Ayat- ayat cinta yang dirakamkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 282, antara ayat terpanjang di dalam Al-Quran.

Hutang! itulah ayat-ayat cinta yang dimaksudkan. Kalimah yang mengundang gementar pada hati yang mengerti dan pada jiwa yang cakna. Betapa seriusnya persoalan hutang, hinggakan Allah s.w.t menjelaskannya dengan panjang lebar dalam kitab-Nya. Tetapi, harus juga diakui betapa sukarnya untuk menghindari hutang pada zaman sekarang. Ia seolah-olah satu kemestian untuk hidup. Apa tidaknya, tanpa berhutang dengan PTPTN, sudah tentu ramai yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Tanpa PTPTN, banyaklah mimpi-mimpi yang hancur. Tanpa PTPTN, banyaklah impian -impian yang lebur. Tanpa PTPTN, banyak hasrat-hasrat yang akan berkubur. Jujur! Tanpa PTPTN, gagasan yang ingin diukir dan wawasan yang bakal dilakar akan kekal terapung di wilayah ambisi.


Bagaimana pula dengan ‘masjid’ yang dimpikan. Jika tidak membuat pinjaman dengan mana-mana bank atau koperasi, pasti sukar untuk membina masjid yang diimpikan. Untuk menjadi raja sehari, bukanlah sedikit wang yang diperlukan. Baik wang hantaran mahupun untuk mengadakan walimah. Begitu juga dengan lain-lain urusan. Kesemuanya memerlukan biaya yang tinggi. Akibatnya, hidup dibayangi hutang. Walaupun setelah berbelas tahun ijab dan kabul, namun hutang masih lagi berbaki. Lagi malang, apabila usia hutang lebih panjang berbanding hayat rumah tangga yang didirikan.


Bagaimana pula dengan rumah untuk berlindung dan berteduh. Berlindung dan berteduh dari panas dan hujan. Urbanisasi dan modenisasi telah melonjakkan harga rumah. Hari ini, jarang benar harga rumah di bawah paras RM 100 ribu( yang pastinya membebankan golongan yang berpendapatan rendah). Hari ini lazimnya, 25 tahun diperlukan untuk melangsaikan hutang-hutang ‘habitat’ sementara ini. Ramai juga yang terpaksa berpindah ‘rumah’ sebelum sempat melunaskan hutang piutang rumahnya. Berpindah ke rumah yang lebih kecil dan sempit. Yang panjangnya sekitar tujuh atau lapan kaki. Lebar pula empat kaki dan dalamnya lebih kurang enam atau tujuh kaki. Tentang ‘rumah’ yang baru ini, Nabi s.a.w telah bersabda,“ Kubur itu satu taman dari taman-taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.”

Berhutang untuk melanjutkan pelajaran, perkahwinan dan membina rumah, juga untuk memiliki kenderaan yang sesuai adalah satu kemestian yang tak dapat dielakkan. Tapi, bagaimana pula dengan hutang-piutang yang lain? Hutang piutang yang disengajakan meskipun tidak ‘diwajibkan’ demi menjenamakan hidup. Risaunya kalau ditakdirkan mati sebelum sempat dilunaskan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dalam kitabnya Sunan al-Tirmizi, ada dinyatakan, roh orang mukmin yang mati akan tergantung lantaran hutangnya yang belum dijelaskan.

12 comments:

  1. hishhh nak menikah jangan berhutang dengan bank, nanti tak bule bayar, bank tarik susah aaaa

    hutang dah jadi keperluan, gamaknya dah bule istihar sebagai darurat

    ReplyDelete
  2. we should be thankful for what ever we have.

    have a nice day :)

    ReplyDelete
  3. Cemomoi= kalaulah bank boleh tarik bini mcm tarik kereta yg tak dibayar, kecoh betul jadinya.Hahaha. Betul pandangan awk, hutang dah jadi keperluan, dh mcm darurat dah sebab trpaksa berhutang. Tapi, hutasng untuk menjenamakan hidup atas perkara yg kurang atau tak perlu. ini yang boleh diatasi. Rakyat Malaysia, antara yg teramai meengunakn kad kredit. Ada juga yg muflis kerana kad kredit.

    Poet= Saya setuju dgn awk.

