Memandangkan seantero dunia sedang menjadi pemerhati terhadap perkembangan di Libya, terbaru anak bongsu Muammar Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan udara oleh NATO. Ada antara kita sekadar menjadi pemerhati yang setia, tapi seeloknya kita menjadi pemerhati yang bernaluri. Dalam keasyikan berbicara tentang Libya, kita jangan lupa dengan ‘Sang Singa’ yang begitu hebat di padang pasirnya suatu ketika dahulu.
Lion Of The Desert, merupakan sebuah filem yang mengisahkan perjuangan Umar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) menentang penjajahan Itali di Libya pada tahun 1920-an dan 1930-an. Ia merupakan filem arahan Moustapha Akkad pada tahun 1981. Watak Umar Mukhtar pula dilakonkan dengan amat berkesan oleh Anthony Quinn. Telah beberapa kali filem ini ditayangkan dan sudah banyak kali saya menontonnya, namun tidak pernah pula surut dan susut keinginan saya untuk menontonnya kembali. Paling berbekas di hati saya ialah babak Umar Mukhtar dihukum gantung sampai mati.
Pesan saya kepada sahabat, jika menonton filem ini, tontonlah dengan mata hati yang suci. Kerana ia perlu dihayati. Hayatilah makna jihad yang telah dilalui oleh As-Syahid Umar Mukhtar. Moga-moga dengan ini, rasa cinta, rindu, kasih dan sayang terhadap islam yang kita anuti, juga terhadap negara yang kita diami semakin tebal dan kebal. Tebal dan kebal hinggakan tidak mampu dihakis dan dikikis oleh apa-apa jua. Biarlah langit yang meneduh kita ini berubah warna, islam tetap kita pertahankan hingga ke hujung nyawa. Biarlah bumi yang menadah kita ini retak berjuta, Tanah air ini tetap menjadi denyut nadi dan degup jantung kita.
Siapakah Umar Mukhtar? Mungkin ramai yang tidak mengenalinya berbanding mengenali artis-artis Kpop. Secara ringkas, izinkan saya bercerita. Pertama sekali, cuba lihat gambar Muammar Gaddafi. Pada sebelah dada kanannya disematkan sekeping gambar lelaki tua . Lelaki itu ialah pejuang Libya yang mati digantung oleh penjajah Itali. Lelaki itu ialah Umar Mukhtar.
Umar Mukhtar, seorang guru agama yang menjadi wira kebanggaan rakyat Libya dan semua pencinta islam. Beliau memperjuangkan kemerdekaan Libya daripada dinajisi oleh kuasa kuffar, iaitu Itali. Umar Mukhtar menyedari, kekuatan tenteranya ( dari segi jumlah dan kecanggihan senjata) amat terhad dan sangat terbatas untuk memerangi tentera Itali yang terkenal sebagai hebat dan kuat. Namun, sebagai orang yang berjuang atas nama agama, beliau tidak gentar dengan itu semua. Dengan keadaan susah payah disamping kudrat yang kian dimamah usia, beliau terus berjuang hinggalah menemui syahid di tali gantung.
Perjuangan Umar Mukhtar mengingatkan saya akan kata-kata keramat seekor burung ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”
Burung yang saya maksudkan ialah seekor burung kecil yang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim Alaihi Salam. Kata-kata keramat itu dilafazkan apabila perbuatannya ditegur oleh makhluk Allah yang lain . Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”
Lebih lanjut tentang Umar Muhktar, sila ke SINI. .
Babak Umar Mukhtar dihukum gantung, sedutan dari filem Lion Of the Desert. Lihat SINI.
Burung yang saya maksudkan ialah seekor burung kecil yang mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim Alaihi Salam. Kata-kata keramat itu dilafazkan apabila perbuatannya ditegur oleh makhluk Allah yang lain . Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil lalu menyiram ke atas unggun api hanyalah perbuatan sia-sia kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu. Tapi burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”
Lebih lanjut tentang Umar Muhktar, sila ke SINI. .
Babak Umar Mukhtar dihukum gantung, sedutan dari filem Lion Of the Desert. Lihat SINI.
oh..
