Monday 22 March 2010

Duri dan Api

Tika di depan ada duri.
Kala di belakang ada api.
Apa yang harus dilakukan lagi.
Andai melangkah,
Pastinya terluka.
Andai undur,
Pastinya terbakar.
Sukarnya untuk memilih.
Kedua-duanya menatijahkan kecederaan
Yang tiada jaminan untuk segera sembuh.
Wajarkah untuk membatu.
Waraskah untuk membisu.
Aku masih lagi mencuba
Untuk berwajar dan berwaras. …

15 comments:

  1. salam,
    ada bakat , tahniah!

    Kawan-kawanku yang dikasihi
    semalam kita bertemu kembali memadu
    ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
    kita tidak menerima apa yang ada
    yang dinyanyikan dari hati berani
    dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

    Lagu kita telah mulai terpancar
    ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
    di luar udara basah dalam matari bersinar
    semua antara kita lagunya seluruh sedar.

    Apakah ini derita diri dalam mimpi
    atau kenyataan pahit menjepit
    pada lena yang membunuh kehidupan manusia
    sama-sama kita rangkul menguji diri.

    Kawan-kawanku yang dikasihi
    di belakang duri di depan api
    kita tidak bisa undur lagi
    duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

    Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
    di mana air mata tidak akan menitik tumpah
    sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
    apa saja kita tidak akan menyerah.

    Oleh: Usman Awang.
    (Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu)
    1961

    ReplyDelete
  2. Terima kasih BlueCITY, ni first time sy dengar sajak ni. Sungguh puitis bahasa yg diungkapkan oleh Allahyarham Usman Awang. Perkataan duri dan api,pernah diungkapkan oleh Dato Asri muda ttg perjunagan yg perlu diteruskan walau apa jua mehnah yang menghalang.

    ReplyDelete
  3. Izzah Al-Maliziyyah23 March 2010 at 07:23

    Duri dan api
    yang tajam di depan
    yang panas di belakang
    tajam bererti sedia menikam
    panas semesti tunggu membakar
    pada yang tersilap akan terluka
    pada yang tersalah akan terbakar
    sebelum cedera, sebelum hangus
    kenali diri, kenali ya tuhan
    mohon pedoman, minta bantuan
    tahan ujian juga dugaan
    wassalam~

    ReplyDelete
  4. luahan perasaan dalam kata-kata :)

    ReplyDelete
  5. Izzah= pada yang tersilap akan terluka
    pada yang tersalah akan terbakar
    sebelum cedera, sebelum hangus
    kenali diri, kenali ya tuhan

    =Satu peringatan yg amat bermakna. Ya kenali diri agar tidak tersesat di dalam terang. Kenali Tuhan agar tak teraba2 dlm gelap malam

    ReplyDelete
  6. Atenhana= ya, sekadar luahan ttg kekerdilan diri merenangi lautan duga

    ReplyDelete
  7. shameel,
    dgn segala hormatnya dijemput untuk join Group Puisi Melayu Kontemporari Bebas di Facebook.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  8. duri dan api..
    usahlah kau peduli..
    redahlah sepenuh hati...
    tanda kau berani...

    yang terluka bukannya hatimu..
    yang terbakar hanyalah zahirmu..

    nanti kau akan tahu...
    sakitnya sebuah perjuangan...
    nanti kau akan mengerti...
    kejayaan itu harus di hargai...

    lihatlah...
    di sekelilingmu adalah api...
    di sebelahmu banyaknya duri...
    kerana hidup ini untuk di uji..
    adakah engaku hanya berdiam diri?

    ReplyDelete
  9. aduh... pada pandai merangkai sajak puisi semuanya. mia aja yang ga pandai hehehehe jadi malu :P

    ReplyDelete
  10. Sanusi Din= Terima kasih atas undnagan.Saya dtang nnt

    ReplyDelete
  11. Buat Para.

    Kejayaan akan lebih bermakna.
    Pabila ia tidak dianugerahkan secara percuma,

    Kejayaan akan lebih bermakna.
    Pabila terbakar dan terluka,
    Sebagai mahar untuk meraihnya.

    ReplyDelete
  12. Buat Para.

    Kejayaan akan lebih bermakna.
    Pabila ia tidak dianugerahkan secara percuma,

    Kejayaan akan lebih bermakna.
    Pabila terbakar dan terluka,
    Sebagai mahar untuk meraihnya.

    ReplyDelete
  13. Buat Mia,

    Tanpa puitis bahasa
    Tanpa diiramakan kata-kata
    Tanpa perlu menjadi pujangga
    Kunjungan Mia tetap amat bermakna buat saya

    ReplyDelete