Tuesday 9 March 2010

kena ROGOL selalu




Kalau diajukan tanya kepada pelajar, apa itu KRS. Tentu sahaja jawabnya, KRS tu maksudnya Kadet Remaja Sekolah. Tapi jangan lupa, ada pengertian lain disebalik aksara itu. Pengertian yang perlu kita ambil tahu dan perlu kita ambil peduli. KENA ROGOL SELALU,itulah yang saya maksudkan sebagai KRS.

Entri ni, secara khasnya untuk sahabat saya yang bernama Cik Seksi binti Menggiurkan, Cik Jarang binti Nipis dan Cik Singkat binti Sendat. Namun, secara umumnya, ia adalah untuk semua. Tak kira jantina, agama, umur mahupun bangsa. Untuk Satu Malaysia, itulah yang paling tepat.

Di bumi bertuah yang bernama Malaysia , setiap enam jam akan terdapat seorang mangsa rogol, atau dengan kata lain empat orang akan menjadi mangsa rogol setiap hari. Perangkaan polis menunjukkan 1,210 orang dirogol pada tahun 2000, dan jumlah ini meningkat kepada 1,354 pada tahun 2001 dan ia terus meningkat kepada 1,418 pada tahun 2002.

Maaf saya takde data untuk tahun-tahun yang berikutnya. Tapi, kepada Cik Seksi binti Menggiurkan, Cik Jarang binti Nipis, dan Cik Singkat binti Sendat, janganlah pula anda mengubah statistik ini dengan menjadi mangsa kepada pemangsa yang buas ini. Sebenanrya, bukan Cik seksi dan member kamcengnya sahaja yang perlu berjaga-jaga, sebab pemangsa bernama perogol ni tak pernah memilih mangsa. Malah Halimah Jonggang dan yang sewaktu dengannya juga turut menjadi mangsa. Lagi gila kerana nenek tua pun turut menjadi mangsa cabul( kira cucu kepada rogol lah tu). Dan lagi gila kerana pencabul itu pula berusia dalam lingkungan 12 tahun (mereka meragut dan merogol). Bayangkanlah apabila budak-budak gila ini meningkat dewasa. Pasti sahaja mereka akan menjadi perogol yang berjaya. Pasti sahaja sukar untuk menanganinya. Lagi gila kerana bakal-bakal perogol ini mendapat mandat dari ibu-bapa. Jangan terkejut dan jangan hairan dengan apa yang saya katakan. Sebabnya, dalam sesetengah kes di sesetengah sekolah, sering kali kes-kes disiplin seperti pergaduhan dan pencabulan cuba diselesaikan dengan baik ( dgn memanggil ibu-bapa pelajar terlibat dan tidak membuat laporan polis). Namun sering kali juga, ibu-bapa datang memarahi guru/pihak sekolah apabila anak lelakinya dikenakan tindakan kerana mencabul pelajar perempuan. Tahniah kepada ibu-bapa yang sebegini, sebab anda secara tak rasmi telah menubuhkan AKADEMI PEROGOL di rumah anda.

Kita jenguk pula Afrika Selatan. Di sana aktiviti rogol merogol seakan-akan telah menjadi hobi atau aktiviti masa lapang. Sebab itulah Afrika Selatan, antara negara yang mencatatkan kadar rogol yang tertinggi di dunia. Bukan itu sahaja, di sana juga ada ‘kempen’ MARILAH ROGOL MEROGOL yang dilancarkan oleh dukun-dukun di sana. Kata dukun-dukun gila ni, sesiapa yang dijangkiti HIV ( Afrika selatan juga antara negara yang tertinggi kadar HIV di dunia) akan sembuh jikalau mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan yang bebas HIV. Maka ramailah anak-anak dara yang suci murni sesuci pagi nirmala telah dirogol oleh perogol yang telah dikotori oleh HIV.
.
Ini lagi gila dan menggilakan. Sebabnya, rogol merogol telah dijadikan sebagai salah satu bentuk hukuman. Lucu tapi memilukan. Lucu kerana selama ini kita menyangka hukuman mati ,penjara, dan rotan serta denda sahaja sebagai hukuman. Pilu kerana ia telah memperlakukan wanita dengan sebegitu kejam. Lagi pilu kerana ia dilakukan oleh sekelompok manusia yang beragama islam. Ini kisah di sebuah penempatan di Pakistan. Jun 2002, beberapa ekor manusia gila yang menganggotai Jawatankuasa Kampung di Meerwala Pakistan, telah mengarahkan agar si gadis yang bernama Mukhtar Mai dirogol beramai-ramai dan bergilir-gilir di hadapan ratusan penduduk kampung. Gadis malang itu dijatuhkan hukuman yang sebegitu malang kerana kesalahan yang dilakukan oleh adiknya. Adiknya didapati bersalah kerana telah menjalin hubungan cinta dengan seorang perempuan dari kasta yang lebih tinggi. Gila, memang gila. Dua kali gila sebenarnya. Gila pertama kerana si kakak yang menerima hukuman sedangkan kesalahan dilakukan oleh si adik. Gila yang kedua pula, kerana sistem kasta yang sinonim dengan agama Hindu rupa-rupanya telah menjadi ‘Rukun Iman’ sebahagian masyarakat islam di Pakistan. Dalam hal ini bukan hanya gadis itu yang dirogol tetapi imej islam juga turut dirogol dengan kejamnya. Ini kerana Pakistan merupakan negara umat islam dan pernah terkehadapan dalam menegakkan syariat islam era pemerintahan Almarhum Zia Ul-Haq.