ReplyDeleteapa yg blaku hr ini akn mnjadi sejarah d masa depan..
benar2 tersentuh dngn artikel ini..
semoga dia ditempat di kalangan pejuang islam yg mati syahid
ReplyDeletetoyolkiut.
ReplyDeletenampaknya libya sedang mengulangi sejarah lamanya. moga akan lahir juga insan pejuang segigih umar mukhtar utk menyelamatkn Libya drp kekejaman muammar gaddafi dan tentera kuffar.
Nuriz.
ReplyDeleteMudah-mudahan begitulh.
emm baru saya tahu pasal bapa perjuangan libya nih..tersentuh baca info ini..orang yang berani kerana benar,tidak akan takut hukuman buatan manusia..:)..arwah guru agama ini patut diteladani..
ReplyDeleteDari kecik tgk citer nih.Memang best!
ReplyDeleteaku pernah menonton fileh ini lama dahulu
ReplyDeletemungkin aku patut menontonnya sekali lagi
perjuangan memang memerlukan pengorbanan
Assalamualaikum,
ReplyDeleteInfo yang mencelikkan saya.
Sambil berhibur sambil meningkatkan kefahaman tentang islam.
Terima kasih.
Syed Ahmad Fathi,.
ReplyDeleteBetul tu, ceriter ni sgt best. sarat dgn dakwah dan pengajaran.
Syuxer.
ReplyDeleteTerima kasih atas komentar. mmg perjuangan umar mukhtar wajar dicontohi
Cikgu Ahmad Humairi.
ReplyDeleteTapi sayang,kat Malaysia ni cerita hantu juga yg paling laris.
tehr.
ReplyDeleteTanpa pengorbanan, perjuangan akan hilang kemanisannya.
macam mana nk dapatkn filem ni?
ReplyDeleteSalam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
ReplyDeleteFeel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)
pernah beberapa kali menonton filem ni. memang superb!
ReplyDeleteterkedu sebentar baca kata2 keramat burung tu.
thanx for the info. :)
filem tu memang sangat memberikan kesan mujahid kepada penontonnya... semoga akan lahi lagi singa Allah selepas Hamzah, sepupu Nabi s.a.w dan umar ini
ReplyDeletefilm yang bagus
ReplyDeletemiss senget.
ReplyDeleteSusah jugak nak dptkn criter ni sbb ia terbitan tahun 1981, agak lama dah.
Kaedah paling senang download jer kt internet.
apple hijau.
ReplyDeleteTahniah sbb telah menonton filem ini berulang kali.
Kita semua sepatutnya menghayati semnagat perjuangan burung tu.
アヌム ちゃん~~
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan sahabat nun jauh di Jepun.
Obat Sakit.
ReplyDeletebenar sekali, filem ini amat best.
Cemomoi.
ReplyDeleteFilem ni sgt berkesan utk menyemai semangat jihad. harap2 akan lahir lagi singa2 yg membela islam.
Islam tidak akan terhapus selagi ada pejuang gigih dan belum kiamat. Apa yg nyata setelah Islam ditewaskan ia akan bangkit sebelum hari kiamat.
ReplyDeleteAkan lebih ramai lagi umar akan tercipta insya-allah...
tgok gambar pun dah tau filem ni memang best :)
ReplyDeleteboleh tahan juga filem ni, rating 7.8. mesti jiwa filem ni sampai dan berbekas, sehingga layak di'rating' agak tinggi. inilah filem2 yang kita perlukan, dah takde filem perjuangan islam kita lihat sekarang. yang ada, orang barat dengan filem nasionalisme mereka. mereka pun sedar kepentingna filem sebagai wahana menyebarkan semangat mereka
ReplyDeleteKita pun ade pejuang sepertinya, Leftenan Adnan...akhirnya dibunuh dgn tragis dan mayatnya diaibkan oleh tentera British..
ReplyDeleteMiecyber.
ReplyDeleteItulah yg diharapkan. andai jihad mulai luntur. maruha islam akan dilacur
Mrs. Yie.
ReplyDeleteBetul tu, filem ni mmg hebat dan pernah diperkatakan du merata-rata.
Kakzakie.
ReplyDeleteIslam tidak akan sesekali terhapus sbb Allah telah menjanjikan kelansungan islam dlm surah as-saf. Pasti akan ada mujahid baru setiap kali gugunrya seseorg mujahid.
