Sunday 28 March 2010

anak HARAM



SERAMAI 17,303 Orang anak luar nikah berbangsa Melayu yang dilaporkan sepanjang tahun 2009. Ini peningkatan yang amat menggerunkan berbanding hanya 16,541 orang pada tahun 2008. Lagi menggerunkan kerana sepanjang lima tahun yang lalu, seramai 74,723 orang anak luar nikah yang terhasil dari benih lelaki dan perempuan Melayu. Itulah statisitk yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah jabatan Pendaftran Negara. Ini sungguh membimbangkan, kata Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam Mingguan Malaysia hari ini(28.3.2010.).




SIAPAKAH yang harus dipersalahkan atau dijadikan sebab atau punca semua ini. Terlalu banyak untu kdisenaraikan. Tapi, Kalau kita perhatikan kepada realiti dan kita telitikan fakta dalam Hadis Nabi, ternyata ibu-bapa merupakan salah satu faktor yang mewujudkan masalah ini. Saya ulangi, salah satu faktor dan bukan satu-satunya faktor..

“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Hadis ini jelas menerangkan peranan ibu bapa untuk mencorak dan melakarkan kehidupan anak-anak dari aspek kerohanian.

Kata orang, anak-anak itu merupakan bayangan ibu-bapanya. Dan harus diketahui apakah sifat bayang-bayang. Kayu yang bengkok tidak akan sesekali menghasilkan bayang yang lurus. Lumrahnya, kalau ibu bapa itu jauh dari agama, maka anak-anaknya juga akan mencetak watak yang sama. Lazimnya, jika ibu-bapa itu cakna agama, maka anak-anaknya akan menyalin kecaknaan tersebut.


Namun kita kena akur, dalam kes-kes tertentu( yang mungkin jarang berlaku) terdapat peristiwa yang menyanggahi kelaziman dan menyalahi lumrah atau kebiasaan. Ya, menyalahi kelaziman kerana seseorang bapa yang kufur adakalanya ‘menghasilkan’ anak yang beriman seperti kes Nabi Ibrahim a.s. Menyanggahi lumrah dan kebiasaan, apabila terdapat anak yang kufur yang lahir dari zuriat insan yang soleh seperti dalam kes Nabi Nuh a.s. Itu kuasa Allah dan tidak perlu kita pertikaikan. Cuma, di sini saya berbicara tentang perkara yang bersifat lumrah, lazim dan kebiasaan.


Ada cerita yang ingin saya kongsi. Cerita benar yang benar-benar terjadi. Cerita tentang maksiat yang kini dijadikan hobi oleh sesetengah muda-mudi. Juga cerita tentang ibu bapa yang merestui maksiat ini. Pernah seorang sahabat saya, juga seorang guru menegur pelajarnya yang baru berusia 16 tahun kerana sering berdua-duaan dengan teman lelaki. Bukan setakat berdua-duaan, malah pelajarnya itu, dilihat dan dilaporkan oleh banyak pihak telah pun berbuat serba serbi, di sana-sini dan begitu –begini. Tapi jawapan pelajarnya itu amat menarik untuk direnungi. Kata pelajar tersebut, “Cikgu, walaupun mak saya hanya bersekolah sampai tingkatan dua, tapi mak saya sangat matang. Dia tak pernah halang saya bergaul dengan mana-mana jantan. Apa hak cikgu nak campuri urusan saya kat luar sekolah. Mak saya yang berusah payah mengandungkan saya pun tak bising-bising. Ni , cikgu yang takde kena mengena pulak nak bising” Dan daripada sumber yang didapati, mak gadis tersebut sememangnya baik hati, bukan setakat tidak menghalang anaknya di bawa keluar malam-malam oleh jantan, malah turut membenarkan jantan tersebut( yang merupakan teman lelaki anaknya itu) bermalam di rumahnya. Peristiwa gila yang kedua pula berlaku di sebuah sekolah(saya rahsiakan nama sekolahnya demi kebaikan semua pihak). Ibu dan bapa kepada seorang pelajar tingkatan satu telah dipanggil untuk dimaklumkan yang anaknya sudah bertaraf ‘kelapa ditebuk tupai’. Maka berkatalah si bapa yang gila itu “ Cikgu, saya dah lama tahu semua tu. Kalau cikgu nak tahu, kakak dia lagi teruk. Saya tak kisah cikgu, yang penting dia tak bunting.” Masya-Allah, inilah penyakit gila yang melanda segelintir ibu-bapa. Kepada rakan-rakan guru, jangan sesekali alpa, tugas kita hanyalah di sekolah. Kalau pelajar kita merompak atau membunuh, itu tugas polis untuk menyelesaikan. Kalau pelajar kita bersekedudukan, itu tugas pencegah maksiat. Tolong jangan masuk campur, nanti anda akan ‘ditembak’ oleh mak-bapak dan masyarakat.