Ya Allah selamatkan kami dan keluarga kami, serta zuriat kami daripada menjadi perogol dan dirogol. Amin.

27 comments:

  1. kadang-kadang rasa tak selamat di atas bumi ni~

    ReplyDelete
  2. salam dari pak dogol..

    kaum Hawa adalah merupakan insan yang terbaik berbanding dari kaum Adam sekiranya satu akalnya mampu menidurkan sembilan nafsunya..

    manakala..

    kaum Adam adalah insan yang tersangat hina dan lebih mughallazahnya sekiranya sembilan akalnya tidak mampu menjinakkan satu nafsunya..

    muehehe!

    ReplyDelete
  3. erm kene bawak spray black pepper nih HAHA

    ReplyDelete
  4. APa nak jadi sekarang ini..spray black pepper tak power lah putrish..kena guna spray lada burung / cili api gitu..

    ReplyDelete
  5. Hilang selera makan saya tengok gambar tu...

    ReplyDelete
  6. cakap direct...
    dua2 kepala mau sihat....

    ReplyDelete
  7. Ya Allah selamatkan kami dan keluarga kami, serta zuriat kami daripada menjadi perogol dan dirogol. Amin


    hmmm ingatkan kat negara kita dah teruk..tapi kat tempat org lagi teruk..teruk di negara sendiri pun dah tak sanggup nk terima..dunia semakin tua...


    undang undang islam tidak di jalankan..islam sekadar pada nama..tiada penghayatan...

    ya Allah..selamatkan kami dari fitnah di akhir zaman ini ya Allah..sesungguhnya aku tak mampu untuk menahannya tanpa pertolongan daripadaMu...

    ReplyDelete
  8. Fathi Baik, Terkejut lihat gambar Cik Seksi bt Menggiurkan ke, atau terkejut dgn jumlah kes rogo ldi M,sia. Sy yakin jumlah sebenar lagi ramai sbb mesti ade yg x melaporkan. Btul tak

    ReplyDelete
  9. Macy, memang jadi wanita di dunia ini byk dugaanya. kena kuatkan hati dan kena cekalkan smenagat. Rogol boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat.

    ReplyDelete
  10. Putrish & Releven, dah x berbaloi dah bwa spray black peper, tp kena bawa lain senjata yg lebih berbaloi-baloi.hahha

    ReplyDelete
  11. Pak Dogol, sy sgt trtarik bla Pak dogol berbicara. Komen yang berfakta dan menepati realiti.

    Kulup Idin, btul juga pndapat saudara.

    Myciber, hlg selsera mkn takpe. Tp, kalau boleh kita nak hilang selera merogol di kalangan perogol. mcm mn ye.

    Para, kat M,sia skrg,wanita bkn hnya mnjadi mangsa rogol, Tapi dlm kes trtntu wanita turut mnjadi perogol. Kat malaysia ni,persataun wanita,Sister In Islam telah byk kali merogol kesucian islam.

    ReplyDelete
  12. macam-macam..

    mintak dijauhi semua ini..

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  13. SIS....punyai agenda yg tersembunyi...berselindung di sebalik topeng islam...


    mengapa kerajaan kita tidak mengambil tindakan??

    adakah mereka kebal?
    adakah mereka memang tidak boleh di ganggu...

    ReplyDelete
  14. Terkejut dengan keadaan dunia skrng :0

    ReplyDelete
  15. Wanita itu,=salam kenal juga dari saya.

    Para= SIS ni ada penternaknya di Malaysia. Siapa penternaknya? Jelas lagi nyata...
    agenda sesat Fatima Marnisi, irshad Manji, Taslima Nasreen dan Amina wadud yg inign SIS teruksan.

    Fathi Baik= Dunia sekarang sudah parah, tapi bagaimana pula dunia akan datang.Hnaya Allah yang Maha Tahu. Tapi, beradasarkan pengamatkan hari ini , bolehlah diramalkan dunia akan datang lagi gawat dan lagi nazak serba-serbi

    ReplyDelete
  16. MasyAllah.. syaitan dan iblis tak pernah berenti dari menyesatkan umat Islam. Kita kena sentiasa berhati² dan berwaspada dengan godaanya. Jangan kita terlalu mengikut kata akal dan nafsu. Ingatlah Allah selalu. InsyAllah kita selamat..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. teruskan membuat pendedahan...

