Kad ucapan Hari Guru ini dicipta khas oleh Kak Ani (Kerdipan Rohani)sebagai tanda menghargai rakan blogger yang berkhidmat sebagai guru.
Kak Ani juga seringkali mengunakan nama Kunang- Kunang dalam berblog. Saya yakin, pasti ada pengertian tersendiri disebalik pemilihan nama Kunang- Kunang.
Perkataan kunang-kunang sebenarnya mengingatkan saya kepada sebuah pesanan. Pesanan yang berbunyi “ Kalau tak mampu menjadi pelita yang menerangi kegelapan, cukuplah sekadar menjadi kunang-kunang yang menemani malam”.
Pelita dan kunang-kunang memepunyai fungsi yang sama, iaitu masing-masing memeberi sinar dan menyumbang cahaya, cuma berbeza tahap kecerahannya. Cahaya yang dilampiaskan oleh kunang-kunang memang terlalu kerdil, tapi ia jauh lebih baik daripada gelita tanpa sebarang cahaya.
“Kita semua menjadi guru dan murid kepada orang-orang yang pernah membimbing dan dibimbing”, itu jawapan Kak Ani kepada salah seorang blogger yang meninggalkan komen di entrynya. Ya, kita semua adalah guru dan murid, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Ini semua akan berterusan selagi kita membimbing dan dibimbing. Termasuklah dibimbing oleh pengalaman silam. Sejarah silam adalah titi untuk menyemberang ke masa hadapan, jadi kita perlu menghargainya.
“Kita semua menjadi guru dan murid kepada orang-orang yang pernah membimbing dan dibimbing”, itu jawapan Kak Ani kepada salah seorang blogger yang meninggalkan komen di entrynya. Ya, kita semua adalah guru dan murid, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Ini semua akan berterusan selagi kita membimbing dan dibimbing. Termasuklah dibimbing oleh pengalaman silam. Sejarah silam adalah titi untuk menyemberang ke masa hadapan, jadi kita perlu menghargainya.
bro ni cikgu gak ke??
ReplyDeleteguru yang kita ingati selalunya yang cubit2 kita,selalu bagi semangat,selalu tegur2 kita..hehe
bestlah ayat entry nie shameel..terpegun membacanye kejap..:)
ReplyDeleteberkali-kali sudah saya mengulang baca entri ini. sungguh, tamsilan kunang-kunang itu begitu mudah terpaut di hati saya. indah.
ReplyDeleteterima kasih!
Assalamualikum shameel..
ReplyDeletemaaf kak ida terlepas pandang shameel ni seorg guru..tk terlewat rasanya nk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat Shameel..muga jasamu dikenang hingga akhir hayat.
Syuxer.
ReplyDeleteYup, saya cikgu. hehehe. Terbongkar juga akhirnya.
Zura.
ReplyDeleteTerima kasih ats kunjungan dan komentar. Kalau beribu kunang2 kalau berkumpul di satu tempat yg sama, pasti cahayanya mengatasi pelita.
Mutiara Bernilai.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan. kita perlu jadi kunang2 kalau dlm perkara yg baik. Mugkin jasa kita selaku kunang2 tak seberapa tapi ia tetap berjasa dan tetap ada nilai di sisi-Nya.
nyanyisunyi.
ReplyDeleteTerima kasih kak sebab wish kat saya. Kita semua pendidik kak selagi mana kita membimbing manusia, bai ksecara langung mahupun tak langsung.
Walau sedikit cahaya kunang-kunang, tapi indah..terutama ketika gelap malam....kan shameel?
ReplyDeleteseekor kunang-kunang mungkin tak bererti apa-apa, seribu akan menaringi walau tak seberapa.. yang penting jemaah membawa berkah
ReplyDeleteselamat hari guru
ReplyDeletebiar pun kita adalah guru
pada masa yang sama juga kita adalah murid
menjadi pelajar yang masih dan mesti terus belajar
selamat hari guru encik shameel :)
ReplyDeleteselamat hari guru^^
ReplyDeletekunang-kunang juga adalah peneman senja
ReplyDeletekunang-kunang juga penghubung kepada malam
renung2kan ^^,
Salam Shameel,
ReplyDeletesaya suka perenggan yg akhir...penuh pengertian.
laa..ckgu ek?
ReplyDeleteore kelate? hhihi..
selmt hri guru!!
assalamualaikum shameel
ReplyDeletesemoga kita menjadi pendidik yang diredhaiNya dunia akhirat.selamat bertugas shameel