SEJUJURNYA! NAK salahkan ibu bapa seratus peratus pun tak boleh juga. Banyak juga faktor lain yang perlu diambil kira. Pernah dahulu, seorang artis wanita mengatakan para artis tidak boleh dijadikan ikon atau idola masyarakat. Maka melentinglah sesegelintir artis. Tetapi masyarakat tidak buta dan pekak dengan realiti semasa. Berpeluk-pelukan dah jadi ‘sunnah’ para artis. Lagi gila ‘sunnah’ ini direstui oleh media sebagai lumrah dan kebiasaan pasangan yang bercinta. Artis /penyanyi lelaki yang langsung tak popular telah mencium pipi artis wanita yang masih lagi bergetah, atas alasan menganggapnya sebagai ciuman mesra dari seorang anak kepada ibu angkatnya. Lepas tu, artis perempuan yang baru nak mencipta nama berpelukan mesra dengan teman lelakinya ketika berbaris membeli tiket di sebuah pawagam. Bila ditanya, maka inilah jawapannya “ secara jujurnya saya juga ingin dibelai mesra seperti insan lain yang bercinta.” Ada juga kes artis perempuan yang langsung tak dikenali, begitu asyik bermesra dengan seekor anjing. Lepas tu bila ditanya oleh wartawan, maka dengan bangganya dia mempertahankan perbuatannya. Meskipun isu anjing/ termasuklah babi masih khilaf antara ulama, namun dalam konteks Malaysia, amat tidak sesuai untuk bermesra dengan anjing. Dalam pancaindera hari ini pulak tentang seorang artis perempuan yang amat berbangga dengan darah Arabnya suatu ketika dahulu, telah bergambar hampir separuh bogel. Namun, berdasarkan jawapannya kepada wartawan, ternyata dia tak rasa bersalah malah berbangga dengan tindakannya itu. Lagi menghairankan, tidak bolehkah digubal satu enakmen untuk mendakwa artis yang tak bemoral ini ke mahkamah syariah atas alasan menghina agama apabila berkelakuan gila macam kera ini.


Kes penzinaan dan seterusnya melahirkan anak luar nikah juga tidak hanya berlaku dalam kalangan budak2 hingusan, malah golongan dewasa pun tidak terkecuali. Tidak salah rasanya, faktor kesukaran untuk mendirikan rumah tangga turut menjadi punca penzinaan. Jujur! hari ini terlalu sukar untuk berkahwin tetapi terlalu mudah untuk berzina. Semua pihak kena akui, hari ini pintu untuk pernikahan seolah-olah tertutup rapat tetapi pintu untuk perzinaan seakan-akan terbuka luas.


Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’


Dua hari yang lepas, ketika sedang minum di sebuah warung, pelbagai topik kami perkatakan. Dari topik politik yang kian menggila hinggalah ke topik kesukaran mendirikan rumah tangga. Seorang rakan saya yang agak berusia berkata “Kalau takde RM10 ribu sebagai wang hantaran, jangan harap nak pinang anak dara orang. Kalau takde RM30 ribu jangan mimpi nak nikah.” Seorang rakan yang masih muda, berusia 22 tahun bertanya sambil melawak “ Kalau RM 5 ribu tak cukup ke sebagai wang hantaran.” Lalu seorang lagi rakan saya yang berasal dari kuala kangsar dan pernah berkhidmat di perkampungan orang asli Lasah Sungai Siput menjawab, “ Kalau setakat RM5 ribu tu, nak pinang anak orang asli pun tak layak. Nanti orang asli akan jawab, Aku jual tupai dan kera pun dah lebih dari RM5 ribu sebulan.”
Lalu dinyatakan tentang perbelanjaan yang perlu agar walimah itu dianggap bermaruah dan dikagumi para hadirin. Antaranya, kelengkapan untuk persandingan mestilah hebat dan gah, Kugiran yang diundang pula mestilah boleh menyampaikan lagu dan bermain alat muzik dengan baik, kad undangan juga mestilah cantik dan kalau boleh mesti ada keunikkan yang tersendiri hinggakan dikenang oleh orang yang bertandang. Pendek kata, kena ada paling kurang RM30 ribu kalau nak kahwin.
Dalam asyik bersembang, saya terkenangkan kata-kata Datuk Seri (skrg Tan Seri) Harussani yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 18.7.2003. Katanya “ Hantaran perkahwinan yang tinggi adalah punca ramai lelaki sukar kahwin.”

Cuba sahabat bayangkan. Pasangan muda yang baru bekerja( paling awal pun berusia 23 atau 24 tahun, kerana itu usianya bagi yang baru menamatkan pengajian di IPT. Dan itupun kalau terus dapat kerja kerana lumrahnya terpaksa menganggur terlebih dahulu) di manakah dia nak mencari wang sebegitu banyak. Bank Rakyatkan ada, mungkin itu jawapannya. Tapi jangan lupa dgn bayaran PTPTN, bayaran ansuran kereta dan macam2 lagi. Kalau pasangan yang lemah iman tetapi perkasa nafsu, pasti sahaja mereka terjerumus ke kancah penzinaan. Berzina kerana terpaksa lantaran perkahwinan yang sudah bersifat urus niaga. Perkahwinan yang diwajibkan “berjenama” dan mesti dikenang selagi hayat bersisa telah mengundang sengsara kepada pasangan muda. Maka berzinalah jawapannya. Berzina juga semakin mudah kerana pil perancang dan kondom ada dijual merata-rata dan di mana-mana.

14 comments:

  1. :"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.."

    semoga diorang dpt balasan yg setimpal di akhirat kelak sebab membunuh nyawa yg x berdosa..klu rasa x nak bg kat Lissa ea!=)

    ReplyDelete
  2. x bole bla.
    pkai tudung labuh.tp haram je perangai..

    klu xnk ank tu kasi je sy!

    ReplyDelete
  3. tak tau mana silapnya, ada yang kata bagi susu ibu jangan bagi susu lembu sebab ramai yang dah perangai macam lembu.. tapi rasanya aku pon minum susu lembu jugakkk sama macam orang yang suruh minum susu ibu tu..

    kena tengok perkahwinan jangan bercampur perkara maksiat
    kena tengok rezeki yang diterima jangan ada syubhat
    kena tengok pendidikan jangan ada sekular
    dan kena tengok segala-galanya

    ReplyDelete
  4. xsanggup nak tgk gambar diatas..betapa zalimnya mnusia..sdgkn binatang pun sygkn ank

    ReplyDelete
  5. Cemomoi, Betul tu. Mnausia perlu diagamakan. tak perlu jadi org agama tapi perlu menjadi org yg beragama.

    ReplyDelete
  6. Qelissa dan sugar2 kapas= Tahniah sebab anda mewah dgn simpati.

    ReplyDelete
  7. dalila= kata org dlm dunia binatang takde manusia, tp dlm dunia manusia ada binatang.