AkuMuzikFilem.
ReplyDeleteBenar sekali, filem mcm ni amat diperlukn saat umat islam ditindas di sana- sini. Dulu ketika portugis serang melaka, sultan mahmud syah arahkan buku hikayat abu hanafiah dibacakan utk membangkitkan semangat juang di kalangan tentera Melaka.
Cik Shinju.
ReplyDeleteLeftenan Adnan memang wira kebanggaan kita. Begitu juga dgn wira bukit kepong.
pernah tdgarckuliah di masjid berbunyi...islam datg kepada kita dengan penuh kegemilangan..namun cara islam itu pergi dr kita xsama dgn cara dia dtg kepada kita. islam akan pergi apabila tiada siapa yang bersama islam,menyokong apatah lagi yg memegang teguh dgn islam..penuh dgn pengertian. namun apa yg diucapkan oleh Rasulullah itu dah berleluasa skrg..gementarnya jika islam itu pergi...semoga dalam hati kita sentiasa beriman kepada Allah dan islam
ReplyDeleteya..saya pernah melihat cerita ini waktu dahulu...dan kini kita dihidangkan dengan cerita realiti yang lebih dasyat..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletepihak barat dengan kejam mahu menghapuskan Gadaffi..sangat malang..negara islam2 yg lain hanya mampu memandang..amat menyedihakn bila negara bukan islam spt Russia yg mengutuk serangan tersebut. negara islam mana?
filem ni akak tgk dr kecik lagi sampai besar sbb tv selalu ulang...sedih oooooooooooooooooo...
ReplyDeleteNora Shahaira.
ReplyDelete"....gementarnya jika islam itu pergi...semoga dalam hati kita sentiasa beriman kepada Allah dan islam"
Kak Nora, paling dibimbagi andainya islam pergi dari hati dan jiwa kita. Jika islam sudah tiada dalam diri, tiada apa lagi yang boleh kita banggakan.
Keli oh Keli.
ReplyDeletemumgkin peristiwa pencabulan ke atas Libya yg sahabat maksudkan.Betul tak?
Sekamar Rindu.
ReplyDeleteInilah nasib yg menimpa negara dan umat islam hari ini. Walau apapun g kuasa kuffar lakukan, negara islam hanya mampu jadi pemerhati yg bersimpati. Lagi malang, ada juga negara islam yg buat tidak reti sbb nak jaga kepentingan peribadi.
Dyea Irdina.
ReplyDeletewalaupun berkali2 tgk, tapi masih belum jemukan. mmg hebat filem ni. Pengakhiran yg menyentuh hati.
Bestnya mereka yang mati syahid tu..
ReplyDeleteZaman Kegemilangan Islam
tapi kenapa pejuang Islam sekarang di penggil pengganas....
ReplyDeleteMamaema.
ReplyDeleteHnaya kuasa kuffar dan umat islam yg diracuni pemikiran sahaja sanggup melabelkan pejuang islam sebagai penganas
Miecyber.
ReplyDeleteMereka yg mati syahid sentiasa hidup di sisi Allah.
Salam alaik encik shameel iskandar,
ReplyDeletelion of the desert.
Umar Mukhtar dalam kenangan. Benar,tak ramai yang mengenali beliau, lagi-lagi anak2 muda. Moganya hati ini tidak hilang dua perkara, dakwah dan jihad.
Mohon bantu saya dan ingatkan saya jika saya lupa. terima kasih.
assalamualaikum shameel...
ReplyDeleteapa khabar..
hope awk sihat dan ceria di sana
"Biarlah kau rentap nyawa ini Ya Allah demi agamaMu yg suci ini, biarkan setiap titisan darahku mengalir hanya kerana mu ya Allah..
ReplyDeleteMutiara Bernilai.
ReplyDeleteTnpa dakwah dan jjihad kita hilang segala kekuatan. Kedua2nya perlu berjalan seiring.
Adinda Amy Sensei .
ReplyDeleteAlhamdulillah Amy, sy sihat2 sahaja. harap Amy pun sihat2 sahaja.
ViBrato D major.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat(sobat) ats kunjungan. Kerana Allah dan islam, nyawa kita pertaruhkan.
Takbir!