    ReplyDelete
  18. Kenapa benda2 sebegini boleh terjadi,bagaimana kita nak elak semua ini???? Siapa Pemimpin kita??Adakah Pemimpin kita menggunakan Al-Quran&As-Sunnah sebagai perlembagaan???Adakah perkara begini akan terjadi jika kita ikut Al-Quran&As-Sunnah????Bolehkah HUDUD selesaikan permasalahan ini???? sila jawab persoalan ini dan buat rumusan adakah kita ini Islam@Sekular.....

    ReplyDelete
  19. salam sahabat,

    diri-sendiri-berpakaian seksi main peranan membangkitkan naluri/keghairahan/kegeraman.

    pihak berkuasa-tidak tegas/tiada akta berkaitan berkenaan kod etika berpakaian,terutama bg masya-islam.
    undang-undang tidak tegas.kononnya menghormati hak asasi individu.
    masih mengagungkan undang2 penjajah

    mereke hanya fikir diri sendiri,konon itu hak peribadi.nak BOGEL ke,nak SEKSI tahap dewa ke,boleh...tp dlm ruangan peribadi,cth:rumah/bilik/tmpat tertutup.bila keluar rumah,dah jadi hak awam,secara automatik hak peribadi dah terbatal.jadi berpadalah dlm berpakaian.selalu org nampak golongan perempuan sahaja yg kena GANGGUAN SEKSUAL,ttp ramai x perasan yg perempuan seksi ni lah yg banyak menganggu pemikiran/konsentrasi/khayalan org ramai.mcm 1 kisah di Amerika.seorg pengurus(lelaki) didakwa kerana mmengganggu setiausaha(perempuan) beliau.selidik punya selidik,tuan hakim mendapati masalah ini berlaku apabila s/usaha terbabit melakukan pembesaran PAYUDARA.(menganggu konsetrasi rakan sekerja dan berpakaian seksi).nak dijadikan cerita pengurus juga melantik peguam,dan hasilnya pengurus itu memenangi perbicaraan itu.kes ini tidak pernah berlaku di Malaysia,ttp sy pernah terfikir utk melakukannya.

    jawapan/soal balas kpd perempuan seksi yg berkata "kalau beriman tidak akan buat semua tu"-ooo nak tanya iman org,habis iman anda dimana? adakah anda dilahirkan utk menguji iman org lain?

    ReplyDelete
  20. salam shameel,

    n3 yg bagus untuk dikongsi bersama..
    mmg betul
    ramai sgt dah zaman ni, wanita2 walau pakai baju tapi telanjang?
    so, kaum lelaki apa lagi
    dah benda mudah, serang je la
    itu kesalahan kaum wanita
    kena terima

    namun begitu
    wahai laki2
    tipis benar iman kamu
    kamu disuruh jadi pemimpin hawa, kamu di amanah menjadi penjaga hawa, bukan perosak?

    jadi
    sama2 la kita fikirkan
    hmmmmmm

    tq singgah blog akak n komen
    xoxo

    ReplyDelete
  21. Pasifist dan Naim = Terima kasih aats pandangan. Penguatkuasaan undang2 memang langkah yg terbaik. Kembali kepada islam itulah lebih senang sebab islam dah menwawrkan segala ramua/ terapi utk mengubati segala bentuk 'kesakitan'yg melanda masyarakat.

    Wanshah= Betul tu , kita kena waspada selalu. ranjau hidup mmg berliku. Seringklai kita tersesat tanpa pedoman dan tersasar tanpa panduan. Padahal pedoman dan panduan dah jelas, iaitu Al-Quran dan sunnah Nabinya.


    Para= inshaAllah, jika diberi keizinan oleh Allah, akan ada lagi pendedahan yang dilakukan.


    Biru= mmg seksi sering mengundang seksa. Namun, yg dibimbangi krn ada perogol gila yg tak merogol tak kira mangsa. Sapu bersih sesiapa sahaja trmasuk nenka tua yg telah kehilangAN seksi dan bayi berusia 8 bulan yang belum smepagt menjadi seksi.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wr wb, kunjungan silaturahim semoga sehat-sehata saja & sukses selalu... salam ukhuwah ...

    Do’a adalah otaknya (sumsum / inti nya) ibadah. (HR. Tirmidzi)

    ReplyDelete
  23. Ceritanya penuh inspirasi. Tapi mia masih tidak mengerti dg kata rogol. Artinya apa ya? Thank u

    ReplyDelete
  24. kdg2 terpikir..artis2 kat tv tu seksi tak menahan..adekah sebab mereka kanak2 yang atau peremoua tak bersalah menjadi mangsa rogoll..bygkan diorg dok sedap pakai seksi..orang kat luar terliur..tak dapat artis len diorang bantai./.adeh.

    ReplyDelete
  25. gler la kt afrika..

    bengong ko gapo..huhu

    ReplyDelete
  26. masyaAllah..
    semoga kita selalu dalam perlindunganNya..

    ReplyDelete