    Manusia adakalanya dpt lebih mulia dari malaikat tp adakalanya sehina binatang

    ReplyDelete
  8. salam sahabat,

    kalau nak dikira semua pihak bertanggungjawab,banyak faktor yg mendorong ke arah itu.ttp,sy hairan kenapa org ramai takut utk menyalahkan polisi pemerintah yg menyuburkan segala permasalahan tersebut.adakah sy akan dianggap anti pemerintah?apa salahnya jika kita menegur kesalahan pemerintah,jika kita rasa ia berkait dgn mereka.secara jujur,adakah kerajaan bersungguh-sungguh utk mengatasi masalah tersebut?jika ada kaedah apa yg digunakan? ideologi manusia @ rujukan agama? setinggi mana pun ajaran keluarga,lebih tinggi lagi dugaan yg disajikan diluar rumah.persekitaran yg membentuk peribadi kita termasuklah polisi2 pemerintah.
    -ramai antara kita yg tahu sesuatu benda itu haram,ttp mereka juga mengharapkan ketegasan pemerintah kerana suara ulama tidak didengar.berapa banyak saranan ulama yg tidak diendahkan oleh pemerintah? kemuncaknya,jika pemerintah tidak tegas,apa yg nak ditakutkan mereka?
    -jika pemerintah bersungguh utk mengatasi masalah ini,barulah kita akur atas apa yg berlaku kerana kita telah berusaha.
    -ada juga ulama yg tidak berani menegur pemerintah,mereka hanya menyalahkan ibubapa,guru,rakan2 dan pelaku itu sendiri atas apa yg berlaku.
    -kita boleh nampak secara jelas apakah rujukan pemerintah dlm menyelesaikan sesuatu isu.
    -secara keseluruhan,semua pihak harus dipertanggungjawabkan atas apa yg berlaku.

    KELUARGA-atas didikan walaupun ada juga yg menyimpang walaupun dr keluarga beragama
    RAKAN-tidak cuba menasihati/membimbing
    DIRI-tidak cuba mahu berubah/ikutkan hati
    PEMERINTAH-polisi yg diterapkan/akta
    PENGUNDI-memberi undi kpd pihak yg ternyata gagal menjaga kebajikan Islam

    ReplyDelete
  9. Pacifist= kewujudan Iklim atau suasana yang solehah. Ia disebut dalam bahasa Arab sebagai al-biah al-solehah, amatlah penting utk mewujudkan insan yang pekerti jiwanya. masalahnya biah solehah ini seakan-akan pupus dan lupus di negara kita. Di kawasan perumahan, taman rekreasi, d isekolah mahupun universiti.

    Sabda Nabi s.a.w,maksudnya: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "

    Mencegah dgn tangan(kuasa) adalah di bawah bidang kuasa pihak yang berkuasa. Kita amat mengharapkan pemerintah menjalankan fungsi ini. Kita tak nafikan usaha makruf byk dilakukan ttp dlm mana yg sama aktiviti mungkar semakin disuburkan.


    kita juga jangan lupa, pemerintah itu ditabalkan oleh kita melalui undi dlm pilihnaraya.

    Cara terbaik bagi saya, jika kemungkaran ini berleuasa maka kita kena bersedia mengubah undi kita. kuasa undi amat bermakna.

    ReplyDelete
  10. saya amt sedih dan keciwa dgn issue ini....bukan salah siapa semua pihak harus memainkan peranan.....

    ya Allah sensitif sgt klu dgn issue ni...

    ReplyDelete
  11. Salam cg.. best entry cg kali ne.. hmm.. tak sangka juga.. kdg2 pelajar yg bersekolah agama pun turut terlibat dalam masalah ini.. bukan kah durang lebih bnyk ilmu agama berbanding org lain? sya tak pasti.. apa sebenrnya di hati mereka? mereka tak rasa kah kesan negetif yg akan menimpa diri apabila menggugurkan kandungan tersebut? susah juga untuk menunding jari siapa yg salah sebenarnya.. yg penting skali peranan ibu bpa untuk mendidik anak2 agak tidak terdedah dgn dunia yg smakin gila ini..

    Cg.. sya mohon izin untuk copy di FB sya untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain.. ^___^ trima kasih cg..

    ReplyDelete
  12. Hanya Islam yang memuliakan manusia..tanpa Islam maka JAHILLIYAH lah munusia.......

    ReplyDelete