    ReplyDelete
  4. salam alaik akh..

    sy setuju ttg berhutang untuk perkara kemestian tu..mmg x dapat dielakkan.. tolerate a minor harm in order to avoid major harm..tp kalau nk berhutang untuk menjenamakan diri tu elok la di fikir2kan balik..lebih baik salurkan kepada hal2 yg lebih penting .. kena fikir masa depan :))

    terima kasih ats peringatan..lebih2 lagi sisipan hadith riwayat al Tarmizi di penghujung entri..sgt berkesan di jiwa..

    semoga dirahmati Allah selalu..

    ReplyDelete
  5. tiba2 terpk..cmner nk bayar hutang MARA nti.. huhu

    ReplyDelete
  6. what a coincidence,

    i semalam baca sebuah buku tak silap tajuknya "doa doa pembawa rezeki" or something like that...that book belongs to my mom and ada satu chapter pasal hutang...and most of ur entry psl hutang tu ada dalm buku tu....

    memaang btul tentang hutang piutang yang disengajakan...but sometimes we cant just avoid it...even though we know they are more than neceessities but u know lah kan human, dah ada itu nak ini plak...

    semoga saya dapat melunaskan hutang-hutang saya sebelum saya menutup mata...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..
    hmM..s0al hutang bukan bole dibuat main..walaupun ramai yg main2..
    keperluan hidup atas dunia nie terbahagi kepada tiga bahagian..
    kewajipan, keperluan, kesenangan..
    part nak senang tu tak payah la sampai nak berhutanG kan..bersederhana lebih baik..
    cukup lah ada rumah lindungi panas & hujan, tak perlu sampai bermewah melainkan sendiri ada kemampuan...

    ReplyDelete
  8. Melatidaisy= Btul tu drp berhutang utk perkara yg bukan2 lebih baik salurkan kpd hal2 yg lebih ptg. Lebih2 lagi utk mengindahkan masa depan.

    Sugar2 kapas= Hati2 sbb MARA sllau siarkan namastudent yg x bayar hutangnya kt paper. Malunyeee. tapi, inilah masalahnye, ramai kalangan member sy dh bertahun tamat belajar, tp kerja blum dpt. jd mcm mana nak bayar loan

    ReplyDelete
  9. fauzuskamarudin= allah bersifat Ar-Razzaq snetiasa memudahkan rezeki utk hambanya. Biarlah sedikit-sedikit mmebayar yg penting hutang mesti dilunaskan sebelum ajal menjelma(kalau tak, maka waris/keluarga kena selesaikan).

    Azrai= Betul tu, kena bezakan antara kewajipn, keperluan dan kesenangan. Dalam istilah ekonomi, antara kehendak dan keperluan.

    Keperluan kena penuhi, jd berhutang ke arah ini dah kira terpaksa dan amat perlu.

    Tapi, kehendak boleh ditangguhkan sehingga benar2 mmapu.

    Malang benar, sebab wp x mmapu ramai juga yg nak miliki rumah mewah. Malah ada sampai sanggup makan rasuah. Lagi besar dosanya.

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah menjaga kita dari hutang2 yang mengakibatkan keburukan dan kehinaan hidup dunia kahirat. Amieeeen

    ReplyDelete
  11. salam sahabat,
    ada yg tidak kena ttg pengekonomia Islam di Malaysia kerana masih bergantung dgn cara konvensional,yg menyebabkan kita terdedah dgn amalan riba.ekonomi jika diuruskan dgn betul,boleh menjadi senjata umat Islam.mungkin segala yg berlaku kerana tiada keberkatan dlm urusniaga yg dijalankan.dlm masalah hutang ini pun kita tidak boleh terlepas,mujurlah ada insan yg berusaha memmartabat urusniaga islam spt wujudnya pagak gadai islam,pinjaman berasaskan Islam dan pengenalan dinar emas.nampaknya di malaysia hanya syarikat2 swasta dan org perseorangan yg berminat dan bertungkus lumus utk menjadikan Islam sebagai panduan dlm urusan muamalat

    ReplyDelete
  12. Kucing Tengil = Ya, moga kita dilindungi Allah dari kehinaan hutang. hina di dunia dan hina di akhirat sana.

    Pacifist= Sistem kewangan negara kita masih belum merdeka dari penjajahan. mungki nkerna terpaksa, tapi riba itu Yahudi yg mulakan. Benarlah, yahudi bukan setakat menguasai palestin tp menguasai keseluruhan umat islam secara diam dan sneyap mealui percaturan ekonomi yg mereka rencanakan

    ReplyDelete